Suri rumah, pekerjaan yang mulia.

Bismillahirahmannirahim,

Menunggu pekerjaan pada abad ini, ibarat menunggu hujan emas gugur dari langit, sekiranya tidak ada usaha mencari kerja dan hanya duduk di rumah. Memang pekerjaan takkan datang.

Dan bukan sedikit graduan yang masih tanam anggur di rumah, termasuklah aku. Namun pun begitu, tanggungjawab dan amanah sebagai ibu dan isteri perlu di galas sebaik mungkin. Jujur,dalam hati paling dalam,mesti nak cepat kerja dan ada pendapatan sendiri untuk membantu emak. Namun apakan daya, mahu menyusahkan emak menjaga anak,tidaklah sanggup lalu menjadilah aku surirumah di rumah.

Namun, jangan di negatifkan suri rumah ini. Pekerjaan ini adalah sangat mulia. Kamu menjaga anak, membersihkan rumah,menyiapkan makan pakai suami dan anak, kerja tak henti henti dua puluh empat jam, kemas sepah balik, dan repeat..memang memenatkan.

Dan aku juga, sangat menyanjung tinggi para ibu yang bekerja kemudian balik rumah menguruskan anak anak, memang para ibu wajar diberi pujian selayaknya. Syabas, ibu ibu bekerjaya.

Dan, sebenarnya jika para suami menyedari, kaum ibu ini adalah kaum yang paling kuat fizikal dan mentalnya. Menguruskan anak anak yang pelbagai kerenah, dari celik mata anak sehinggalah mata anak terpejam, amatlah memenatkan. Sepatutnya,kaum ayah perlu mengambil berat tentang isteri dan menyantuninya dengan baik.

Kami para isteri, bukan makan tidur terkangkang sahaja di rumah, kami menyelesaikan kerja rumah yang non stop. Kaum ayah perlu menyedari dan membuka mata, jika tiada isteri yang menguruskan keperluan anda, adakah anda mampu menguruskan rumah sebaik kami?

Dan berapa banyak luahan di media sosial tentang sikap suami yang sambil lewa sahaja melayani anak dan isteri. Mengabaikan mereka dengan mengatakan dirinya adalah bread winner, tugas adalah bekerja dan balik rumah sekadar berehat.lalu rutin berulang setiap hari, membiarkan sang isteri tenggelam dalam larut emosi, memendam rasa sehingga memakan diri.

Aku juga suri rumah, dan semua manusia akan teruji dalam bahtera rumah tangga yang pelbagai. Ada yang di uji ketiadaan anak, anak yang ramai, anak yang sedikit, kemiskinan, kekayaan yang melampau, suami yang panas baran, isteri yang mencurangi,pelbagai ujian dan jika aku teruji,aku mengharapkan Allah mensabitkan hati kami suami isteri agar bertenang dan bersabar.

Dan sangat sentap, bila aku membaca posting di media sosial tentang kebejatan dan kejumudan suami tentang tugas isteri. Menyerahkan tugas bulat bulat kepada isteri, apabila berlaku masalah, isteri juga di salahkannya.

Aku teringat kata kata, suami teruji bila susah dan senang. Apabila susah, isteri bersama susah dan senang, namun apabila senang mula memasang lain. Nauzubillahi min zalik.

Dan aku teringat lagi kata kata lain, lima tahun yang pertama kahwin adalah zaman mula mengukuhkan kewangan, lima tahun berikutnya barulah zaman kestabilan. Allah, ampuni aku dan berilah kesabaran sebagai seorang suri rumah.

Dan aku menyeru, para suami, jagalah hati isteri, kasihanilah mereka, mereka mngandungkan dan melahirkan anakmu,mendidik mereka dengan kasih sayang, memasak dan menggosok baju kerja kamu, dan hanyalah kerana salah faham kamu memasamkan muka kepada isteri. Kasihanilah mereka dan maafkanlah mereka.

Aku tidak meminta suami ku romantis dengan kata kata, tapi aku berharap dengan romantismu pada anak dan isteri menjadikan kamu di sayang tuhan.

Tulisan ini di tulis, di saat aku mula berasa betapa kejam nya suami tidak melihat para isteri dengan hati nurani, tetapi melihat dengan mata kasar. Dan aku menulis, sebagai pemerhati, dan sebagai motivasi kepada diriku bahawa suri rumah adalah pekerjaan yang mulia. Bukan pekerjaan terkangkang sahaja di rumah sambil tunggu suami.

Ada ijazah tapi masih suri rumah bukanlah perkara yang memalukan tetapi adalah pencapaian kehidupan yang abadi. Ijazah tidak boleh di bawa masuk akhirat, jadi beserdahanalah. Jika ibu bekerjaya, mereka lagi teruji letih dan penat di pejabat tidak habis, di tambah lagi urusan di rumah, memang super mama terbaik.

Allah, pimpinlah aku ke jalan mardhotillah. Jadikan aku ibu, anak dan isteri yang baik kepada keluargaku, aminn ya robb.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...