Alah bisa tegal BIASA! Huhu! Sekarang Cik Qalam berada dirumah, menikmati hari-hari bahagia bersama seisi keluargaku..
Keluarga bahagiaku, mak, wan,atok, Nazmi,Nabirah,comel,huhuhu..
Hum,jika nak diikutkan Cik Qalam dah berada dirumah sejak 1 April 2011..huhu...Jika nak dibandingkan dengan sume kengkawan yang seangkatan semuanya dah start bercuti sejak Nov 2010...Cik Qalam je yang terlambat..papepun, ALhamdulilah, coz nak ikutkan ade lagi yang tak cuti2, etc..Fasi Kembaq..Mabruk, sahabat teruskan perjuangan!
Saat diri Cik Qalam ditanya, apakah yang awak buat dirumah, apa lagi, dengan senang hati, Cik Qalam terus menjawah, Saya seorang SURIRUMAH TANGGA YANG BERJAYA, KAYA DAN BAHAGIA!
He,hehe, maka tanpa banyak soal, semua yang bertanya Cik Qalam akan secara spontan bertanya siapa pula PENYERI SURI? Wahhh...soalan yang cukup membuatkan diri Cik Qalam akan tersenyum bahagia sampai ke telinga, hehehhe...
Papepun, biarlah apa pun yang orang nak cakap, tetapi saya punya alasan sendiri kenapa saya meemilih kerjaya itu..huhuuu
Sebabnya, saya masih lagi boleh bekerja walaupun saya memilih menjadi surirumah tangga..HAH? BEKERJA? YUP!
Tidak percaye? hu,hu, Dirumah, saya mengutip semua ilmu rumahtangga bersama bonda tersayang, huhuhu...:)
Apa yangku mahu ceritakan sekarang berkaitan tajukku ialah,walaupun di marah, di bebel, di kutuk dan dipuji, huhhu..etc..oleh kerana kadang2 masakanku yang tak bape nak menjadi, pada mula2 la nak masak dulu oleh mak, wan dan juga atok, huhuhuhu, Cik Qalam naik angin jugelah, but, lama-lama Cik Qalam buleh terime, ingatla DIRI KITA TAK SEMPURNA!
Walaupun secara zahirnya, manusia tak boleh untuk menjadi sempurna, tapi kita masih lagi boleh cuba menjadi sempurna. Oleh hal yang demikian, untuk kearah menyempurnakan diri sendiri, maka orang lain berhak untuk menegur dan membimbing diri kita.
Alah bisa, lama-lama jadi biasa..Batu yang keras pun lama -lama boleh jadi lekuk kerana disebabkan titisan air yang berterusan.Apatah lagi bila kita ditegur, seharusnya, kita harus berlapang dada.cewah...hem, ni sebenarnya cakap kat diri sendiri juge.
Selain itu, kita harus sedar dan faham bahawa, tidak semua perkara yang kita lakukan disukai ramai..Oleh itu, Try untuk Muhasabah diri kembali what we wrong..
Mengingat kembali kepada pimpinan Sof perjuangan dakwahku bersama Akademi Sukses, menjadi salah seorang orang kuat AS, bukanlah perkara yang mudah. Kadang-kadang menjadi Penolong Fasi membuatkan kita harus mengawal keadaan program supaya sentiasa terkawal.Bukan setakat itu sahaja, kita juga harus bersabar dengan pelbagai kerenah rakan-rakan fasi..adik-adik peserta lagi bukan lah perkara yang mudah dan senang tapi ia tak MUSTAHIL!
Belajarlah mengawal emosi semasa berkerjaya, tidak kisahlah anda seorang Perdana Menteri, Ulama, Doktor, Peguam, Guru, pekebun mahupun surirumah tangga. Try to control yourself well! Hal ini bukan lah sebab kita berjawatan tinggi kita harus jaga reputasi, BUKAN!, tapi kita harus mengawal diri dari bersikap tidak wajar agar diri tidak dibenci lantas menyebabkan orang lain menyampah dengan sikap kita.
Of Course, Sabar ada hadnya, tapi Cik Qalam kata, KAWAL! Bukan kata tidak boleh marah, kadang-kadang MARAH ADALAH SANGAT PERLU agar orang lain sedar kesilapan diri dan takkan di ulangi lagi, but BERPADA-PADA ye!
Belajarlah menjadi insan LUARBIASA walaupun dengan usaha yang BIASA-BIASA!