Soal jawab hamba pada Allah.

 
Assalamualaikum. 
 
Semoga ada manfaatnya! :)
 
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
 

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111



KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? 
 

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
 
 
QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12
 
 Y a  Allah. Ampunilah aku atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. 

Amin.

Jom jadi hamba bersyukur :)


Nafsu VS Iman?


Assalamualaikum,

Salam ceria.
Simpatikanlah diriku ini, senyumlah secebis untukku. Moga-moga dengan secebis senyumanmu, bisa mewarnakan hidupku ini.


Alhamdulilah. Lafaz rabbu jalil ku panjatkan syukur padanya, apalah sedikit kalimah syukur yangku ucapkan jika dibandingkan dengan nikmatnya yang melaut padaku.Alhamdulilah.
Tanpa kata. Tanpa ayat indah. Saya ingin berbicara. Berbicara tentang hidup.

Hidup.
Saya hidup untuk apa? Saya bernafas untuk apa? Saya makan untuk apa? Saya sedih untuk apa? Saya gembira untuk apa? Saya yakin untuk apa?

Jawablah soalan ini dengan  mata hati, bukan dengan akal. Hal ini kerana apabila iman dicampur dengan nafsu.Lain tak bukan nafsu akan menyampuk. Sengaja membuat iman terdiam Sengaja nafsu membalas iman dengan pelbagai hujah yang bernas lagi mantap.
Maka, akan diamlah iman. Tersedan iman. Iman mula mencari diri. Mula berbas-basi.Mulai goyah. Mulai syak. Betul ke bicara nafsu? Iman pun   pening.

Begitulah hidup. Hidup mesti dipandu iman. Bukan nafsu. Jika tidak parahlah hidup. Asyik terbelenggu nafsu. Akhirnya rosak iman dalam hati.
Hati pula adalah anggota penting. Bersih hati, bersihlah jiwa dan anggota. Bersih segalanya. Tapi kotor hati, alamatnya rosaklah jiwa dan anggota.

Hu..hu..Check hati, hati kita bersih atau kotor? Waalahualam.

U decide!

(^-^)


Dari saya


Otak mati.
Akal hilang.

Tubuh longlai.

Hati lesu.

Rupanya hempedu,

Madu habis,

Pahit di hati,

Laut tenang,
kembali bergelora.

Aku masih disini..

Mencari erti PERCAYA,

Erti KEBENARAN,

yang sebenar!


Mencari makna hidup dengan sepenuh hati.

Ke arah Jalan Lurus.
 

Khas untukmu.



Assalamualaikum,

Salam bahagia,
Selamat pagi,( He,he,ni kepada sape yang bace entri ni waktu pagi..)

Alhamdulilah, hari ni dah 7 Rejab, amboi-amboi sedar tak sedar,begitu pantas waktu meninggalkan kita.

Allah..

Jadi Bersyukkurlah, kita masih lagi diberi kesempatan nikmat Iman dan Islam. Kita bisa lagi menghirup udara segar dan segera tanpa perlu melunaskan bayaran. Kita juga masih lagi mampu memanfaatkan kelima-lima pancaindera kita, agar nikmat itu bisa di gunakan untuk aplikasi dalam kehidupan seharian.

Alhamdulilah.


Tengok tajuk pun dah tahu, Khas Untukmu.  Jeng-jeng, mari kita lihat siapa yang kena! He,he..

Sedar tak sedar, sekarang dah bulan Jun, then,Julai, Ogos, dan September. Eh, apa yang istimewanya dengan semua bulan ini..Mestilah... Bulan September adalah bulan dimana saya dan semua sahabat-sahabat akan menyambung kembali sesi pembelajaran di IPTA, atau IPTS , atau di luar negeri,Maktab Perguruan atau mungkin juga ada yang mahu bekerja,.:)

Bagaimana dengan anda? 

I decide!

Hehe,:)


Sebenarnya, entri ini ku tujukan khas untuk semua kenalan rapatku,tak kisahlah siapa pun yang bakalku coretkan namanya nanti.

Bersyukurku ke hadrat ilahi, Alhamdulilah, sepanjang hidupku di bumi tarbiyah, Cik Qalam memperoleh ramai sahabat yang sempoi dan baik.

Dalam tempoh tujuh tahun, huhuhhu, Cik Qalam berada di Maahad Ahmadi, pelbagai kenangan yang telah Cik Qalam cipta bersama mereka..

Mengimbau kenangan silam, sejak daku di tingkatan satu,dua dan tiga, Cik Qalam hanya mempunyai seorang teman baik, namanya, Nur Afifah Hanani. Orangnya sangat baik, alim,Allah sahaja yang mampu menilainya..Dia juga seorang muslimah yang pintar dan juga soleh. Orangnya sangat low profile, suka berjenaka, tapi juga seorang yang agak pendiam..Kemana-mana sahaja Cik Qalam pergi, Cik Qalam tak sangat bersama dia, hal ini kerana Afifah dan saya bersaing dalam banyak perkara terutama dari sudut belajar. Datang prep awal, solat awal, bangun pagi awal, ALLAH...Kagum dengannya. Tapi walau bagaimanapun, kami tetap sahabat baik, tak hitu, Fifah Comey? hehehhe:)

Kemudian, saat menginjak dewasa, Cik Qalam bersahabat dengan Nur Syahidatul Nazlin. Orang Kuala Lumpur. Asalnya, kami hanya satu dorm,then dia berpindah ke Pasir Besar, sejak itu setiap kali balik ke Maahad, dia pasti akan mempelawaku menumpang kereta ayahnya, persahabatan yang terbina dengannya sangat utuh dan dalam. Sepertimana yangku katakan, dia ni orang K.L..Dia lain daripada yang lain.Orangnya garang, tapi sangat pintar dalm matapelajaran Matematik, Bahasa Inggeris dan Science. Serius bab belajar, Confirm bersaing, dan selalunya, Cik Qalam kalah dengan dia pada subjek Matematik. Bukan pada dia sahaja, tapi pada semua orang yang terror Math.huhuu

Suka untuk Cik Qalam bercerita tentang dia.Dia adalah merupakan seorang gadis yang sudah terbiasa hidup di bandar. Gaya cakapnya, ada slang sedikit, dia juga cepat emosi apabila ada yang menggangu. sahabatku ini garang, tetapi mesra. Suka tertawa dan sangat banyak membantuku dalm matapelajaran matematik.Apabila dia pergi ke Politeknik, menangis aku melepaskan dia pergi..Begitu indah ukhuwah yang terbina antara aku dan Syida.Kesannya juga tetap ada, Cik Qalam terus tak lulus matematik..Aduhai, satu-satunya subjek yang daku peroleh markah yang sangat teruk..apatah lagi GAGAL! Isk..isk..:'(


Setelah Syida pergi dari Maahad Ahmadi, daku keseorangan..Sedih sangat..Saat itu pula, daku terus dilantik menjadi BPP, Badan Perwakilan Pelajar, bahagian Asrama. Alik-alik juga, saya  diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menjaga kemasukan adik-adik tingkatan satu di Maahad Stam dahulunya bersama 5 orang lagi sahabatku, Syuhaida, Farah Hana, Ain Syafiqah, Siti Atirah dan NurulHusna Najwa.


Dan disinilah, segalanya TERCIPTA!

Edisi bersambung:)



 

Hukum Si Pengumpat dan Pengaib

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.


(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)



SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:


Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.



Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.



Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.



Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : ” Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu “.



Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.



Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.



Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.



JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :



Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:



(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.



(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.



(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.



(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.



(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID’AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.



(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

—————————–



Satu lagi Hadis dan kupasan..

Di dalam kitabnya yang berjudul ‘Nuzhatul Muttaqin’ syarah kepada kitab hadis yang masyhur ‘Riyadhus Sholihin’ mengenai siapa yang diharuskan mengumpat, pada asalnya mengumpat adalah haram akan tetapi diharuskan dalam keadaan keadaan tertentu. Dinyatakan oleh beliau diharuskan kepada enam golongan iaitu:



1. Mengadu kezaliman: Diharuskan kepada orang yang dizalimi mengadu kezaliman kepada qadi atau seumpamanya iaitu orang yang mempunyai kekuatan untuk menangani kes tersebut. Contohnya mengadu kepada hakim bahawa dia telah dizalimi oleh polan bin polan.



2. Meminta pertolongan untuk mencegah kemungkaran: 
Mengadu kepada orang yang mampu untuk mencegah kemungkaran tersebut.contohnya mengadu kepada bapa atau keluarga pelaku maksiat agar keluarganya dapat menasihati serta mencecahnya dari terus melakukannya.



3. Meminta fatwa: Diharuskan bagi orang yang ingin menanyakan fatwa mnceritakan apa yang berlaku bagi membolehkan mufti mengeluarkan hukum yang bertepatan dengan apa yang dikehendakinya.



4. Memberi peringatan kepada Muslimin serta menasihati mereka.



5. Orang yang terang terang melakukan maksiat: Dibolehkan mengumpat ke atas mereka ini bagi menyedarkan kesalahan mereka. Sebagai contoh mereka berjudi atau minum arak di jalanan, dibolehkan mengumpat atau mengata mengenai hal mereka.



6. Pengenalan kepada seseorang insan yang mana tidak dikenali orang tersebut kecuali dengan gelaran: Contohnya polan bin polan tidak dikenali di tempat asalnya kecuali dengan gelaran tertentu, maka dibolehkan.



Disediakan oleh:

Ust Muhamad Farhan bin Ismail
Jabatan Feqh Wa Usul
Universiti Mu’tah
Jordan. 


Sumber:

http://taraknamav2.wordpress.com/2007/08/11/hukum-mengumpat-dan-mengaibkan-orang/#comment-518

Tempua


Tempua hinggap,

 Tempua senyap,

Tempua sengaja buat lelap,

Datang Si Diri,

Sambil berdiri,

Menyendiri,

Di atas kepalanya,

Sarang tempua,

Terdengar di telinganya,

Tempua kuning,Tempua Hitam,Tempua Putih,

Bermesyuarat,

Mahu apa dia datang sini,

Masakan untuk bermain,

Bukan juga untuk menyanyi,

 Tapi apa ya?

Kata Tempua,



Unggas seperti kita menghiburkan manusia,


Dia datang dengan hati,

Biarkan dia pulang dengan hati,


Tapi,


Boleh di ,percayakah?


Dia manusia,


Sumenya tidak boleh dipercaya,


Bikin pemusnah generasi kita sahaja,


Biarkan diri,


Aku kenal siapa diri,


Tapi Tempua..

Arh..mengapa kita perlu percaya?

Sarang kita berharga,

Anak-anak kita mutiara,

Generasi kita  tiada tara!!!

Aku kata,Biarkan!

Diri sedar,


Alam,unggas,manusia,tumbuhan dan haiwan


Bergantung,


Tapi,




Diri hanya mahu ketenangan.


Diri hanya mengecap kebahagiaan,


Diri tidak akn minta lebih,


Cukuplah diri melihat ehsan tempua padanya,


Diri pergi..


Selamat tinggal SEPI.


Selamat tinggal SAYU,


Selamat tinggal SEDIH!




Diri bahagia tertawa suka,


Tempua pula tersenyum lebar.




Saya diri dan tempua adalah ciptaan adunan alam.


Mana mungkin bikin terpisah!


Jangan susahkan alam.


Kelak,kita manusia menderita!




Inspirasi alam mewarnai kehidupamku:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...