Kelebihan istighfar

Bismillahhirahmanirrahim,
Credit. Bila agaknya saya boleh jadi macam matahari? menerangi orang lain dan mendatangkan manfaat dengan berasa gembira tanpa perlu fikir perkara yang menyedihkan.

Assalamualaikum, Salam Bahagia dan ceria,

Segala puji dan selawat hanya untuk Allah dan pesuruhNya, Nabi Muhammad S.A.W, Allahuma solli ala saidina muhammad,

Kepada sahabat dan orang tersayang saya di Mesir, semoga anda selamat, di jauhkan dari bahaya dan bala bencana, moga Allah menjadikan anda cekal, tabah dan selamat di sana. Allahuma amin. Serius saya sangat risau. Moga Allah menjaga kalian.

Dan malam ni tak tahu kenapa hati rasa sangat gelisah, serba salah, dan macam - macam lagi perasaan yang tak baik. Seorang sahabat saya selalu ingatkan saya, jika berasa begitu, maka beristighfarlah, kerana itu tanda hati sedang di ganggu syaitan. Astargfirullah hal adzim.

Dan saya seperti biasa, menghabiskan malam yang saya rasa kelam - kelibut ini dengan membaca buku. Sedang membaca buku bertajuk Anthem karya Hlovate. Dah nak habis, tapi terpaksa menangguhkan bacaan sebab tangan ni rasa macam nak menaip. Bila tak luah, rasa macam nak meletup hati ni, hehehe, ok, hiperbolanya!

Sedang duk baca, belek -belek pula  solusi, mana tahu ada manfaatnya, maka ternampak pula, kelebihan istighfar, dan saya kira sangat bermanfaat jika kita boleh mengambil intipati dan mengamalkannya, insyaallahh. Amboi, panjangnya mukadimah :D

Allah telah merakamkan kelebihan istighfar dalam surah Nuh, ayat 10-12,

Dalam ayat ini, Allah menceritakan bahawa nabi Nuh menggalakkan umatnya beristighfar kerana ganjarannya banyak, antaranya, :

Allah akan menurunkan hujan lebat yang dapat menyuburkan tanah-tanah mereka, sehingga menghasilkan tanaman dan buah-buahan yang mendatangkan kebaikan kepada mereka.

Allah juga akan menganugerahkan kepada mereka harta kekayaan yang banyak dan beraneka rupa dan ragam.

Allah akan menganugerahkan zuriat yang akan melanjutkan keturunan mereka, sehingga mereka tidak pupus.

Allah akan mengalirkan sungai yang berperanan mengairi kebun-kebun mereka, sehingga tanam-tanaman hidup subur dan menghijau.

Walaupun wasiat ini berkaitan dengan perutusan nabi Nuh tetapi sesuai dengan perutusan Al Quran yang manfaatnya bersifat kekal.

Dan sesiapa yang selalu beristighfar hatinya akan menjadi lembut, dan bersih. Senang menerima nasihat dan ilmu mudah masuk. Jadi, amalkanlah istighfar. Perlulah di ingat, kita mengamalkan bukan sekadar mahu mengejar ganjaran, tapi kita perlu betulkan niat melakukuan semata mata kerana ALLAH.

Allahuma zuqna himmatan a'liyatan fi tolibil ilmi. Allahuma amin. Allahuma faqihna fiddin, wa alimna ta'wil, birah matika, ya arhamarrohimin. Amin.

Semoga Allah redha usaha kita semua. 
Wallahualam.

T.E.R.A.S.I.N.G.

Bismillahirahmannirahim,

Assalamualaikum, Wbrk,
Credit : Hati kotor

Hari - hari yang semakin ghairah untuk di teroka, alhamdulilah.

Allah juga masih memberi peluang dan ruang kepada saya untuk menulis, membaca, memahami dan beramal. Meski tidak sebaik dan setaqwa insan lain, namun jauh di sudut hati, saya mahu menjadi manusia yang baikk atau bahkan sebenarnya TERBAIK!!! di mata Allah.

Allahu!

Disaat, diri mulai rasa kosong, seoalah hidup tak beerti, Allah datangkan makhluk - makhluk hebat dalam hidupku agar dapat membangunkan kembali potensi diri dan sentiasa mengingati tujuan asal matlamat hidup, membangkit semangat motivasi, dan membakar nilai visi dan misi agar lebih jelas dan bermakna.

Terima kasih atas ingatannya murobbi, saya sangat menghargainya. Jzzk :)

Teringat bagaimana saya sibuk mementingkan diri belajar, mengulangkaji pelajaran dan tidak berusaha mengendahkan program tafaquh dan talaqqi sedangkan pada masa yang sama inilah ruangnya untuk saya wajib gigih dalam memperkasa ilmu di dada dan memperkuasa segala macam bidang sebagai bekalan untuk masa hadapan dan masyarakat jua.

Maka, Allah hadirkan diri sahabat--sahabat yang sehati dan sejiwa, hadirnya umpama semburan minyak wangi, walaupun sekadar lalu, namun wanginya ttp sampai dan melekat dalam jiwa. Hanya sekadar menjalankan salam ukhuwah, lantas, membuatkan saya begitu tertarik dengan peribadinya yang cukup sempoi lantas membuatkan saya berfikir lagi, adakah selama ini hanya akan menjadi manusia yang sekadar separuh - separuh sahaja? Faham separuh-separuh sahaja? Separuh alim, separuh jahil?

Yang akhirnya membuatkan saya berfikir banyak kali adakah saya wajar membuang lagu-lagu english dalam pautan muzik saya? Adakah wajar, hidup ini hanya untuk belajar tapi tidak untuk mengajar? Apakah adil bagi kita pelajar agama, belajar tinggi-tinggi tapi tidak mahu menyampaikan? Adilkah bagi orang lain?

Adinda...hidup ini bukan sekadar kita sahaja, tapi ada lain makhluk Allah yang perlu kita jaga dan bantu..Hidup mementingkan diri sendiri samalah dengan konsep tak pedulikan orang lain apabila terjatuh. Tak sensitif dengan isu umat yang kian menderita. Dan itu samalah dengan kita hidup sorang-sorang kat muka bumi. Tak payah ada kawan, baik berseorangan..

Astargfirullah, rugi!! Sangat rugi!

Tugas pelajar adalah menuntut ilmu. Bak kata pepatah,

Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China..Yang bermaksud, mempelajarilah ilmu sehingga ke mana- mana pun. Asal ia bermanfaat dan mendatangkan kebaikan kepada diri dan masyarakat, tuntutlah dan pelajarinya, kemudian sampaikan.. Sebab, kita bukan terasing dari dunia orang lain. Kita hidup sebagai sebuah jentera yang saling memberi dan menerima. Kita hidup untuk Allah, dan biarlah apa pun yang kita buat mendapat redha Allah juga.

Namun pun begitu, khasnya, ia penting untuk kesinambungan kita bagaimana menjalankan dakwah kepada diri sendiri, dan rakan keluarga dahulu. Ya, keluarga! Itulah yang paling dekat dengan kita sebagaimana dekatnya lagi mati itu dengan hidup kita.

Hidup mati di tentukan Allah. Jodoh pertemuan, rezeki , ajal, maut semuanya di tentukan Allah. Maka, hanya doa orang-orang soleh dan usaha keras diri sendiri mampu mencapai hakikat bahagia yang kita cari.

Bagi makhluk yang pernah hidup mengasingkan dirinya daripada islam dan rakan-rakan soleh, ketahuilah anda sebenarnya yang mencipta asing itu. Bahkan langsung tak mnedatangkan kebaikan kepada diri anda lantas hanya membawa kemudaratan kepada hati anda sendiri.

Anda sebenarnya hanya akan mencederakan hati dan fikiran kerana selalu berikiran negatif thinking kepada orang-orang soleh, seolah mereka tidak mengambil tahu perihal anda..padahal sebenarnya, anda yang mencipta asing itu dan membuatkan anda sendiri terasing dari dunia kebaikan!

Percayalah! Terkesan dengan kata-kata Fatimah Syarha dan novel TERASING milik Hilal Asyraf.. Sentap, penuh emosi..

Sesiapa yang mengasingkan dirinya dari kelompok soleh, dia sebenarnya akan terasing dengan sendirinya!

Nauzubillahimin zalik.

For those who are trying to be better, let go all the jahiliyah dan start moving to the new environment. May be it is hard for you, but believe or not, it is new way to improve ourself to be more nearer to Allah.

Well, it is hard for me to write all this, but i hope all these are peringatan to me khasnya, am nya pada semua yang berjiwa seperti saya..

Mencari itu perlu, tapi jangan ambil masa lama sangat. Kerana di khuatiri, anda sendiri yang akan melambatkan usaha dakwah itu nanti.

Saya sayang kawan-kawan saya semua. Teima kasih Allah kerana membenarkan saya hidup dalam rahmat dan kasih sayangMu. Alhamdulilah.

 "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 2).

 Memberi faham kepada kita, bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang. Namun, dalam ayat lain,

 Allah menceritakan bahawa: "Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka" (Al-Anfaal : 2). 

Wallahualam,

Salam ukhuwah dan moga Allah redha usaha kita semua. Allahuma amin.

Hati, Hati, Hati!


Bismillahirahmannirahim.


Hari ini mahu post pasal hati.

Kata Imam Ghazali :

Carilah hatimu di tiga tempat :

♥ Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Qur'an, tetapi jika tidak kau temui...

♥ Carilah hatimu ketika mengerjakan sholat, jika tidak kau temui juga...

♥ Kau carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingat mati, jika kau tidak temui jua...

--> Maka berdoalah kepada Allah. Pinta hati yang baru, karena hakikatnya ketika itu

"Kau tidak mempunyai hati" <--

Allah juga telah berfirman dalam Al- Quran, Surah Al Baqarah, ayat 10.


فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَاكَانُوا يَكْذِبُونَ

 Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambah penyakit itu; dan bagi mereka 

siksa yang pedih, karena mereka telah berdusta.




Welcome home Malaysia, i'm back !!

Assalamualaikum WBRKT,

Dari dua benua, saya menulis khas untuk blog ini yang telah saya tinggalkan bersarang dan hampir tidak bernyawa, for the first thing ever, let the pictures told all the stories.

Sambutan hari lahirku yang ke 21, thanks a lot Kak Ain n Kak Tehah =)
Pie chocolates with cruncy n creamy topping.
Thanks a lot to Tirah, Syue, Mizah, Janah for packing my things. I  miss u all !
My desk, susah dan senang, im miss u so much!
Mr Bebear, =)
Pulang sahaja, pantang ada duit lebih, terus ke MPH n Popular, buying all those books! Superb authors!

Tiba-tiba, dapat decent english, terspeaking after duduk sebelah foreinger semasa pulang menaiki kapal terbang dari Dubai to Malaysia. Dan ini tahun kedua, saya menghabiskan cuti musim panas di Malaysia selepas berhempas pulas berusaha keras di Mesir sebagai tolibah Al- Azhar Kaherah.
 Soalan wajib setiap tahun, kenapa pulang Malaysia?

Balik nikah ka?

Balik bercuti ka?

Balik saudara kawen ka?

Jawapan saya,

Pulang untuk mencari sebuah jawapan kepada persolan yang telah lama bersarang dalam kepala after 18 years, pulang untuk membawa kebenaran dan mencari hak sama ada diri patut memaafkan atau tidak.

Kemaafan adalah suatu perkara yg terpuji, adinda.. menghukum atas kesilapan yang lama itu adalah sama jua dengan tidak menerima dirinya sebagai seorang manusia yg pernah berbakti pada dirimu....

Ok, itu bukan suatu perkara yang senang nak buat, memaafkan seseorang setelah berjaya melepasi semua mimpi ngeri. Namun, atas qadak dan qadar Allah, saya wajib menerima ketentuan yang telah di tetapkan.

Ok , tiba-tiba sahaja kan? Tutup cerita itu,

Balik nikah? Of course, jika diizinkan Allah dan family, pasti akan ada announcement yang bakal di buat, waiting patiently ok all my friends. tapi, tak sangka juga, ramai sangat yang bernikah tahun ni. Mabruk alaikuma, wa barik lakuma. Untung-untung tahun ni makan free nasi minyak. huhu. Alhamdulilah.

Kita susah ke senang ke, berjaya ke gagal ke, mesti mengucap syukur kepada Allah, tahu?

Ada faham? Tahun ni balik terus dapat kerja tak bergaji, buat modul untuk bahasa arab. ok. im not confident yet. After 2 years, i left my programs went to Azhar, rasa kekok pun ada.. By the way, doakan yang terbaik sebab kali ini, saya akan usaha yang terbaik untuk berbakti kepada masyarakat. ok. ayat kecamuk sebab tak stabil lagi. Jet lag dah abis masa first day pulang sebab pulang- pulang sahaja melepas rindu pada family, esoknya, saya harus memasak dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak dan cucu :)

Teringat kata-kata Atiqah, Zaleha, pulang ke Malaysia mesti berhadapan dengan masyarakat dengan membawa apa yang masyarakat mahukan, bukan dengan sekadar ilmu yang kita ada tapi tidak di perlukan. Ada faham?

Ok, ada nada- nada tersentak juga di situ. Tapi, thans my friends or this info.

A litttle things but meants to a lot for me.

P/S :  Just nak luahkan apa yang terbuku dalam hati, mungkin orang lain memandang blog sudah tidak relevan di gunakan lagi setelah kemajuan yang begitu pesat dalam TWEETER, FACEBOOK, VIBER. WEE-CHAT, dan those yang sawaktu dengannya, namun, saya tetap akan menulis sehingga hujung nyawa saya, insyaallah.

Syue, Tirah, Fatin Syahira saya menanti tulisan- tulisan anda sebagai pembakar semangat dalam arena ini. Fighting!

Salam juang buat sahabat di Mesir dan Malaysia.

Ukhuwah fillah. Moga Allah redha usaha kita semua.

Wasalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...