Alhamdulilah, baru sehat daripada demam yang panjang. Demam yang sepanjang hampir seminggu aku hadapi, yang menyebabkan aku tak dapat bangun bekerja, menunaikan tanggunjawab aku sebagai ibu dan anak.
Sudah lama tidak demam, akhir sekali demam ialah pada hujung bulan 2017, semasa aku mahu menduduki peperiksaan PMR. Aku apabila demam, sangat lama dan mengambil masa untuk pulih. Mungkin sebab jarang sakit, jadi kalau sekali sakit tu, rehat time lama sangat.. memakan masa seminggu lamanya untuk sembuh. cuma, mujur kalini aku tidak di masukkan wad, walaupun di beri amaran beberapa kali oleh suami. haha
Apa-apun , menjadi ibu dan anda demam, itu rasanya macam perkara yang xbetul. sebab kita ada anak kecil yang masih menyusu badan, jadilah demam bertambah panjang. anak mahu mengempeng sahaja dan dengan dia-dia sekali jatuh demam. tapi, apabila dia dah sehat, aku hantar furqan ke rumah pengasuh.
Jadi, kat sini, tips aku nak bagi kepada ibu muda supaya, apabila anda demam tapi anda tetap dapat berehat.

- Hantar anak kepada orang yang kita percaya, supaya kita sendiri ada masa untuk berehat dari demam. Kalau perlu upah, bayar mereka.
- Mohon suami masakkan bubur untuk kita supaya kita ada benda nak makan bila kita seorang. macam aku yang pjj ni, aku minta tolong jasa baik mak, masakkan nasi untuk aku supaya adalah sedikit kekuatan nak meneruskan kehidupan.
- Positif dan banyakkan berehat. tido jelah tapi jangan lupa solat
- makan ubat dan mengikut saranan doktor. bantu diri sendiri sehat, sebelum bantu orng lain. kalau nak jaga anak, pastikan diri tu sehat dulu. kang xpasal-pasal stress
- waktu anak tidur, kita pun kena tidur, pedulikanlah segala mak nenek yang bersepah dan berterabur. esok dah sehat,kemaslah cantik bagai.
Sedikit motivasi dan pesanan :
Sakit itu penting supaya badan mampu memberi antibodi kepada badan dan menyihatkan kita. Sakit itu tandanya badan kita perlu rehat dan berehatlah secukupnya.
Benar, mungkin sebelum ni ada perkara yang kita buat, Allah suruh kita muhasabah supaya apabila kita dah sihat, kita tak mengulanginya lagi. contoh, tidur lewat malam, sambil main games? Eh, ahaha. Sila sedar diri sendiri, Allah bagi kita badan , tangan, kaki gunakanlah dengan baik. Gunakan secara maksima untuk kebaikan dan islam.