Trainer Akademi Sukses Consultancy & Training,


Salam Sukses, Salam maju jaya.
untuk entri ini, dengarlah kata-kata harapan dari trainer kami akademi sukses diluarnegara..sengaja ana letakkan di blog agar kita mampu berkongsi sesuatu yg bermanfaat
.insyaallah 

Halatuju Akademi Sukses Consultancy & Training Sdn Bhd.

1.       Saya berbesar hati menerima kehadiran semua pihak dalam menjayakan Program Brainstorming Akademi Sukses Consultancy & Training kali ke 2. Walaupun saya berada jauh diperantauan namun saya tetap tidak melupakan kewujudan Akademi Sukses Consultancy & Training (AKSES). Harapan saya agar semua kakitangan AKSES berada dalam keadaan sihat dan terus konsisten dalam kerja.

2.       Kewujudan AKSES ini sebanyak sedikit membantu pelbagai lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian. Suka diingatkan kewujudan AKSES dimuka bumi Allah ini adalah hasil proses pentarbiyahan Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu, tidak boleh tidak kekuatan AKSES mestilah bergantung sepenuhnya  dengan Al-Quran dan Assunnah disamping menjadikan bahan-bahan lain sebagai modul latihan AKSES.

3.       Saya cadangkan agar  AKSES ini segera didaftarkan   di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) agar semua aktiviti AKSES dibenarkan. Pentingnya AKSES didaftarkan segera kerana tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun 2011 bakal menjelma.  Banyak akiviti yang dirancang akan lebih mudah dijalankan sekiranya AKSES berdaftar. 

4.       Komitmen> Setiap kakitangan AKSES seharusnya memberikan komitmen 100% terhadap AKSES. Bermula dari puncak organisasi sehinggalah kepada jawatankuasa kecilan. Bagaimana ingin memberikan komitmen semuanya terletak pada diri sendiri. Tanpa komitmen dan kerja yang konsisten AKSES tidak dapat bergerak jauh.

5.       Visi dan Misi> Perkara yang paling utama didalam sesebuah organisasi adalah Visi dan Misi. Justeru, perlu diingatkan kepada semua bahawa Visi dan Misi Akademi Sukses Consultancy & Training perlu dicapai. Sesebuah organisasi tanpa Visi dan Misi umpama semut mencari gula ditengah malam.

6.       Jawatankuasa Kerja> Perkara ini juga amat perlu dititik beratkan. Pembahagian jawatankuasa kerja secara menyeluruh akan melicinkan lagi gerak kerja AKSES. Tanpa gerak kerja dan jawatankuasa yang sempurna saya yakin bahawa semua aktiviti AKSES akan terkesan sedikit demi sedikit.  Suka untuk mengingatkan bahawa KOMITMEN dalam  memegang jawatakuasa kerja perlu diberikan dengan sepenuh hati.

7.       Promosi dan Privasi> Setiap program yang dijalankan pastinya mempunyai alumni. Justeru, ikatan hubungan yang berterusan antara AKSES dan alumni AKSES disetiap program perlu dipanjangkan dan sentiasa dikemaskinikan hubungan itu. Caranya, saya mencadangkan untuk sementara waktu ini  AKSES membina laman blog sementara menunggu laman web dibina. Laman blog ini dijaga dan sentiasa dikemaskini oleh jawatankuasa kerja khusus untuknya. Saya lihat melalui kaedah ini hubungan Alumni AKSES bersama AKSES akan lebih terjaga. Tambahan jika dilaman blog tersebut menyediakan ruangan khas untuk forum.

Privasi> Semua perkara yang tertakluk dengan AKSES mestilah mendapatkan  kebenaran pihak yang berkenaan sebelum mengedar, mengiklan,dan seumpama dengannya. Hal ini kerana, privasi mahupun hakcipta AKSES perlu dijaga supaya kualiti perkhidmatan terjaga. Pastikan privasi AKSES dijaga rapi.

8.       Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung> Kesempatan ini juga, suka saya memperingatkan untuk diri saya yang tidak kurang juga kelemahan dan untuk semua kakitangan AKSES, sejauh manapun anda akan menyambungkan pelajaran pastikan anda juga tidak lupa untuk memberikan yang terbaik untuk mereka yang memerlukan. Sejauh mana anda pergi ingatlah bahawa AKSES merupakan platform untuk anda memberi. Jangan sesekali anda menjadi arnab yang selalu bongkak dek lajunya dari kura-kura. Tindakan yang bijak dan baik akan menjadikan anda seorang insan yang bernama Mukmin Profesional. Keduanya, banyakkanlah membaca, kerana dengan membaca anda mampu meminpin dunia. Tidak dinafikan, sesiapa yang banyak membaca beliau mampu menulis dan bercakap sambil memukau pendengar. Sejarah membuktikan orang yang membaca menjadi insan yang sukses dan profesional. Once You Stop Reading Forever You Stop Leading. When You Reading You Are Leading. Petikan dari majalah Think Big. 

9.       Penutup>  Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika memberi. No man becomes rich unless he enriches others.( Mukmin Profesional.

Wallahu’alam,
Mohd Asri Zainal alHaj
Teen Trainer Akademi Sukses Consultancy & Training,
Teratak Nasyatilla, Fez, Morocco.
12 Pagi 25 Dis 2010.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...