Tarbiyah bukan untuk si manja!

 

Dakwah bukan untuk orang yang takut untuk bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang mudah bosan, melarikan diri, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, dan cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program yang senang dan mudah untuk dia ikuti, yang penat, bersusah payah mengelak.
Ia bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diri diuji oleh Tuhan. Jika tidak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya sebagai jalan untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri atau suami,
yang mengikuti hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan di saat dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang didapat, tidak dikongsi dengan yang lain.

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan acara-acara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai bercakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu membandingkan jamaah itu dengan jamaah ini, yang hanya boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam sesebuah harakah, sesuatu jamaah.
Dakwah bukan untuk orang yang tidak boleh diberi tugasan "last minute"
Dakwah bukanlah untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan diberitahu dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu informasi.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tidak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.
 
 Untuk saya dan anda.Sape yang terasa itu tanda masih ada iman dalam hatinya.
Saya juga terasa,tapi berkatalah benar walaupun pahit!
Dakwah pelbagai cara,sorang atau jemaah itu tak penting tapi yang penting langkah dan gerak kerjanya itu adalah paling bermakna dari segalanya.
Rugilah bagi sesiapa yang melakukan dakwah kerana ingin terkenal dan mahsyur.Kerana di akhirat kelak,mahsyur itu yang akan datang bukannya pahala yang memabawa ke syurga tapi neraka yang menarik kepadanya.
Wasalam.
 

2 comments:

  1. Sungguh. Terkesan dihati.

    ReplyDelete
  2. Bila terkesan itu tanda kita masih ada lg iman di hati:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...