9 Ogos 2013, Sabtu, 5.27 petang, lahir seorang mujahid seberat 2.37kg dengan tiga kali teran di Hospital Kuala Pilah. Hujan yang turun renyai bertukar lebat seolah meraikan kedatangan ahli syurga kecil yang baharu lahir di dunia ini. Aku juga bertukar status dari seorang isteri kepada seorang ibu muda.
Aku melahirkan anak di usia 23 tahun, suamiku pada waktu ialah seorang guru kafa dan aku adalah seorang pelajar yang masih melanjutkan pelajaran di Mesir. Tarikh ini juga bersamaan dengan 7 syawal bersamaan dengan hari raya aidilfitri yang pertama sekali aku sambut bersama suami.
Tengah malam 8 Ogos aku mulai sakit dengan perut yang sekejap-sekejap kejang hampir berulang sakitnya setiap satu jam sekali. aku mengadu pada mak, dan mak ajak aku terus ke hospital tetapi aku bagitahu mak, baru 36 minggu, xkan nak bersalin dah. haha! aku kemudiannya, baring di sisi suami dan bila sakit datang, aku ke tandas, mencangkung sebab aku fikir ini sakit perut. Bila dah rasa lega, aku akan baring dan bila sakit aku berulang kali ke tandas sehingga suami cakap, ayang nak bersalin ke?
Pagi itu aku masih solat subuh macam biasa, dan mak suruh aku mandi dan mak menyiapkan segala perkakas aku untuk di bawa ke hospital. mujurlah baju bayi, dan barang bayi dah memang ready dalam kereta so, pukul 8.15 pg, kami pun bergerak ke hospital pilah. anehnya, perut yang aku reasa sakit tu dah hilang...dan aku pun berjalan kaki tanpa wheelchair naik ke tempat dewan bersalin dan daftar diri sendiri.
di sebabkan aku muda dan juru rawat tgk aku macam xsakit, diorang pun rileks sahaja. lepas daftar, jururawat nak seluk bawah dan nak tengok bukaan.sebab aku pun rasa xsakit jadi, jururawat cakap baru 2 cm. tapi lepas kene seluk, peut jadi sakit ya amat dan bila jururawat check, yessza dah 5 cm....tiba-tiba mulai rasa takut nak bersalin.. jururawat suruh pi tukar baju dan bermaafan kat luar.
suami bagi minum susu, dan makan buah kurma tiga biji, minta maaf dengan mak dan suami dan aku pun masuk lr jam dua belas tengahhari. aku pikir proses bersalin ni kejap je, rupanya bila dah masuk tu, kena baring dan di pasangkan alat ctg dekat perut , sangat xselesa, di pecahkan air ketuban dan terbaring sambil ada nurse jaga kita perhati skala sakit nak teran.
walaupun, aku rasa sakit ya amat, tapi rupanya itu belom lagi rasa yang sebenar, kat pilah ni kita akan dengar ibu-ibu menjerit meneran, doktor berlari sana sini, jururawat yang tetiba garang xboleh nak bersabar,,dan macam mcam kerenah lagi.
perasaan takut, gementar,cemas semua ada, bila aku sakit aku tahan, aku xjerit sebb sebelum ni ada org kne jerit dengan nurse sebb menjerit-jerit. sampaikan ada doktor pikir aku bersalin, anak nombor tiga,hahahhahaa
selepas lama sangat menungggu, aku rasa ini adalah masanya, masa tu ada jururawat pelatih yang teman, aku ckap bayi mcam nak keluar ni, dia panggil sister, bila sister check xdelah dik. perasaan kamu je ni..tapi aku rasa sakit yang teramat sangat, macam nak teran, ada jururawat pelatih tgk mcam ada kepala, panggil sister lagi.. sister macam nak marah dengan jururawat pelatih ti, but since dia check, ohhh the hair, called the doctors!!!!
ntah mana mana doktor yang ceruk mana datang, nurse tetibe datang bagi pertolongan, dan aku sempat pesan suh panggi suami aku. dan aku pun teran kali pertama. masa nak teran kali kedua, aku masih tanya, mana suami saya , doktor...??
dan masa doktor nak jerit panggil nama suami aku, dia pun ada di tepi telinga aku, bisik apa kalimah Allah dan separuh bayi tgh otw..kali ketiga teran panjang dan memang sangatlah penat namun berbaloi, sudais pun lahir dan menangis..bila dia keluar, memang tangis gembira dan syukur mengiringi, alhmdulilah..suami aku pulak macam nak pengsan sebab tudung labuh berdarah penuh apapun smua selamat.alhmdulilh.
umi abi namakan kaamu, Muhammad Rizqin As Sudaisy Bin Zul Aimin, semoga kamu menjadi anak yang baik. nama sehebat syeikh sudaisy supaya esok kamu membesar jadi orang soleh yang beriman. aminn.
dan tak di nafikan juga sekarang pernagai dia, masyaAllah macam -macam sangat....hahahha, xperlah nak jadi cerdik, memang kena meneroka kan? huhu