Hati ini biar ALLAH yang tahu..

Assalamualaikum w.b.r.,

Salam Sayang, sayang mahabbah:)

Saat ini, jam menunjukkan jam 1.17 pagi, entah mengapa hati, fikiranku, mindaku tidak mampu berehat..meski, fizikalku letih berhari-harian berpogram, penat? jemu? sedih? gembira? susah? senang? semuanya bersatu dan menjadi lali..seolah-olah tepung yang diadun menjadi cekodok. sebati:)


Sebak dihatiku masih belum lagi surutnya..rasa termalu dan terjatuh maruah juga belum pudar sinarnya..hatiku malu bukan kepalang..sangat itu, terasa niat di hati yg ikhlas mahu menyelesaikan masalah terasa kusut dan berpintal..arh..payahnya menyelami hati insani..

Hatinya penuh kesulitan dan kepayahan..ade sahaja ranjau berduri yang perlu di tempuhi untuk memudahkan..disaat kemudahan terbentang di hadapan mata, mengapa kita mesti menyulitkan diri dengan kepayahan yang di cipta diri? hum, bermadah pujangga cik qalam pagi ini, entahlah..lari dari masalah adalah penambah masalah ! bukan penyelesai masalh! tapi, mengapa kita perlu mengelak dari kenyataan yang sebenar..kata2 mungkin boleh menipu, tapi hati? siapa tahu?



Sayang, seribu sekali sayang, hakikatnya sekarang, cik qalam sedang memujuk diri sendiri , mengubati hati yang lara, cuba menggigit madu tualang meski tahu hati sangat parah lukanya..mengapa hati ini masih mengharap? sedang keputusan telah dibuat? apakah, saat ini masih belum tiba keputusannya? yeakah? betullah, penantian itu satu penyiksaan!

Sesunnguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar...Qalam...sabarlah hati..ALLAH tahu niat hati Qalam..diri..sabarlah diri..kesenangan sedang menantimu walau saat ini kau dalam kepayahan..insyaallah:)

Ya ALLAH,  saat ini, hatiku merintih sayu, jika ini keputusannya, aku  redha..tak mampu aku menidakkakn takdirMu,,sungguh hambamu ini x layak meminta lebih,,Ya Allah jadikanlah aku termasuk dalam golongan hamba2mu yg bersyukur..Ada saat kadang diriku rasa sedih yang bersangatan dek sikap2 insani, namun, jadikanlah diriku ini menjadi tabah, cekal dan kuat menempuh dugaanmu..serta mampu menangkis kata2 makian dan cacian orang lain kepada diriku..amin..







~ hehe...cik qalam bukan putus cinta~ cik qalam terasa hati dengan insan..biasalah sume manusia juga pernah buat silap..penting bagi kita mengislah diri..cik qalam mohon maaf ats segalanya..alhamdulilah, baru ni cik qalam mumtaz..alhamdulilah..doakan yea, cik qalam nak pegi mesir..amin..moge dipermudahkan:) insyaalah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...