Nabi dan Sarang semut.


Dirimayatkan daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa seekor semut telah menggigit seorang nabi. Kemudian nabi tersebut telah memerintahkan supaya dibakar sarang semut itu.


Lalu,terbakarlah sarang semut bersama sekalian semut di dalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, "Adakah hanya kerana seekor semut yang menggigitmu lalu engkau musnahkan suatu ummat yang sentiasa bertasbih kepada tuhannya?"
Pengajaran :

  1. Membunuh semut adalah dilarang. Sebagaimana dilarang membunuh haiwan lain melainkan jika binatang itu membahayakan.
  2. Seluruh haiwan sebenarnya bertasbih kepada Allah.
  3. Hukum membakar binatang (sarang binatang) dalam syariat sebelum Nabi Muhammad s.a.w, diperbolehkan,sedangkan pada syariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah di larang.
  4. Dosa kejahatan seseorang tidak akn dibebankan kepada orang lain.  

5 comments:

  1. salam.
    yeke..tapi semut kat dapur tu macam mane..saya ni dulu bermusuh dengan semut..sebab rumah terlalulah banyak semut..-(

    ReplyDelete
  2. salam... ana komen sini
    ana bmusuh n kadang2 bperang ngan lipas.
    pkongsian yg baik...jgn kerana 1 nilai buruk merebak kpd infiniti...
    (^^)v

    ReplyDelete
  3. nice post...hehehe... sape yg anti semutttttt???? hehehe

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam.:)Nak ikutkan umah saya sekarang ni terdapat pelbagai semut..yang kecil,besar,hitam,halus,sume ada:)Jadi sekiranya ia membahayakan bunuhlah,kita boleh membunuh binatang yang mendatangkan bahaya kepada diri dan memudaratkan kita seperti, nyamuk coz isap darah kita n mungkin menyebabkab aedes.tikus juga boleh dibunuh kerana jika dibiarkan mendatangkan mudarat. Binatang2 berbisa seperti kala jengking,ular pun boleh dibunuh kerana jika tak bunuh ia maka kita akan mudarat. Binatang berbahaya juga seperti harimau,singa,etc..juga kita boleh bnuh kerana akan mengancam ketenteraman nyawa kita sendiri jika dibiarkan:)
    Masalah semut yg diutarakan ini adalah persoalan sarang yang dibakar oleh seorang nabi,Allah MENEGUR TAKKANLAH HANYA SEekor semut Hbis sarang dibakar.Begitulah kita juga,bila seekor semut yg ganngu tak pe lagi..tapi jika dah segerombolan semut..kakak,abg semut,adik semut,ibu semut.he..he,.he..siap gigit kita n masuk telinga kita time tidur maka,seranglah mereka dengan racun serangga perosak:D jgn tunggu lagi,sembur:D hehehhe:)
    Sekian,:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...