Aja..Aja..Jihad!

Kerneh yang di peroleh setelah hampir berpuluh-puluh kali berulang alik jumpa ablah untuk urusan nama muqoiyad.

Bismillahirahmannarrahim,Assalamualaikum,W.B.R,

Selamat berkuliyah semula!

Selamat datang Sem 2!

Selamat datng musim Soifi! ( Musim Panas)

Selamat berjihad kembali dari rehat yang panjang!

Sudah hampir sebulan bercuti penggal untuk sem2.Kelas kuliyah juga sudah sememangnya berhabuk dan berdebu.Meja-meja mudaraj perlu di sapu dan di bersihkan sebelum menggunakannya.Begitu juga sama keadaannya dengan bangku.Pakaian pun akan di saluti habuk nipis apabila kita telah selesai menggunakannya.Apa nak buat,sudah iklim Mesir.Terima sahajalah,meski hujan emas di negeri orang tetap terkenang hujan batu di negeri sendiri.

Langkah masih panjang lagi untuk berjaya!

Meskipun,fasiliti di sini sememangnya cukup dan lengkap.Perlulah di fahami,kita perlulah  sangat bersyukur dengan segala kemudahan yang berada di Malaysia.Hal ini kerana,di sini keadaan kelas sangatlah zuhud.Sangat bersederhana.Jika kuliyah di universiti tempatan Malaysia dipenuhi dengan penyaman udara hatta bilik kuliyah pun,di sini,baik pejabat dukturah,bilik kuliyah ataupun pejabat pentadbiran kesemuanya air-cond alam semulajadi.Semua sama.Tiada beza.Hanya kipas dinding yang berhabuk dan usang menunggu masa untuk di baiki.Sangat dhoif.

Jika disini,pelajar arab mahupun pelajar asing seperti Malsysia berkejar-kejar menaiki bas ataupun bersesak-sesak dan berebut mahu menuruni tremco dengan segera.Di situlah juga susuk tubuh dukturah bersesak sama menuruni bas atau tremco.Di saat kelas muhadaroh juga telah tamat,dukturah mahupun pelajar akan bersama-sama berhimpit keluar ke pintu besar untuk pulang ke rumah menyelesaikan urusannya.Tiada taraf aku dukturah,ada phd,kau ketepi,tiada.Semuanya sama.

Aku jadi insaf apabila semakin lama aku bermusafir di bumi anbiya' ini.Apa tidaknya,di sana sini pak cik bawwab,remaja,perempuan tua atau sesiapa sahaja,akan membaca dan mengulang Quran.Baik di dalam tremco,semasa berjalan kaki,semasa menunggu bas,bahkan dukturah dan pelajar arab sendiri apabila berbicara akan bertutur dengan bahasa al quran.Semasa dalam kuliyah,sering kali sahaja dukturah akan masuk dan bertanya,


"Apa khabar semua? Apa khabar imana kamu semua?Apa khabar hati kamu?Sihatkah al Quran kamu?"

Masya Allah!Bagaimana pula dengan hati aku dan kalian?Tanyalah iman kita sendiri.Tak perlulah untuk aku menyatakan di sini.

Sesungguhnya sejak dua menjak ini,aku memang penat dan letih.Waktu kuliyah yang panjang untuk Sem 2 ini menjadikan kami pulang ke rumah lewat.lebih kurang jam dua petang atau lebih.Selalunya,ikut dukturahlah..Malam sahaja sudah tidur awal.Tak peduli dah hal orang lain.Nampak katil sahaja,mata sudah pun kuyu.Pagi-pagi pula harus bangun dan tiada istilah TIDUR LEPAS SUBUH dalam kamus hidupku!Pagi-pagi adalah untuk berpagian,berzikir mengingatiNya,aku sebolehnya mendisiplinkan diri.Moga-moga berjaya.Amin.Sudah semestinya sunnah orang menuntut ilmu itu sukar.Namun,insyaallah,Allah akan mempermudahkan urusan orang yang menuntut ilmu.
 
Menjadi mahasiswi juga bukan semena-mena kita perlu belajar,belajar,belajar dan belajar mengenai pelajaran sahaja.Keterlibatan dalam masyarakat juga sangat penting lebih-lebih lagi ianya sangat membantu kita dalam urusan komunikasi.Jika kita melambatkan proses pergaulan,nescaya kita akan menjadi kera sumbang.Hidup dengan diri sendiri.Sejak mula kita datng sehinggalah kita pulang ke Malaysia nanti,stage kita akan tetap di takuk lama.Jadi,bukalah minda.Banyak yang boleh di pelajari selain daripada belajar di kuliyah.Belajarlah untuk menerima pandangan orang lain dan bukalah mata hati untuk mencari erti hakikat hidup ini.

Ada orang menjadikan masjid Azhar sebagai tempat mengabdikan diri.Belajar dari beberapa orang syeikh dan bertalaqqi kitab bersama mereka.Ada pelajar lain pula,sibuk dengan hal-hal persatuan.Tidak dapat di nafikan di Mesir sendiri,majoriti pelajarnya banyak yang terlibat dengan persatuan.Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa yang terlibat dalam persatuan.Hal ini kerana,dengan berpesatuan membuatkan kita menjadi Cakna dalam segala aspek.Sebagai contoh,kemahiran berkomunikasi,kemahiran berkomputer,kemahiran menulis dan sebagainya.Terdapat banyak faedah,tetapi menjadi musibah sekiranya terlalu giat dengan persatuan dan pelajaran pun tertinggal.Nauzubillah.

Tak kurang juga,ada sebahagian pelajar menjadikan rutin bertalaqqi sebagai medan memantapkan ilmu alquran.Bagi aku,ini adalah perkara yang paling terbaik.Memperdalami ilmu alquran,hadis,bahasa arab dan agama kerana di Malaysia kita jarang dapat peLuang sebegini.Lebih-lebih lagi bagi perempuan.Walaupun secara hakikat,kaki wanita agak terikat di sini untuk menuntut ilmu, atas faktor keselamatan.Namun itu semua tidak berhalang para srikandi untuk terus memantapkan diri menuntut ilmu buat bekalan masa mendatang.


Aku sendiri asalnya terkontang kanting.Keliru dengan diri sendiri.Contoh dan perbandingan manakah yang perlu aku ikuti.Sem 1,aku sangat kelam kabut.Baik dari penyusunan masa belajar,perbezaan waktu dan tempat,pengurusan wang untuk akaun bank sendiri,masalah diri dan konflik dalaman lagi menjadikan aku betul-betul tertekan dan tak peka dengan keadaan sekeliling.Namun lama kelamaan,aku mulai berjumpa dengan orang yang betul,mengajar aku membahagikan waktu dan membataskan waktu yang sepatutnya lagi pentingku curahkan untuk belajar dari terus membuang waktu.

Kakak-kakak mula menunjukkan etika tatacara hidup yang sebenar.Dari segi cara belajar,membahagikan masa dengan persatuan,melayan kerenah adik-adik dan kawan-kawan,cara menangani stress,bab ibadah fardu ain dan kifayah dan akhlak dalam rumah.Lengkap,semuanya berpandukan SYARIAT.Aku mulai selesa dan menerima cara mereka.Namun sudah tentu,aku sebagai mahasiswi tidak mencedok bulat-bulat.Sedikit pengubahsuain diri aku lakukan dalam jadual seharianku.Segala perkara yang baik aku pertimbangkan.Terlalu mengikut arus akan menjadikan aku lupa diri.Tapi terlalu kebelakang pula akan menjadikan aku tertinggal dan mundur.

Percaturan hidup dalam pertimbangan membuat keputusan harus di lakukan dengan bijaksana dan matang.Bukan semata-mata mengikut emosi dan kita akan boleh berjaya.Bukan juga meninggalkan orang-orang yang memerlukan semangat dan bantuan.Itu pentingkan diri namanya bukan juga ciri orang yang berjaya.Orang yang paling berjaya sebenarnya ilah mereka yang dapat menyeimbangkan diri dengan segala perkataan dan perbuatan seiring dengan apa yang dikatakan.Sehinggakan segala perwatakkannya boleh di teladani oleh orang laintanpa perlu dia menyuruh mereka untuk berubah.


Hidayah datang dalam bentuk sinar cahaya.Ia milik Allah.Siapalah kita untuk memaksa manusia-manusia berubah.Saat sinar iman dan taqwa sudai mulai mengetuk secara paksa ataupun lembut,justeru mulailah menyedari akan hakikat diri akan lemah apabila keseorangan.Carilah seseorang insan supaya boleh di jadikan tauladan buat pedoman hidup kita.Sebagai contoh,adik menjadikan kakaknya sebagai ikutan,isteri menjadikan suami sebagai imam untuk membantuk diri,ayah dan ibu sebagai contoh terdekat bagi membimbing kita ke jalanNya.Usrah dan halaqah sebagai budaya dan medan untuk kita membentuk jati diri dan akhlak agama.


Bukan mudah untuk berjihad.Kerana ia memerlukan masa,wang ringgit,air mata yang banyak,kesedaran yang tinggi,selalu bertaubat kerana godaan syaitan yang acap kali menggoda.Bukan mudah untuk berubah,tapi tak mustahil.Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus,jalan yang benar,jalan yang Kau redai..Amin.Aku menulis kerena aku berasa tenang.Segala keletihan dan kepenatan yang di alami minda,hati,fizikal dan mental seakan menjadi penawar.Hilang sudah jerih dan penat tatkala meluahkannya.Menulis membuatkan kita berasa tenang.Aku juga turut tenang.Semoga aku terus menulis tanpa henti kerana perjalanan masih panjang untuk di terokai.Terima kasih kerana membaca.

Ila liqoin jadid! :)











 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...