Hadiah


Bismillahirahmanirahim,

Setinggi-tinggi ucapan syukur ku panjatkan kepada Allah SWT atas segala ujian yang memberi peluang buat kami sekeluarga. Alhamdulilah.

Jumaat,22 Dis, berakhirnya penantian suami yang kehilangan pekerjaan. Allah itu Maha mendengar DOA. Allah menjawab permintaan kami melalui jawapan SPA. Suami mendapat pekerjaan selepas hampir 2 bulan bercuti panjang. Iya, Allah tidak pernah menzalimi hamba, bahkan hambaNya selalu menzalimi diri sendiri.

Aku bersyukur atas segala limpah nikmat dan rahmat.Alhamdulilah. Kami bermula dari bawah sekali lagi akan tetapi orang islam tidak akan terjatuh pada lubang yang sama dua kali. Semoga pengalaman yang lepas mematangkan diri kami agar jangan mudah percaya pada kawan, dan lebih bersikap berhati-hati.

Namun, aku puji sikap suami yang selalu membantu orang lain walaupun dirinya selalu di ambil kesempatan oleh rakan sendiri. Allah tahu dan Maha Mengetahui. Biarlah Allah sahaja yang membalas pahala dan dosa. Kami redha, Ya Allah.

Sebenarnya, penguat yang terkuat adalah pasti emak. Jika emak tiada pasti kami akan lumpuh sehabis daya. Maklah yang memberi bantuan sokongan dan dorongan sabar dan tabah. Sokongan kewangan. Sokongan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sokongan moral kerana tanpa semua sokongan ini pasti kami takkan bangkit dari kesusahan yang menyakitkan ini.

Semoga Allah memberi sebaik ganjaran pada emak dan ayah. Amin.

Aku sebagai isteri, sangatlah gembira dan bahagia. Aku lihat ada sinar bahagia pada wajah suamiku. Ada riang di hatinya meski selalunya wajah murung dan kusam sahaja. Menitis air mata ini apabila suami peroleh pekerjaan yang di hajati. Alhamdulilah

A little motivates to pounder

Hari Jumaat yang bahagia! Hari yang indah, hari yang di berkati Allah. Hari segala penghulu hari. Syukur alhamdulilah, Allah masih memberi nikmat hidup dan sihat.

Allah tak pernah menzalimi hambaNya, bahkan HambaNya lah yang selalu menzalimi dirinya sendiri. Subhanaka ini kuntu minazzholimin.

Aku mengawali pekerjaan hari ini dengan sedikit duka yang di panaskan syaitan, membuat aku kecewa duka sedikit, namun, aku bersikap positif dan tersenyum sahaja, Semoga hari yang baik-baik sahaja hari ini. InsyaALLAH aMIN.

Dah sebulan lebih aku bekerja, dan sebulan jugalah suami aku menghantar aku ke tempat kerja. Aku bersyukur, Allah memberi bantuan meski aku tak pandai bawa kereta. Mulai sekarang, aku harus belajar bawa kereta sendiri. Suapaya berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. Suami memang boleh bawakan, tapi sampai bila aku harus bergantung? Allah mudahkanlah urusanku,amin

Syukur juga, bila dapat peluang berceramah balik dan berkursus sejak bekerja. Namun, desakan anak kecil yang menyusu badan, aku harus tinggalkan kursus, kerana tunggu  anak wean off dulu. Huhu. Inilah cabaran menyusukan anak dua tahun. Cayokkk, zaleha boleh!!!

Kata Hikmah

Apabila ALLAH mahu membinasakan seekor semut, maka Dia akan menumbuhkan sayapnya. Semut sangat bangga memperoleh sayap, dia rasa hebat boleh terbang keluar dari busut yang melindunginya berbulan-bulan namun bilamana ia terbang sahaja keluar, maka ia terdedah kepada bebinasaan dan kemusnahan.

Bersahabatlah dengan orang miskin, engkau akan bersyukur.
Bersamalah dalam majlis ilmu,engkau akan mendapat suluhan cahaya,
Bergaullah dengan para abid, engkau akan terpelihara amalanmu,
Berkawanlah dengan orang yang soleh, kamu akan terkena kebaikannya.

Perfect- For you, love!

I found a love for me
Darling, just dive right in and follow my lead
Well, I found a girl, beautiful and sweet
Oh, I never knew you were the someone waiting for me

'Cause we were just kids when we fell in love
Not knowing what it was
I will not give you up this time

But darling, just kiss me slow

Your heart is all I own
And in your eyes you're holding mine

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When you said you looked a mess
I whispered underneath my breath
But you heard it,
Darling, you look perfect tonight

Well, I found a woman, stronger than anyone I know
She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home
I found a love to carry more than just my secrets
To carry love, to carry children of our own

We are still kids but we're so in love
Fighting against all odds
I know we'll be alright this time
Darling, just hold my hand
Be my girl, I'll be your man
I see my future in your eyes

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
When I saw you in that dress
Looking so beautiful
I don't deserve this
Darling, you look perfect tonight

Baby, I'm dancing in the dark
With you between my arms
Barefoot on the grass
Listening to our favourite song
I have faith in what I see
Now I know I have met an angel in person
And she looks perfect
I don't deserve this
You look perfect tonight

Karier baharu

Setelah hampir lapan bulan tidak bekerja selepas melahirkan Furqan. Bulan November 2017, Allah menghadirkan satu peluang pekerjaan kepadaku. Tepat peluang itu datang selepas suami kehilangan pekerjaan. 

Allah itu sebaik baik perancang. Disaat kita lemah dan susah, hadirnya peluang dan ruang yang lebih baik caturan. Meski kerja perlu bermula dari bawah, namun aku bersyukur. Allah tidak pernah mensia-siakan hambaNya. Akan tetapi, hambalah yang suka bersangka buruk dan mensia-siakan diri. Astarghfirullah hal adzim.

Aku bekerja di Baitulmal Gemas. Dekat dengan rumah mak. Jauh dari rumah sewa, Senawang. Tapi ini memang adalah permulaan yang baik. Mencari pengalaman yang sememangnya dangkal di dunia pejabat. Aku mula belejar cara melayani manusia dengan baik. 

Terpancar sisi susah manusia lain yang lagi wajar untuk di bantu. Kekadang, insan yang hadir ke pejabat ada pelbagai jenis. Ada yang minta di kasihani, ada yang wajar di kasihani, ada yang tak sewajar di kasihani. Namun, aku menerima semua panca roba hidup dengan hati yang terbuka.

Syukur alhamdulilah dengan segala nikmat Allah.

Anding Ayangan.

Sekali hanyut dalam penceritaan novel Anding Ayangan, daripada Ramlee Awang Mursyid..Masa yang di ambil nak baca buku ni, tak lama...8jam tamat.

Tapi, pengakhirannya bagai satu episod yang perlu di tunggu lagi..Ceritanya bersambung..tak pasti ada sambungan atau tidak..kerana tanda tanya yang tersoal..yang tertera, berakhir episod pertama..google..keluaran ini daripada Januari 2017, oh tolonglah cepat keluarkan sambungannya..

Anding, sebuah negeri yang terlindung rapi dengan perlindungan tembok bertampik. Di lindung oleh kesucian waraknya orang alim si peridian agama,Pangeran Haji Durrahman dan Pangeran Haji Bolhassan.

Nyian, Damit, hadir sebagai watak yang menyokong dalam penceritaan novel ini. Nyian, wataknya yang utama, pendongeng cerita. Sampingan, dia kekal di gambarkan seperti orang kerasukan, menurun, hilang akal dan kadang-kadang penjagaan emosi juga turut tidak terurus.

Namun, Nyianlah yang menentukan jalan cerita dongeng ini benar-benar hidup sehingga menjadi realiti di alam kita. Damit,tiba-tiba rupanya hampir seiris dengan Furqan Ayyubi. Watak Damit yang hidup di alam realiti telah bertukar dengan watak Furqan Ayyubi yang di alam dongeng.. Sehingga keduanya keliru dengan keadaan masing-masing di tempat yang asing.

Chahaya, si Dang Bisai, seorang hafizah, anak agamawan yang solehah juga memainkan peranan yang cukup penting. Beliau, yang sentiasa menjaga maruah, harga diri dan aurat turut mementingkan doa, Allah sebagai pedoman hidupnya. Beliau, si cantik yang menjadi igauan para pemuda hanya menyimpan cintanya untuk Furqan Ayyubi atau Betatar.

Uniknya cerita ini kerana jalan cerita dongengnya menjadi realiti. Setiap watak yang di beri nama unik dan sangat menarik jika di rungkai. Tak sabar nak tunggu sambungan nya lagi.

Ayangan pula adalah negeri yang kat dan ampuh, menyembah tuhan yang satu.

Anding dan Ayangan hanya berbeza fahaman agama, Anding, menyembah Allah, manakala Ayangan, menyembah tuhan yang satu.


Nota jiwa

Sejak akhir-akhir ini, aku selalu sahaja berkecil hati. Sentap. Benar. Kesusahan itu akan membuat kita rasa kecil hati, mudah tersinggung dan cepat kecewa.

Nak di luah segala yang terbuku itu tidak mudah, Ada hati yang perlu di jaga. Ada rasa yang membelengu jiwa. Ada malu yang perlu di pelihara.

Aku cuba kekal menjadi batu. Sekeras kerikil. Cuba menguatkan hati yang selemah kapas. Bila di tiup angin, aku cuba bertahan. Berdoa pada tuhan, semoga angin yang membadai, segeralah berhenti.

Kadang aku juga terputus asa. Menyalahkan tuhan atas apa yang terjadi. Iya, sesuailah nusia tu daripada insan membentuk kalimahnya. Memang manusia itu mmudah terlupa. Apabila keadaan emosi mulai stabil, segera aku beristighfar, membuang rasa bisikan syaitan laknatullah.

Apa yang terjadi, ada hikmahnya. Bersabarlah. Aku selalu positifkan minda dan hati. Bukan mudah menjadi isteri yang cekal, ibu yang tabah. Tapi , ingatlah roda itu sentiasa di atas dan ada di bawah.

Sudah sampai masanya, Tuhan memberi ujian. Pasti ada balasan pahala dan ganjaran yang menanti bagi orang yang sabar dan berusaha.

nota hati

Sedang cuba mencari jalan.
Tapi kusut.
Sedang berikhtiar, tapi rasa gugah.
Bagaimana harus aku luahkan lagi,
Sepertinya semua jadi tunggul mati.


khabar yang jauh

Aku mungkin sedang membisu di sini, namun untukmu aku sanggup merisik khabar..walau dari orang lain.
Air yang di cincang takkan putus,, begitulah ikatan adik beradik yang takkan renggang. Aku tulus menyanyangi adik beradikku walau apa pun jua keadaannya.
Semoga kita dalam rahmat Allah. Amin.

Cerita tangis.

Dan setahun berlalu lagi dengan sangat pantas.
Setahun juga, ku tinggalkan blog ini dengan sarang lelabah. Tak berkunjung, sepi.
Selepas entri terakhir, hati kecilku..di akhir perenggan aku ada berdoa semoga aku dapat berkonvo di Mesir. Syukur, doaku di makbul Allah.

Masa yang berlalu sangat pantas, atok memberikan aku sejumlah wang dan bulan Oktober akhirnya aku terbang bersama Sudaisy ke Mesir. Tinggal di sana selama seminggu untuk melepas rindu. Macam-macam cerita, macam-macam ragam akhirnya tika aku nak pulang ke Malaysia dengan Saudia Airways,aku terlepas kapal terbang. Menangis tak berlagu aku waktu tu.

Kesal. Menyesal. Terduduk. Tak berperasaan. Semua rasa berkecamuk. Kecewa dengan diri sendiri. Berpuluh kali aku menaiki kapal terbang, tapi akhirnya tersangkut juga. Mujur, ada insan yang baik hati sudi menawarkan bantuan kewangan, akhirnya,aku selamat sampai ke tanah air dengan Etihad airways.

Ya, pengalaman yang manis dapat, yang pahit juga dapat. Pulang sahaja, aku terus dapat pekerjaan sebagai guru pasti di Pasir Besar. Sangat seronok berada di alam pekerjaan. Merasai peluang berkejaya, bersosial selama lebih kurang lima bulan. Sehingga Mac, aku berhenti kerana kandungan sudah memasuki usia enam bulan. Dan seronoknya, pertama kali akan berpindah ke rumah sewa. Duduk sekeluarga selama lebih empat tahun berkahwin. 

Namun, ku sangka panas sampai ke petang..rupanya hujan di tengah hari. Suamiku yang telah naik pangkat,kontraknya tidak di sambung lagi. Lalu menjadilah kami tiada sumber pendapatan. Sudahlah gaji tidak di bayar penuh, komisyen juga tidak di beri, pampasan pun tidak di peroleh lagi, maka kesempitanlah kami di tengah kota.

Menjadilah kami seperti " Sireh pulang ke gangang".  Aku pulang ke Pasir Besar ke rumah mak. Mujur, mak memahami. Aku pasrah meski aku kecewa juga. Tapi nak di bandingkan kecewa suamiku, tak tertanding rasanya. Saat kontraknya tidak di sambung, air matanya menitis masih terbayang-bayang di mindaku. Gara-gara fitnah, dia yang merupakan pekerja terbaik di putuskan kontrak. Aku berdoa, semoga ada sinar bahagia buat kami.

Aku percaya dan yakin..Rezeki kami di pegang Allah. Jika Dia mengkehendaki sesuatu pasti Dia akan memberi saat tiba masaNya.

Ini adalah masa untuk kami bangkit dan berdoa lebih kuat lagi. Aku yakin,ini adalah ujian untuk menguatkan keimanan, bukan melemahkan. Aku terima takdir yang tertulis. Semua ini untuk kebaikan bukan untuk keburukan.

,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...