Bukan namanya demam itu kalau tak berjangkit. Alhamdulilah sudais dah baik dari demam. Tapi telinga keluar nanah pula..
Saya ambil tindakan pantas bersihkan telinga dia dengan kapas atau tisu. Dan hantar ke klinik, doktor bagi ubat titis telinga. Alhamdulilah. Esok hari sahaja dah kering.
Tapi lepas tu, umminya pula demam. Sudah bertahun tidak demam, jadi hari ini demam pula. Haihh, demam pun menaip juga?
Mestilah, sebabnya walaupun demam saya paksa diri untuk study. Walaupun tak bagus buat macam tu, tapi apakan daya, alquran ada empat juzuk perlu di ulang, subjek ada 8 sem dua ini. Masa yang berbaki sudah tidak lama, tadi demam pun pergi kuliyah. Sudais dihantar ke taska. Mujur dia baik baik sahaja. Alhamdulilah, cuma saya langsung tak dapat fokus sebab tak larat sangat..
Allah sahaja yang tahu bagaimana, sambil belajar mengurus anak, tambah pula suami dia perantauan. Kadang kadang ada rasa emosi bila sudais terhyper aktif sampai tak mahu tidur malam. Tapi disiplin tetap disiplin. Selepas maghrib sahaja saya tidurkan sudais, supaya dapat study malam. Hanya waktu siang dan malam sahaja saya dapat study. Dari Ahad sehingga Khamis, saya ke kuliyah, sudais ke taska.
Manakala Jumaat dan Sabtu, cuti di Mesir. Jadi itulah waktu saya bersama Sudais. Memang kasihan, sudais kena pergi sekolah, tapi sekurang nya dia ada kawan di sekolah dan boleh belajar pelbagai kemahiran di sana.
Semoga Sudais membesar jadi anak yang soleh dan menghafaz al quran. Jadi qurratu aini umi dan abi ye sayang. Adik kamu telah menunggu di Syurga. Moga dia menjadi syafaat buat kami di akhirat kelak. Amin.
Berikut adalah jadual syafawi Bahasa Arab Tahun 4,
Nahu 28 April 2016
Balaghah 4 Mei 2016
Al quran 7 Mei 2016.
Tahriri bermula dari 14 Mei sehingga 8 Jun 2016. Sungguh hidup di bumi Nabi Musa ini penuh kejutan dan ujian. Kadang kadang, perkara yang tak terjangka tu kita boleh peroleh di sini. Sebagai contoh, jika hari terdetik nak makan sesuatu tiba tiba Allah makbulkan. Jika tiada wang, Allah datangkan macam macam rezeki untuk cukupkan keperluan kita. Hidup berkeluarga PJJ bukanlah semudah ABC, tapi jadikan hakikat itu sebagai pendorong kejayaaan, besarkan jiwa agar jadi strong mommy.
Hakikatnya, menjadi kuat itu perlukan bantuan dari Allah. Alhamdulilah, dikurniakan taska yang baik, orang arab yang selalu mengambil berat serta dapat belajar banyak kosa kata arab.
Tambahan pula, kita belajar banyak perkara baharu. Tidak boleh bergantung harap pada manusia. Kelak dia jemu dengan pengharapan kita. Bergantunglah kepada Allah, nescaya Allah bantu. InsyaAllah.
Semoga Allah tenangkan hatiku. Exam final dah dekat,pelbagai bayangan datang menjelma. Semua segalanya baik baik sahaja. InsyaAllah.
Menulis itu satu terapi meluahkan perasaan. Meski aku paksa diri untuk study, tetapi jika akal dan badan meminta nafkahnya, perlu aku turuti. Semoga esok sembuh, dan dapat melakukan kerja seharian. Amin.
Bittaufiq wannajah Ummi, Nurzaleha Ab Talib. Anda boleh berjaya cemerlang tahun ini. Anda pasti boleh. Genggam bara api biar sampai jadi arang. InsyaAllah.
Semoga bermanfaat ! ,:)