Kenangan TErINDAH Kem HErba, Hulu Langat



Tanggal 29-31 Oktober 2010, menjadi detik bermakna buat diriku dan rakan-rakan kerana telah berjaya menjayakan program Rakan Budaya Sukses bagi adik-adik darjah 5, Sek.Keb.Shah Alam, Seksyen 27,(2), Selangor, Darul Ehsan. ketika kali pertama kali menjejak kaki ke Sg. Congkak, perasaan penat, lelah, sengal badan kian hilang apabila melihat riak wajah para peserta yang tampak ceria menyambut kedatangan kami..apalagi, rasa pening-pening lalatku yang tadi dalam kereta, terhapus terus..huhuhu

Sesungguhnya, pertemuan yang telah diatur oleh ALLAH, sangatku syukuri..bertemu dengan adik Khalisa, Siti Mas, Khairunnisa', Alia, dan lain-lain menjadi akak rasa rindu sangat kalian apabila telah pulang kembali ke mahad..bersama ini, akak harapkan kalian akan terus mengingati saat manis kita bersama-sama, makan, minum, bermain, solat.. sesungguhnya, pernahku bertanya pada diri, mengapa harus wujud perpisahan disaat ukhwah telah bertaut, namun jawab seorang teman, kerana Allah mahu mengajar kita erti Tabah..Tabah? Ia, tabah menghadapi perpisahan..

Biarlah, kenangan tinggal kenangan, walaupun ia kenangan yang sudah berlalu, namun tautan ukhwah yang terpatri antara kami, moga tidak tersia-sia begitu sahaja. Ya Allah, kau rahmatilah pertemuan kami, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang2 yang bertemu dan berpisah kerana Mu.. Moga Kau tautkan hati kami semua dengan untaian buah iman dan taqwa..amin.tidak dapatku nafikan sebenarnya, mentarbiyah kanak2adalah merupakan cabaran paling mencabar! Namun, semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus mencurah ilmu dan bakti..insyaallah.






Adik2 yangku sayangi,

Kalian adalah permata yang sangat bernilai, umur hanyalah angka..walaupun kalian baharu berusia setahun jagung, namun kemodenan masa kini menjadikan kalian celik IT, dan dunia siber..ku harapkan, adik2 Shah Alam, Seksyen 27,(2)  akan terus tekal dan tabah menghadapi ujian dan cabaran hidup..rentak dunia masa kini memerlukan adik2 perlu bermujahadah menghadapi  hidup di masa akan datang..semoga kalian akan terus sukses mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR tahun hadapan.amin..

Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada para peserta kerana telah mengikuti program dengan baik dan cemerlang..walaupun, di hari kedua sedikit kontroversi telah berlaku diantara mereka dan gurunya, namun detik itu menjadi sangat beerti buat diriku dan kawan2..apa tidaknya, disebabkan mereka telah bermain di kolam ikan, mereka dimarahi guru di dalam dewan..seramai lima orang pelajar telah dijatuhkan hukuman iaitu dihantar pulang ke rumah..apalagi, air mata fasi dan adik2 yang kena hukum keluar tanpa henti..merembes air mata tak sudah2! huhuhu


Apalagi, rasa sebak dan sedih menyelubungi seluruh dewan..baik kawan2 mereka, abg2 fasi dan kakak fasi telah menitikkan air mata syahdu dek perbuatan guru mereka yang akan menghantar anak murid mereka pulang..hatiku pula sangat sebak sehingga aku tak mampu berada dalam dewan itu lagi..fikirku, betapa tekadnya guru mereka menghantar mereka pulang..namun pun begitu, tunggu punya tunggu, rupanya guru mereka sengaja berpura-pura..hehehe..kena tipu da!! sabar je la..

Lalu tunggu punya tunggu, adik2 masih tak dihantar pulang lagi..Apabila ditanya, bila cikgu nak hantar mereka pulang, guru itu menjawab dengan nada selamba.."bAIKLAH, KESEMUA PESERTA, HARI INI, TIADA PENYINGKIRAN!" huhuhu betapa gembira hati kami para fasilitator..mereka? apatah lagi, gembira sakan sampai pergi mandi Sg. Congkak..huhuhu..apabila aku teringat balik peristiwa ini, memanglah aku akan tersenyum sendiri..rupanya menjadi guru membuatkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai mehnah pelajar! kala itu, barulah ku faham mengapa Ustaz Idris  selalu "temperature" dengan kami, mehnah palajar STAM..semoga Kau tabahkan hati guru2 kami agar dapat meladeni pelbagai mehnah dan ragam para pelajar maahad ahmadi..amin..

Semua pengalaman yangku peroleh dijalan ini membuatkanku tekad untuk melakukan kerja dan melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin..insyaallah, rentak perjalanan hidup yang masih panjang dan jauh lagi, menuntut aku untuk lebih berwaspada pada cabaran2 yang meningkah datang..namun, jauh diruang atmaku, ku berharap aku akan kekal istiqamah dalam jalan dakwah ini..amin..insyaallah..hum..cukuplah coretanku kali ini, semoga adik2 dan fasi terus sukses mengejar jejak2 mimpi anda! aMIN!

"Kejayaaan anda, matlamat kami."


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...