Kata Imam Ghazali

 
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa manusia ini terbahagi kepada 4 golongan:

1. Rojulun Yadri wa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, dan dia tahu apa yang dirinya tahu.Dan dia tahu bahawa sesungguhnya ilmu yang diketahuinya itu bukan sekadar dipelajari,tetapi juga untuk dikongsi dan diamalkan.

2. Rojulun Yadri wa Laa Yadri Annahu Yadri

Seseorang yang tahu, tetapi dia tidak tahu apa yang dirinya tahu.Iaitu seseorang yang memiliki ilmu dan kecekapan, tetapi dia tidak pernah menyedari bahawa dia memiliki potensi.Dan dia tersilap caturan mengenai ilmu.Nafsi-nafsi.Ilmu aku,untuk aku.

3. Rojulun Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, tetapi dia tahu yakni menyedari apa yang dia tidak tahu. Menyedari akan kekurangannya,dia berusaha mencari ilmu,dengan tekad aku ingin tahu apa yang aku tidak tahu supaya orang lain juga tahu apa yang mereka tidak tahu.

4. Rojulun Laa Yadri wa Laa Yadri Annahu Laa Yadri

Seseorang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu apa yang dirinya tidak tahu.Golongan ini,sentiasa merasakan bahawa dia sudah mengetahui pelbagai perkara.Namun hakikatnya,dia sebenarnya tidak mengetahui.Sifat 'qanaah' yang melampau yang sepatutnya tidak ada dalam diri seorang muslim.

Jom Baca ^^

Asalamualaikum dan Selamat Berjaya!

Di ruang waktu yang penuh sedikit dan sempit,ingin daku meluahkan kata-kata yang sudah lama terbuku didalam dada. Semakin sibuk dengan urusan kuliyah,sehinggakan si comel ini ( blog ini ) terabai lagi..

Dada kian sesak dengan pelbagai urusan yang menuntut kesabaran.Urusan visalah,imtihanlah,duit perbelanjaanlah,makan minum, dan segalanya..

Bersesuaian dengan kehidupan di bumi anbiya',sememangnya kita perlu banyak bersabar.Sebagai mana sabarnya dakwah nabi Musa mengajak para pengikut Firaun masuk islam.Tabahnya juga baginda dalam menangani isu kekejaman dan kebongkakan Firaun,Maka sesungguhnya,wahai seluruh pelosok manusia,marilah kita belajar bersabar.

Kerana dari sebuah kesabaran,akan timbulnya,keberkatan,Kesejahteraan dan ketenangan!

Sem 1,telah pun selesai bahangnya.Imtihannya juga telah kami semua tempuhi dengan jayanya.Sekarang,dengan penuh pengharapan,kami nantikan natijah keputusannya.Moga yang tertulis pada kertas jawapan,diterima dukturah dan juga ALLAH.

Sejujurnya,aku rindu rumah,mak,famili! Rindu sangat-sangat. Rindu nak dengar wan dan atok berselisih pendapat.Rindu nak dengar Kak Birah merajuk.Rindu nak cakap dengan mak dari hati ke hati.:)Semua rindu.

Selesai sudah hal imtihan,beralih pula hal Visa.Ingatkan kisah para abang dan kakak hanyalah mitos semata-mata,akhirnya tejadi juga kepada kehidupan aku dan kawan-kawan.Seawal 5.20 pagi,aku dan kawan-kawan bangun dan bergerak menuju ke Imegresen.Ironinya,kami semua bercadang untuk menyelesaikan masalah visa.Hal ini kerana sudah hampir sebulan,visa kami dah mati.Kiranya,kami ni,adik-adik baharu,ala-ala PATI.Hehehe,Setelah,lima jam menunggu untuk mendapat tempat secara berdiri,maka masa yang ditunggu-tunggu tiba juga.Tibalah masa giliran aku dan kawan untuk menyerahkan borang takdim.Iaitu kirenya nak bg borangla untuk dihidupkan semula visa kami.Tapi,dengan penuh kesedihan,dia merenung aku dengan tajam dan mencampakkan borangku.ADUS..Malu,enti muroshah! Mus Muroshah.End Story,tak leh buatlah kirenya..aduhai,sangat tidak berbaloi,duit pun terbang 35l.e.SABAR jela..Sakit sungguh kaki,ujian..ujian..

Nak pergi ke luar dari Kaherah,memang kirim salam la..Huhhuhu.Sekarang,minggu cuti,ALHAMDULILAH.Lagi beberapa waktu,bermulalah Sem 2.

Ramai yang berjaulah.Antaranya ke Sinai,tempat munajat Nabi Musa dan tempat dimana dikatakan Nabi Musa berbicara dengan Allah.Disana juga,kita dapat melihat matahari terbit.Aiwah,menarik:) Belum ade rezeki lagi nk pergi,tak pela,SABAR lagi:)

Sekarang juga,sudah bermula markaz taalim lughoh.Sebahagian dari kawan-kawanku,sudah pun menjejakkan kaki ke markaz.Alangkah jeleznya saya.Mereka belajar,topup ilmu,saya belum lagi,mungkin dalam sebulan lgi baru boleh datang ke markaz.Alamat sem 2 ni,kena banyak MUJAHADAH.Kuliyah lagi,markaz lg,Kelas Tutor,Talaqqi lagi,wah.semuanya menuntut kesabaran yang cukup tinggi.

So,saya sekarang buat pe?

Hari tu,menjejakkan kaki ke Pesta Buku.Sangatlah masyuk!:) Banyak juga wang dihabiskan disana.Aku memborong semua subjek kuliyah tahun satu dan beberapa buah buku yangku rasekan saangat bermanfaat untuk dijadikan koleksi bacaan.Tatkala aku menelefon mak mengkhabarkan perihal buku yg bnyak aku beli,mak sudah sememangnya tahu dan paham perangaiku,lantas menasihatku agar tidak boros.Hhehe,sekaramg pun ase kewangan cam short sket.hehehe:)

Selain itu,Tallaqi.Aku bertekad untuk membetulkan bacaan Alquran bersungguh-sungguh.Aku x mahu main-main lg,cukupla aku sudah bnyak main di sekolah,aku kena berusaha memajukan diri yang terlampau banyak kekurangan dan kelemahan..Moga dipermudahan.Amin.

Orang kata,organisasi itu penting.Sememangnya penting.Aku tak menafikan.Justeru,aku punya pilihan.Lantas,apa yang terbaik,itu yang aku akan pegang.Walau bagaimanapun,aku bertekad untuk berada didalam medan tanpa kata ini.Walaupun,kata-kataku mungkin sahaja dipertikai,tetapi aku lagi selesa begini.Ringkas dan selesa.

Sekarang,aku bahagia dengan kehidupan aku sendiri.Alhamdulilah.Aku mulai belajar cara BERSABAR.Aku mulai belajar berdikari.Mulai belajar mempertimbangkan keputusan.Mula berfikir dengan waras tanpa pengaruh emosi.Mula membandingkan persepsi dengan kepentingan.Mula belajar perkara baharu.Mula untuk berdiri dengan tapak sendiri.
Pesan Syeikh Wael,peganglah al quran,nescaya Allah akan pegang hati kamu:)

Maflah,sengaja nak bg tahu.Coz ini blog saya.

Terima kasih sudi baca:)

Sayang semua:)

Assalamualaikum:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...