Hati kecilku


Hati kecilku berkata, 
Jika sudah itu ketentuannya,maka terimalah.

Hati kecilku menjerit sekuat hati,
Tapi hanya batin yang mendengar,
Zahirku nampak gagah,
Tapi rupanya aku goyah.

Aku umpama kaca yang menanti retak,
Terhempas ke tanah berderai,
Terletak di rak menyumbing pula,
Semuanya serba tak kena.

Kecil hatiku, 
Allah sahaja yang tahu.


Suri rumah, pekerjaan yang mulia.

Bismillahirahmannirahim,

Menunggu pekerjaan pada abad ini, ibarat menunggu hujan emas gugur dari langit, sekiranya tidak ada usaha mencari kerja dan hanya duduk di rumah. Memang pekerjaan takkan datang.

Dan bukan sedikit graduan yang masih tanam anggur di rumah, termasuklah aku. Namun pun begitu, tanggungjawab dan amanah sebagai ibu dan isteri perlu di galas sebaik mungkin. Jujur,dalam hati paling dalam,mesti nak cepat kerja dan ada pendapatan sendiri untuk membantu emak. Namun apakan daya, mahu menyusahkan emak menjaga anak,tidaklah sanggup lalu menjadilah aku surirumah di rumah.

Namun, jangan di negatifkan suri rumah ini. Pekerjaan ini adalah sangat mulia. Kamu menjaga anak, membersihkan rumah,menyiapkan makan pakai suami dan anak, kerja tak henti henti dua puluh empat jam, kemas sepah balik, dan repeat..memang memenatkan.

Dan aku juga, sangat menyanjung tinggi para ibu yang bekerja kemudian balik rumah menguruskan anak anak, memang para ibu wajar diberi pujian selayaknya. Syabas, ibu ibu bekerjaya.

Dan, sebenarnya jika para suami menyedari, kaum ibu ini adalah kaum yang paling kuat fizikal dan mentalnya. Menguruskan anak anak yang pelbagai kerenah, dari celik mata anak sehinggalah mata anak terpejam, amatlah memenatkan. Sepatutnya,kaum ayah perlu mengambil berat tentang isteri dan menyantuninya dengan baik.

Kami para isteri, bukan makan tidur terkangkang sahaja di rumah, kami menyelesaikan kerja rumah yang non stop. Kaum ayah perlu menyedari dan membuka mata, jika tiada isteri yang menguruskan keperluan anda, adakah anda mampu menguruskan rumah sebaik kami?

Dan berapa banyak luahan di media sosial tentang sikap suami yang sambil lewa sahaja melayani anak dan isteri. Mengabaikan mereka dengan mengatakan dirinya adalah bread winner, tugas adalah bekerja dan balik rumah sekadar berehat.lalu rutin berulang setiap hari, membiarkan sang isteri tenggelam dalam larut emosi, memendam rasa sehingga memakan diri.

Aku juga suri rumah, dan semua manusia akan teruji dalam bahtera rumah tangga yang pelbagai. Ada yang di uji ketiadaan anak, anak yang ramai, anak yang sedikit, kemiskinan, kekayaan yang melampau, suami yang panas baran, isteri yang mencurangi,pelbagai ujian dan jika aku teruji,aku mengharapkan Allah mensabitkan hati kami suami isteri agar bertenang dan bersabar.

Dan sangat sentap, bila aku membaca posting di media sosial tentang kebejatan dan kejumudan suami tentang tugas isteri. Menyerahkan tugas bulat bulat kepada isteri, apabila berlaku masalah, isteri juga di salahkannya.

Aku teringat kata kata, suami teruji bila susah dan senang. Apabila susah, isteri bersama susah dan senang, namun apabila senang mula memasang lain. Nauzubillahi min zalik.

Dan aku teringat lagi kata kata lain, lima tahun yang pertama kahwin adalah zaman mula mengukuhkan kewangan, lima tahun berikutnya barulah zaman kestabilan. Allah, ampuni aku dan berilah kesabaran sebagai seorang suri rumah.

Dan aku menyeru, para suami, jagalah hati isteri, kasihanilah mereka, mereka mngandungkan dan melahirkan anakmu,mendidik mereka dengan kasih sayang, memasak dan menggosok baju kerja kamu, dan hanyalah kerana salah faham kamu memasamkan muka kepada isteri. Kasihanilah mereka dan maafkanlah mereka.

Aku tidak meminta suami ku romantis dengan kata kata, tapi aku berharap dengan romantismu pada anak dan isteri menjadikan kamu di sayang tuhan.

Tulisan ini di tulis, di saat aku mula berasa betapa kejam nya suami tidak melihat para isteri dengan hati nurani, tetapi melihat dengan mata kasar. Dan aku menulis, sebagai pemerhati, dan sebagai motivasi kepada diriku bahawa suri rumah adalah pekerjaan yang mulia. Bukan pekerjaan terkangkang sahaja di rumah sambil tunggu suami.

Ada ijazah tapi masih suri rumah bukanlah perkara yang memalukan tetapi adalah pencapaian kehidupan yang abadi. Ijazah tidak boleh di bawa masuk akhirat, jadi beserdahanalah. Jika ibu bekerjaya, mereka lagi teruji letih dan penat di pejabat tidak habis, di tambah lagi urusan di rumah, memang super mama terbaik.

Allah, pimpinlah aku ke jalan mardhotillah. Jadikan aku ibu, anak dan isteri yang baik kepada keluargaku, aminn ya robb.

Ummu Dunya


Dan hatiku di cengkam rindu. Jika mereka tidak merindui aku,aku tetap merindui mereka.

Aku rindu mahu mujahadah di sana, rindu nak jalan jalan dengan sudais petang petang pergi regab. Beli buah pisang sambil sudais pijak buah tembikai ammu tu.

Aku rindu nak jejak Mesir lagi, nak merasai makrunah bisyamil di arabiata. Aku rindu dengan tokmiah bil batotis wal lahmu. Arghhhh agaknya dapat jejak kaki ke sana x konvo nanti?

Adik adik negeri sembilan semakin memenuhi rumah negeri, dan ketika aku membaca posting mereka di laman muka buku,hatiku seperti di cakar cakar.

Perjalanan selama lima tahun di bumi mesir adalah membahagiakan, menjadikan aku cekal dan berdikari, berdisiplin dan sentiasa menghargai insan sekelilingku.

Allah, aku pernah memohon doa untuk tidak gagal supaya aku tidak kembali ke bumi itu, repeat paper, namun pun begitu, aku juga berdoa, aku ingin pergi ke sana lagi menikmati konvo bersama family. Allah kabulkanlah permintaanku ini. Amin.

Semoga terubat rindu di bumi mesir.

Masalah

Bismillahirahmanirahim,
 

Masalah yang datang sering menyebabkan aku rasa nak pecah kepala memikirkannya. Aku rasa aku cam orang tak berguna sebab ada masalah.

Setiap kali ada masalah, aku akan berusaha menyelesaikan sendiri dan mak selalu cakap kalau dah ada suami,kena selesaikan bersama suami. Tapi aku, berusaha menyelesaikan sendiri tanpa mengharapkan pertolongan sesiapa.

Aku kecewa kerana aku bukan insan yang telus mampu bercerita masalah kepada orang lain. Aku lebih suka menanggung pahit sendiri daripada berkongsi.

Zaleha yang dulu tak sama dengan sekarang. Aku lebih banyak menyendiri daripada bersama sama. Aku banyak buat hal sendiri berbanding bersosial. 

Fokus utama aku kini terarah kepada anak dan suami sahaja. Aku gembira dengan hidup ini namun itulah duit adalah segalanya.

Nak makan, nak minum, nak berjalan, nak cantik, nak baju baru, nak tambah anak, semuanya perlukan duit. Duit macam raja yang berkuasa. Tanpa duit, kita akan bermasalah. Aku bukanlah hamba duit tapi keaadaan sekarang sangatlah mendesak. Dan aku pening.

Allah moga ada jalan penyelesaian atas masalah ku ini. Tenangkanlah hatiku dan murahkanlah rezekiku.amin 

For u,soul.


Bismillahirahmannirahim,

If you find a trusted friend, tell him the secrets of your soul. If you see a rose, sing from your heart, like a nightingale.


~ Rumi

Langkah zero hutang 1


Bismillahirahmannirahim,

Kadang kadang aku rasa nak jadikan blog ini seperti diari, tapi..macam tak sesuai.

Jadi,aku luahkan sahaja apa yang terpendam di hati, dan aku berusaha untuk mencuba tidak post memburukkan orang lain atau emosi.

Trying not to be so emotional when blogging.hihi

Ok,hari ini aktiviti kearah, zero hutang. Jadi kenalah kerjakan.

Jemput datang ke Pusat Jalur Lebar Pasir Besar, Zulleha's corner ada di sini. Kami menawarkan aiskrim malysia nata de coco, chicken chop, mee tiaw goreng, kentang goreng dan burger. Jomlah datang sini.

Booth PTPTN pun hado. Sesiapa yang nak daftar akaun Sspni pun boleh.

Kami sampai petang ni jam 4 je tau.


No deliveries. Haha.

Puisi sayang


One day your heart
will take you to your lover.
One day your soul
will carry you to the Beloved.
Don’t get lost in your pain
know that one day
your pain will become your cure.

- Rumi (1207 - 1273)

Sahabat


Sahabat yang sebenar adalah :

Sesiapa yang memahami dirimu tanpa kata,
Bersahabat denganmu tanpa alasan,
Menasihatimu tanpa ada niat buruk, 
Menyukai tanpa sebab,
Dan mengenalimu tnpa ad sebab kebaikan.

Semoga kau adikku, memperoleh sahabat yang benar benar memahami diri mu sendiri,
Tak kisahla kawan ke,mak ke, familyke, mana manalah yang kau suka,jadikanlah kawan.
Jangan pandang negatif terhadap semua orang cakap orang tu bersalah, tapi check adakah hati kita yang sebenarnya bermasalah,
It is still have a turning point to those who are possesed.

Ceriakan hidup anda, keep forward a good things.

15092016,0955
Pb

Nota untuk adikku

Bismillahirahmannirahim,



Malam ini malam yang kukira senak buatku,
Kerana malam ini seakan malam mencurah rasa,
Entah kenapa aku berasa,
Selama ini aku tak berusaha menjadi kakak yang baik,
Aku seakan menjadi kakak yang baik kepada orang yang asing,
Tetapi kepada adik adikku, aku rasa aku kakak yang jahat.

Selama ini, aku berasa syok sendiri, bila aku berumah tangga, aku fikir aku telah menjalankan tugas yang baik,
Aku mengambil alih tugas ayah,
Aku menjemput adik dan menghantar adik adik pergi ke stesen bas,
Apa yang mereka mahu, aku cuba tunaikan, aku cuba beli jika mereka mahu sesuatu,
Tapi kini, aku seakan di lupakan, aku macam layang layang putus talinya, aku tak di peduli,

Sejak duduk di rumah ini, aku mencipta impian yang tak seberapa, 
Tapi agaknya aku ini manusia lupa diri,
Mungkin aku abaikan perasaan adik adik, lalu dia jadi begini..

Aku rasa kesal, menyesal, terkedu, dan aku yakin, Allah lah yang memegang hati hati ini.
Aku berdoa semoga hatiku berusaha untuk menjadi solehah,bukan pada suami sahaja,tetapi jadi kakak yang solehah,ibu yang solehah bahkan kakak yang solehah dan musleh.

Sepanjang hidupku yang berusia dua puluh empat tahun ini, tiba tiba aku berasa lemah dan lembik. Adikku yang aku sayangi memberontak dalam diam dek hati yang terkoyak luka. Dan aku berasa aku gagal menjadi kakak yang solehah. Jauh di sudut hatiku, aku nak jadi normal..normal.  Zero pertengkaran, acah acah baik kepada adik adik, kalau dalam filem, macam kakak yang penyayang , cakap lembut lembut, berkorban apa sahaja demi adik adik, bila adik adik jadi derhaka, dia bersabar dan berdoa kepada Allah sambil berharap Allah mengampunkan dosa dia dan adik beradiknya.

Iya, malam ini aku sentap. Senak dengan episod hidup ini. Aku rasa hati adik aku dah koyak. Dan aku berharap dia di beri hati yang baharu,suci dan tulus. Dan aku memohon Allah memberi kesabaran ketabahan dan kesungguhan untuk menghadapi ujian ini. Ujian yang sangat besar,sebagai kakak yang sulung, sudah tentu dia mengharapkan adik adik berjaya dalam hidup dunia dan akhirat.

Aku ini banyak sisi yang tak baik, jauh dari biah solehah menyebabkan aku juga kadang kadang gagal mengawal amarah, aku melepaskan segalanya sampai aku di label oleh adikku, iya marah tak hengat dunia sekeliling.

Malam yang pilu ini, aku taktahu bagaimana nak mulakan. Aku tak tahu bagaimana nak cuba berubah jadi yang solehah itu. Aku rasa macam nak putus asa dengan hidup. Tapi aku percaya, Allah membenci orang yang putus harapan.

Allahu robbi, pimpinlah kami adik beradik berlapang dada, terutama adikku perempuan yang satu, jika dia terkoyak hatinya, semoga aku dapat mengubati lukanya, semoga aku dapat menjadi kakak yang macam dalam filem, baik sokmo..

Mmmmm..buntu, putus asa, kecewa, itu sudah tentu. Aku tak mahu meluahkan kepada sesiapa, biarlah coretan ini menjadi saksi, aku cuba berusaha menjadi yang terbaik buat semua, moga aku jadi yang terbaik.

Checklist :

Jaga solat,solat awal waktu.
Simpan dalam hati apa yang amarah,belajar jadi pemaaf dan sabar.
Banyak lagi membaca al quran.
Banyak istighfar dan zikir.
Banyak membaca bahan ilmiah
Belajar berlapang dada dengan keluarga
Cuba jaga hati dan perasaan keluarga terutama adik adik
Cuba tunaikan permintaan adik adik
Cuba utk  jadi kakak yang baik
Berusaha membaiki diri kearah solehah..

Hatiku seakan tak percaya, aku telah gagal. Aku telah gagal. Dan aku rasa macam nak lari je, macam no turning back, aku tak tahu nak salahkan sesiapa, jadi aku salahkan diri aku sahaja, salahkan mulut yang lancang, salahkan lidah yang tak bertulang, kerana mulut badan binasa.

Biar aku menanggung beban yang berat,mungkin ini dosa dosaku yang menghalang termakbul doa.

..... Allah....

Izinkan aku menjadi yang baik,membetulkan kesilapan ini. Semoga adik adikku menjadi orang yang baik, yang normal macam orang lain, yang boleh bergurau senda tanpa menyakitkan hati, yang boleh berlapang dada, yang jadi baik untuk semua orang, yang boleh buat semua orang bahagia.

Aku tak mahu dikatakan sellfish lagi, aku berharap aku dapat berkorban sekorbannya demi beberapa keping hati yang aku sayang..

Kakak sayang semuanya, takde pilih kasih antara kalian, semoga kalian paham, lari bukan menyelesaikan masalah, pak we bukan penyelesai masalah, masalah adalah untuk di rungkai bukan di tinggalkan. Jika tidak di selesaikan masalahnya, barahnya akan membesar dan bernanah. Dan ia akan merosakkan sekelilingnya..semoga kasih dan sayang ini berkekalan sampai janah. Amin.

Semoga kau tak berfikir yang bukan bukan adikku. Bebaskanlah fikiranmu daripada negatif, aku risau dirimu sebagaimana kau adalah sebutir permata yang berkilau...aku tak mahu kau hanyut..aku tak.mahu jadi kakak yang kau label keji..i am trying my best...

Sudaisy



Sudaisy cinta hati umi, penyejuk hati umi,umi sayang kamu.

Umi ad anak syurga seorang lagi, umi tak perasan umi mengandung, dan umi tahu awak ada bila umi keguguran.

Dan itu adalah heart breaking sangat..tapi umi redha. Cuba redhakan walaupun sakit..

Sekarang semua kawan kawan umi, dah ada bayi baru, termasuklah my sister in law nak bersalin Oktober ini. 

Abi pun kalau umi cakap umi haid, dia faham sebab belum tiba waktunya lagi tambah anak.

Umi ikut je flow, umi tahu ad rancangan Allah yg terbaik. Umi ok jer.

Sudaisy pun umur dah dua tahun sebulan lebih, dia dah besar, tapi tak pandai cakap lagi. Umi ok jugak sebab kita tak bole nak paksa paksa.

Semoga sudaisy jadi anak soleh penyejuk mata,penenang hati. Umi abi u alwsys.


Back to Habits

Bismillahirahmannirahim,

I am back to habit. Starting reading a book, when suddenly my husband noticed that i am too much busy for houseworks.

So he gave me a money to buy a book. Well, i am interested with Hlovate, but it is kind rare to get his or her books, so i changed to RodieR, and Noor Suraya. Such a wonderful authors! 

I wish i can be one of them. Amin.

Okbai. 

Ubat hati yang layu


Apabila terasa diri semakin LESU dan MALAS melakukan ketaataan & ibadah kepada Allah. Ketahuilah, itulah tanda sebuah PERMULAAN kepada MAKSIAT dan DOSA.

Jika terus dilayan, akan HILANG sensitiviti kepada dosa yang mampu membawa rasa kesal dan insaf, akhirnya amat sukarlah bertaubat, sukar juga untuk insaf dan benci mendengar nasihat. Na'uzubillah min zalik

-Muhasabah Diri-

#DrZaharuddinAbdRahman

Hati yang terluka


Bismillahhirohmannirrohim,

Hai,blog! Dah lama tak menulis. Makin lupa diri, bila dah balik Malaysia,tanggungjawab banyak sangat. Terabai semuanya.

Tak berniat nak menjadikan blog ini bersarang, saya cuba post setiap waktu walau tiada siapa baca. Oh yeah, menulis terapi jiwa!!

Hati sebenarnya terluka lagi, sebab kita melakukan segalanya demi tanggungjawab. Tapi,hati ini lumrahnya berbolak balik, kejap ikhlas,kejap bosan, kejap malas. Ya,iman itukan turun naik juga, tapi xpernah mengalah, cuba jugak teruskan walau hati rasa terpaksa.

Tapi aku mengaku, kita memang kena paksa hati benda yang kita tak suka kepada suka. Ibadah juga begitu, kita buat walaupun tak suka,namun lama lama jadi terbiasa, dan ikhlas.

Jujur,aku menulis sebagai terapi hati. Hati aku sakit,mungkin aku perlu muhasabah. Apa yang tak cukup,apa yang kurang? Tatkala ini terkenang rakan di Mesir, Siti Athirah. Dia selalu ad bila aku ada masalah hti. Sekarang? Payah nak hubungi dia, aku kutub utara, dia pulak di kutub selatan. Waktu jauh berbeza, dan aku pasti dia ada juga masalah sendiri. Tak mahu bebankan sesapa. I miss u athirah. Ok sedihh.

I am feeling down..down downn..

Okbai.


Blame on you!!!!

It is hard when what you are already deserved to do something but the thing doesnt go as planned. And the worst part is, i have to take all the blame. Why me???

You are the one who supposed to take all the reponsibilities but why i am caught by you? Why i am the black sheep? Why?

I am pained. Very tired.very lazy. I am stupid for knowing u. I am getting tired and exhausted. Is it it is the test for me from Allah. But why i am so frustrated? Why me? Why? 

I am questioned myself as i am not religious. Shame on me. Shameless. 

I am weak. Yet, i have to gained my strength, but i am dissappointed. I am veryy downn..downn to earth. May Allah help me. I am feeling like i want to change everything but the lame feeling coming again and as trying to tell me, you cannot changed. You are already evil..there is no turning point. NO!!!

But in my deep heart, i want to change. I have to change. I want to become successful so as no one can looks down on me.

Ramdhan dibumi Musa

Ahlan wasahlan ya ramadhan!

Alhamdulilah, sepanjang lima tahun di perantauan,inilah kali pertama berasa berpuasa di Mesir. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Betapa,aku sangat menghargai setiap detik waktu dan cebisan pengalaman. Akanku kutip selagi terdaya dan mampu.

Berpuasa di Mesir, sangatlah berbeza kerana seiring dengan erti pengertian puasa, menahan diri daripada melakukan sesuatu yang membatalkan puasa.

Puasa ramdhan di mesir, sangatlah panjang, lebih kurang 15jam. Dan berlaku pada musim panas, ohhoiii rasa memang nak balik Malaysia..sahur jam 2 sengah pagi dan berbuka puasa jam tujuh malam. Dengan siang yang panjang, panas yang terik, kalau duduk dalam rumah pun tak tertahan panas. Ohhoi, apatah lagi panas di akhirat kelak. YaAllah tuntunilah kami kejalanMu..jadikanlah kami orang yang bersyukur. Amin.

Kat sini, lepas asar, semua kedai tutup. Semua pekerjaan tamat seawal dua petang. Memang orang arab sangat memuliakan bulan ramdhan. Di mana mana,ucapan agung ramdhan kareem di lontarkan.menujukkan betapa mereka bahgia dengan kedatangan ramdhan ini.

Berbeza di Malysia, ramdhan meriah dengan bazar, bazar siang, bazar malam, makanan yang melimpah ruah, di kedai kedai di buka dari jam asar sehingga ke waktu sahur. Meski, aku juga antara peminat bazar, namun di bumi Musa ini, tetap terbaik. Mereka jadi murah hati, sedekah makanan, alquran dan macam macam lagi. Ohh indahnya,akhlak islam.

Dan untuk hari pertama ramdhan je dah kena pergi Mohandisin, memang mencabar tenaga. Okbai..nak terawih.

Distress stress disorder~

Yeah..wahai feqh lughah..please be nice to me..please..i am begging you..i am having a distress heavy sindrom stress..huwaaa..and it is so much trouble for me..

Staying in front of the book for hours but not every single words go throuh to my head..ohh fiqh lughah please be nice to me..please...

The exam is just around the corner..and i hope this year i will pass with flying colours..ohh Allah..please help me..why the swinging mood come againn..whyyy???

To you, having u a blessing for me..but i dont know what is the problem..u make it hard for me..i will proof to you, i am the best among the best! I will not give up and keep struggling and fighting and reading..ohh yeahhh..

Ok bye.

Swinging mood.


It's a hard thing when u supposed to study but your heart dont do the same what your mind thinking.

All your mood is swinging, when opened the book, all your thought flew to somewhere else. Tomorrow is exam, how could you supposed to relax?

This is final year, your last chances to move forward.  If u are lazy, so how do you want to do to face the reality? What u are supposed to say to your husband, mother. Please, my spirits..comeee to meee..come to mama, please..

I will let go all the clinging feeling..reading al quran and start to revision nowww...

May Allah bless me tomorow..i wish i will do my best, tomorrow..aminnnn..

Magnet


Kita ini seperti magnet, tertarik kepada caj dan menarik caj yang bertentangan.

Kita sebagai manusia apabila dekat dengan orang soleg dan baik, akan sentiasa berusaha menjadi orang yang meneguhkan amalan dan bersungguh sungguh ingin bersemangat utk melazimi ibadah.

Dalam masa yang sama, kita tidak boleh menarik caj negatif. Berusahalah menjauh daripada  caj negatif. Caj ini jahat. Mampu membuat kita yang ceria menjadi sedih.

Di kelilingi dengan orang yang membawa caj negatif juga akan menjadikan kita negatif seperti dia juga.
 Berfikiranlah matang dan positif. Jadilah orang yang bermanfaat dan mendatangkan maanfaat pada orang lain.

Semoga tahun ini saya balik Malaysia habis, ya Allah tolonglah perkenankan permintaanku ini. Amin.

Strive for ummah, keep fightingg!!!

Cheese cake



Bismillahhirahmannirahim,

Cara cara nak buat cheese cake mudah.

Bahan bahan: ( untuk dua loyang cheese cake )

250g mentega 
Biskut marie bungkus kecil
Dua biji telur
Dua sudu besar tepung gandum
Setengah tin susu lemak manis
Gula secukupnya
 double cheese

Cara cara nak buat:

Blender biskut sampai halus. Ikut masing masing..suke halus ke hancur sket ke atau macam mana.leha suke blender hancur.

Panaskan mentega sampai cair. Gaul mentega cair dalam biskut sampai jadi melekat gitu. Xpasti istilah camner. Yang penting biskut melekat sesame sendiri.

Selepas itu, mixer double cheese tu sambil masukkan susu lemak manis. Rasalah manis mana yang mahu. Leha kurang manis, jadi jika dah manis leha xtambah gula. Nak manis tambah gula. Huhu.

Masukkan dua biji telur. Dua sudu tepung gandum. Mixer sampai sebati. 

Next, buat base guna biskut tadi. Ratakan leha buat dua loyang.jadi bagikan sama rata. Padatkan sampai mampat. Lepas tu tuang cheese yang di mixerkan tadi. Pastu bakar kek dalam oven..lebih kurang sejam.api buka atas bawah.

Cara nak tengok kek dah masak, cucuk garfu jika xmelekat,maka dah masaklah tu.

Leha lepas tu sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk sejuk. Emm sedapnya. Resepi asal ni leha dapat dari Kak wama. Moga Allah berkati semuanya.

Selamat mencuba semua! ,:) Nampak gambar macam xseberapa tapi memang terbaik. Yelah, say xpro ambil gambar. Huhu.

Cemburu


Hati ini mencemburui kejayaan mereka, sungguh sudah lama tidak merasa kegemilangan seperti itu. Sudah lama sangat. Entah dimana silapnya, usaha sudah bersungguh namun hasilnya tidak setimpal dengan apa yang diingini.

Biasalah manusia, tidak pernah berasa puas dengan segala nikmat yang diperoleh. Ternyata,aku juga salah seorang yang termasuk dalam golongan tak sedar diri itu. Heh.

Allah,tetapkanlah kesabaranku,kuatkanlah semangatku. Mungkin ada yang lagi terbaik mahu Kau beri kepadaku. Redhokan lah hatiku untuk menerima ujianMu yang maha hebat ini.

Alhamdulilah, masa syafawi Nahu, dengan semangat berkobar kobar, Allah memberi kemudahan. Sungguh, aku berharap momentum bersungguh sungguh datang dan hadir sehingga habis tarikh terakhir exam. 

Zaleha, kuatlah..sedikit waktu sahaja lagi tinggal berbaki, moga najah dengan cemerlang. Aminn..ya Allah permudahkanlahh. 

Forgive and forget


Daun yang gugur tidak akan kembali menghijau, ia akan layu dan mereput. Menjadi baja yang subur untuk baka yang seterusnya. Mengorbankan dirinya untuk kepentingan dan kelestarian hidup jiwa yang baharu. Tidak sedih dan keluh kesah apabila riwayat hidup telah tamat. Ia tahu, ia menjadi manfaat kepada yang lain. Ia tahu akan jiwa baru yang perlu diberi nafas baru. Ia redho dan terima qadak dan qadar Allah..

Lantas, persoalan yang berputar di kepala sering sahaja mengganggu, mengapa menjadi manusia, kita bersikap tamak? Kita sering sahaja puas apabila kehendak nafsu di penuhkan, namun buas apabila nafsu meminta kehendak yang lain pula. Mengapa menjadi manusia yang tamak haloba. Mengapa tidak selalu ingat hidup ini persinggahan yang sementara bukannya abadi pun. Mengapa tidak teringat langsung analogi daun yang gugur itu?

Iya, asal perkataan manusia itu sendiri dari huruf nun sin dan ya. Nasiya. (نسى)  lupa. Kita ini memang Allah ciptakan pelupa. Justeru, Allah hadirkan Rasullullah untuk menjadi petunjuk dan pedoman buat kita, si pelupa. Pengingat tatkala mahu hampir kufur, penegas tatkala dosa dan pahala tidak dapat di bezakan lagi. Baginda juga penenang jiwa bagi kita,si pelupa. 

Meski baginda sudah wafat beribu tahun, akhlak baginda masih lagi subur mewangi. Kisah pengorbanan dan ketaatan baginda pada Allah wajar kita tauladani. Baginda itu umpama cahaya matahari yang membawa sinar di siang hari. Menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Oh, alangkah indah dan manisnya akhlak baginda!

Justeru, pandanglah kehadapan teruskan langkah, menapaklah maju. Usahakan sepenuh daya untuk masa yang tersisa, mulakan langkah pecutan. Ini adalah baki ujian yang terakhir, usah putus asa dan kuatkan semangatmu. Syaitan menguji di saat kita lemah bergantung padaNya. Kuatkan doamu, kuatkan tahajut dan solat hajatmu. Moga menjadi asbab kejayaan. 

Pedulikan masalah yang mendatang. Jika Allah takdirkan ia selesai, aku berharap segerakanlah. Jika tidak, aku lupakan seketika untuk fokus. Konsentrasiku amatlah penting buat waktu sekarang. Moga jihad ini, di berkati Allah.

Maafkan salah silap saya, semua. Doakan saya. Road to final year. InsyaAllah.


Mengutip hikmah yang tersisa.


Bukan namanya demam itu kalau tak berjangkit. Alhamdulilah sudais dah baik dari demam. Tapi telinga keluar nanah pula..

Saya ambil tindakan pantas bersihkan telinga dia dengan kapas atau tisu. Dan hantar ke klinik, doktor bagi ubat titis telinga. Alhamdulilah. Esok hari sahaja dah kering.

Tapi lepas tu, umminya pula demam. Sudah bertahun tidak demam, jadi hari ini demam pula. Haihh, demam pun menaip juga?

Mestilah, sebabnya walaupun demam saya paksa diri untuk study. Walaupun tak bagus buat macam tu, tapi apakan daya, alquran ada empat juzuk perlu di ulang, subjek ada 8 sem dua ini. Masa yang berbaki sudah tidak lama, tadi demam pun pergi kuliyah. Sudais dihantar ke taska. Mujur dia baik baik sahaja. Alhamdulilah, cuma saya langsung tak dapat fokus sebab tak larat sangat..

Allah sahaja yang tahu bagaimana, sambil belajar mengurus anak, tambah pula suami dia perantauan. Kadang kadang ada rasa emosi bila sudais terhyper aktif sampai tak mahu tidur malam. Tapi disiplin tetap disiplin. Selepas maghrib sahaja saya tidurkan sudais, supaya dapat study malam. Hanya waktu siang dan malam sahaja saya dapat study. Dari Ahad sehingga Khamis, saya ke kuliyah, sudais ke taska.

Manakala Jumaat dan Sabtu, cuti di Mesir. Jadi itulah waktu saya bersama Sudais. Memang kasihan, sudais kena pergi sekolah, tapi sekurang nya dia ada kawan di sekolah dan boleh belajar pelbagai kemahiran di sana. 

Semoga Sudais membesar jadi anak yang soleh dan menghafaz al quran. Jadi qurratu aini umi dan abi ye sayang. Adik kamu telah menunggu di Syurga. Moga dia menjadi syafaat buat kami di akhirat kelak. Amin.

Berikut adalah jadual syafawi Bahasa Arab Tahun 4, 

Nahu 28 April 2016
Balaghah 4 Mei 2016
Al quran 7 Mei 2016.

Tahriri bermula  dari 14 Mei sehingga 8 Jun 2016.  Sungguh hidup di bumi Nabi Musa ini penuh kejutan dan ujian. Kadang kadang, perkara yang tak terjangka tu kita boleh peroleh di sini. Sebagai contoh, jika hari terdetik nak makan sesuatu tiba tiba Allah makbulkan. Jika tiada wang, Allah datangkan macam macam rezeki untuk cukupkan keperluan kita. Hidup berkeluarga PJJ bukanlah semudah ABC, tapi jadikan hakikat itu sebagai pendorong kejayaaan, besarkan jiwa agar jadi strong mommy.

Hakikatnya, menjadi kuat itu perlukan bantuan dari Allah. Alhamdulilah, dikurniakan taska yang baik, orang arab yang selalu mengambil berat serta dapat belajar banyak kosa kata arab.

Tambahan pula, kita belajar banyak perkara baharu. Tidak boleh bergantung harap pada manusia. Kelak dia jemu dengan pengharapan kita. Bergantunglah kepada Allah, nescaya Allah bantu. InsyaAllah.

Semoga Allah tenangkan hatiku. Exam final dah dekat,pelbagai bayangan datang menjelma. Semua segalanya baik baik sahaja. InsyaAllah. 

Menulis itu satu terapi meluahkan perasaan. Meski aku paksa diri untuk study, tetapi jika akal dan badan meminta nafkahnya, perlu aku turuti. Semoga esok sembuh, dan dapat melakukan kerja seharian. Amin.

Bittaufiq wannajah Ummi, Nurzaleha Ab Talib. Anda boleh berjaya cemerlang tahun ini. Anda pasti boleh. Genggam bara api biar sampai jadi arang. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat ! ,:)

Tips anak demam


Minggu ini adalah minggu study week. Minggu fokus study. Exam 14 mei 2016. Syafawi belum tahu lagi. Apapun, syukur atas segala nikmah Allah, masih lagi hidup sehingga saat ini. Alhamdulilah.

Sem satu saat nak exam, sudaisy deman. Samalah waktu kali ni, sudaisy demam.Masuk hari ni dah hari kelima. Kejap panas,kejap ok. Orang tua tua kata demam kura kura. Selalunya kalau demam ni sudaisy nak dpat sesuatu, apa agaknya ya. Agaknya mahu cepat bercakap mungkin?

Apapun aku serahkan segalanya pada Allah. Moga Sudaisy cepat sembuh, umi pun boleh study senang hati. Amin.

Berikut adalah cara cara sekiranya anak mengalami demam. Jadi kita sebagai umi ni nak buat apa kan.

1. Check suhu badan. Normal atau xnormal. Jika bacaan 37.5 dan keatas itu adalah demam.

2. Pastikan anak memakai baju jaring jaring agar wap keluar.

3. Saya letak bawang merah untuk membunuh kuman. Mode pawang la nih. Letakla sekeliling anak tempat tidur,memang akan bau bawang, sabar jelah. Asal anak sehat,kuman pun terbunuh.

4. Sekiranya ia selesema,pakaikan stokin bawang putih. Alas dahulu kaki dengan stokin lain, baru pakaikan stokin bawang putih. Selalunya buat waktu malam. Supaya tidur tak terganggu.

5. Sentiasa lap anak dengan kain jika badan panas sangat. Mandikan anak dengan kerap.

6. Lap anak dengan air asam jawa untuk efek cepat hilang haba. Tapi dengan syarat pantau panas anak supaya xterlalu panas. Selalunya air asam memang cepat keluarkan haba, jadi anak akan jadi panas sangat badan dia, tapi lap je sampai suhu baik.

7. Makan ubat yang di bekalkan doktor. Ikut waktu dan habiskan ubat.

8. Anak memang akan meragam, jika dia tidak makan, pastikan dia menyusu dengan kerap atau minum air kosong secukupnya.

9. Berdoa dan bertawakal. Allah akan mengabulkan doa ibu. Yakinlah ia adalah ujian untuk kita para ibubapa.

Semoga bermanfaat! :)

Puisi utk aku


ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku


Kembara ilmu di bumi Allah


Hari-hari yang aku lalui di sini seakan menjadi sedih, hatiku berasa bungkam..kecewa menjadi peneman diri.

Jika kerana harta boleh buat bahagia, apabila harta habis maka kita hati akan gelisah.

Jika kerana cantik menjadi hati bahagia, maka apabila hodoh hati akan membenci.

Jika kerana pangkat yang di cari buat hati bahagia, maka apabila di pecat pasti akan susah hati kembali.

Jika bertambah bilangan anak membuat hati bahagia, maka di saat hilangnya anak pasti kita bersedih hati.

Jika mendengar lagu membuat hati bahagia, maka apabila lagu tidak lagi di cipta maka hati akan gundah lagi.

Terlalu banyak nikmat Allah yang membahagiakan, maka mana satu nikmat yang perlu di dustakan?

Terlalu banyak hal yang menggembirakan maka kenapa harus bersedih hati?

Kutiplah semangat yang gugur,tanamlah pohon  yang baharu. Tatkala hati bersedih,ingatlah Allah itu sentiasa bersama susah dan senang.

Kita sahaja menjadi manusia yang ingat Allah tatkala susah, apabila senang lupa Allah,lupa segalanya. Allahu, ampunkan aku.

Apabila susah hati, ketahuilah Allah mahu kita kembali kepadaNya. Dia merindui rintihan kita, tangisan kita, jadi berserahlah padaNya. Pohonlah ampun. Rahmat Allah itu luas. Dia tidak pernah mensia siakan kita tapi kita sahaja yang selalu mensia siakan Allah..

Allahu, ingatkan aku selalu, semua nikmat yang aku peroleh adalah sementara,yang kekal adalah diriMu. Ingatkan lah aku tentang syurga yang hakiki manakala dunia hanyalah sementara.

Kuatkanlah imanku semoga hati ini tabah dan kuat selalu. Apabila saatku futur, jadikanlah rakan rakan sekelilingku sebagai penguat semangat. Sungguh kadang hati ini lemah,apabila di koreksi diri, terlalu banyak lompongnya diri..

Mari kita muhasabah. Check apa yang tidak cukup,tambah agar menjadi bekalan hidup di akhirat nanti. InsyaAllah.


Perpisahan guru sudais


Sedih. Kelu..Agaknya inilah perasaan apabila kita bertemu orang yang baik dan terpaksa merelakan dia pergi dari hidup kita. 

Pagi tadi semasa menghantar Sudais ke hadhonah, sedang leka Sudais lihat kucing, Madam Asma, guru hadhonah yang paling dia rapat, on the way ke taska. Lalu, kami pun berjalan bersama sama. Semasa berjalan, dia memberitahu kepadaku tentang Mrs Dunya akan berhenti kerja.

Aku speechless. Sedih. Hiba tiba tiba datang. Mood yang baik berubah jadi kelam. Dulu masa Mrs Nahal,pun cikgu Sudais, pindah ke tempat lain tanpa sempat berjumpa. Sebab Sudais demam, jadi xdpat datang dua hari, alik alik datang je Mrs Nahal dah takde.

Bila aku tahu dia nak pindah Khamis ni, suami cakap berilah hadiah kepada beliau. Perasaan aku sangat sedih sebab dekat 
Mesir ni merekalah kawan arab yang selalu ambil berat tentang aku dan Sudais.

Perpisahan itu menyakitkan dan menyedihkan. Kenapalah perlu ada perpisahan? Tapi itulah realiti hidup. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Mak selalu pesan, bila sayang seseorang, sayanglah bersederhana,sebab bila jadi perkara macam ni susah rasanya nak move on.

Semoga cikgu sudais selamat dan di berkahi Allah kerana sabar menjaga Sudais. Semoga Sudais di jaga dengan orang lain yang juga baik dan mampu menyanyangi dia sepertimana aku dan suami menyintainya. Amin.

Aku juga bakal meninggalkan bumi ini lagi dua bulan. Maka, nikmatilah kehidupan sebaik baiknya di sini. Aku berdoa semoga ini tahun yang terakhir, dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin.

Throwback, sahabat..



Mengimbau kenangan sepanjang lima tahun ini membuatkan aku sebak untuk berfikir pulang ke Malaysia. Iya, ini tahun akhir, insyaAllah. Semoga Allah mengabulkan permintaan aku kali ini. Amin ya robb. Takdirkanlah kawan -kawan seperjuangan yang berada di tahun empat kuliyah bahasa arab najah kabir,amin ya robb.

Tahun ini, pelbagai suka duka yang aku hadapi,tapi tahun ini adalah paling sweet sebab aku dapat jugak bawa sudais datang sini. Iya, sangat seronok sebab begitu banyak ujian dan cabaran yang aku lalui. Semua itu mematangkan kita untuk menghadapi hidup yang penuh panca roba.

Bayangkan kelas yang padat timetable sampai petang pastu bila nak balik rumah kena tergesa gesa sebab nak ambil sudaisy pulak di hadhonah. Mujur sudaisy pun cepat sesuaikan diri di bumi Mesir ini. Alhamdulilah. Dia masih belum dapat bertutur lagi tapi aku sentiasa pantau perkembangan dia baik sahaja.

Dan yang paling gembira, ramai madam madam bersalin tahun ni, madam annimah, madam ain nasir,madam syeila fatin. Moga Allah mengasihi semuanya. Amin. Dan bakal menjelang adalah kelahiran dari Madam Nabila.

Semoga Allah sentiasa merahmati kau sahabat. Terima kasih sudi membantuku susah dan senang. Ambil tahu perkembangan aku dan bukan mudah menjadi kawan sejati. Kadang kadang orang yang tak rapat tu lah akhirnya jadi rapat dengan kita..huhu. Dan jujurnya aku rindu dengan persahabatan yang terbina dahulu bersama seseorang...

Mengimbau sejarah denganmu sahabat, menjadikan aku rasa rindu pada saat dahulu.Sama sama buat blog. Sama sama berprogram. Sama sama melanjutkan pelajaran di bumi ini. Sama sama ke sana sini. Sehinggakan Ustaz Danial cakap kita rapat sangat. Takut takut di bumi anbiyak tidak rapat lagi.  Aku berasa gerun dengan pernyataan itu,dan akhirnya kenyataan itu menjadi realiti..

Entah mengapa, engkau yang dekat ku rasakan kian menjauh. Namun, aku sentiasa mendoakan dirimu agar di rahmati Allah bersama sahabat yang dikau sayangi. Aku sentiasa mengharapkan hubungan persahabatan yang kita bina ini tetap kekal dan utuh seperti dahulu. Tapi aku tahu, kau dan aku sudah jauh berbeza.

Namun,jika kau sedar, sewaktu program menjahit hari itu, dalam hati aku yang paling dalam, jiwaku seakan meronta ronta. Aku berharap masa tidak akan bergerak.Aku mahu kita kekal duduk di musola itu san menjahit bersama sama. Tapi siapalah aku untuk menghentikan waktu. Waktu tetap berputar dan meninggalkan kita dalam kenangan yang dulu. Dan aku tenggelam dalam kenangan kenangan yang sarat.

Aku rindu zaman dahulu, kau banyak mengajar aku erti sahabat, ukhwah, pengorbanan, dan yang paling indah kau mengajarkan aku tentang hati yang baik. Iya, manakan tidak sewaktu menjahit itu, kebetulan kita duduk sebelah menyebelah dan aku tahu menjahit adalah kepakaran mu, kau banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih banyak sahabat.

 Moga Allah tetap pelihara dirimu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Semoga semuanya selamat sahaja. Maafkan aku kerana aku tak sempurna sebagai sahabatmu, jika aku yang bersalah maafkan aku. Anggap ini sebagai hadiah yang terbaik dari Allah buat kita semua kerana dapat merasai nikmat ukhwah bersamamu..

Semasa Sudaisy sakit demam teruk sehingga seminggu lamanya, aku sangat susah hati. Duit yang tak cukup tapi alhamdulilah sumbangan datang mencurah curah. Dan bila aku buka laci, ada sepotong kata kata dan sejumlah wang. Wallahi,aku tak tahu siapa, namun hati aku kuat mengatakan itu adalah dari kau, jika benar tekaan ku, terima kasih banyak, moga Allah sahaja yang mampu membalasnya.aminnn. 

Dan jujur juga, aku mahu menaip namamu di sini sebagai penghargaan kepada mu,namun aku sembunyikan sahaja. Biar penduduk langit dan bumi memuji namamu. Biar terkenal di langit tapi tidak di bumi. Moga kau bahagia,sahabat.

Tahun ini kita tidak dapat bersama sama dalam kelas yang sama, namun aku berharap kita semua berjaya dengan cemerlang dan berusaha sehingga ke titisan jawpan yang terakhir di pena peperiksaan. InsyaAllah. Kita mungkin sudah membawa haluan masing masing, kita mungkin sudah ada komitmen yang berbeza tapi aku harap kita punya impian dan cita cita yang sama. Semoga api perjuangan tetap menyala dan bersemarak membakar diri agar tetap tegar mengejar cita cita tertinggi, iaitu akhirat yang abadi.

Buat Athirah, Ramizah, Jannah dan Syuhaida..aku yakin kalian tidak akan membaca karangan ini..kerana apabila aku melawat blog kalian, halaman kalian sudah kering tidak bernyawa. Bahkan aku juga seperti itu, dahulu. Namun, apabila jiwaku sudah penuh dan tidak mampu menahan lagi, aku berusaha menulis disini. Aku tidak mahu kenangan indah kita berlima pupus di telan zaman, dan aku memilih untuk mengabdikan di laman ini.

Aku bukanlah sesiapa melainkan hamba Allah yang cuba untuk menjadi solehah di mataMu. Aku juga bukanlah rakan yang baik kerana apabila aku berkeluarga aku seakan hampir melupakan kalian yang dekat,
Mungkin akulah orang yang menjauhkan diri daripada kalian,
Mungkin akulah yang bersalah, namun aku berharap Allah memberi kebaikan dalam kita bersahabat..
Aku sayang kalian kerana Allah.

Dan pagi tadi, di dalam kuliyah fiqh Lughah, ablah mengumumkan exam bermula seawal 14 mei, hatiku menjadi serabut. Kena cepat habiskan study,kena segera menghafaz al quran bagi cair. Semuanya kena bersedia sebab sekarang dah 3 April. Lagi sebulan sahaja menempuh sem akhir, YA Allah mudahkan langkah kaki ini menuju kejayaan. Aminn ya robb.

Bak kata seorang guru yang sangat aku sayangi, cikgu Mohamad.. Sukses adalah perjalanan bukan sebuah perhentian! Semoga cikgu terus sehat dan istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa melayu supaya sukses seperti cikgu. Saya rindu sangat nak berprogram dengan cikgu..huhu.

Ok, time for prep!! Keep strong and have a faith. May Allah bless u, silent reader,if i have a readers. Haha.

Puisi Hambar

Hidup ini adalah realiti yang sebenar,
Manakala cerita novel adalah fantasi semata-mata,
 Mana mungkin fantasi menjadi realiti,
Hakikatnya plot didalam novel adalah imaginasi pengilusi,
Penuh kejutan, dramatik dan emosi,
Namun adakah perlu untuk kita membelakangi realiti? 
Tidak. 
Menjauhkan diri daripada hakiki menjadikan kita lupa diri,
Ayuh, berdiri gagahlah, berusahalah memandang cabaran sebagai penguat diri,
Berdirilah dengan kaki sendiri,
Usah goyah dengan tribulasi yang mendatang,
Hasilnya akan menjadikan kita kuat dan hebat,
Bukan lemah dan lembik..
Betapa momokan di media adalah arus hedonisma yang terbesar,
Kita parah dalam hakikat membezakan antara realiti dan fantasi,
Manusia yang lemah dan dhoif berusaha mengikut jejak cinta yang asyik, 
Sehingga alpa syurga dan akhirat adalah penamat yang bahagia dan mengasyikkan..


Teaser 2016

                Teaser


Tiga tahun sudah berlalu. Aku meninggalkan laman ini bersawang dengan lamanya. Keinginan yang begitu membuak-buak untuk menulis terpaksa di lupakan sementara waktu lantaran kekangan tanggungjawab yang terlampau banyak melebihi masa yang ada. Semoga lepas ini aku terus istiqomah untuk menulis.

Menulis menenangkan jiwa..
Menulis mampu melepaskan stress yang terbuku di hati..
Menulis menjadikan aku sentiasa khayal dalam cita-cita dan impian..
Betapa menulis ini sentiasa menjadikan aku lebih bersemangat menghadapi masa depan dengan positif..
Menbuatkan aku sentiasa mahu bangkit dari kegagalan dan mahu merangsang diri agar sentiasa bermotivasi..

Sudah tentu aku rindu menulis, sehingga aku hampir hampir sahaja terlupa aku memiliki blog kecil ini sebagai wadah untuk mencurahkan kasih terbuku dan rasa di dada.

Semoga aku akan kuat untuk menulis. Lebih fokus untuk merekod data. Kerana masa yang tersisa moga dapat aku manfaatkan sebaiknya sebelum aku berlalu pergi dari bumi kinanah ini.

Salam juang tulus ikhlas,
Ummu Sudais.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...