Marah?



Marah?
Bismillahi rahmanir rahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha pemurah.
Assalamualaikum,W.B.R.
Semoga dirimu semua bebas daripada belenggu emosi negatif,marah,sedih dan kecewa:)
Amin,Insyaallah.

Sesuai dengan lima perkataan seperti yang tertera di atas,itulah tajuk entri saya pada hari ini yang mulai ini. Mulai daripada saat ini, saya memaafkan kesemua kesalahan orang lain yang dilakukan kepada saya.Insyaallah.

Alhamdulilah,sebelum nak mengupas isu marah ini,terlebih dahulu,mari kita semua menyaksikan  dan membayangkan nikmat Allah yang melimpah ruah dalam diri kita.

Pernahkah anda terfikir,setiap manusia yang dicipta kan Allah kesemuanya berbeza daripada satu sama lain.Sebagai contoh, Allah jadikan kembar,muka sahaja sama tetapi cap jari,sikap,suara,bentuk badan,kesemuanya berbeza daripada satu sama lain.

Selain itu,pernahkah anda terbayang,buah-buahan yang seakan sama luarannya seperti buah langsat,duku,zaitun seakan sama warnanya,tapi berbeza warna dan rasanya? Pernahkah anda terbayang dan terfikir akan kehebatan kuasa Pencipta kita,Al kholik? Pernahkah,fikir-fikirkan,tepuk dan tanyalah iman anda anda..:)

Kemudian,dalam diri manusia pula Allah mencipta hawa nafsu,iman,akal dan emosi.Ada pelbagai perasaan yang dicipta Allah untuk kita,iaitu perasaan marah,sedih,kecewa,gembira,bahagia dan duka. Allah juga turut memberikan deria rasa yang berbeza pada lidah agar kita dapat merasai kesemua jenis makanan di atas muka bumi ini,iaitu pahit, manis, masam,masin dan ?Hehe, fikirkan ye pe deria rasa yang kelima..

Sraight to the point, pernahkah anda berasa marah? Bohong jika anda adalah seorang manusia maksum.Bisa tertawa dan berlagak cool apabila di landa kemurungan tahap stress atau saat di asak untuk membela diri. Mesti ada punya kan?Huhuuhhhu..
Begitu juga saya..Kita manusia biasa..tapi dalam ibadah kita harus menjadi manusia luar biasa dalam mencari RedhaNYA..

Hadis nabi berkenaan  marah:) 

الحديث السادس عشر
عــن أبـي هـريـرة رضي الله عــنـه ، أن رَجُــلاً قـــال للـنـبي صلى الله عـلـيـه وعلى آله وسـلـم : أَوْصِــنِي .
قال :( لاَ تَغْضَبْ ) فَرَدَّدَ مِرَارًا ، قال : ( لاَ تَغْضَبْ) .
رواه البخاري [ رقم : 6116 ].


Dari Abu Hurairah ?Radhiallahu ?Anhu, bahwasanya seseorang berkata kepada Nabi ?Shallallahu ?Alaihi Wa ?Ala Alihi Wa Salam: ?Berilah aku wasiat?. Nabi ?Shallallahu ?Alaihi Wa ?Ala Alihi Wa Salam bersabda: ?Janganlah engkau marah?.
Orang tersebut mengulangi permintaannya hingga beberapa kali, sedang Nabi ?Shallallahu ?Alaihi Wa ?Ala Alihi Wa Salam bersabda: ?Janganlah engkau marah?.
(HR. Bukhari).


Menurut psikologi marah ada dua:

1. Marah Terpuji
2.Marah tercela


Marah yang terpuji adalah marah yang dilakukan karena Allah, bertujuan kebaikan dan memberikan pelajaran, tidak melampaui batas, tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan jorok, terkontrol dan bukan melampiaskan emosi dan hawa nafsu dll.
 

 Marah yang tercela adalah marah yang dilakukan bukan karena Allah, tidak memberikan pelajaran, melampaui batas, mengeluarkan kata-kata kotor dan jorok, tidak terkontrol, bertujuan melampiaskan emosi dan waha nafsu.
 

 Diantara penyebab marah adalah: Sombong, saling membanggakan diri, menghina dan mengolok-olok, banyak bercanda, berdebat, ikut campur dalam permasalahan yang tidak ada kepentingannya dan tamak untuk mendapatkan harta dan kedudukan dll.

Hemmm..sebenarnya,kita boleh marah, siapa kata kita tak boleh marah..Marah sebenarnya sangat penting untuk menzahirkan rasa yang kita tak  berpuas hati.Selain itu, dengan marah, manusia boleh tahu yang perbuatan yang di lakukannya telah menyalahi undang2 diri atau etika hidupnya..Penting tau marah..

Tapi yang menjadi permasalahan ialah apabila marah secara berjela-jela dan berterusan serta mengakibatkan perpecahan ukhuwah dan ummah.Zaman kini,manusia ramai yang lari dari sunnatullah.Marah mengikut hawa nafsu sehingga mengakibatkan pembunuhan, kes rogol dan jenayah..Nauzubillah, moga-moga rasa marah yang terdapat dalam diri di guna dan di jaga sebaik mungkin untuk kepentingan tertentu.Insyaallah.

Manusia yang marah ada 4 golongan..
1. Cepat marah, Cepat reda
2.Cepat marah,lambat reda
3.Lambat marah, cepat reda
4.Lambat marah,lambat reda..

Anda yang mana satu kategori? Jika Cik Qalam , saya yang pertama:) Huhuhuhu, cumanya cara marah saya agak menakutkan la, saya akan berdiam diri dan takkan bercakap dengan sesiapa sepanjang tempoh marah itu.Jika saya disapa atau di  suruh bercakap saat itu, saya lebih suka mengambil tindakan dengan berdiam diri..Saya tak kan bercakap dengan sesape sehinggalah saya berwudhu dan membaca alquran..saya akan mengasingkan diri tanpa menjerit atau mengeluarkan kata2 kesat..Huhuuu...

Kepada kawan-kawan, malam tadi, maafkan saya, saya tak berupaya mengawal kemarahan, saya tak suka lambat, dan saya pula telah kehilangan jam yang saya sangat sayangi..Mafkan saya ya Cik Tirah, saya tak sengaja...Sebenarnya, saya lebih bermonolog dengan diri saya.Saya tak menyalah kan  sesapa mahupun diri saudari...Saya sayang ukhti sangat..Mafkan saya:)

Kawalllah diri sebelum api BENCI KEMARAHAN mengawal diri..Nauzubillahhiminzalik..

Marah ialah api.Nak padamkan api ialah dengan air.Justeru, ambillah berwudhu apabila berasa marah.

Apabila sedang berasa marah maka tukarlah posisi anada,Jika anda sedang berdiri maka duduklah, jika sedang duduk maka baringlah.

Apabila bersa sangat marah, beristighfarlah, kerana saat itu, syaitan sedang memancing api kemarahan dengan menghangatkan lagi suasana dendam.

Apabila anak adam marah, maka tertawa sukalah, syaitan kerana telah berjaya membuat anak adam berasa marah dan kalah dengan hawa nafsu..

Mahu beristiqamah untuk sabar memang payah, tapi tetap tidak mustahil!

Doa orang yang sedang marah adakalanya dikabulkan apabila bertepatan waktu mustajab, oleh sebab itu orang yang sedang marah dilarang berdoa keburukan untuk dirinya, hartanya atau orang lain.

Nauzubillhimin zalik..


Hindarkan marah, suburkan sabar!

4 comments:

  1. minta dijauhkan perasaan ini Ya Rabb !

    ReplyDelete
  2. Enti bukannya marah pada orang lain..enti marah pada diri sendiri kan? Selesaikanlah masalah dalaman itu dengan seeloknya, jangan kerana terlalu menjaga hati kita mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh? Hehehe, ini sekadar perkongsian dari pengalaman jelah...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...