Tidurlah bersama kesyukuran,jangan tidur bersama kesedihan.


 Dua orang sahabat baik pergi mengembara melalui sebuah padang  pasir yang terbentang luas. Di tengah-tengah perjalanan,tiba-tiba berlaku sedikit pertengkaran lalu mereka bergaduh. Akibat tidak dapat mengawal kemarahan,seorang sahabat telah memukul sahabatnya.

Dengan penuh rasa hiba,sahabat yang dipukul mengambil ranting kayu,dan menulis di atas pasir..
"Hari ini sahabat baikku telah memukulku.."
 

Kemudian,mereka pun meneruskan perjalanan. Sampai di tepi tasik,sahabat yang dipukul tadi terus terjun ke dalam tasik untuk menyejukkan badan.
Akibat terlalu asyik dengan kesejukan air tasik,maka sahabat itu tidak mampu mengawal diri lalu hampir lemas didalam tasik.

Sahabat yang memukulnya tadi berasa sangat cemas dan terus terjun ke dalam tasik untuk menyelamatkan sahabatnya yang tenggelam.

Setelah diselamatkan oleh sahabatnya,beliau naik ke  tepi tasik.Selepas mengucapkan terima kasih,beliau memahat sesuatu di atas batu..

"Hari ini sahabat baikku telah menyelamatkanku.."


Sahabat yang  memukulnya tadi kehairanan lantas bertanya,tadi sewaktu aku memukulmu,kau menulis di atas pasir,sekarang apabila aku menyelamatkanmu,kau memahatkannya di atas batu..Mengapa?

Jawab sahabat itu,

"..Aku menulisnya diatas pasir,supaya apabila pasir itu ditiup angin,maka ia akan segera hilang,kemudian,aku memahatnya dia atas batu supaya aku dapat mengingatinya sepanjang hayatku.."

Renungan:

Dalam hidup ini,apabila bersahabat pasti berlaku pertengkaran dan perselisihan faham.Justeru,memaafkan adalah lebih baik daripada berdendam.

Dalam hidup ini juga terdapat pelbagai perkara yang menyedihkan,menggembirakan,menyakitkan dan sebagainya,justeru tulislah segala penderitaan di atas pasir,biarkan ia singgah sebentar da kemudian lupakan serta lepaskan ia pegi.

Memaafkan adalah simbolik ketenteraman jiwa dan ketenangan hakiki yang abadi.Manakala dendam adalah simbol hasad dengki dan amarah.

Forget the past,n built happiness now!

Tidurlah bersama ketenangan,lupakanlah segala kesedihan..:)
Bangunlah dari tidur dengan kesyukuran,tinggalkan segala keburukan.

Selamat beramal! 
 

9 comments:

  1. salam leha.....
    sobsobsob.... sedihnye..... banyak pengajaran n boleh jadi teguran yang baik.....
    luv u.... :-)

    ReplyDelete
  2. salam
    ya bleh dkatakan ana tharu jua... hehe

    ReplyDelete
  3. tidur dlm ketenangan akan mmbuatkan hari esoknya penuh dgn semangat baru :)

    ReplyDelete
  4. :)Terima kasih:)Alhamdulilah,bangun pagi dengan rasa syukur:)

    ReplyDelete
  5. salam alaik!

    :) nice one. teruskan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...