Aja..Aja..Jihad!

Kerneh yang di peroleh setelah hampir berpuluh-puluh kali berulang alik jumpa ablah untuk urusan nama muqoiyad.

Bismillahirahmannarrahim,Assalamualaikum,W.B.R,

Selamat berkuliyah semula!

Selamat datang Sem 2!

Selamat datng musim Soifi! ( Musim Panas)

Selamat berjihad kembali dari rehat yang panjang!

Sudah hampir sebulan bercuti penggal untuk sem2.Kelas kuliyah juga sudah sememangnya berhabuk dan berdebu.Meja-meja mudaraj perlu di sapu dan di bersihkan sebelum menggunakannya.Begitu juga sama keadaannya dengan bangku.Pakaian pun akan di saluti habuk nipis apabila kita telah selesai menggunakannya.Apa nak buat,sudah iklim Mesir.Terima sahajalah,meski hujan emas di negeri orang tetap terkenang hujan batu di negeri sendiri.

Langkah masih panjang lagi untuk berjaya!

Meskipun,fasiliti di sini sememangnya cukup dan lengkap.Perlulah di fahami,kita perlulah  sangat bersyukur dengan segala kemudahan yang berada di Malaysia.Hal ini kerana,di sini keadaan kelas sangatlah zuhud.Sangat bersederhana.Jika kuliyah di universiti tempatan Malaysia dipenuhi dengan penyaman udara hatta bilik kuliyah pun,di sini,baik pejabat dukturah,bilik kuliyah ataupun pejabat pentadbiran kesemuanya air-cond alam semulajadi.Semua sama.Tiada beza.Hanya kipas dinding yang berhabuk dan usang menunggu masa untuk di baiki.Sangat dhoif.

Jika disini,pelajar arab mahupun pelajar asing seperti Malsysia berkejar-kejar menaiki bas ataupun bersesak-sesak dan berebut mahu menuruni tremco dengan segera.Di situlah juga susuk tubuh dukturah bersesak sama menuruni bas atau tremco.Di saat kelas muhadaroh juga telah tamat,dukturah mahupun pelajar akan bersama-sama berhimpit keluar ke pintu besar untuk pulang ke rumah menyelesaikan urusannya.Tiada taraf aku dukturah,ada phd,kau ketepi,tiada.Semuanya sama.

Aku jadi insaf apabila semakin lama aku bermusafir di bumi anbiya' ini.Apa tidaknya,di sana sini pak cik bawwab,remaja,perempuan tua atau sesiapa sahaja,akan membaca dan mengulang Quran.Baik di dalam tremco,semasa berjalan kaki,semasa menunggu bas,bahkan dukturah dan pelajar arab sendiri apabila berbicara akan bertutur dengan bahasa al quran.Semasa dalam kuliyah,sering kali sahaja dukturah akan masuk dan bertanya,


"Apa khabar semua? Apa khabar imana kamu semua?Apa khabar hati kamu?Sihatkah al Quran kamu?"

Masya Allah!Bagaimana pula dengan hati aku dan kalian?Tanyalah iman kita sendiri.Tak perlulah untuk aku menyatakan di sini.

Sesungguhnya sejak dua menjak ini,aku memang penat dan letih.Waktu kuliyah yang panjang untuk Sem 2 ini menjadikan kami pulang ke rumah lewat.lebih kurang jam dua petang atau lebih.Selalunya,ikut dukturahlah..Malam sahaja sudah tidur awal.Tak peduli dah hal orang lain.Nampak katil sahaja,mata sudah pun kuyu.Pagi-pagi pula harus bangun dan tiada istilah TIDUR LEPAS SUBUH dalam kamus hidupku!Pagi-pagi adalah untuk berpagian,berzikir mengingatiNya,aku sebolehnya mendisiplinkan diri.Moga-moga berjaya.Amin.Sudah semestinya sunnah orang menuntut ilmu itu sukar.Namun,insyaallah,Allah akan mempermudahkan urusan orang yang menuntut ilmu.
 
Menjadi mahasiswi juga bukan semena-mena kita perlu belajar,belajar,belajar dan belajar mengenai pelajaran sahaja.Keterlibatan dalam masyarakat juga sangat penting lebih-lebih lagi ianya sangat membantu kita dalam urusan komunikasi.Jika kita melambatkan proses pergaulan,nescaya kita akan menjadi kera sumbang.Hidup dengan diri sendiri.Sejak mula kita datng sehinggalah kita pulang ke Malaysia nanti,stage kita akan tetap di takuk lama.Jadi,bukalah minda.Banyak yang boleh di pelajari selain daripada belajar di kuliyah.Belajarlah untuk menerima pandangan orang lain dan bukalah mata hati untuk mencari erti hakikat hidup ini.

Ada orang menjadikan masjid Azhar sebagai tempat mengabdikan diri.Belajar dari beberapa orang syeikh dan bertalaqqi kitab bersama mereka.Ada pelajar lain pula,sibuk dengan hal-hal persatuan.Tidak dapat di nafikan di Mesir sendiri,majoriti pelajarnya banyak yang terlibat dengan persatuan.Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa yang terlibat dalam persatuan.Hal ini kerana,dengan berpesatuan membuatkan kita menjadi Cakna dalam segala aspek.Sebagai contoh,kemahiran berkomunikasi,kemahiran berkomputer,kemahiran menulis dan sebagainya.Terdapat banyak faedah,tetapi menjadi musibah sekiranya terlalu giat dengan persatuan dan pelajaran pun tertinggal.Nauzubillah.

Tak kurang juga,ada sebahagian pelajar menjadikan rutin bertalaqqi sebagai medan memantapkan ilmu alquran.Bagi aku,ini adalah perkara yang paling terbaik.Memperdalami ilmu alquran,hadis,bahasa arab dan agama kerana di Malaysia kita jarang dapat peLuang sebegini.Lebih-lebih lagi bagi perempuan.Walaupun secara hakikat,kaki wanita agak terikat di sini untuk menuntut ilmu, atas faktor keselamatan.Namun itu semua tidak berhalang para srikandi untuk terus memantapkan diri menuntut ilmu buat bekalan masa mendatang.


Aku sendiri asalnya terkontang kanting.Keliru dengan diri sendiri.Contoh dan perbandingan manakah yang perlu aku ikuti.Sem 1,aku sangat kelam kabut.Baik dari penyusunan masa belajar,perbezaan waktu dan tempat,pengurusan wang untuk akaun bank sendiri,masalah diri dan konflik dalaman lagi menjadikan aku betul-betul tertekan dan tak peka dengan keadaan sekeliling.Namun lama kelamaan,aku mulai berjumpa dengan orang yang betul,mengajar aku membahagikan waktu dan membataskan waktu yang sepatutnya lagi pentingku curahkan untuk belajar dari terus membuang waktu.

Kakak-kakak mula menunjukkan etika tatacara hidup yang sebenar.Dari segi cara belajar,membahagikan masa dengan persatuan,melayan kerenah adik-adik dan kawan-kawan,cara menangani stress,bab ibadah fardu ain dan kifayah dan akhlak dalam rumah.Lengkap,semuanya berpandukan SYARIAT.Aku mulai selesa dan menerima cara mereka.Namun sudah tentu,aku sebagai mahasiswi tidak mencedok bulat-bulat.Sedikit pengubahsuain diri aku lakukan dalam jadual seharianku.Segala perkara yang baik aku pertimbangkan.Terlalu mengikut arus akan menjadikan aku lupa diri.Tapi terlalu kebelakang pula akan menjadikan aku tertinggal dan mundur.

Percaturan hidup dalam pertimbangan membuat keputusan harus di lakukan dengan bijaksana dan matang.Bukan semata-mata mengikut emosi dan kita akan boleh berjaya.Bukan juga meninggalkan orang-orang yang memerlukan semangat dan bantuan.Itu pentingkan diri namanya bukan juga ciri orang yang berjaya.Orang yang paling berjaya sebenarnya ilah mereka yang dapat menyeimbangkan diri dengan segala perkataan dan perbuatan seiring dengan apa yang dikatakan.Sehinggakan segala perwatakkannya boleh di teladani oleh orang laintanpa perlu dia menyuruh mereka untuk berubah.


Hidayah datang dalam bentuk sinar cahaya.Ia milik Allah.Siapalah kita untuk memaksa manusia-manusia berubah.Saat sinar iman dan taqwa sudai mulai mengetuk secara paksa ataupun lembut,justeru mulailah menyedari akan hakikat diri akan lemah apabila keseorangan.Carilah seseorang insan supaya boleh di jadikan tauladan buat pedoman hidup kita.Sebagai contoh,adik menjadikan kakaknya sebagai ikutan,isteri menjadikan suami sebagai imam untuk membantuk diri,ayah dan ibu sebagai contoh terdekat bagi membimbing kita ke jalanNya.Usrah dan halaqah sebagai budaya dan medan untuk kita membentuk jati diri dan akhlak agama.


Bukan mudah untuk berjihad.Kerana ia memerlukan masa,wang ringgit,air mata yang banyak,kesedaran yang tinggi,selalu bertaubat kerana godaan syaitan yang acap kali menggoda.Bukan mudah untuk berubah,tapi tak mustahil.Allah,tunjukkan aku jalan yang lurus,jalan yang benar,jalan yang Kau redai..Amin.Aku menulis kerena aku berasa tenang.Segala keletihan dan kepenatan yang di alami minda,hati,fizikal dan mental seakan menjadi penawar.Hilang sudah jerih dan penat tatkala meluahkannya.Menulis membuatkan kita berasa tenang.Aku juga turut tenang.Semoga aku terus menulis tanpa henti kerana perjalanan masih panjang untuk di terokai.Terima kasih kerana membaca.

Ila liqoin jadid! :)











 

Buruk sangka itu tak baik!

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِيَّاكُمْ وَالظَّنِّ فَاِنَّ الظَّنَّ اَكْذَبُ الْحَدِيْثِ 
وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَ تَحَسَّسُوْا وَلاَ تَنَافَسُوْا وَلاَ تَحَاسَدُوْا وَلاَ تَبَاغَضُوْا وَلاَ تَدَابِرُوْا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ اِخْوَانًا
 
"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong.  Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, ke’aiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaran, jangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).  Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara".  H/R al-Bukhari.



Kuliyah sudah mulai penuh.Angka sembilan suku sudah mulai berganjak ke angka setengah jam.Hari ini kuliyah akan di akhiri dengan madah Tafsir pada jam dua petang.Sangat penat dan meletihkan tapi sudah sunnahnya jalan orang yang menuntut ilmu begitu.Maka,berlapang dadalah.


Datang dengan penuh semangat setiap hari ke kuliyah bersama sahabat seperjuangan.Seawal jam lapan setengah pagi, masing-masing akan bersiap sedia berkumpul di lobi menunggu cukup semua rakan rakan kami tiba,barulah bergerak ke kuliyah bersama-sama.Oh,alangkah indahnya!

 Setiap langkah-langkah di penuhi dengan keazaman untuk terus maju dan cemerlang ke hadapan.Moga kami semua cemerlang bersama dan najah ala tul.Amin~

Hari ini kuliyah mula agak lewat.Dukturah Jamal masuk lambat sedikit.Seperti biasa kitab tak dapat lagi,jadi kami perlu menjadi pendengar yang teliti.Tajuk Nusus hari ini ialah Khutbah.Ia menceritakan tentang bagaimana kisah perjalanan baginda Nabi Muhammad bersama dengan Siti Khadijah.Maka,seperti kuliyah nusus yang sebelum ini,kelas kami akan riuh rendah dengan kawan arab yang bising,sibuk mahu mencurahkan pendapat sendiri sebagai peranan seorang wanita.

Biasalah,bila tiba bab nikah kahwin ni,em,pelajar arab ke wafidat ke,semuanya segar bugar,seronok agaknya bila dengar kisah perkahwinan ini.Namun,apa yang inginku katakan di sini bukanlah kisahnya di kelas Nusus,tapi di kelas Ilmu Aswat dan Tajwid.

Tatkala,Dukturah Zainab masuk kelas,kesemua pelajar sibuk berceloteh sana sini.Kami pelajar Malaysia,seperti biasa senyap membisu.Tidak berani berkata-kata meskipun dukturah itu sangat baik kerana sifat semulajadi kami yang sememangnya tidak banyak cakap apabila dalam kuliyah~hu~

Manakala pelajar arab pula,selagi dukturah tak ketuk meja,selagi itulah mereka takkan diam.Sambul menunggu dukturah mahu memulakan kuliyahnya,aku membelek buku yang baru di beli tadi.Bersebelahan aku,terdapat seorang pelajar perempuan arab.Secara kasar,aku melihat dia seorang yang kasar,berwajah masam,kelihatan bengis dan tidak mesra alam.Aku bila dah dapat orang macam ni,maka buat tak peduli je la kat dia.

Setiap kali apa yang aku buat kat sebelah dia,baca buku ke,cakap dengan Syue ke,minum air ke,tertidur ke,maka segala gerak geri aku akan  di perhatikannya dengan pandangan tajam dan ia sangat menjengkelkan aku.Aku mulai naik rimas.Rasa nak marah dan mulai rasa tak selesa.Macam nak pindah tempat duduk pun ada,tapi sabar je lah~

Kemudian,dukturah pun mulai bertanya,apakah kebaikan dan keburukan cara dia mengajar.Maka,semua pelajar arab akan mengangkat tangan berlumba-lumba mahu menjawab.Hal ini sangatlah berbeza dengan keadaan di Malysia yea.Jika di Malysia,purata pelajar yang akan menggangkat tangan hanyalah satu atau dua di dalam kelas.Hal ini sangat berbeza di Mesir.Satu keaiban bagi mereka apabila tak angkat tangan bila dukturah bertanya.Semua pelajar arab akan berlumba-lumba agar mendapat perhatian dari dukturah.

Keadaan sebaliknya buat pelajar wafidat.Perut jadi kecut.Tangan terketar-ketar nak angkat.Badan pun mulai menggigil seperti tak sedap badan.Paling kelakar,sesiapa yang berbadan kecil akan menyorok di belakang pelajar arab supaya tak kelihatan oleh dukturah~hee~Ini semua taktik pasal tidak mahu bersoal jawab dengan dukturahlah..


Tapi,pelajar arab ni pandai~Mereka takkan melepaskan wafidat begitu sahaja.Ada pelajar yang tak puas hati maka,mereka akan memandang wafidat yang berhampiran dan memaksa kita supaya memberikan idea.Aduh~nilah perkara paling aku tak suke~Di pandang dan di renung oleh mereka supaya cakap.Aku tak mahu!!! Jerit suara hatiku.


Ok.Fine.Last-last dukturah pun pandang aku.Nak tak nak aku cakp,aku tak de pape nak cakap.Hehe,ni semua budak arab tu punye pasal.Siapa suruh paksa aku cakap.Kan dah kena.Kawan arab sebelah aku nilah yang sibuk-sibuk suruh cakap,maka aku koba tak nak.Dia pun pelik,apahal la wafidat ni tak nak cakap dan merungut dengan kawan arabnya di sebelah.Tak puas hatilah tu,aku tak nak cakap.


Maka,pembelajaran pun bermula,dukturah suka cakp ammi.Memang aku tak berapa nak faham.Bukan aku je,semua wafidat Malaysia pun macam tu juge.Tapi,bukanlah hampir semua tak faham.Ade je yang faham.Kami belajar pasal Al lahnu.Em,memang berat sikit coz aku hampir melopong,macam mane ni? Nak dengar lagi,nak faham lagi,nak tulis lagi,sume aku tak dapat.Pelajar arab yang aku buruk sangka tadi pun pandang aku.Aku pun terkial-kialla mengeluarkan buku tulis dan pensil.Teragak-agak nak tulis..emmm..Nak tulis pe ni?


Tapi,pelajar arab tu tarik buku aku dan mula menulis semua yang dukturah cakap.Hati di runtun perasaan bersalah.Sampainya hatiku tadi berburuk sangka!Dah selesai,dia pun bagi balik buku aku dan bertanya paham tak? Aku mengangguk lemah.Segala perasaan bercampur baur.Serius besalah!Jahatnya hati leha berburuk sangka!Aduhai,beristighfar banyak-banyak.Maafkanku Ya AllaH.Janji tak buat lagi.


Lantas,aku mengucapkan jutaan terima kasih dan meminta maaf.Untuk pertama kalinya,dia tersenyum.Aku jadi termesra lebih pulak sampai banyak bertanya.Namanya Zeina.Mungkin ini cara dia untuk berkenalan dengan pelajar wafidat seperti aku.Memang tak di nafikan pelajar arab ni ada yang baik tapi ada juga yang nakal.Alhamdulilah.Dia antara yang terbaik  akhlak walaupun wajah biasa-biasa dan kelihatan seperti nakal.Tapi,dont judge a book by its cover! Inside iman.


Bila aku perhatikannya,aku nampak di saat waktu lapangnya,dia mengulang quran.Tak seperti aku,baca buku cerita je~Mungkian sebab itulah dia pandang aku.


Kesimpulannya,berbaik sangkalah dengan semua orang.Kita mungkin nampak manusia itu paling jahat.Tapi rupenya dialah yang paling baik dalam kalangan orang lain kerana sanggup membantu kita di saat kesusahan~Buang yang keruh,ambil yang jernih~Sayang kamu semuanya kerana Allah.Hal ini membuatkan aku dan kawan-kawan lagi bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh! Doakan kami berjaya.Amin Ya Robb~

يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ اِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ اِثْمٌ وَلاَ تَجَسَّسُوْا وَلاَيَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا اَيُحِبُّ اَحَدُكُمْ اَنْ يَاْكُلَ لَحْمَ اَخِيْهِ مَيِّتًا فَكَرِهْتُمُوْهُ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
 
"Hai orang-orang yang beriman!  Jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?  Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.  Dan bertakwalah kamu kepada Allah.    Sesunguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". AL-HUJURAAT, 49:12.

Tak baik berburuk sangka.Dikatakan oleh ustaz,dosa yang paling banyak berlaku tanpa kita sedari ialah berburuk sangka kepada sesama manusia!Maka,segeralah beristighfar apabila kita telah melakukan hal yang sedemikian.Salam perantauan buat ibuku tercinta!Doakan akak ye,Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang!





 

~ Nikah Khitbah ~

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Sumber

Antara 12hb dan 14hb Februari


14 februari, tarikh yang dinantikan oleh pasangan yang asyik dalam dunia cinta. Kita mengenali tarikh itu sebagai tarikh memperingati kekasih,lalu menyambutnya bersama kekasih dengan pelbagai gaya dan cara.Ada yang menyambutnya dengan memberi bunga, memberi coklat, keluar bersama kekasih ke suatu tempat yang romantik untuk di nikmati saat-saat indah bersama orang yang di sayangi, dan bermacam-macam lagi.

12 februari, tarikh yang agak sukar untuk kita congak simboliknya kepada kita. Ada apa dengan 12 februari? Hari memperingati apa? 12 februari tidak pernah meminta disambut kedatangannya, dan laluilah 12 februari seperti mana biasa. Namun 12 februari 1949, telah mencatatkan satu peristiwa penuh tragis, syahidnya Imam Hassan Al-Banna, pergi menghadap Allah untuk selama-lamanya.

Dan kisah pembunuhan As-syahid Imam Hassan Albanna diceritakan sebagai;

Ketika kejadian, Hassan Al Banna berjalan bersendirian di jalan Ramsis, Kaherah berhampiran dengan pejabat Jam'iyatus Syubbanil Muslimin (Persatuan Pemuda Islam). Bukti perancangan mereka terbukti apabila jalan yang biasanya sibuk itu menjadi lengang. Lampu-lampu jalan dipadamkan , semua kedai dan restoran ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melalui jalan berkenaan kecuali sebuah teksi yang beberapa kali berulang-alik mencari 'sesuatu.'

Oleh kerana tiada kenderaan lain, Imam Al Banna menahan teksi berkenaan untuk pulang ke rumahnya. Dengan tidak disangka-sangka, sebaik sahaja teksi berkenaan berhenti di hadapan beliau, tubuh beliau terus dirobek oleh peluru-peluru yang dimuntahkan oleh senjata pemandu teksi berkenaan.

Bagi menyempurnakan lakonan sendiwara seterusnya, Imam Al Banna di bawa ke Hospital Al Qasrul Aini. Di hospital berkenaan, dengan arahan daripada Raja (Al Malik) Faroq, Imam Al Bana di tinggalkan bersendirian tanpa diberi rawatan kecemasan hinggalah beliua menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tarikh 12 Februari, lebih 53 tahun yang lalu menjadi saksi pembunuhn kejam dan terancang pihak berkenaan ke atas imamul-jihad, As Syahid Hasan Al Banna.

Bukti Perancangan semakin terserlah apabila pada 4/7/49 kerajaan Al Malik Faroq mengisytiharkan anugerah khas kepada konspirator utama yang merancang pembunuhan berkenaan, iaitu ketua di jabatan siasatan jenayah Kementerian Dalam Negeri, Amir Mahmud Bek Abdul Majid dan pemandu serta pemilik teksi berkenaan.
Mereka dianugerahkan elaun khas di atas 'jasa dan kesungguhan berkhidmat memastikan keamanan negara.'

14 februari, diingati sebagai hari memperingati kekasih, manakala 12 februari berlalu tanpa apa-apa memori padanya. Itulah masyarakat yang sedang kita hadapi. Baru-baru ini kita di kejutkan dengan kes pembuangan bayi yang cukup sifat di negeri sembilan. Ianya bukan baru. Kes yang sama jugalah yang pernah berlaku 10 tahun dahulu. Ianya kes yang berulang-ulang dan menunggu masa untuk disiarkan dalam akhbar, kemudian menjadi "gempar" sedangkan penumpuan kita tidak pun pada penyelesaiannya.

Merenungi kisah perjuangan Imam Hassan Albanna, pernahkah kita bertanya, untuk apa beliau berjuang sehingga dibunuh dengan sebegitu kejam? Adakah disana terdapat komisen, wang pencen, habuan duniawi yang diperolehi beliau? Begitu jugalah kisahnya dengan perjuangan Imam-imam besar islam. Imam Bukhari merantau jauh dan pada satu masa terpaksa memakan daun-daunan kerana tiada makanan hanya kerana ingin mengumpul hadis. Apa yang imam bukhari dapat dari dunia ini dengan berusaha dengan sebegitu rupa?

Dunia ini tiada apa-apa. Dalam suatu hadis Qudsi Allah swt berfirman: 
"jika sekiranya dunia ini berharga umpama satu sayap nyamuk disisi Allah, maka Allah tidak akan memberi makan dan minum kepada orang-orang kafir.."

Mereka bahagia dalam keyakinan. Luaran kelihatannya mereka terlalu susah dan payah, namun ketenangan itu milik mereka. Sekali lagi saya ulangi. Mereka bahagia dalam keyakinan!Pada hari ini, kita risau apabila memikirkan halatuju masyarakat. Fikiran kita berserabut memikirkan formula apakah yang terbaik untuk menyelesaikan permasalahan yang melanda. Ianya tanggungjawab semua. Semua bakal dibicarakan untuk apa yang mereka sumbang dan untuk apa yang mereka diamkan.



Sesekali insan dakwah menyalahkan cinta sebagai penyebab kepada beberapa permasalahan seperti zina, buang anak, pergaulan bebas, dan seumpamanya. Lalu cinta itu dimusuhi oleh beberapa insan. Sedarlah bahawa cinta bukanlah untuk dipersalahkan apalagi untuk dimusuhi. Terlalu banyak perkara yang akan kita kerugian apabila cinta dimusuhi. Begitu juga permasalahan pluralisme dalam berjemaah. Variasi itu janganlah dimusuhi dan apabila ia dimusuhi, akan ada benda yang kita kerugian.

Kita menghadapi masalah masyarakat yang tidak faham apa itu agama. Krisis sikap, keras, dan cepat merasakan diri sendiri itu betul. Dimana-mana sahaja kita dapat mengesan perkara ini berlaku. Mat rempit contohnya mewarisi sifat kekerasan. Hati mereka tidak lembut untuk dilentur lalu mereka menganggap merekalah yang betul. Remaja yang berkrisis dalam masalah pergaulan bebas, zina, buang anak, dan seumpamanya pula tidak faham apa itu islam. Ahli jemaah menghadapi krisis sikap yang menjuruskan diri mereka kepada mentaliti centric dan sebagainya.

Islam mengajar bahawa; Prevention is better than cure

Namun ia tidak berakhir disitu. Islam memberi panduan kepada manusia bagaimana untuk prevent dan bagaimana untuk cure. Satu pakej lengkap yang tidak akan dijumpai dalam mana-mana agama lain. Prevent dengan apa? Dengan iman dan syarak, cure dengan apa? Dengan undang-undang dan pemerintahan islam. Lalu disuatu ketika kita membariskan berpuluh-puluh alasan untuk menjustifikasikan keingkaran kita terhadap ajaran islam. Multi racial? Tidak mampu? Dan apa-apa lagi yang difikirkan wajar dan manis,lalu kita meninggalkan islam dengan mencari kemuliaan dengan benda selain dari islam yang berwajahkan kemajuan, hadhari dan sebagainya.

Islam datang dalam keadaan ia menerima fitrah manusia. Jika manusia inginkan cinta, maka islam membenarkannya. Namun islam mengajar tatacara memandu cinta itu ke matlamat yang betul.Kita mungkin sudah terlambat untuk menyedari bahawa, islam datang untuk menolong ummat manusia, bukan datang untuk memenjarakan ummat manusia. Dan saya bersetuju dengan cadangan kahwin awal, buang persepsi lama yang me"limit"kan perkahwinan hanya apabila telah mencapai umur sekian-sekian dan sekian.

Artikel ditulis oleh Zulkifli Abdullah. 

Monolog hati kecilku.


Revolusi Syria 2012!

Palestin di anjung kezaliman Israel. Tanah milik sendiri di rampas anjing penjajah!

Somalia di landa gerun lagi.Tentera menghalang semua bantuan kemanusiaan dari negara luar.Rakyat islam dilanda kebuluran tahap melampau!

Saurah Mesir di Tahrir juga turut mengorban ulama' dan pemuda islam.Ramai yang syahid menegakkan kebenaran.

Benarlah kata Saidina Ali,

Sesungguhnya  kebenaran yang tidak dirancang akan di tewaskan oleh kebatilan yang di rancang!

Namun pun begitu,

Lama kelamaan kebatilan akan di tewaskan kembali oleh kebenaran yang hakiki!

Dunia islam di ambang kelemahan.Umat yang ramai ibarat buih-buih kosong.Terbang mengerbang ke sana kemari tanpa hala dan tuju.Dek sinar mentari panas,buih-buih tak mampu bertahan dan pecah!

Dunia timur sebelah sana lain pula halnya,masyarakatnya semakin berwawasan tinggi.Konon-konon mahu mencapai wawasan 2o2o. Namun pun begitu,sedih. Kecewa. Hancur luluh hati melihat kebobrokkan dunia sebelah sini!

Anak muda berjoli sana sini.Berpimpin tangan tak kira halal dan haram.Botol arak dan kondom semakin menjadi perkara biasa dalam pandangan  mereka. Kata-kata kesat dan dendam seolah menjadi darah daging. Seolah sebati dalam jiwa.

Hati pun menjadi kering.Mati.Hitam.

Dunia barat sebelah sana pula lain ceritanya. Seks bebas,berpeleseran tak di hiraukan sangat.Generasi baharu sudah di lancarkan di dunia sebelah sini.Propaganda hitam dan jelek tersebar di dunia timur.Anak muda mula hilang pertimbangan diri.

Dunia barat pula kian hebat dengan pelancaran sindiket baharu.Pelancaran demi pelancaran kian giat di jalankan untuk memusnahkan Islam dan Umatnya! Satu demi satu negara islam di takluk dan di jajah.

Syiah,Wahabi,tidak juga alpa.Membunuh satu demi satu umat islam.Memperkosa gadis dan isteri sehingga hilang kesucian.Anak- anak kecil di bunuh dan di seksa,di rogol di depan mata ibubapa.Dicampak mayat dan di kerat.Seolah bangkai busuk dan jijik di buatnya!

Air mata berjujuran.Sampai bila mahu berdiam?
Sampai bila harus pasrah? 
Sampai bila perlu berdiam?
Sampai bila?

Saat kebangkitan esok.Semua manusia akan di bangkitkan.Tidak ada satu utas benang pun akan membaluti tubuh.Padang Mashsyar menjai lautan penuh.Matahari tertacak di atas kepala,Hanya sejengkal!

Saat itu Allah pun bertanya,apakah sumbanganmu kepada islam?
Terdiam kaku.
Mulut terkatup rapt.
Hanya tangan,mata,kaki dan anggota lain menjadi saksi perbuatan kita.
Apakah ada sumbangan atau tidak?

Allah,Allah,Allah,,

Ampunkan kami,umat islam,hanya memandang dan mendengar!Tidak mampu mengangkat senjata.Namun,biar blog menjadi saksi,sesungguhnya aku memang tidak mampu. Moga islam dan tulisan-tulisan kebangkitan tercetus dan semua bangkit dari tidur lena yang panjang.
Semoga hati-hati kami akan terikat erat dan bangkit bekerjasama memandu islam dan menegakkan syiar ke arah yang tertinggi! Ya Allah,aku sudah mulai leka dan alpa,sibuk dengan hal peribadi sedangkan gadis seusiaku dibunuh dan di rogol.Aku takut! Aku juga perempuan.Ada adik perempuan.Jauhkan negaraku dan keluargaku dari sebarang bahaya.Ya ALLAH,moga dengan Cakna ini mampu menjadi saksi aku juga sangat-sangt mengikuti perkembangan saudara seaqidahku!

Moga islam menjadi gemilang semula!
Amin!

Wahai rakan-rakan seblogku,mari kita bersatu hati,terus mengikuti perkembangan Syria.Kekejaman dan kezaliman yang berlaku sangat meruntun hai dan jiwa.Merka saudara seakidah! Saudara islam! Cubit paha kanan,paha kiri turut terasa!Jom sama-sama berdoa dan menghulur bantuan.Musim sejuk di Syria sudah hampir bahkan mungkin sudah tiba.Mari hulurkan bantuan kewangan.Jika kita hari ini enak makan nasi ayam dan ayam goreng.Namun mereka pula,enak berdoa dan berikrar bahkan semangat berkobar untuk mati syahid di jalanNya!

Allahu robbi! Doalah semoga laknat kepada pengikut syiah dan pemimpim Ahmad Basyar dan seluruh keturunannya!Amin

Wallahualam.

Jom CAKNA isu Syria!

Assalamualaikum,Selamat Berbahagia!


Straight to the point. Jom jadi muslim CAKNA! Mari kita bersama sama berdoa untuk Syria,saudara kita yang sedang berada dalam kesusahan dan kezaliman.Ditindas dan di cabul.Para wanita diminta menanggalkan jilbab.Para suami melihat sendiri anak perempauan dan isteri tercinta di rogol dihadapan.Leih menyayat hati,para pemuda yang berikrar syahid di seksa dan dipukul demi melampiaskan hasrat dendam si pemerintah zalim!

Ya Allah,berilah pengadilan kepada umat islam ahli sunnah wal jamaah di sana.Tetapkan hati mereka supaya mereka terus cekal dan bersemangat meneruskan revolusi syria! Tetapkan juga hati-hati mereka untuk syahid menghidu jannah! Ya Allah,ampunkan dosaku,sesungguhnya aku sedang berada di bumi anbiya,bumi Mesir.Berdekatan sahaja,namun tidak mampu mengangkat senjata membantu saudaraku seislam di sana.Ampunkan dosaku,berikan kekuatan dari segi lain untuk membantu mereka.

Meski,aku tidak mampu berkorban senjata,ku harapkan secebis penulisanku dan maklumatku akan dapat memberi faham kepada orang lain dalam membantu menegakkan syiar islamMu.

Sedikit maklumat yang ku berjaya peroleh,

MENGAPAKAH REVOLUSI SYRIA TERJADI?.

Revolusi Syria (Al-Thaurah al-Suriyyah)*

Jinsiyyatunā al-Islām (Kewarganegaraan kita ialah Islam);

Di dunia sebelah sini (Asia Tenggara), pertengahannya adalah Malaysia (Awsaṭuha Maliziā) yang sedang memberi banyak sumbangan kepada perjuangan Islam;
Syria jantung umat Arab dan juga miftāh ‘ala al-gharb (kunci ke Barat);

Makam sahabi Hasan ibn Thabit al-Ansari (Makam di Hama); Hama dan Homs merupakan markaz Aiyubin (Salahuddin al-Aiyubi); Hama terkenal melahirkan ulama mujahidin;

Balad Nawa (tempat Imam al-Nawawi);

Kelompok Nusairiyin, ‘Alawiyin, adalah cabang daripada golongan Syiah – mereka tidak wajib salat, puasa, zakat, haji, maka mereka bukanlah umat Islam;

Komponen rakyat Syria: (6% Nusairi); (10% Kristian, Druz & Kurdi Sunni); (84% Arab Sunni – 70% sekular, 30% multazim);

Dalam sejarah perjuangan Islam mutakhir di Syria: ulama dibakar, wanita diperkosa;
1973 Hafiz al-Asad (dibantu oleh para penasihat Russia) berkuasa selama 32 tahun dan menukar perlembagaan “Islam sebagai masdar” kpd “Islam satu dpd masadar”, supaya presiden Syria tak perlu daripada kalangan umat Islam;

Hafiz Asad mengumpulkan ulama dan menyatakan bahawa tiada satu ayat Qur’an pun yang bercakap tentang hijab – tapi Syeikh Abdul Wahab Zuhaili menyangkal Asad dan menegaskan bahawa wujud enam ayat Qur’an tentang hijab;

Pasukan payung terjun wanita ‘Alawi ditugaskan untuk membuka hijab para mukminat, tapi akhirnya hijab dibenarkan selepas bom dibaling ke arah mereka yang menentang hijab;

Di penjara Tadmur di padang pasir, setiap hari Isnin dan Khamis 10 orang ikhwan dibunuh – 950 orang Ikhwan syahid pada tahun 1980 (semuanya 1150 orang Ikhwan syahid);

Rifa’at Asad (adik Hafiz Asad) mempunyai 40,000 orang tentera yang menjaga rejim; berkata bahawa Stalin telah mengorbankan 10 juta nyawa untuk mempertahankan rejim dan ia pula “bersedia untuk membunuh...”; antara perangai buruknya ialah ia suka menculik wanita jelita di jalanan.

Majoriti tentera daripada golongan Sunni, tapi empat tahap kuasa teratas daripada puak ‘Alawi, tahap yang ke-5 barulah daripada puak Sunni yang fasiq;
Hingga 2 Mac 1982, 46,000 rakyat terkorban, menyebabkan 1.5 juta rakyat berhijrah ke negara-negara lain;

Asad mendakwa negara Syria benteng yang berdepan dengan Israel – satu pembohngan kerana tak pernah sebiji peluru pun ditembakkan ke arah Israel, Bukit Golan masih milik Israel;

Bashar Asad dan saudara perempuannya Bushra menghubungi Netanyahu yang menyatakan bahawa Bashar tetap pemimpin yang menjaga maslahah Israel;

Lapan bulan sebelum revolusi, rejim telah mengaharamkan pemakaian niqab dan 2,500 orang guru telah dipindahkan ke bahagian pentadbiran kerana memakai niqab;

Sebab thaurah: ‘Atif Najib (rapat dengan Bashar Asad) antara para penzalim; punca revolusi ialah kezaliman dalaman yang sudah lama yang dilakukan oleh Bashar;

Pencetus thaurah: 28 pelajar sekolah yang menulis protes di papan dinding ditangkap –seorang dibunuh dan selainnya diseksa, apabila bapa mahu mengambil anaknya yang sudah tiada, para penyiksa mengatakan bahawa “biar kami bersama wanita kamu supaya dapat anak baru!”

15 Mac 2011 bermula pemberontakan besar-besaran hingga kini; 157 tempat memberontak
(hancurkan patung Asad); Jumaat 2 Disember yang lepas 3 juta rakyat memberontak;
Pada mulanya Asad menggunakan senjata sementara rakyat tidak menggunakan senjata;
Damsyik dan Haleb pun sudah mula bangun; sebuah kampung 6 km dari Golan diserang, tapi Asad tak menyerang Israel;

Kini 29,000 orang tentera telah berpaling tadah;
Kapal terbang, 400 kereta kebal digunakan untuk menyerang rakyat dan 21 masjid serta 4 gereja telah dimusnahkan;

Duta di Malaysia ‘Alawi, di Indonesia Sunni fasiq;
Para pemberontak keluar rumah bersedia untuk syahid, berwuduk dan berwangi-wangian dan keluar setiap hari dan malam; pihak kerajaan mesti dibayar untuk keluar;
Kini sudah 10,000 syahid (termasuk budak Kristian yang mati), ada juga puak Druz bersama-sama pemberontak; 39,000 rakyat telah cedera; ambulan tidak boleh membantu, 19 doktor dibunuh, rakyat cedera dibunuh;

109,000 dipenjara, mata dicungkil, lidah dipotong, 413 syahid setelah diseksa, 400 kanak-kanak syahid, wanita diperkosa depan suami;

Zainab al-husni 23 berusia tahun cuba melawan – beliau diseksa dan terus keempat-empat anggotanya dipotong, kemudian dilemparkan ke depan keluarganya;
Umm ‘Abdillah diperkosa oleh lima orang tentera, mereka mengatakan bahawa anaknya bukan Abdullah tapi ‘Abdu Bashar, ‘Abdu Maher (saudara Bashar Asad);

Pemberontak yang ditangkap dipaksa menukar syahadah kepada lailahaillabashar (kelihatan jelas dalam video CD yang mengandungi banyak adega yang mengerikan termasuk anak-anak kecil lelaki dan perempuan yang dibunuh setelah diseksa);
Tanzim an-nisa’ wujud di Syria;

Antakia Ard Mubarak (bumi keberkatan): tentera berada di sana; 29,000 tentera telah memerdekan diri mereka dan menyiapkan diri untuk bertempur dengan tentera Asad;
Pelarian: 16,000 di Turki, 6,000 di Lubnan, 6,000 di Jordan;

Lubnan (Hizbulla), Iraq (Syiah) dan Iran (Syiah) menyokong rejim Bashar Asad;
Syeikh Qaradawi berperanan besar untuk membantu revolusi Syria.


Baca lagi kisah ini: 

lagi maklumat muslim cakna isu Syria dan perkembangan terjadi revolusi!

Memaku dinding hati

Terdapat sebuah cerita menarik yang dikisahkan ramai. Kisah seorang lelaki pemarah. Lelaki itu tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun dalam situasi kecil sahaja. Marahnya sukar dibendung. 

        Satu ketika, bapanya menghadiahkan seguni paku. Lantas dengan hairan lelaki itu bertanya kepada ayahnya, "Apa gunanya paku-paku ini ayah?"

      Ayahnya dengan tenang menjelaskan, "Setiap kali kamu marah, paku tembok batu dihadapan rumah kita dengan paku itu bagi melepaskan kemarahan kamu."

      Pemuda itu mengikut pesanan ayahnya. Hari pertama sahaja pemuda itu sudah memaku sebanyak 37 batang paku di tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, dia dapat mengurangkan rasa marah. Jumlah paku yang digunakan semakin hari semakin berkurang. Akhirnya, dia mendapati, lebih mudah mengawal marah daripada memukul paku yang menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya pemuda tersebut langsung tidak marah walaupun sekali. Dia lantas dengan rasa gembira memaklumkan kepada bapanya. Bapanya terus mengucapkan tahniah dan meminta dia mencabut kembali paku itu satu persatu setiap hari. Hari berganti hari dia berjaya mencabut semua paku di tembok tersebut.

       Selesai tugasannya, dia memaklumkan hal itu kepada ayahnya dengan rasa bangga. Bapanya lantas memimpin tangan lelaki itu menuju ke tembok tersebut dan berkata, "Kau melakukannya dengan baik anakku, namun lihatlah kesan lubang di tembok batu tersebut. Tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelum ini.

      Apabila kamu menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, pasti akan meninggalkan kesan parut dan luka sama seperti di tembok ini. Kamu boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Namun luka itu masih tetap ada. Luka di hati lebih pedih daripada luka fizikal. Insan di sekeliling kita adalah permata yang sukar ditemui.


   
 Mereka membuatkan kita ketawa dan mendorong kejayaan kita. Sahabat juga mampu menjadi seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.

      Sabda Nabi dalam hadis yang lain: "Jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam". Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya tegang. Rasulullah menerangkan: "Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka ambillah wuduk".

Sumber : KLIK SINI

PEMAHAMAN RASULULLAH TENTANG DUNIA


Sahabat yang di sayangi,


Suatu hari ‘Umar bin Khaththab r.a. menemui Rasulullah SAW di kamar beliau, lalu ‘Umar mendapati beliau tengah berbaring di atas sebuah tikar usang yang pinggirnya telah lapuk. 

Jejak tikar itu membekas di belikat beliau, sebuah bantal yang keras membekas di bawah kepala beliau, dan jalur kulit samakan membekas di kepala beliau. Di salah satu sudut kamar itu terdapat gandum sekitar satu gantang.

Di bawah dinding terdapat qarzh (semacam tumbuhan untuk menyamak kulit). Air mata ‘Umar bin Khaththab r.a. meleleh. Ia tidak kuasa menahan tangis karena hiba dengan kondisi pimpinan tertinggi umat Islam itu. 

Rasulullah SAW melihat air mata ‘Umar r.a. yang berjatuhan, lalu bertanya “Apa yang membuatmu menangis, Ibnu Khaththab?” ‘Umar r.a. menjawab dengan kata-kata yang bercampur-aduk dengan air mata dan perasaannya yang terbakar, 

“Wahai Nabi Allah, bagaimana aku tidak menangis, sedangkan tikar ini membekas di belikat Anda, sedangkan aku tidak melihat apa-apa di lemari Anda?

Kisra dan Kaisar duduk di atas tilam dari emas dan kasur dari beludru dan sutera, dan dikelilingi buah-buahan dan sungai-sungai, sementara Anda adalah Nabi dan manusia pilihan Allah!” Lalu Rasulullah SAW menjawab dengan senyum tersungging di bibir beliau, 

“Wahai Ibnu Khaththab, kebaikan mereka dipercepat datangnya, dan kebaikan itu pasti terputus. Sementara kita adalah kaum yang kebaikannya ditunda hingga hari akhir. Tidakkah engkau rela jika akhirat untuk kita dan dunia untuk mereka?” ‘Umar menjawab, “Aku rela.” (HR. Hakim, Ibnu Hibban dan Ahmad) 

Dalam riwayat lain disebutkan: ‘Umar berkata, “Wahai Rasulullah, sebaiknya Anda memakai tikar yang lebih lembut dari tikar ini.” Lalu, Rasulullah SAW menjawab dengan khusyuk dan merendah diri,

“Apa urusanku dengan dunia? Perumpamaan diriku dengan dunia itu tidak lain seperti orang yang berkendara di suatu hari di musim panas, lalu ia berteduh di bawah sebuah pohon, kemudian ia pergi dan meninggalkannya.” (HR. Tirmidzi) 

Betapa Rasulullah SAW sangat sederhana. Ia menyadari bahwa akhirat jauh lebih berharga daripada dunia dan seisinya. 

~Sumber~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...