Sepuluh Sifat Tarbiyah Muslim



Abang : "Amin,pe dia sepuluh sifat tarbiyah seorang islam?


Amin : "Eh,ape tu? Saya tak tahu pun abang.Barangkali saya tak pernah dengar..=_=.Em,boleh abang     terangkan kepada saya?^^



10 Muwassofat Tarbiyah :

1.Akidah yang bersih
 
2.Ibadah yang sahih 


3.Akhlak yang baik
 

4.Mampu bekerja

5.Luas wawasan fikiran

6.Tubuh yang kuat

7.Berjihad melawan hawa nafsu

8.Teratur Kehidupannya

9.Memperhatikan Waktunya

10.Bermanfaat kepada orang lain


Tarbiyah itu adalah suatu proses yang dapat mendatangkan 10 perkara ini.

Jalannya adalah dengan mengembar -gemburkan syiar,

"Kenalilah tuhanmu, Perbaiki dirimu, Ajaklah orang lain, Dirikanlah daulah Islam di hatimu, nescaya ia akan tertegak di bumimu..."

Dakwah kepadanya adalah dengan tenang dan tawadduk,

"Tenang, tetapi lebih kuat dari angin taufan...
Tawadduk, tetapi lebih tinggi dari gunung...
Sempit tetapi lebih luas daripada keluasan bumi seluruhnya...

Ia bersih dari fenomena kepalsuan dan kebohongan yang menawan,
bersih dari keinginan hawa nafsu dan tuntutan kepentingan peribadi,
Bahkan penuh dengan keagungan, kebenaran dan keindahan wahyu serta perlindungan Allah...

Dakwah ini akan memberikan orang-orang mukmin dan orang-orang yang jujur beramal dalamnya, sebuah kepimpinan di dunia dan di akhirat..."

Subjek Kuliyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar^^



Kuliah Bahasa Arab.

Secara umumnya, Kuliah Bahasa Arab terbahagi kepada beberapa pengkhususan, antaranya :
  • Syu'bah 'Ammah ( Am )
  • Syu'bah Tarikh wal Hadharah ( Sejarah dan Tamadun )
  • Syu'bah Sohafah wal 'alam ( kewartawanan )
Kebiasaannya mahasiswa dari Malaysia mengambil jurusan ( syu'bah ) 'Ammah. Tempoh kuliah dibahagi kepada 2 bahagian iaitu semester 1 yang kebiasaannya bermula pada awal september dan berakhir dengan imtihan dalam bulan satu. Semester 2 yang bermula di pertengahan bulan 2 sehingga akhir bulan jun.

Subjek-subjek dalam Kuliah Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar :

Tahun 1 :
  1. Al-Quran
  2. Nahu
  3. Sarf
  4. Balaghah
  5. Adab ( sastera )
  6. Nusus 'Arabiah ( artikel lama arab )
  7. Tafsir
  8. Ilmu Lughah
  9. Ilmu Aswat wa Tajwid ( bunyi dan tajwid )
  10. Fannul Maqol ( seni artikel )
  11. Bahasa Inggeris
  12. Qa'ah Bahas ( penulisan )
  13. Fiqh Ibadah
  14. 'Arudh Qafiah ( seni syair )
Secara terasnya, mahasiswa yang mengambil kuliah ini mempunyai beberapa subjek teras seperti Balaghah, Nahu, Sarf, Adab ( sastera ) dan Nusus 'Arabiah.

Tahun 2 :
  1. Al-Quran
  2. Nahu
  3. Sarf
  4. Balaghah
  5. Adab 'Arabiyyah
  6. Ma'ajim ( kamus )
  7. Fiqh Muamalah
  8. Bahasa Inggeris
  9. Tafsir
  10. Nusus 'Arabiyyah Islamiyyah
  11. Syair wa Fannun Musiqqiy ( seni muzik )
  12. Qa'ah Bahas fi Usul Lughah ( penulisan tentang sumber awal bahasa )
  13. Tarikh 'Alam Islamiy wa Hadarah ( sejarah dunia Islam dan tamadunnya )
Tahun 3 :
  1. Al-Quran
  2. Nahu
  3. Balaghah
  4. Sarf
  5. Tafsir
  6. Fiqh Munakahat
  7. Tarikh Adab Andalusy wa Nusus ( sejarah sastera Andalus dan catatan lamanya )
  8. Tarikh Adab 'Abasiy
  9. Lahjat wa Qiraat ( slang bahasa dan cara menuturkannya )
  10. Qa'ah Bahas Balaghah
  11. Adab Muqaran ( sastera dan perbandingannya )
  12. Hadith
  13. Bahasa Inggeris
  14. Naqad 'Arabiy ( kritikan sastera )
Tahun 4 :
  1. Al-Quran
  2. Nahu
  3. Balaghah
  4. Sarf
  5. Bahasa Inggeris
  6. Tafsir
  7. Qa'ah Bahas Lughawy
  8. Fiqh Lughah
  9. Tarikh Adab Hadis ( sastera moden )
  10. Naqad Adaby
  11. Adab Islamy ( sastera Islam )
  12. Hadith
  13. Nusus Adabiyyah Al-Hadisah ( catatan sastera moden )
  14. Usul fiqah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...