Cuit Zaleha.


Apabila kehadiran anak kecil, maka bermula episod tidur yang tak pernah cukup buat ibu-ibu. Perkara ini akan berlaku kepada semua orang termasuklah diri saya sendiri.

Sudah tiga malam berturut-turut tidur tak cukup dek kerana anak yang selesema dan batuk. Mungkin selesema yang tersumbat pada hidung Furqan menyebabkan dia sukar bernafas dan rasa sesak. 

Aku pergi kerja kepala sangatlah tingtong tapi bertahan tunggu waktu rehat barulah merehatkan mata selama lima belas minit. Kenapa sekejap? Nak pam susu lagi, nak makan lagi supaya bekalan susu tak terjejas.

Menjadi ibu ini banyak sungguh pengorbanannya. Semoga aku ikhlas menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Semoga kesabaran aku sangatlah tinggi dek pelbagai kerenah anak-anak ini. Semoga mereka menjadi saham yang baik buat kami berdua. Umi selalu doakan, Sudais, Abdullah dan Furqan dapat memberi syafaat kepada kami, dapat menarik kami ke syurgaMu Ya Allah. Amin.

Terima kasih abi kerana menjaga anak anak selama hampir tiga bulan sebagai baby sitter dan Mr Mama. Semoga Allah memberi pengertian kepada kamu bahawa dunia ibu ini tidaklah mudah apabila dia menjadi surirumah..Aku sentiasa berharap bahawa kamu dapat menjadi suami yang baik dan memahami. Tidaklah ku harapkan kau romantik atau sempurna kerana aku juga turut sama tidak sesempuna mana.

 Tinggal lagi sehari, abi nak ke kemaman..maka memang bercinta lah aku jaga anak sorang-sorang.Semoga dengan peluang pekerjaan yang abi dapat ini, abi akan bekerja dengan lebih keras dan bersemangat. Tinggalkan lah orang yang tidak menghargai kita, kerana orang yang tidak pernah menghargai tak pernah tahu hanya selepas di tinggalkan. Mengapa nak ralat dan terkilan sedangkan merekalah yang patut ralat kerana ketiadaan abi.

Abi..abi..akhirnya abi masuk juga kerja ya, syukur alhamdulilah.ini semua rezeki anak -anak kita, dan sudah tentu berkat doa ibubapa kita. Tengah berdebar-debar, abi posting mana pulak lepas ni?

Adakah aku akan bakal menjadi suri rumah atau bekerja di tempat yang baharu? Semoga ada kesudahan yang baik buat semua penantian kesusahan ini. Amin. Sama-sama kita nantikan..


Ehsan mak

Tidak terhitung banyaknya pengorbanan dan pertolongan emak kepada aku. Jika mampu di tulis pasti telah aku coretkan. Aku tahu dalam kalangan adik beradik, akulah yang terlalu banyak menggunakan duit emak. Iya, meski aku tak susahkan mak masa zaman aku belajar tapi bila aku susah sekarang maklah yang bagi banyak sokongan moral dan wang ringgit.

Aku, suami aku, anak-anak aku, semua terhutang budi kepada emak. Tiada orang lain yang dapat mengganti emak, hanya dia sahajalah emak yang pertama dan terakhir.  Aku bila duduk serumah dengan mak, mesti ada pergaduhan kecil. aku akan berkecil hati. Bawa diri dan merajuk. Tapi emak tetap menerimaku walau setelah aku mengecilkan hatinya.

Benar, mertua yang baik sukar di cari tetapi ada. Aku selalu berdoa semoga Allah menjaga tali silaturahim antara aku dan mertua supaya tidak berlaku perselisihan faham yang besar. Aku sedaya upaya menjadi menantu yang baik, walau kadang-kadang aku semua keinginan mereka telah aku penuhi.

Apa pun, berlapang dada adalah jalan yang terbaik dalam semua keadaan dan hal. Aku bersyukur, di kelilingi orang yag baik-baik. Sentiasa ada sedikit kegembiraan buat aku meski terlampau banyak pahit hidup ini yang aku telan.

Duit memang bukan segalanya, walau apa pun perkara duit adalah perkara yang penting dan mustahak. Tetapi, duit tidak dapat membeli bahagia dan kasih sayang. Duit juga tidak boleh membeli cinta meski duit ada nilai yang tinggi. Tapi lagi mahal nilai kasih sayang yang ikhlas kerana Allah.

Aku berdoa semoga dengan kehidupan yag baru, pekerjaan yang baharu, suasana kerja yang baharu akan ada sinar bahagia buat kami sekeluarga. Aku berdoa semoga suamiku di permudahkan urusan mencari rezeki yang halal buat kami mencicip sedikit rezekiMu Ya Allah.

Semoga aku tak susahkan mak dan ayah lagi tentang perihal kewangan, masalah lain yang mendatang. Aku berdoa semoga Allah memberi syurga tertinggi buat emak dan ayah. Tidak di lupa semoga arwah wan adan atok di lapangkan kuburnya diberi kemudahan oleh MU kerana telah menjaga kami adik beradik dengan baik sampai kami besar. Semoga Allah memberi kehidupan yang baik buat arwah atok kerana sanggup menjaga mak bersamanya serta membawa kami adik beradik tinggal bersama wan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..mudahkan lah segala urusan ku..segala urusan kedua ibubapaku. Semoga kami tergolong dalam kalangan orang yang sabar dan beruntung. amin.

Good time remains,

Aku dan kenduri sangatlah payah nak menghadirkan diri sek pelbagai kekangan. Namun apabila ada kesempatan ,aku akan cuba menghadiri. Da alhamdulilah, hari ini pergi makan kenduri dan terjumpa kawan lama masa kat sekolah dulu. Nor Izzati Rudzi. 

Syukur alhamdulilah, borak punya panjang tak sedar dah pukul 2 petang. Dulu, setiap tahun, Izzati, Raihana, Siti Hajar mesti tak miss datang beraya kat rumah aku, sekarang semua dah kahwin, jadi Izzati dah tak da geng nak jalan raya. Apa pun, aku doakan semoga bertemu jodohnya..aminn



Mati yang mengingatkan

Tanggal 13hb Feb 2018, newsfeed fb terus gempar dengan berita pemergian sahabat kami dari SMASKP, iaitu almarhumah Aisya Ismail. Orangnya kecil molek, cantik, sopan santun budi pekerti..di jemput ilahi setelah kemalangan pada 12hb Feb 2018. pembedahan yang di lakukan tidak dapat menyelamatkannya nyawanya ekoran terlampau teruk pendarahan dalaman. Aku yang beria-ria mengikuti perkhabaranmu, terduduk kaku pada skrin tatkala khabar duka yang ku terima.

Kau bukanlah siapa-siapa pada diriku. Bukan rakan karib yang rapat, bukan juga saudara mara terdekat tetapi kaulah contoh terbaik pengakhiran yang terbaik.InsyaAallah husnul khotimah. Amin.

Pulang dari tempat kerja setelah mengajar, dan di rumahmu menanti bayi kecil yang baru di lahirkan berusia 3 bulan menanti dengan sabar ibunya pulang, namun hasrat tidak kesampaian..ibumu terkorban, di jemput ilahi.

Allah lebih menyanyangimu, Aisha. Aku mencemburui kematianmu. Semoga aku juga di matikan dalam khusnul khotimah, aminnnn.

Aku hanya mampu berdoa, semoga Allah menguatkan hati suamimu, hati ibubapamu, hati puteramu..Semoga mereka kuat dan tabah serta sabar menerima ketentuan ilahi ini. Tenanglah dikau di sana.

Al fatihah.


Ingatlah wahai Zaleha, mati itu datang secara tiba-tiba.. Tidak ada tempoh waktu yang khusus. Apabila ia datang, bersedialah kita menghadap malaikat Izrail, malaikat penyabut nyawa. Aku mohon ketika nyawaku di cabut , semoga malaikat menyabutku dengan lemah lembut..tak sakit dan mudah aku membaca kalimahtul haq..

Aminn

Kau di hati

Aku mempuanyai ramai kawan. Dalam ramai kawan-kawan, aku punya sahabat baik. Namun, masa di telan zaman, kawan baikku sudah lama tidak berhubung.

Aku tetap mengingatinya sehingga mati. Tetap mengingat semua jasa dan kebaikan yang di lakukan ke atas diriku. Kerana, doa yang baik dan mulia itu adalah doa yang tersembunyi. Alangkah indahnya aturan hidup ini. Tetap saling mendoakan dalam diam, dan malaikat mendoakan kita kembali.

Aku tetap di sini, sahabat. Berdoa supaya keluargamu di limpah kurnia Allah. Ibumu di beri kesembuhan yang terbaik, dan dikau tenang untuk pulang sambung belajar dan menduduki peperiksaan. Semoga kau najah bersama sahabatku yang lain. amin.

Untukmu A,aku cukup berbahagia dengan berita baikmu. Aku bersyukur, jodohmu terlalu kuat bertahan dan aku sentiasa mengagumi dirimu. Sebagaimana teguhnya Hajar menunggu cinta hatinya Ibrahim di padang pasir. Kau berdiri teguh menunggu cintamu di perjuangkan. Aku berbahagia untukmu teman. 

Meski kita terasa jauh, tapi hati kita selalu dekat. Semoga hubungan halal ini menjadi hadiah manis buat kamu sahabat. Tahniah kerana telah menjaga diri, hati dan emosi selama ini. Sungguh, kau berhak atas kegembiraan ini.

Aku, masih di sini..mengharap semua sahabat baikku di perkenan doa dan hidup berbahagia. Sungguh, kenangan kita berlima di padang pasir, nun jauh di timur tengah tidak akan ku lupa.

Segala pengorbanan yang telah kita lakukan selama ini, untuk menjaga hati masing-masing semoga di berkati Allah.

Sungguh, aku menyanyagi kalian kerana Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...