Resepi Donut Lembut

Bismillahirahmaniirahim.

Dscf0160
Kredit. 

Anda mahu makan donut lembut? Seperti Donut Big Apple? Tapi tak de kewangan yang kukuh sekarang?

Tetapi masih juga berdegil, mahukan makan donut?

Nak suruh mak buat, mak tengah sibuk dengan urusan lain. Nak pergi beli kat gerai-gerai, kenderaan tak de pule.

Nak jugak, jadi buatlah sendiri!

Okeyh, jika anda sedang menghadapi masalah kecil ini, mari bersama saya cuba resepi donut ini.

Insyaallah, pasti anda akan dapat merasai kelazatan donut yang di perkatakan ini. Sebab saya dah buat semalam, hasilnya, marbelous. Haha.:D

Seriously,  saya tak tipu, masuk api neraka tau tipu-tipu ni.

Bahan-bahannya :

Mauripan a.k.a yis. ( Tak kisahla nak pakai jenama apa pun )
Gula pasir
Air suam
Tepung gandum
Tepung Susu ( Suka hatilah jenama apa pun )
Garam
Marjerin a.k.a Planta ( Tak kisahla jenama pape pun, janji HALAL )

Pertama sekali,  baca bismillahirahmaniirahim. Kang  kongsi dengan syaitan kang bila tak baca nama Allah. Masukkan satu sudu yis kedalam cawan yang berisi air suam. Air suam tu setengah cawan. Masukkan juga sesudu gula pasir. Kacau air sehingga gula larut. Tunggu sebentar sehingga naik buih-buih dalam cawan tu. Dalam area separuh buih naik, kira okeyhlah tu. Itu tanda yis dan gula sudah beroperasi dengan serasi.

Next, masukkan dua cawan tepung gandum, dua sudu marjerin, dua sudu tepung susu, sedikit garam, gaulkan sebati. Agak- agak semua dah sebati, masukkan yis campuran tadi dalam adunan tu. Saya gaul guma tangan yang bersih tau. Berselawatlah, moga-moga semua orang yang makan donut itu mendapat kebaikan.

Campurkan sedikit air jika rasa-rasa ia ( Tepung adunan ) masih lagi berderai. Gaul adunan sehingga menjadi doh.
Resepi Donut Lembut Simple Senang dan Sedap
Selepas.
Resepi Donut Lembut Simple Senang dan Sedap
Sebelum. Kredit. Ni gambar doh orang lain. Saya tak de kamera. Pinjam gambar 

 Biarkan selama setengah jam. Biarkan sehingga doh naik. Cik adik lehlah tutup adunan tu dengan tuala bersih. Jangan di biarkan makanan tanpa di tutup. Nanti boleh mewarisi kepapaan.

Alhamdulilah, bila dah naik, bolehlah bentukkan jadi donut. Bulatkan ia dan tebuk tengah. Dan goreng dengan minyak yang banyak dan panas.

Jangan masuk sekali banyak kerana donut akan mengembang lagi dalam kuali. Pastikan api sederhana kecil. Kang hangus, tak jamin.

Akhir, saya gaul dan tabur gula atas donut masa ia sedang panas. Kalau tak kang, gula tak melekat. Bagi yang kreatif dan mempunyai coklat lebih, cairkan coklat dan letak atas donut. Tabur gula-gula manik atau badam. Ohooho Perhhhh... Sebijik macam donut Big Apple. Tak tipu ni!

Okeyh siap. Saya buat donut ini semalam secara kecil- kecil dapatlah dalam dua puluh biji.  Okeylah tu. Dah buat banyak- banyak tu, bagilah dan kongsilah kebahagiaan anda berjaya buat donut itu kepada ahli keluarga dan jiran- jiran terdekat.

Insyaallah, pasti berjaya.

Wan kata dah boleh jual kat kedai. Ohh, malu. Atok pula makan dengan lahap tanpa komen pape. Hehe.
Bagi kat adik-adik tusyen sket. Diorang cakap sangat lembut donut ini. :)

 Ada orang campur kentang dalam donut. Itu saya tak tahu. Saya buat resepi ini berbekalkan tunjuk ajar mak cik saya. Dah banyak kali nak buat, tapi malas. Semalam, terciptalah hari ini dalam sejarah. Hehe.

Saya sememangnya peminat donut! Oh, donutku! :)

@_______@ Kegembiraan melampau boleh menyebabkan anda pening. Eh?

Moga Allah Redha usaha kita ini. Amin.

10 comments:

  1. Kak, sukatan tak ada. Macam mana nak ikut. =__="

    ReplyDelete
  2. la, dah bagi dah. bagi gula pasir, susu tepung, yis,sume satu sudu.

    guna sudu bese tu,

    pastu gune magkuk yg sama. err, ade phm? :)

    ReplyDelete
  3. boleh cuba ni :)

    oh kalau boleh buanglah word verification dekat komen ni, senang sikit nak komen2 nanti.. hehe

    ReplyDelete
  4. Terbaekk..terima kasih sud kongsi resepi..nak cuba hingga jayanya.. Entry pun bagus...penuh nasihat berhemah..GOOd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, bese2 sahaja, tapi alhamdulilah.

      do visit again:)

      Delete
  5. Assalamualaikum,

    Saya dh cuba resepi ni. Siap letakkan di blog lagi. Senang lain kali nk rujuk balik. Minta dihalalkan ye (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Ohoho, tak pa ja. Sharing is caring :)

      Delete
  6. leha, akk share ye.nak try buat.hehe.lame dah nak try nya, ntah bile2.ni da kawen kena la try. :) miss u leha.miss nak borak2. heee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...