Sketsa Seram.

Mata yang menangis keranaNya dan bangun berjaga malam tidak akan dibakar oleh api neraka.

Assalamualaikum,Selamat Berbahagia semuanya KeranaNya!

Entri ini berkisahkan rekaan atau mungkin juga ada benarnya~
Di satu malam yang gelap gelita,bertemankan laptop dan nyanyian unggas aktif di sekitarnya,jam pula menunjukkan tiga pagi.

Jeng-jeng..
Srot..srot..srot..( ala-ala bunyi orang sedang susun buku) 

Hehehehhe...(ala-ala bunyi orang gelak kuat-kuat)
Tok..tok..tok..(Ala-ala bunyi pinti bilik diketuk..)

Fuh,semangat! Sape pule yang sengaja buat-buat bising ni?Mengganggu betulla..:(
Mari kita lihat sape di ruang tamu.Dahla tengah malam,mengacau betulla!

Setelah di periksa,tidak ada tanda-tanda bahawa rumah sedang di cerobohi atau juga jiran tetangga yang sedang mengusik.Eh,siapa pulak nak maen-maenkan aku ni?Ah,sudahhhhh..
Ntah-ntah..hantuuuuuuuu......arhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
Maka,dia pun jatuh pensan apabila tetibe,satu kelibat hitam memegang bahunya:D

Sketsa satu tamat.
Hehhehe..

Sketsa Dua.
Allahu akbar..Allahu Akbar..

Sayang,bangun solat subuh.Abang nak pergi solat jemaah ni..Kang sayang lewat pula bangun solat.Terlajak baru tahu..Bangun cepat,kejut sang suami beriman kepada si isteri.
Si isteri pula terkebil-kebil bangun.Mata pun di gesek-gesek.Eh,abang? Kat mana saya ni? Jelas ia nampak keliru disitu.

La,dalam bilik la.Kat mana lagi..Malam tadi,abang baru je balik dari ceramah.Tempat tu jauh sket.Tu yang lewat sampai.Nak kol sayang,bateri pule kong.Abang pun ketukla pintu,dah lama sangat.Abang pun baru perasan,agaknya sayang dah tido.Teringat abang ade bawa kunci rumah,jadi malas menunggu,abang pun buka la pintu.Abang nampak sayang,baru je nak tegur,sayang jerit dan terus pengsan kat ruang tamu.Em,nape sayang pengsan?
Huhuhhu..Itulah al kisah sebenar..Si isteri pun tertawa sendirian.Mafkan sayang ye abang.Kita pikir hantu ..

Si suami pun menggeleng kepala.Sayang,dengar sini..Hantu itu tidak wujud.Yang wujud hanyalah syaitan dan iblis.Ia memang ada bersama kita,tetapi ia tidak zahir.Ia makhluk Allah juga..Mengapa perlu takut?

Si isteri mulai mendengar dengan tekun butir-butir bicara suami tersayang.

Sayang,jika sayang sudah takut sampai pengsan-pengsan begini..di mana iman sayang?Tahukah sayang bahawa semua ini adalah khalayan di minda sayang sahaja.Ia tidak akan berlaku sekiranya minda kita tidak di momokkan oleh cerita-cerita hantu yang melambak di pasaran bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Sayang seorang isteri.Apabila kita ada anak-anak nanti..bagaimana sayang nak lindungi anak-anak kita nanti? Sebab dengan hal sebegini pun sayang dah terlampau takut? Sayang harus yakin pada Allah.Dimanakah keyakinan sayang pada Allah sedangkan sayang solat lima waktu sehari semalam.Cukup di awal waktunya.Tambah pula mengaji al quran setiap kali lepas solat.Sayang sudah pun melindungi diri dengan meminta pertolonganNya.Oleh itu,sayang wajib yakin bahawa Allah akan sentiasa melindungi diri sayang walaupun abang selalu tiada di sisi sayang lagi..

Syaitan akan kekal menggangu cucu adam sehinggalah kiamat nanti.Semakin kita takut padanya kita turut kufur pada ALLAH.Sekaligus mensyirikkan Allah.Kerana padaNya selayaknya kita menzahirkan rasa takut itu.Allah Maha Besar.Maka,bertaubatlah pada Allah.Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Sang isteri mendengar dengan khusyuk sambil terbit rasa malu.Bukan malu pada suami kena tegur tapi malu dengan Allah kerana boleh terlepas pandang perkara yang sekcil-kecil ini. Terangguk-angguk mendengar nasihat suami.

Teringat kembali,dahulu dialah seorang wanita yang kuat.Berasaskan dan berlatar belakangkan pendidikan agama.Saling menguatkan kawan-kawan lain tatkali peristiwa histeria melanda di asrama.Dialah berusaha membacakan ayat-ayat pelindung diri bagi mengawal keadaan supaya tidak bertambah kecoh.Malah,dia juga berpesan supaya jangan takut.Kerana ALLAH itu lagi Hebat dan wajib di takuti sekalin makhluk! 

Pek!!! Sekali lalai,Allah pun mula mengingatkan kembali diri agar tidak terus alpa di buai mimpi indah dan angan kosong.

Hanya dengan memgingati mati akal akan menjadi bijak.

Hanya dengan mengingati Al Quran,hati akan menjadi tenang,

ALLAHU AZIM.ALLAH..ALLAH..
Sayang takut lagi tak sekarang ni?Cukuplah sekadar disini sahaja teguran abang pada sayang.Abang nk solat jemaah di masjid.Lewat pula dah ni.Bangun cepat,jangan takut-takut lagi.

Baik abang,terima kasih suamiku :)
Pengajaran: 

Sebagai isteri,relakanlah suamimu berkhidmat untuk kerje dakwah islam.
Sebagai isteri,jadilah wanita yang kuat.Pelindung untuk anak-anak.Penenang hati untuk suami.

Sebagai seorang wanita yang dikurniakan sembilan nafsu satu akal,gunakanlah akal itu sebaiknya.Kawallah emosi anda walaupun berada dalam keadaan yang sangt cemas dan ketakutan.
Sebagai seorang wanita,kawallah minda anda supaya tidak berfikiran negatif.

Lumrah seorang wanita lemah.Perlu seorang lelaki yang halal untuk berkongsi rasa dan jiwa.Saling menguatkan tatkala ketakutan menguasai diri pasangan.

Alam ghaib memang wujud.Di dalam surah Al Baqarah menyebutkan :
"iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib,melaksanakn solat dan menginfakkan harta rezeki yang kami berikan kepada mereka..

Ayat ketiga.Surah Al Baqarah.
Oleh itu,kita perlulah beriman dengan alam ghaib.Percaya ianya wujud,justeru teruskanlah kehidupan seperti biasa dan jangan mengacau alam ghaib.hu~

Akhir,jangan biarkan diri anda di selubungi misteri.....:D

Sekian.

Tamat Sketsa.

Wasalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...