Tengah malam tiba-tiba terjaga, pusing kanan sambil raba-raba jam dalam gelap, oh pukul lima pagi da..Pusing pula kiri, tengok susuk tubuh sebelah sudah hilang..tengok belakang..dan..
Mak tengah bertahajud..dalam hati rasa syahdu sangat..sudah beberapa kali lihat mak bangun qiam..aku kagum dengan semangat berani dan tabahnya walau di hina dan di maki..dia tetap kuat semangat..
Memang tak dapat di nafikan sejak dua tiga menjak ini, masalah semakin bertambah..tekanan semakin kuat..memang mengharapkan pertolongan Allah semata-mata selepas segala usaha ikhtiar kepada manusia tidak berhasil..bukanlah makna kata Allah itu di ketepikan..tidak sama sekali..
"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya
dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"[Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].
Dan untuk menjadi kuat itu sangat payah dan susah tapi tidak salah untuk mencuba..jangan lupa Allah sangat suka dengan hambaNya yang kuat..
Sepertimana kata-kata pepatah arab dan tak pasti jika ia adalah hadis, orang mukmin yang kuat dan sihat itu lebih disukai berbanding orang mukmin yang lemah..
Aku yakin, manusia apabila semakin kuat di uji akan bertambah mantap imannya..dan aku sebagai pelajar agama pun kalah dengan emak apabila acapkali mak bangun qiam lebih banyak dari diriku yang lemah ini..Allahu..
Dan benarlah kata suci al-quran,
’Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ...} ‘’Surah Al Baqarah..
Teringat ayat quran ini dalam al mathurat..Intinya, Allah itu Maha Mengetahui segala kekuatan dan kelemahan hambaNya..dan Dia pasti tidak akan mensia-siakan hamba yang berusaha..
Selepas berusaha bersungguh-sungguh maka bertawakallah..Allah Maha Tahu!
***********************************
Pagi tadi masa beli barang di Bahau, sambil menjinjit barangan yang berat dan banyak, aku dan mak lalu di depan kedai penggurup wang..dalam hati terfikir rasa macam nak je pinjam duit kat situ..bila ajukan kepada mak..
mak cakap..kita dah usaha..duit tak cukup nanti, mesti Allah akan cukupkan..lagipun, jangan terlibat dengan ah long kak..duit yang haram tak tahu sumber mana dia peroleh duit tu..mak cuba usahakan cara lain..
Nauzubillahimin zalik..Moga jauhkan pinjaman ah long ini..Dan aku pun senyap..dalam hati berdoa banyak-banyak, moga Allah cukupkan perbelanjaan masa kenduri nanti..dan hari ini pun hari jumaat..moga Allah mudahkan semuanya..amin..
Bila malam, pak teh telefon..
InsyaAllah apa yang terdaya adik beradik mak cuba membantu..Dalam hati sangatlah bersyukur..walaupun tak tahu apa yang mereka boleh bantu, sekurangnya hati ini lapang sedikit..alhamdulilah..
{Al-Baqarah; 214} Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu
akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti
yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? ....
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan
berpegang teguh kepada agama Allah).
Malam ini, alhamdulilah, terlampau banyak rahmat Allah yang datang..Memang kewangan tidak dapat membeli bahagia..Hanya dengan bergantung harap pada Allah, nescaya Allah akan menolong, cuma..
Kuatkan hati banyakkan sabar dan solat..Insyaallah Allah bantu..Alhamdulilah.. meski tak banyak tapi aku sangat bersyukur..Alhamdulilah..