Cuit Zaleha.


Apabila kehadiran anak kecil, maka bermula episod tidur yang tak pernah cukup buat ibu-ibu. Perkara ini akan berlaku kepada semua orang termasuklah diri saya sendiri.

Sudah tiga malam berturut-turut tidur tak cukup dek kerana anak yang selesema dan batuk. Mungkin selesema yang tersumbat pada hidung Furqan menyebabkan dia sukar bernafas dan rasa sesak. 

Aku pergi kerja kepala sangatlah tingtong tapi bertahan tunggu waktu rehat barulah merehatkan mata selama lima belas minit. Kenapa sekejap? Nak pam susu lagi, nak makan lagi supaya bekalan susu tak terjejas.

Menjadi ibu ini banyak sungguh pengorbanannya. Semoga aku ikhlas menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Semoga kesabaran aku sangatlah tinggi dek pelbagai kerenah anak-anak ini. Semoga mereka menjadi saham yang baik buat kami berdua. Umi selalu doakan, Sudais, Abdullah dan Furqan dapat memberi syafaat kepada kami, dapat menarik kami ke syurgaMu Ya Allah. Amin.

Terima kasih abi kerana menjaga anak anak selama hampir tiga bulan sebagai baby sitter dan Mr Mama. Semoga Allah memberi pengertian kepada kamu bahawa dunia ibu ini tidaklah mudah apabila dia menjadi surirumah..Aku sentiasa berharap bahawa kamu dapat menjadi suami yang baik dan memahami. Tidaklah ku harapkan kau romantik atau sempurna kerana aku juga turut sama tidak sesempuna mana.

 Tinggal lagi sehari, abi nak ke kemaman..maka memang bercinta lah aku jaga anak sorang-sorang.Semoga dengan peluang pekerjaan yang abi dapat ini, abi akan bekerja dengan lebih keras dan bersemangat. Tinggalkan lah orang yang tidak menghargai kita, kerana orang yang tidak pernah menghargai tak pernah tahu hanya selepas di tinggalkan. Mengapa nak ralat dan terkilan sedangkan merekalah yang patut ralat kerana ketiadaan abi.

Abi..abi..akhirnya abi masuk juga kerja ya, syukur alhamdulilah.ini semua rezeki anak -anak kita, dan sudah tentu berkat doa ibubapa kita. Tengah berdebar-debar, abi posting mana pulak lepas ni?

Adakah aku akan bakal menjadi suri rumah atau bekerja di tempat yang baharu? Semoga ada kesudahan yang baik buat semua penantian kesusahan ini. Amin. Sama-sama kita nantikan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...