Cemburu


Hati ini mencemburui kejayaan mereka, sungguh sudah lama tidak merasa kegemilangan seperti itu. Sudah lama sangat. Entah dimana silapnya, usaha sudah bersungguh namun hasilnya tidak setimpal dengan apa yang diingini.

Biasalah manusia, tidak pernah berasa puas dengan segala nikmat yang diperoleh. Ternyata,aku juga salah seorang yang termasuk dalam golongan tak sedar diri itu. Heh.

Allah,tetapkanlah kesabaranku,kuatkanlah semangatku. Mungkin ada yang lagi terbaik mahu Kau beri kepadaku. Redhokan lah hatiku untuk menerima ujianMu yang maha hebat ini.

Alhamdulilah, masa syafawi Nahu, dengan semangat berkobar kobar, Allah memberi kemudahan. Sungguh, aku berharap momentum bersungguh sungguh datang dan hadir sehingga habis tarikh terakhir exam. 

Zaleha, kuatlah..sedikit waktu sahaja lagi tinggal berbaki, moga najah dengan cemerlang. Aminn..ya Allah permudahkanlahh. 

Forgive and forget


Daun yang gugur tidak akan kembali menghijau, ia akan layu dan mereput. Menjadi baja yang subur untuk baka yang seterusnya. Mengorbankan dirinya untuk kepentingan dan kelestarian hidup jiwa yang baharu. Tidak sedih dan keluh kesah apabila riwayat hidup telah tamat. Ia tahu, ia menjadi manfaat kepada yang lain. Ia tahu akan jiwa baru yang perlu diberi nafas baru. Ia redho dan terima qadak dan qadar Allah..

Lantas, persoalan yang berputar di kepala sering sahaja mengganggu, mengapa menjadi manusia, kita bersikap tamak? Kita sering sahaja puas apabila kehendak nafsu di penuhkan, namun buas apabila nafsu meminta kehendak yang lain pula. Mengapa menjadi manusia yang tamak haloba. Mengapa tidak selalu ingat hidup ini persinggahan yang sementara bukannya abadi pun. Mengapa tidak teringat langsung analogi daun yang gugur itu?

Iya, asal perkataan manusia itu sendiri dari huruf nun sin dan ya. Nasiya. (نسى)  lupa. Kita ini memang Allah ciptakan pelupa. Justeru, Allah hadirkan Rasullullah untuk menjadi petunjuk dan pedoman buat kita, si pelupa. Pengingat tatkala mahu hampir kufur, penegas tatkala dosa dan pahala tidak dapat di bezakan lagi. Baginda juga penenang jiwa bagi kita,si pelupa. 

Meski baginda sudah wafat beribu tahun, akhlak baginda masih lagi subur mewangi. Kisah pengorbanan dan ketaatan baginda pada Allah wajar kita tauladani. Baginda itu umpama cahaya matahari yang membawa sinar di siang hari. Menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Oh, alangkah indah dan manisnya akhlak baginda!

Justeru, pandanglah kehadapan teruskan langkah, menapaklah maju. Usahakan sepenuh daya untuk masa yang tersisa, mulakan langkah pecutan. Ini adalah baki ujian yang terakhir, usah putus asa dan kuatkan semangatmu. Syaitan menguji di saat kita lemah bergantung padaNya. Kuatkan doamu, kuatkan tahajut dan solat hajatmu. Moga menjadi asbab kejayaan. 

Pedulikan masalah yang mendatang. Jika Allah takdirkan ia selesai, aku berharap segerakanlah. Jika tidak, aku lupakan seketika untuk fokus. Konsentrasiku amatlah penting buat waktu sekarang. Moga jihad ini, di berkati Allah.

Maafkan salah silap saya, semua. Doakan saya. Road to final year. InsyaAllah.


Mengutip hikmah yang tersisa.


Bukan namanya demam itu kalau tak berjangkit. Alhamdulilah sudais dah baik dari demam. Tapi telinga keluar nanah pula..

Saya ambil tindakan pantas bersihkan telinga dia dengan kapas atau tisu. Dan hantar ke klinik, doktor bagi ubat titis telinga. Alhamdulilah. Esok hari sahaja dah kering.

Tapi lepas tu, umminya pula demam. Sudah bertahun tidak demam, jadi hari ini demam pula. Haihh, demam pun menaip juga?

Mestilah, sebabnya walaupun demam saya paksa diri untuk study. Walaupun tak bagus buat macam tu, tapi apakan daya, alquran ada empat juzuk perlu di ulang, subjek ada 8 sem dua ini. Masa yang berbaki sudah tidak lama, tadi demam pun pergi kuliyah. Sudais dihantar ke taska. Mujur dia baik baik sahaja. Alhamdulilah, cuma saya langsung tak dapat fokus sebab tak larat sangat..

Allah sahaja yang tahu bagaimana, sambil belajar mengurus anak, tambah pula suami dia perantauan. Kadang kadang ada rasa emosi bila sudais terhyper aktif sampai tak mahu tidur malam. Tapi disiplin tetap disiplin. Selepas maghrib sahaja saya tidurkan sudais, supaya dapat study malam. Hanya waktu siang dan malam sahaja saya dapat study. Dari Ahad sehingga Khamis, saya ke kuliyah, sudais ke taska.

Manakala Jumaat dan Sabtu, cuti di Mesir. Jadi itulah waktu saya bersama Sudais. Memang kasihan, sudais kena pergi sekolah, tapi sekurang nya dia ada kawan di sekolah dan boleh belajar pelbagai kemahiran di sana. 

Semoga Sudais membesar jadi anak yang soleh dan menghafaz al quran. Jadi qurratu aini umi dan abi ye sayang. Adik kamu telah menunggu di Syurga. Moga dia menjadi syafaat buat kami di akhirat kelak. Amin.

Berikut adalah jadual syafawi Bahasa Arab Tahun 4, 

Nahu 28 April 2016
Balaghah 4 Mei 2016
Al quran 7 Mei 2016.

Tahriri bermula  dari 14 Mei sehingga 8 Jun 2016.  Sungguh hidup di bumi Nabi Musa ini penuh kejutan dan ujian. Kadang kadang, perkara yang tak terjangka tu kita boleh peroleh di sini. Sebagai contoh, jika hari terdetik nak makan sesuatu tiba tiba Allah makbulkan. Jika tiada wang, Allah datangkan macam macam rezeki untuk cukupkan keperluan kita. Hidup berkeluarga PJJ bukanlah semudah ABC, tapi jadikan hakikat itu sebagai pendorong kejayaaan, besarkan jiwa agar jadi strong mommy.

Hakikatnya, menjadi kuat itu perlukan bantuan dari Allah. Alhamdulilah, dikurniakan taska yang baik, orang arab yang selalu mengambil berat serta dapat belajar banyak kosa kata arab.

Tambahan pula, kita belajar banyak perkara baharu. Tidak boleh bergantung harap pada manusia. Kelak dia jemu dengan pengharapan kita. Bergantunglah kepada Allah, nescaya Allah bantu. InsyaAllah.

Semoga Allah tenangkan hatiku. Exam final dah dekat,pelbagai bayangan datang menjelma. Semua segalanya baik baik sahaja. InsyaAllah. 

Menulis itu satu terapi meluahkan perasaan. Meski aku paksa diri untuk study, tetapi jika akal dan badan meminta nafkahnya, perlu aku turuti. Semoga esok sembuh, dan dapat melakukan kerja seharian. Amin.

Bittaufiq wannajah Ummi, Nurzaleha Ab Talib. Anda boleh berjaya cemerlang tahun ini. Anda pasti boleh. Genggam bara api biar sampai jadi arang. InsyaAllah.

Semoga bermanfaat ! ,:)

Tips anak demam


Minggu ini adalah minggu study week. Minggu fokus study. Exam 14 mei 2016. Syafawi belum tahu lagi. Apapun, syukur atas segala nikmah Allah, masih lagi hidup sehingga saat ini. Alhamdulilah.

Sem satu saat nak exam, sudaisy deman. Samalah waktu kali ni, sudaisy demam.Masuk hari ni dah hari kelima. Kejap panas,kejap ok. Orang tua tua kata demam kura kura. Selalunya kalau demam ni sudaisy nak dpat sesuatu, apa agaknya ya. Agaknya mahu cepat bercakap mungkin?

Apapun aku serahkan segalanya pada Allah. Moga Sudaisy cepat sembuh, umi pun boleh study senang hati. Amin.

Berikut adalah cara cara sekiranya anak mengalami demam. Jadi kita sebagai umi ni nak buat apa kan.

1. Check suhu badan. Normal atau xnormal. Jika bacaan 37.5 dan keatas itu adalah demam.

2. Pastikan anak memakai baju jaring jaring agar wap keluar.

3. Saya letak bawang merah untuk membunuh kuman. Mode pawang la nih. Letakla sekeliling anak tempat tidur,memang akan bau bawang, sabar jelah. Asal anak sehat,kuman pun terbunuh.

4. Sekiranya ia selesema,pakaikan stokin bawang putih. Alas dahulu kaki dengan stokin lain, baru pakaikan stokin bawang putih. Selalunya buat waktu malam. Supaya tidur tak terganggu.

5. Sentiasa lap anak dengan kain jika badan panas sangat. Mandikan anak dengan kerap.

6. Lap anak dengan air asam jawa untuk efek cepat hilang haba. Tapi dengan syarat pantau panas anak supaya xterlalu panas. Selalunya air asam memang cepat keluarkan haba, jadi anak akan jadi panas sangat badan dia, tapi lap je sampai suhu baik.

7. Makan ubat yang di bekalkan doktor. Ikut waktu dan habiskan ubat.

8. Anak memang akan meragam, jika dia tidak makan, pastikan dia menyusu dengan kerap atau minum air kosong secukupnya.

9. Berdoa dan bertawakal. Allah akan mengabulkan doa ibu. Yakinlah ia adalah ujian untuk kita para ibubapa.

Semoga bermanfaat! :)

Puisi utk aku


ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik

فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku

وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku

طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku


Kembara ilmu di bumi Allah


Hari-hari yang aku lalui di sini seakan menjadi sedih, hatiku berasa bungkam..kecewa menjadi peneman diri.

Jika kerana harta boleh buat bahagia, apabila harta habis maka kita hati akan gelisah.

Jika kerana cantik menjadi hati bahagia, maka apabila hodoh hati akan membenci.

Jika kerana pangkat yang di cari buat hati bahagia, maka apabila di pecat pasti akan susah hati kembali.

Jika bertambah bilangan anak membuat hati bahagia, maka di saat hilangnya anak pasti kita bersedih hati.

Jika mendengar lagu membuat hati bahagia, maka apabila lagu tidak lagi di cipta maka hati akan gundah lagi.

Terlalu banyak nikmat Allah yang membahagiakan, maka mana satu nikmat yang perlu di dustakan?

Terlalu banyak hal yang menggembirakan maka kenapa harus bersedih hati?

Kutiplah semangat yang gugur,tanamlah pohon  yang baharu. Tatkala hati bersedih,ingatlah Allah itu sentiasa bersama susah dan senang.

Kita sahaja menjadi manusia yang ingat Allah tatkala susah, apabila senang lupa Allah,lupa segalanya. Allahu, ampunkan aku.

Apabila susah hati, ketahuilah Allah mahu kita kembali kepadaNya. Dia merindui rintihan kita, tangisan kita, jadi berserahlah padaNya. Pohonlah ampun. Rahmat Allah itu luas. Dia tidak pernah mensia siakan kita tapi kita sahaja yang selalu mensia siakan Allah..

Allahu, ingatkan aku selalu, semua nikmat yang aku peroleh adalah sementara,yang kekal adalah diriMu. Ingatkan lah aku tentang syurga yang hakiki manakala dunia hanyalah sementara.

Kuatkanlah imanku semoga hati ini tabah dan kuat selalu. Apabila saatku futur, jadikanlah rakan rakan sekelilingku sebagai penguat semangat. Sungguh kadang hati ini lemah,apabila di koreksi diri, terlalu banyak lompongnya diri..

Mari kita muhasabah. Check apa yang tidak cukup,tambah agar menjadi bekalan hidup di akhirat nanti. InsyaAllah.


Perpisahan guru sudais


Sedih. Kelu..Agaknya inilah perasaan apabila kita bertemu orang yang baik dan terpaksa merelakan dia pergi dari hidup kita. 

Pagi tadi semasa menghantar Sudais ke hadhonah, sedang leka Sudais lihat kucing, Madam Asma, guru hadhonah yang paling dia rapat, on the way ke taska. Lalu, kami pun berjalan bersama sama. Semasa berjalan, dia memberitahu kepadaku tentang Mrs Dunya akan berhenti kerja.

Aku speechless. Sedih. Hiba tiba tiba datang. Mood yang baik berubah jadi kelam. Dulu masa Mrs Nahal,pun cikgu Sudais, pindah ke tempat lain tanpa sempat berjumpa. Sebab Sudais demam, jadi xdpat datang dua hari, alik alik datang je Mrs Nahal dah takde.

Bila aku tahu dia nak pindah Khamis ni, suami cakap berilah hadiah kepada beliau. Perasaan aku sangat sedih sebab dekat 
Mesir ni merekalah kawan arab yang selalu ambil berat tentang aku dan Sudais.

Perpisahan itu menyakitkan dan menyedihkan. Kenapalah perlu ada perpisahan? Tapi itulah realiti hidup. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Mak selalu pesan, bila sayang seseorang, sayanglah bersederhana,sebab bila jadi perkara macam ni susah rasanya nak move on.

Semoga cikgu sudais selamat dan di berkahi Allah kerana sabar menjaga Sudais. Semoga Sudais di jaga dengan orang lain yang juga baik dan mampu menyanyangi dia sepertimana aku dan suami menyintainya. Amin.

Aku juga bakal meninggalkan bumi ini lagi dua bulan. Maka, nikmatilah kehidupan sebaik baiknya di sini. Aku berdoa semoga ini tahun yang terakhir, dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Amin.

Throwback, sahabat..



Mengimbau kenangan sepanjang lima tahun ini membuatkan aku sebak untuk berfikir pulang ke Malaysia. Iya, ini tahun akhir, insyaAllah. Semoga Allah mengabulkan permintaan aku kali ini. Amin ya robb. Takdirkanlah kawan -kawan seperjuangan yang berada di tahun empat kuliyah bahasa arab najah kabir,amin ya robb.

Tahun ini, pelbagai suka duka yang aku hadapi,tapi tahun ini adalah paling sweet sebab aku dapat jugak bawa sudais datang sini. Iya, sangat seronok sebab begitu banyak ujian dan cabaran yang aku lalui. Semua itu mematangkan kita untuk menghadapi hidup yang penuh panca roba.

Bayangkan kelas yang padat timetable sampai petang pastu bila nak balik rumah kena tergesa gesa sebab nak ambil sudaisy pulak di hadhonah. Mujur sudaisy pun cepat sesuaikan diri di bumi Mesir ini. Alhamdulilah. Dia masih belum dapat bertutur lagi tapi aku sentiasa pantau perkembangan dia baik sahaja.

Dan yang paling gembira, ramai madam madam bersalin tahun ni, madam annimah, madam ain nasir,madam syeila fatin. Moga Allah mengasihi semuanya. Amin. Dan bakal menjelang adalah kelahiran dari Madam Nabila.

Semoga Allah sentiasa merahmati kau sahabat. Terima kasih sudi membantuku susah dan senang. Ambil tahu perkembangan aku dan bukan mudah menjadi kawan sejati. Kadang kadang orang yang tak rapat tu lah akhirnya jadi rapat dengan kita..huhu. Dan jujurnya aku rindu dengan persahabatan yang terbina dahulu bersama seseorang...

Mengimbau sejarah denganmu sahabat, menjadikan aku rasa rindu pada saat dahulu.Sama sama buat blog. Sama sama berprogram. Sama sama melanjutkan pelajaran di bumi ini. Sama sama ke sana sini. Sehinggakan Ustaz Danial cakap kita rapat sangat. Takut takut di bumi anbiyak tidak rapat lagi.  Aku berasa gerun dengan pernyataan itu,dan akhirnya kenyataan itu menjadi realiti..

Entah mengapa, engkau yang dekat ku rasakan kian menjauh. Namun, aku sentiasa mendoakan dirimu agar di rahmati Allah bersama sahabat yang dikau sayangi. Aku sentiasa mengharapkan hubungan persahabatan yang kita bina ini tetap kekal dan utuh seperti dahulu. Tapi aku tahu, kau dan aku sudah jauh berbeza.

Namun,jika kau sedar, sewaktu program menjahit hari itu, dalam hati aku yang paling dalam, jiwaku seakan meronta ronta. Aku berharap masa tidak akan bergerak.Aku mahu kita kekal duduk di musola itu san menjahit bersama sama. Tapi siapalah aku untuk menghentikan waktu. Waktu tetap berputar dan meninggalkan kita dalam kenangan yang dulu. Dan aku tenggelam dalam kenangan kenangan yang sarat.

Aku rindu zaman dahulu, kau banyak mengajar aku erti sahabat, ukhwah, pengorbanan, dan yang paling indah kau mengajarkan aku tentang hati yang baik. Iya, manakan tidak sewaktu menjahit itu, kebetulan kita duduk sebelah menyebelah dan aku tahu menjahit adalah kepakaran mu, kau banyak memberi tunjuk ajar, terima kasih banyak sahabat.

 Moga Allah tetap pelihara dirimu. Aku hanya mampu memerhati dari jauh. Semoga semuanya selamat sahaja. Maafkan aku kerana aku tak sempurna sebagai sahabatmu, jika aku yang bersalah maafkan aku. Anggap ini sebagai hadiah yang terbaik dari Allah buat kita semua kerana dapat merasai nikmat ukhwah bersamamu..

Semasa Sudaisy sakit demam teruk sehingga seminggu lamanya, aku sangat susah hati. Duit yang tak cukup tapi alhamdulilah sumbangan datang mencurah curah. Dan bila aku buka laci, ada sepotong kata kata dan sejumlah wang. Wallahi,aku tak tahu siapa, namun hati aku kuat mengatakan itu adalah dari kau, jika benar tekaan ku, terima kasih banyak, moga Allah sahaja yang mampu membalasnya.aminnn. 

Dan jujur juga, aku mahu menaip namamu di sini sebagai penghargaan kepada mu,namun aku sembunyikan sahaja. Biar penduduk langit dan bumi memuji namamu. Biar terkenal di langit tapi tidak di bumi. Moga kau bahagia,sahabat.

Tahun ini kita tidak dapat bersama sama dalam kelas yang sama, namun aku berharap kita semua berjaya dengan cemerlang dan berusaha sehingga ke titisan jawpan yang terakhir di pena peperiksaan. InsyaAllah. Kita mungkin sudah membawa haluan masing masing, kita mungkin sudah ada komitmen yang berbeza tapi aku harap kita punya impian dan cita cita yang sama. Semoga api perjuangan tetap menyala dan bersemarak membakar diri agar tetap tegar mengejar cita cita tertinggi, iaitu akhirat yang abadi.

Buat Athirah, Ramizah, Jannah dan Syuhaida..aku yakin kalian tidak akan membaca karangan ini..kerana apabila aku melawat blog kalian, halaman kalian sudah kering tidak bernyawa. Bahkan aku juga seperti itu, dahulu. Namun, apabila jiwaku sudah penuh dan tidak mampu menahan lagi, aku berusaha menulis disini. Aku tidak mahu kenangan indah kita berlima pupus di telan zaman, dan aku memilih untuk mengabdikan di laman ini.

Aku bukanlah sesiapa melainkan hamba Allah yang cuba untuk menjadi solehah di mataMu. Aku juga bukanlah rakan yang baik kerana apabila aku berkeluarga aku seakan hampir melupakan kalian yang dekat,
Mungkin akulah orang yang menjauhkan diri daripada kalian,
Mungkin akulah yang bersalah, namun aku berharap Allah memberi kebaikan dalam kita bersahabat..
Aku sayang kalian kerana Allah.

Dan pagi tadi, di dalam kuliyah fiqh Lughah, ablah mengumumkan exam bermula seawal 14 mei, hatiku menjadi serabut. Kena cepat habiskan study,kena segera menghafaz al quran bagi cair. Semuanya kena bersedia sebab sekarang dah 3 April. Lagi sebulan sahaja menempuh sem akhir, YA Allah mudahkan langkah kaki ini menuju kejayaan. Aminn ya robb.

Bak kata seorang guru yang sangat aku sayangi, cikgu Mohamad.. Sukses adalah perjalanan bukan sebuah perhentian! Semoga cikgu terus sehat dan istiqamah dalam perjuangan mendidik anak bangsa melayu supaya sukses seperti cikgu. Saya rindu sangat nak berprogram dengan cikgu..huhu.

Ok, time for prep!! Keep strong and have a faith. May Allah bless u, silent reader,if i have a readers. Haha.

Puisi Hambar

Hidup ini adalah realiti yang sebenar,
Manakala cerita novel adalah fantasi semata-mata,
 Mana mungkin fantasi menjadi realiti,
Hakikatnya plot didalam novel adalah imaginasi pengilusi,
Penuh kejutan, dramatik dan emosi,
Namun adakah perlu untuk kita membelakangi realiti? 
Tidak. 
Menjauhkan diri daripada hakiki menjadikan kita lupa diri,
Ayuh, berdiri gagahlah, berusahalah memandang cabaran sebagai penguat diri,
Berdirilah dengan kaki sendiri,
Usah goyah dengan tribulasi yang mendatang,
Hasilnya akan menjadikan kita kuat dan hebat,
Bukan lemah dan lembik..
Betapa momokan di media adalah arus hedonisma yang terbesar,
Kita parah dalam hakikat membezakan antara realiti dan fantasi,
Manusia yang lemah dan dhoif berusaha mengikut jejak cinta yang asyik, 
Sehingga alpa syurga dan akhirat adalah penamat yang bahagia dan mengasyikkan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...