Anding Ayangan.

Sekali hanyut dalam penceritaan novel Anding Ayangan, daripada Ramlee Awang Mursyid..Masa yang di ambil nak baca buku ni, tak lama...8jam tamat.

Tapi, pengakhirannya bagai satu episod yang perlu di tunggu lagi..Ceritanya bersambung..tak pasti ada sambungan atau tidak..kerana tanda tanya yang tersoal..yang tertera, berakhir episod pertama..google..keluaran ini daripada Januari 2017, oh tolonglah cepat keluarkan sambungannya..

Anding, sebuah negeri yang terlindung rapi dengan perlindungan tembok bertampik. Di lindung oleh kesucian waraknya orang alim si peridian agama,Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan.

Nyian, Damit, hadir sebagai watak yang menyokong dalam penceritaan novel ini. Nyian, wataknya yang utama, pendongeng cerita. Sampingan, dia kekal di gambarkan seperti orang kerasukan, menurun, hilang akal dan kadang-kadang penjagaan emosi juga turut tidak terurus.

Namun, Nyianlah yang menentukan jalan cerita dongeng ini benar-benar hidup sehingga menjadi realiti di alam kita. Damit,tiba-tiba rupanya hampir seiris dengan Furqan Ayyubi. Watak Damit yang hidup di alam realiti telah bertukar dengan watak Furqan Ayyubi yang di alam dongeng.. Sehingga keduanya keliru dengan keadaan masing-masing di tempat yang asing.

Chahaya, si Dang Bisai, seorang hafizah, anak agamawan yang solehah juga memainkan peranan yang cukup penting. Beliau, yang sentiasa menjaga maruah, harga diri dan aurat turut mementingkan doa, Allah sebagai pedoman hidupnya. Beliau, si cantik yang menjadi igauan para pemuda hanya menyimpan cintanya untuk Furqan Ayyubi atau Betatar.

Uniknya cerita ini kerana jalan cerita dongengnya menjadi realiti. Setiap watak yang di beri nama unik dan sangat menarik jika di rungkai. Tak sabar nak tunggu sambungan nya lagi.

Ayangan pula adalah negeri yang kat dan ampuh, menyembah tuhan yang satu.

Anding dan Ayangan hanya berbeza fahaman agama, Anding, menyembah Allah, manakala Ayangan, menyembah tuhan yang satu.


Nota jiwa

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu sahaja berkecil hati. Sentap. Benar. Kesusahan itu akan membuat kita rasa kecil hati, mudah tersinggung dan cepat kecewa.

Nak di luah segala yang terbuku itu tidak mudah, Ada hati yang perlu di jaga. Ada rasa yang membelengu jiwa. Ada malu yang perlu di pelihara.

Aku cuba kekal menjadi batu. Sekeras kerikil. Cuba menguatkan hati yang selemah kapas. Bila di tiup angin, aku cuba bertahan. Berdoa pada tuhan, semoga angin yang membadai, segeralah berhenti.

Kadang aku juga terputus asa. Menyalahkan tuhan atas apa yang terjadi. Iya, sesuailah nusia tu daripada insan membentuk kalimahnya. Memang manusia itu mmudah terlupa. Apabila keadaan emosi mulai stabil, segera aku beristighfar, membuang rasa bisikan syaitan laknatullah.

Apa yang terjadi, ada hikmahnya. Bersabarlah. Aku selalu positifkan minda dan hati. Bukan mudah menjadi isteri yang cekal, ibu yang tabah. Tapi , ingatlah roda itu sentiasa di atas dan ada di bawah.

Sudah sampai masanya, Tuhan memberi ujian. Pasti ada balasan pahala dan ganjaran yang menanti bagi orang yang sabar dan berusaha.

nota hati

Sedang cuba mencari jalan.
Tapi kusut.
Sedang berikhtiar, tapi rasa gugah.
Bagaimana harus aku luahkan lagi,
Sepertinya semua jadi tunggul mati.


khabar yang jauh

Aku mungkin sedang membisu di sini, namun untukmu aku sanggup merisik khabar..walau dari orang lain.
Air yang di cincang takkan putus,, begitulah ikatan adik beradik yang takkan renggang. Aku tulus menyanyangi adik beradikku walau apa pun jua keadaannya.
Semoga kita dalam rahmat Allah. Amin.

Cerita tangis.

Dan setahun berlalu lagi dengan sangat pantas.
Setahun juga, ku tinggalkan blog ini dengan sarang lelabah. Tak berkunjung, sepi.
Selepas entri terakhir, hati kecilku..di akhir perenggan aku ada berdoa semoga aku dapat berkonvo di Mesir. Syukur, doaku di makbul Allah.

Masa yang berlalu sangat pantas, atok memberikan aku sejumlah wang dan bulan Oktober akhirnya aku terbang bersama Sudaisy ke Mesir. Tinggal di sana selama seminggu untuk melepas rindu. Macam-macam cerita, macam-macam ragam akhirnya tika aku nak pulang ke Malaysia dengan Saudia Airways,aku terlepas kapal terbang. Menangis tak berlagu aku waktu tu.

Kesal. Menyesal. Terduduk. Tak berperasaan. Semua rasa berkecamuk. Kecewa dengan diri sendiri. Berpuluh kali aku menaiki kapal terbang, tapi akhirnya tersangkut juga. Mujur, ada insan yang baik hati sudi menawarkan bantuan kewangan, akhirnya,aku selamat sampai ke tanah air dengan Etihad airways.

Ya, pengalaman yang manis dapat, yang pahit juga dapat. Pulang sahaja, aku terus dapat pekerjaan sebagai guru pasti di Pasir Besar. Sangat seronok berada di alam pekerjaan. Merasai peluang berkejaya, bersosial selama lebih kurang lima bulan. Sehingga Mac, aku berhenti kerana kandungan sudah memasuki usia enam bulan. Dan seronoknya, pertama kali akan berpindah ke rumah sewa. Duduk sekeluarga selama lebih empat tahun berkahwin. 

Namun, ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengah hari. Suamiku yang telah naik pangkat,kontraknya tidak di sambung lagi. Lalu menjadilah kami tiada sumber pendapatan. Sudahlah gaji tidak di bayar penuh, komisyen juga tidak di beri, pampasan pun tidak di peroleh lagi, maka kesempitanlah kami di tengah kota.

Menjadilah kami seperti " Sireh pulang ke gangang".  Aku pulang ke Pasir Besar ke rumah mak. Mujur, mak memahami. Aku pasrah meski aku kecewa juga. Tapi nak di bandingkan kecewa suamiku, tak tertanding rasanya. Saat kontraknya tidak di sambung, air matanya menitis masih terbayang-bayang di mindaku. Gara-gara fitnah, dia yang merupakan pekerja terbaik di putuskan kontrak. Aku berdoa, semoga ada sinar bahagia buat kami.

Aku percaya dan yakin..Rezeki kami di pegang Allah. Jika Dia mengkehendaki sesuatu pasti Dia akan memberi saat tiba masaNya.

Ini adalah masa untuk kami bangkit dan berdoa lebih kuat lagi. Aku yakin,ini adalah ujian untuk menguatkan keimanan, bukan melemahkan. Aku terima takdir yang tertulis. Semua ini untuk kebaikan bukan untuk keburukan.

,

Hati kecilku


Hati kecilku berkata, 
Jika sudah itu ketentuannya,maka terimalah.

Hati kecilku menjerit sekuat hati,
Tapi hanya batin yang mendengar,
Zahirku nampak gagah,
Tapi rupanya aku goyah.

Aku umpama kaca yang menanti retak,
Terhempas ke tanah berderai,
Terletak di rak menyumbing pula,
Semuanya serba tak kena.

Kecil hatiku, 
Allah sahaja yang tahu.


Suri rumah, pekerjaan yang mulia.

Bismillahirahmannirahim,

Menunggu pekerjaan pada abad ini, ibarat menunggu hujan emas gugur dari langit, sekiranya tidak ada usaha mencari kerja dan hanya duduk di rumah. Memang pekerjaan takkan datang.

Dan bukan sedikit graduan yang masih tanam anggur di rumah, termasuklah aku. Namun pun begitu, tanggungjawab dan amanah sebagai ibu dan isteri perlu di galas sebaik mungkin. Jujur,dalam hati paling dalam,mesti nak cepat kerja dan ada pendapatan sendiri untuk membantu emak. Namun apakan daya, mahu menyusahkan emak menjaga anak,tidaklah sanggup lalu menjadilah aku surirumah di rumah.

Namun, jangan di negatifkan suri rumah ini. Pekerjaan ini adalah sangat mulia. Kamu menjaga anak, membersihkan rumah,menyiapkan makan pakai suami dan anak, kerja tak henti henti dua puluh empat jam, kemas sepah balik, dan repeat..memang memenatkan.

Dan aku juga, sangat menyanjung tinggi para ibu yang bekerja kemudian balik rumah menguruskan anak anak, memang para ibu wajar diberi pujian selayaknya. Syabas, ibu ibu bekerjaya.

Dan, sebenarnya jika para suami menyedari, kaum ibu ini adalah kaum yang paling kuat fizikal dan mentalnya. Menguruskan anak anak yang pelbagai kerenah, dari celik mata anak sehinggalah mata anak terpejam, amatlah memenatkan. Sepatutnya,kaum ayah perlu mengambil berat tentang isteri dan menyantuninya dengan baik.

Kami para isteri, bukan makan tidur terkangkang sahaja di rumah, kami menyelesaikan kerja rumah yang non stop. Kaum ayah perlu menyedari dan membuka mata, jika tiada isteri yang menguruskan keperluan anda, adakah anda mampu menguruskan rumah sebaik kami?

Dan berapa banyak luahan di media sosial tentang sikap suami yang sambil lewa sahaja melayani anak dan isteri. Mengabaikan mereka dengan mengatakan dirinya adalah bread winner, tugas adalah bekerja dan balik rumah sekadar berehat.lalu rutin berulang setiap hari, membiarkan sang isteri tenggelam dalam larut emosi, memendam rasa sehingga memakan diri.

Aku juga suri rumah, dan semua manusia akan teruji dalam bahtera rumah tangga yang pelbagai. Ada yang di uji ketiadaan anak, anak yang ramai, anak yang sedikit, kemiskinan, kekayaan yang melampau, suami yang panas baran, isteri yang mencurangi,pelbagai ujian dan jika aku teruji,aku mengharapkan Allah mensabitkan hati kami suami isteri agar bertenang dan bersabar.

Dan sangat sentap, bila aku membaca posting di media sosial tentang kebejatan dan kejumudan suami tentang tugas isteri. Menyerahkan tugas bulat bulat kepada isteri, apabila berlaku masalah, isteri juga di salahkannya.

Aku teringat kata kata, suami teruji bila susah dan senang. Apabila susah, isteri bersama susah dan senang, namun apabila senang mula memasang lain. Nauzubillahi min zalik.

Dan aku teringat lagi kata kata lain, lima tahun yang pertama kahwin adalah zaman mula mengukuhkan kewangan, lima tahun berikutnya barulah zaman kestabilan. Allah, ampuni aku dan berilah kesabaran sebagai seorang suri rumah.

Dan aku menyeru, para suami, jagalah hati isteri, kasihanilah mereka, mereka mngandungkan dan melahirkan anakmu,mendidik mereka dengan kasih sayang, memasak dan menggosok baju kerja kamu, dan hanyalah kerana salah faham kamu memasamkan muka kepada isteri. Kasihanilah mereka dan maafkanlah mereka.

Aku tidak meminta suami ku romantis dengan kata kata, tapi aku berharap dengan romantismu pada anak dan isteri menjadikan kamu di sayang tuhan.

Tulisan ini di tulis, di saat aku mula berasa betapa kejam nya suami tidak melihat para isteri dengan hati nurani, tetapi melihat dengan mata kasar. Dan aku menulis, sebagai pemerhati, dan sebagai motivasi kepada diriku bahawa suri rumah adalah pekerjaan yang mulia. Bukan pekerjaan terkangkang sahaja di rumah sambil tunggu suami.

Ada ijazah tapi masih suri rumah bukanlah perkara yang memalukan tetapi adalah pencapaian kehidupan yang abadi. Ijazah tidak boleh di bawa masuk akhirat, jadi beserdahanalah. Jika ibu bekerjaya, mereka lagi teruji letih dan penat di pejabat tidak habis, di tambah lagi urusan di rumah, memang super mama terbaik.

Allah, pimpinlah aku ke jalan mardhotillah. Jadikan aku ibu, anak dan isteri yang baik kepada keluargaku, aminn ya robb.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...