Sebarkan Cinta-Mu

Bismillahirahmannirahim.

Sibuk-sibuk bercuti di rumah, sehingga blog telah berhabuk dan berdebu. Sibuk juga menguruskan adik-adik yang bertusyen, akhirnya inilah yang mampu saya kongsikan kepada anda. Sebuah buku yang saya kira sangat bermanfaat pada golongan insan wanita yang ingin mendirikan rumah tangga, atau seorang isteri yang sedang mengalami konflik poligami, atau telah pun berpoligami, hampir atau sebagainya, Segeralah membacanya.

Sesuai juga kepada sang gadis yang dilema ibu bapa poligami, isu kenapa aku harus masuk islam, atau kenapa aku islam tapi tidak mengetahui sebab wajib menjadi islam. Didalamnya terkandung hikmah dan ilmu.

Bacalah dan semoga anda bahagia!


Sebarkan CintaMu ~ Fatimah Syarha Mohd Noordin

Ini buku saya. Milik saya,anda bila lagi?

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang
 menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan
 rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang

 bergelar anak,
 ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam,
 dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu

 agamanya, 
terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya',
 didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang

 menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya,
 dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan
 makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci,
 dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan
 cinta.

***** 

(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90

Sebuah buku yang saya kira padat dengan kisah realiti. Sarat dengan dalil dan
 hujah yang kuat menyokong segala isu dan permasalahan. Isi-isi huraian
 di huraikan bukan setakat dalam bentuk cerita, dialog bahkan juga terdapat 
nota ringkas yang pastinya sangat membina dan membantu kita dalam 
mendapat pencerahan tentang poligami, kasih sayang dan konfliknya.

Buku ini di hadiahkan kepada saya oleh  antara seorang insan yang saya kira
 sangat saya sayangi. Zul Aimin Hj Zakaria. Terima kasih kerana menghadiahkan 
buku ini. Setelah 3bulan mencari,27 September 2012 saya mendapatnya dari anda.

Semoga pahala berlipat ganda kepadamu dan juga si penulis.
 Sedang menghabiskan masa di rumah dengan membaca sambil
 meniti hari-hari terakhir di bumi Malaysia. Well adik-adik tusyen, 
lagi seminggu perjuangan kalian bersama saya akan berakhir.

Sentiasa mendoakan kalian semua sentiasa cemerlang.
 Sentiasa mendoakan kalian semua sentiasa cemerlang dan
 mampu menjadi anak soleh dan solehah.amin.

Semoga bermanfaat dan Allah redha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...