Catatan Sang Pengembara 1

Assalamualaikum.
Ini kisah saya,
sang perantau kembara ilmu.
Sengaja saya coret buat keluargaku yang jauh dimata,tp dekat di hati:)
Sayang semuanya,kakak rindu sume:)
Mak,wan,atok,Jimie,Birah,Comel,kampung halaman...
Ah sudah...cukup2 lah tu..:(


Tak juga dilupa pada kawan2ku,yang berada di Usim,UM,UNIZA,Jordan,Morocco,UPM,MANS,dll,moga kalian terus maju dan bersemangat untuk terus beljar menunutut ilmu dan memajukan diri.:) Insyaallah.


 Buat sahabatku,ramai lagi yang saya sangat rapat,maafkan saya jika gambar kalian tiada disini..saya saje je edit2.Tapi jauh di sudut hati,saya mengingati semuanya,Iqa,Fatin Syahira,Wahidah Jaafar,Zafreena,Jannah,Ramizah,Hana,Faiznur,Farah Hana,dan semuanya...Saya sayang semuanya:)Moga kita sama2 berjaya dengan cemerlang:)Insyaallah:)

Perjalanan kita semua masih panjang.Tidak kisahla bagaimana kalian mengendalikanya,andalah pengemudinya,andalah pendayungnya,anda adalah segala-galanya.:)So,jadilah pengemudi bahtera yang berjaya.:)
Sejak dua tiga minggu berada di bumi kinanah ini,berbagai kisah pengalaman yang telah ku tempuh.Baik buruk semuanya telahku jalani.Tinggal lagi,diri kita kuat atau tidak sahaja meladeni hidup ini yang sememangnya penuh panca roba.

Usai minggu orentasi,daku terus mengikuti kelas tafaquh.Daku tau dalamanku masih lagi banyak bocornya.Banyak lagi sempongnya.Justeru,berdiam diri dari dunia buat sementara dan pentingkan diri memperteguh iman adalah penting buat diriku.Meski penulisanku ini bisa mengakibatkan ramai yang akan berselisih pandangan dgn diriku.Tapi phmlah,ini pendirianku! Ini yang akan aku kukuhi berbanding  perkara sebelum ini yang pernahku impikan.
Menjejak ke bumi auliya ini,sangat memberkas jiwaku.Ada sahaja aku ditegur,di nasihati,di marah,di pandang serong,tapi itu semua asam garam pelajar.Sape aku untuk jadi maksum?Kita semua insan biasa.Banyak melakukan khilaf.Oleh itu,bertaubat dan berusaha mentaati perintahNya adalah lebih baik dari aku terus terasa hati atau menyimpan perasaan yang tidak baik.
Kan?:)
Zaleha yang kini bukan seperti Zaleha dahulu.Aku sedr diri ini tidak baik,tapi aku sedang dalam proses pembelajaran.Oleh itu aku sedr diri,aku mahu menjadi yang baik di mataNya.Amin.Biar buruk dimata orang tapi baik dimata Allah.AMIN.

Oleh hal yang demikian,aku belajar talaqqi Al quran.Pada fikiran sebahagian pelajar,buat apa perlu untuk talaqqi,sedangkan selama ini kita sudah pun di ajar kitab Alquran oleh guru di sekolah? Bagiku,itu tidak benar sama sekali..Bertalaqi di Mesir bersama Syeikh Wail mengajar aku seribu erti.Mungkin juga lebih lagi.Setiap pagi tergesa-gesa tak makn sarapan,terus ke talagi menaiki tremco.Bersesak-sesak dengan penduduk tempatan demi mencari pengangkutan.Jalan yang lecek dibasahi air.Bukan kerana hujan tetapi air basuhan kereta yang selalu sahja ada di lantai jalan.
Kemudian,perjalanan mungkin sahaja mengambil masa lima belas ke dua puluh minit.Tapi apabila terlalu sesak,perjalanan mungkin sahaja terlalu lama.Mungkin juga.Sampai di kawasan rumah syeikh.Kami harus berjalan kaki sehingga barangkali juga berpeluh dan lelah kerana rumah syeikh yang agak jauh sedikit ke dalam.Tambah pula dengan keadaan rumah syeikh yang juga bertingkat.Wah,jenuh juga ya:)

Kadang kami terlewat,maka muka syeikh,akan kelihatan garang sekali.Sangat takut.Aku juga acap kali ditegur dan dimarahi syeikh kerana bacaanku.Tajwidku yang tunggang langgang.Sebutan hurufku yang tak betul.Sampaikan ada satu hari,aku menangis kerana menyesal tak belaja tajwid betul2 di sekolah.Namun,peluang takkan datang berkali-kali,aku kuatkan hati,belajar mengaji juga wp asyik banyak salah.
Kata Syeikh pada diriku,
 Wahai Zulaikha,belajar alquran ini sangat penting.Ia adalah amanah.Kau kene banyak sabar kerana aku akan kerap menegur kau jika kau kerap mengulang kesalahan yang sama.Quran adalah kalam Allah.Sangat puitis dan cantik.Oleh itu,kita kenalah mencantikkannya dengan tajwid kita:)
Benar kata syeikh,sejak dari hari itu,aku berazam dan bertekad untuk baca dengan lebih baik lagi.Alhamdulilah.Moga2 usaha kecilku dipandang Allah.Amin.

Banyak lagi perkara menarik yang aku pelajari disini.Hidup perlulah bermasyarakat.Kena juga pandai bergaul dan cepat mensesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.Bak kata Ustaz Jabbar,Mesir bukan tanah air kita,justeru,kitalah yang harus mengikuti Mesir,bukan Mesir yang mengikuti kita! Kita pendatang,jadi layanlah diri anda sebagai pendatang.Terimalah segala budaya,adat resam,pakaian,cara pemakanan,pertuturan,dan segalanya-galanya:)
Bukan mudah,tapi kita mestilah bertekad dan selalu memasang niat yang baik.Paling penting,apa2 hal,nak buat sesuatu,mesti keranaNya.Bukan sebab nak  dapat pujian atau glamor atau ape2 shj.

Sudah lama,aku tidk menaip.Jadi kali ni,sengaja aku panjangkan catatanku.Moga kalam ini menjadi penghubung silah buat diriku dengan orang di Malaysia.Silah agar lebih baik lagi dengan familiku dan comel.:)

Ramai yang tergugur di medan perang,bahkan ada sahaja yang tercicir sebelum  berada dimedan juang.Aku tak mahu,aku sekadar speaks louder than action! Aku wajib berubah ke arah yang lebih baik.Insyaallah.:)Amin.Moga aku tidak termasuk dalam golongan yang tercicir dan gugur meski aku dikatakan dalam ~perhentian cinta~

 *Maf kawan,Leha dah pandang ke depan,tak de masa nak terasa hati dengan kawan.Leha tahu,kawan terasa tau mungkin sahaja tak mau berkawan dengan Leha,tapi kawan tetap selamanya kawan baik leha dunia akhirat.Kawan,leha tau kawan bace kan?JIka ya,doakan leha.Maafkan leha.Berilah Leha ketenangan disini.Leha minta maf,entah kenape  Leha asyik ingat kawan.Moga maju jaya kawan baikku..
Syeikh panggil leha Zulaikha.Moga pekerti baik yang ada pada Zulaikha terpatri dalam diriku.Amin.
Ya Rahman,Sampaikanlah salam kerinduanku untukku padanya..:)

Bukan mudah untuk memafkan.Tapi disini aku belajar erti SABAR. Erti SUSAH dan PAYAH.Erti PERIT.Dan juga erti TABAH!

Perjalanan hidup mematangkan diri:)
Sayang semua:)
Sekian..hingga jumpa lagi:)Insyallah;
*Kuliyah mula 9 oKt.
Ya Allah permudahkanla urusan kami dibumi anbiya ini.Lembutkan hati kami tatkala mendengar nasihat dan menuntut ilmu.Bentulah diri kami agar tergolong dalam golongan orang yang mencintai ilmu.Amin.
:)

Kembara Ilmu di Azhar.



Bismillahirahmanirrahim,
Assalamualaikum,W.b.r.
Salam sejahtera ke atas semua.
Sudah hampir sebulan rasanya,Cik Qalam berada di bumi auliya.Alhamdulilah,nampaknya,Cik SQ sedang giat menaip entri tebarunya.hu.hu..hu..tak pe..tak pe..:) Keep it up my frens:)

Sesungguhnya, pelbagai pengalaman telahku kutip disini,berada di tempat orang tak sama seperti di tempat sendiri.Ialah manakan sama hujan batu di tempat sendiri,hujan emas di negeri orang.he..hehe..papela..
Berbumbungkan atap batu,berdindingkan batu juga,Cik Qalam tinggal aman sentosa dirumah Negeri Sembilan.Iaitu di Bandar Nasr City,Cairo.Sekitar haiyu Sabik( Seksyen 7).

Untuk kali ini,entri Cik Qalam akan berbentuk santai sahaja.Lebih banyak bercerita dan berkongsi,insyaallah. Cik Qalam dedikasikan entri ini pada ibuku,Puan Zaidah Binti Hj Udin.Moga terhibur hendaknya mendengar kabar berita dari anakandamu yang jauh.


Cik Qalam berpisah dengan Malaysia beribu batu,meninggalkan rumah,mak,keluarga,tunang,sahabat,tanah air,masyarakat.Perjalanan selama hampir sepuluh jam begitu melemahkan aku yang berada didalamnya.Hinggakan saat kapal terbang sudah tepat mendarat di lapangan terbang Qatar,maka aku pun tanpa sempat ditahan lagi,mengeluarkan semua isi perut.Loya,pening,penat,tapi yang penting aku lega kerana aku dah muntah:) he.he.he..

Dari Dhoha,transit lebih kurang setengah jam,kami terus menaiki kapal terbang Qatar Air Ways ke Mesir.Berada didalam kapal terbang sememangnya bosan jika kita tak de benda yang mahu dibuat.Namun,bagiku,aku memanfaatkan teknologi didepan mata dengan menonton TV,makan,tidur,bace buku,ulang baqarah,tajdid niat dan makan..:)

Seterusnya,kami tiba dibumi anbiya’ jam 3.30 petang bersamaan pukul 11.00 malam Malaysia.Alhamdulilah,sebaik tiba kakiku menjejak di bumi Mesir ini,aku terus memasang niat.Moga2 kedatanganku kesini hanya keranaNya.Semoga harapanku yang menggunung dipundakku,yangku galas kiri dan kanan akan ku tunaikan dengan kejayaaan sewaktu kepulanganku ke Malaysia nanti,insyaallah.Tunggu akak,mak.Tunggu saya,empat tahun sahaja.Insyaallah.

Tiba dirumah negeri,selama seminggu kami berorentasi.Dikendalikan oleh para Ustaz dan Ustazah yangku kira semuanya sudah berkebolehan dan mantap dalam mengurus adik-adik baharu seperti kami.

Macam biasala,sampai je kat sana,pelbagai penghormatan diberikan kepada kami.Para isi umah membantu adik baharu mengangkat barang,mengemas,memberi tunjuk ajar dan macam2 lagi la..Namun pun begitu,..
Paling tak leh aku lupakan,sampai sahaja disana,Kak Ain Syafiqah selaku Ketua Disiplin Dan Protokol memberi arahan supaya kami tidak boleh mandi.wahhh…nganga mulut lebar:D..Hehhe..bukan cam tu,tapi cam ni:o.Atas alasan kesihatan.Kerana dikhuatiri kami akan mudah dijangkiti penyakit lantaran tidak lagi biasa dengan cuaca disini.
Segala arahan kami terima dengan akur.Walaupun penat nak mandi je rasanya,tapi demi kebaikan kami turuti jua..hu..hu..
Disinilah,segalanya bermula:)

Bangun pagi seawal awalnya,jam empat pagi sahaja sudah azan subuh,jam du belas tengah hari zuhur,tiga petang asar,maghrib jam enam petang dan tujuh sengah solat isyak.Malam akan mulai memekat jam enam petang manakala jam lima pagi pula sudah cerah.

Suasana di Mesir tidak sama rasanya di Malaysia.Malaysia bersih namun disini,emm..agak berdebu,hampir kesemua bangunannya tidak bercat warna –warni.Hanya warna coklat sahaja.Disini,sampah je kita boleh tengok banyak merata-rata.tapi walau bagaimana pun,aku tetap bersyukur dapat menjejak kaki ke bumi Mesir.Merealisasikan jejak-jejak mimpiku!

Alhamdulilah:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...