Epilog Dia.


Abang hanya  ada sebuah motor untuk kemana-mana, boleh?

Angguk laju-laju, xpalah, itu sudah cukup. Alhamdulilah.

Awak ok ke?

Saya sangat okkk. Xpalah, alhamdulilah, kita mulakan semuanya dengan yang paling bawah boleh kan? :)

Tentu sahaja boleh..Kita kembali susah tapi tak bermakna kita goyah. Insyaallah.

                                            *****************************

Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Zaman kini bukan tak boleh buat baik tapi kadang-kadang bila buat baik, orang pijak kepala kita.

Namun, memandangkan kita masih muda..Kita berdua boleh gunakan masa yang ada dan tenaga yang ada untuk menmgumpul harta sambil mengutip pahala. Boleh kan?

Untuk sekejap, Allah pinjamkan nikmat harta. Bila Allah ambil, kita harus redha dan pasrah dengan ambilan harta tersebut.

Dan aku kagum pada dia yang selalu sahaja di timpa susah tetapi bersyukur dengan nikmat yang ada. Meski aku dan dia adalah watak yang berlainan, namun simpatiku pada dia mengatasi segalanya! Moga Allah dakap dia dalam pelukanNya. Amin.

Note to myself three



Bismillahirahmannirahim..

Untuk menghilangkan debaran dan gementar yang kadang-kadang datang melanda, saya tercari-cari ilmu buat bekalan hidup seterusnya..Moga bermanfaat kepada saya dan anda.. Insyaallah.

Semasa tahun satu di Universiti Al Azhar jurusan bahasa arab, kami semua di kehendaki menghafaz wasiat yang diberi oleh seorang ibu kepada anaknya..boleh tahan panjang juga, tapi isinya sangat bermanfaat dan berguna sebagai panduan kita dalam melangkah ke alam bait muslim.. Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran agar rumah tangga yang dibina sentiasa dalam mawaddah, sakinah dan rahmah..Amin.

Saya paparkan dalam bahasa melayu sahaja ya? 

Mari hayati pesanan isteri 'Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

"Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu."


Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:


Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada 'dua bahagian muka syiling'. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

                                               ******************************
Dan pesanan ini saya peroleh dari blog seorang ukht yang tidak saya kenali tetapi isinya memberi kesan buat hati saya :

Wahai ukhti sayang..

walau diri ini tidak mengenalimu , tidak tahu siapa kamu yang sebenarnya.. ada sisipan buatmu. Sedikit nasihat selaku pengantin baru. Pengantin baru adalah bermaksud : sepasang suami isteri yang baru sahaja melayarkan bahtera mereka menuju ke perhentian syurga. Dalam masa pelayaran tersebut pasti ada ombak datang membadai, pasti ada tersalah masuk lorong , pasti ada yang tenggelam entah ke mana..bagaimana untuk kita memastikan bahtera yang terbina dapat "melandingkan" tubuhnya dengan baik di tempat letak kenderaan yang tersedia di Syura Allah yang Maha Esa? Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. walaupun hanya lafaz yang menghalalkan segala namun, ada etika yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam. Kamu sebagai isteri bukan sekadar isteri untuk suamimu malah, ibu kepada anak-anakmu dan wanita menyeri segala isi dunia.

Wahai ukhti yang ku cintai..

kehidupan seorang isteri begitu sukar dan berat. Begitu mudah untuk seorang isteri itu mengheret suaminya ke neraka. Setiap dosa yang dilakukan oleh sang isteri dan anak-anak, si suami lah yang perlu bertanggungjawab. Setiap helai rambut yang di pertontonkan selain dari suami dan mahramnu adalah satu dosa, Setiap solat wajib yang kamu sengaja tinggalkan adalah satu dosa. Setiap perkataan yang lahir dari bibirmu menyakiti hati suamimu adalah satu dosa..Kasihan lah pada suami mu..

Wahai ukthi yang solehah...

Janganlah hanya menunggu suamimu membimbingmu saat engkau goyah dan lemah. Jangan salahkan suamimu pabila kamu melakukan maksiat. Sama-sama lah kamu dan suamimu masing-masing membimbing antara satu sama lain jalan menuju Redha Allah yang Satu. dan ingatlah wahai ukhti..


Disaat kamu wanita akhir zaman menikahi lelaki akhir zaman perubahan haruslah sama-sama dilakukan, sama-sama membimbing dan sama-sama ke syurga..


                                                     ******************

Akhirnya good guy for good girl..Jujurnya kita semua pernah buat silap..Tetapi manusia di beri pengampunan oleh Allah selagimana hari belum Kiamat..

Ya Robbi, igfirli..ana asimah ilaika wa ana zholimi fi nafsi..Allahu a'lam maza ana af'al.Astarghfirullahaladzim..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...