Ini milik saya. Anda bila lagi ?
Bismillahirahmannirahim.
Assalamualaikum dan Salam Bahagia.
Akibat minat membaca yang terlampau menebal dalam diri, akhirnya saya telah membeli Novelet Tarbiyah ini. Saya tak kisah jika anda nak muntah hijau dengar statement ini. Hehehe. Dengan harga sebanyak RM22.00 tunai, saya membelinya secara tunai di MPH Jaya Jusco. Walaupun di ketahui,duit tinggal RM50 sahaja. Ribuan ucapan maaf buat SQ kerana tak dapat nak membeli untuk anda. Al - maklumlah duit di poket ala- ala kering gitu. Mafkan saya ya!
Antara kelebihan kita membaca ialah, kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita yang sememangnya sedang kurang.
Diumpamakan ilmu manusia ini hanyalah setitis di bandingkan dengan ilmu Allah yang melaut banyaknya.
Allah juga berfirman dalam Kitabnya yang mulia,
"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu (agama) beberapa derajat." (Al-Mujaadilah:11)
Sayang seribu kali sayang tau jika tak de sifat membaca ni.
Bangsa membaca ialah mangsa berilmu.
Oh,ok. Jangan nak berjauh-jauh pula. Saya nak kongsi sedikit catatan yang saya peroleh dalam buku ini. Buku Sebarkan Cinta Mu telah saya habiskan lama dahulu. Ok, buku ini pula mengisahkan tentang Cinta High Class. Menurut pandangan saya, buku ini di bahagikan kepada dua segmen. Bahagian pertama, kisah perjalanan hidup seorang suami. Bahagian kedua pula tentang peribadi seorang isteri pula.
Bahagian pertama.
Kisah tentang luahan hati suami yang semasa zaman belajarnya berusaha menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya. Berusaha menjadi seorang remaja yang tidak hanyut dengan cinta islamik. Berupaya menahan diri dan membentengkan diri dari cinta si bunga yang kunjung tiba.Beliau berusaha menyibukkan diri dengan majlis ilmu dan alam pekerjaan. Sehingga sampai masanya, dia juga bernikah dan hidup berkeluarga seperti manusia normal yang lain.
Seterusnya, ...
Bahagian kedua.
Mengisahkan tentang Qaniah Sumaila yang berusaha menjadi wanita solehah untuk mendapat suami yang soleh jua. Pelbagai kisah hidup dan inspirasi moden yang boleh di contohi dengan watak protogonis ini. Watak antagonisnya pula menyumbang pengajaran dan pelajaran buat si pembaca.
Demi mendapatlan cinta yang suci itu jalannya payah dan berliku. Biar usahanya berliku namun hasilnya menambat hati hingga ke Syurga ukhrawi.
Mengawini wanita solehah itu adalah sebaik-sebaiknya dan ia perhiasan yang sangat abadi kerana mampu menjaga suami dan anak-anak meneladeni hidup yang penuh panca roba ini.
Buku ini bukan berkisarkan cinta bahagia sahaja, tetapi ia turut mengajarkan suami peribadi yang mulia mendidik isteri dan anak-anak agar dapat membentuk keluarga bahagia. Bagaimana peranan suami dalam memimpin sebuah keluarga meski hidup sarat dengan kesibukan kerja sebagai seorang doktor. Ia turut mengajari kita menjadi isteri yang taat menjaga maruah keluarga, bagaimana menambat hati suami dan menjadi hamba yang taat pada Allah.
Buku ini penting buat seseorang yang mencari pengertian cinta dalam hidupnya. Cinta bukan sekadar memiliki sahaja, tapi memerlukan pemahaman dan kekuatan mental dan fizikal untuk menjayakan. Buat para daie, sebenarnya cinta islamik menyukarkan dakwah anda. Oh, Ok sentap! Untuk menghasilkan keluarga yang berkualiti memerlukan suami dan isteri yang taat dan bertaqwa kepada Allah.
Jika kita setia dengan janji Allah, nescaya janjiNya pasti buat penahan hawa nafsu.
Ok,habis.
Lagi dua minggu, bersamaan 10 hari nak balik ke RNSK, Mesir pada 28hb Oktober 2012. Balik nanti musim sejuk. Ohoho. Hati macam sayu nak tinggalkan keluarga di Malaysia. Terlalu sayu nak tinggalkan wan atok mak dan famili serta orang-orang yang menyenangi diri ini. Tak lupa juga, kirimkan doa buatku supaya dapat meneruskan pengajian tahun dua di ardul kinanah tahun ini. Insyaallah mahu cemerlang untuk keluarga dan ummah! Amin,
Untuk sahabat-sahabatku, Siti Nur Syuhaida, Siti Athirah, Siti Ramizah dan Nurul Jannah, tahun ini tahun mujahadah kita. Kita harus berusaha sekuat mungkin. Mari kita tinggalkan zaman mehnah ini, Biar derita sekejap tapi bahagia selamanya. Terus berusaha untuk cemerlang bersama. Moga Allah redha usaha kita semua.Amin.
Pengajian Bahasa Arab,
Fakulti Am Bahasa,
Kuliyah Al Azhar,Kaherah.
Terus cemerlang untuk keluarga dan ummah!!
Allahuma amin.