Nukilan rasa 2

Semoga setiap hari yang indah akan berkekalan dan tiadak akan menghilang di sapa hari yang mendung dan kelam. Kita sentiasa mengharapkan pelangi di waktu petang tanpa mahu ribut petir melanda hidup kita. Tetapi tahukah kita, jika tiada ribut petir, kita tidak akan tahu apakah rasanya takut, kecewa dan gusar.
 
Allah itu selalu memberikan yang terbaik untuk kita di saat waktu yang tepat. Allah tak pernah memberikan benda yang sia-sia untuk kita. Kita sebagai manusia harus sentiasa positif dengan hikmah yang Allah beri.

 Melayani atok-atok dan mak cik mak cik di sini, menjadikan jiwa aku lapang dan bahagia. Inilah terapi yang aku cari. Aku rindu uwan dan atok. Di saat mereka hidup, terlalu banyak kebaikan yang mereka curahkan kepada kami, semoga Allah meberi kasih sayang kepada mereka berdua. Kasihanilah mereka berdua di dalam kubur sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil dahulu. Amin.

Kasih ibu ayah tidak bertepi seperti lautan pantai yang luas tiada penghujung..Begitulah kasih uwan dan atok,  SEMOGA TENANG DI SANA..AMINN

Nukilan rasa

Apabila kita berasa hidup kita susah dan lemah, sebenarnya ada ramai lagi orang yang jauh lebih perlukan bantuan. Hidup bekerja hari-hari di Baitumal menjadikan aku lebih peka dan sensitif dengan isu masalah kemasyarakatan.

Hidup susah dan melarat.
Hidup dengan sering tak cukup duit.
Hidup senang tapi tamak.
Hidup sederhana dan perlukan bantuan.

Macam-macam golongan lapisn masyarakat yang aku jumpa dan hadapi. Hal ini menjadikan aku insaf dan sentiasa ingin meningkatkan kualiti hidup dan ibadah. Bukan kerana mahu merendahkan orang tetapi lebih kepada aku mahu bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri pada kami sekeluarga.

Iya, jujurnya aku juga sekeluarga sedang bergelut dengan kesusahan hidup. Mencari wang demi sesuap rezeki untuk anak-anak dan mengisi perut kami. Namun, aku punya mak dan ayah yang selalu membantu di saat kami kepayahan dan kelelahan.

Aku berazam semoga aku dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aku akan buktikan bahawa melanjutkan pelajaran ke luar negeri pasti akan membuahkan hasil yang berharga suatu hari nanti. Masa senang akan tiba juga but kami, sang pengusaha. Semoga amal ibadah kami di terima Allah.

 Let the journey begins and we will go through it.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...