Salam Sukses, Salam Mahabbah, Salam Sayang,
Assalamualaikum w.b.r,
Alhamdulilah, dikesempatan waktu ini, ana masih lagi diberi ruang dan peluang untuk menghidupkan entri blog ini..Walaupun, terasa sudah lama tak bersua, namun ana tetap gagah kan diri, jari tangan, minda untuk menulis blog..Semoga dengan usaha yang sedikit ini mampu menjadi satu pahala buat diri ana dan seluruh pengunjung blog ini..
Sebelum itu, ucapan maaf kepada sahabat2 kerana lama sangat menanti entri baharu..Almaklumlah, kekangan waktu yang sangat padat dan kerja yang pelbagai perlu dilunasi segala haknya..Oeh hal yang demikian, ana memang kesempitan waktu untuk menulis..Tapi, walau pe pun, alhamdulilah..sekarang ana masih mampu menulis entri terbaru..
Untuk kali ini, ana akan meulis segala rasa yang terbuku dihati..saat ini, ana tidak berada dirumah, tapi dirumah Farhana..Hem, rindunya ana pada mak, wan, atok, adik2, tapi nak wat macam mana...bas punya pasal..Terperangkap ana di persimpangan rumah keluarga lain..sebenarnya , semalam,ana berkursus di Rantau Agropark..Kursus Brainstorming untuk semua fasilitator AKSES..
Tamat sahaja semalam jam 2 lebih, ana terus brtolak bersama Iqa, Syue, Fatin,Kak Lina, dan Cg. Mohamad ke Tampin..Namun, disebabkan kami belum lagi makan, kami singgah makan tengah hari di Bandar Seremban Selatan. Perut sangatlah lapar, sehinggakan terasa nak muntah..Al maklumlah, ana gastrik..angin da masuk perut..Aduhai, seksanya,,ALLAH sahaja yang tahu..sampai je kedai, ana terus pesan nasi goreng ayam dan ais limau..Then, ana makan puas2..hehehe..sekurang-kurangnya, bila da makan, rasa sakit berkurang cikit..Alhamdulilah
Dalam kul 4 petang, barulah bertolak pulang..Dalam fikiranku, memang ada lah yang akan bermalam di stesen bas bahau ni jika ana naik bas juga petang ni..jadi, sampai je Tampin, ana buat keputusan untuk menumpang bermalam di rumah Fatin..hem, semua orang da sampai umah, ana? masih lagi belum..
Entah mengapa, sejak dua menjak ni, bas untuk ke Pasir Besar, seakan telah pupus pula..asal lambat cikit sahaja, alamatnya memang la, ana kan bermalam di stesen bas itu..payahkan? tak pe, ini semua ujian..sabar je..:) di rumah cik Fatin, ana belajar buat banner n layout..alhamdulilah..ada juga hikmah pulang lewat..Walau hati sangat rindu, tapi percaturan ALLAH sangat indah..ana belajar kemahiran dari cik Fatin yang sukses..alhamdulilah..thanks, coz ajr ana..:)
Hari ni. ana pun pulang, tapi tunggu bas sangatlah lama kat Mencheh..berjam-jam sangat..sabar je la..doa je ana kat citu..harap2 ada bas..n datanglah cepat..nak balik umah! he..he..tunggu punya tunggu. akhirnya muncullah bas Southern. walaupun nampak macam da lama, tu la bas yang banyak berjasa untuk diriku..alhamdulilah..
Sepanjang enam tahun berada di maahad, bas nilah yang hantar ana pulang ke rumah, ke maahad, ke tampin, ke mencheh..banyak sangat berjasa kat ana..Walau macam mana pun, ana suka sangat..tahu nape? coz ana da selamat daripada cengkaman belenggu sakit mata, sakit hati di stesen bas..macam2 aksi lucah, aksi yang tak menyihatkan ana lihat di situ, berbulu hati, bengkak, ngilu terasa coz ana tak mampu nak tegur..Aduhai, saat ini, terasa betapa hati ini tak kuat mencegah maksiat di depan mata..hati hanya mampu menahan..arh..betapa lemahnya ana!
Dimana hilangnya malu seorang wanita? dimana perginya sikap sopan santun sang lelaki? dimana hilangnya waras akal manusia saat ini..di mana? arh..betapa hatiku rasa sedih yang teramat..adakah salahnya pada institusi pengajian di sekolah? adakah sebab salah guru yang mengajar..adakah sebab salahnya didikan ibubapa? adakah itu puncanya? atau salah diri sendiri yang cepat tergoda dengan hawa nafsu? tepuk dada, tanya iman anda! jangan tepuk dada, tanya selera..Kerana yang jawab adalah nafsu, bukan iman!
Moga kita semua mampu menjalankan tugas dan dakwah sebagai seorang muslim profesional kepada ummah..Terutamanya, golongan orang yang memiliki ilmu agama..sungguh sayang, jika kita mempunyai ilmu, tapi tak mampu diaplikasikan..sangat rugi..Kerana ummat islam akan rugi orang yang bermanfaat..ingin sekaliku pesan pada diri, dan juga kawan-kawan..Sepertimana hadis nabi, sebaik baik manusia adalah yang dapat memberi manfaat pada manusia lain..Ana berkehendak kearah itu..Insyaallah..ana sedang usaha ke arah itu..moga2, kita mampu menjadi seperti pokok kelapa..Akarnya mampu menjamin sistem pengudaraan tanah..Kulit buah boleh dijadikan sabut, pelepahnya boleh dijadikan daun ketupat..buahnya boleh diminum..batangnya boleh diambil umbut untuk dimakan..hebat, bukan ciptaan ALLAH?
Jadi, jomlah kita sama2 menginfakkan diri ke jalan ALLAH..ana ingin jadi macam pokok kelapa, mampu menyumbang jasa kepada orang lain..moga impian ini terlaksana..amin..eh, jauh lencong pula, okla, then, da tunggu lama kat stesen bas gemas untuk bas kedua, ana disapa Farhana dan ibunya..pelajar tingkatan tiga..mudah tersenyum..ibunya mempelawa ana datang ke rumah.dia juga berjanji lepas asar, dia hantar ana pualang..masyaallah..ana bersyukur pada ALLAH..Ukhuwah yang baru terjalin, terus terasa bertambah erat..betapa terharunya ana dengan pelawaan ibunya.terima kasih Farhana dan keluarga..along sayang kalian..along sangat terhutang budi..moga ALLAH membalas segala kebaikan kalian pada drir ini..syukran , alhamdulilah
Mak, jap yea, dalam satu jam lagi akak sampai..insyaallah..t.walaupun ana lambat sampai ke umah..banyak je halangan yang menimpa..Namun, bersabar iru banyak sanagt hikmah yang terkandung didalamnya..walaupun, penantian itu satu penyiksaan! namun, bersabarlah..berfikirlah dari sudut yang positif ...insyaallah..Allah akan permudahkan sagala urusan anda!
ok, nak solat asar,
wasalam:)
Trainer Akademi Sukses Consultancy & Training,
Salam Sukses, Salam maju jaya.
untuk entri ini, dengarlah kata-kata harapan dari trainer kami akademi sukses diluarnegara..sengaja ana letakkan di blog agar kita mampu berkongsi sesuatu yg bermanfaat
.insyaallah
Halatuju Akademi Sukses Consultancy & Training Sdn Bhd.
1. Saya berbesar hati menerima kehadiran semua pihak dalam menjayakan Program Brainstorming Akademi Sukses Consultancy & Training kali ke 2. Walaupun saya berada jauh diperantauan namun saya tetap tidak melupakan kewujudan Akademi Sukses Consultancy & Training (AKSES). Harapan saya agar semua kakitangan AKSES berada dalam keadaan sihat dan terus konsisten dalam kerja.
2. Kewujudan AKSES ini sebanyak sedikit membantu pelbagai lapisan masyarakat dalam kehidupan seharian. Suka diingatkan kewujudan AKSES dimuka bumi Allah ini adalah hasil proses pentarbiyahan Nabi Muhammad s.a.w. Justeru itu, tidak boleh tidak kekuatan AKSES mestilah bergantung sepenuhnya dengan Al-Quran dan Assunnah disamping menjadikan bahan-bahan lain sebagai modul latihan AKSES.
3. Saya cadangkan agar AKSES ini segera didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) agar semua aktiviti AKSES dibenarkan. Pentingnya AKSES didaftarkan segera kerana tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun 2011 bakal menjelma. Banyak akiviti yang dirancang akan lebih mudah dijalankan sekiranya AKSES berdaftar.
4. Komitmen> Setiap kakitangan AKSES seharusnya memberikan komitmen 100% terhadap AKSES. Bermula dari puncak organisasi sehinggalah kepada jawatankuasa kecilan. Bagaimana ingin memberikan komitmen semuanya terletak pada diri sendiri. Tanpa komitmen dan kerja yang konsisten AKSES tidak dapat bergerak jauh.
5. Visi dan Misi> Perkara yang paling utama didalam sesebuah organisasi adalah Visi dan Misi. Justeru, perlu diingatkan kepada semua bahawa Visi dan Misi Akademi Sukses Consultancy & Training perlu dicapai. Sesebuah organisasi tanpa Visi dan Misi umpama semut mencari gula ditengah malam.
6. Jawatankuasa Kerja> Perkara ini juga amat perlu dititik beratkan. Pembahagian jawatankuasa kerja secara menyeluruh akan melicinkan lagi gerak kerja AKSES. Tanpa gerak kerja dan jawatankuasa yang sempurna saya yakin bahawa semua aktiviti AKSES akan terkesan sedikit demi sedikit. Suka untuk mengingatkan bahawa KOMITMEN dalam memegang jawatakuasa kerja perlu diberikan dengan sepenuh hati.
7. Promosi dan Privasi> Setiap program yang dijalankan pastinya mempunyai alumni. Justeru, ikatan hubungan yang berterusan antara AKSES dan alumni AKSES disetiap program perlu dipanjangkan dan sentiasa dikemaskinikan hubungan itu. Caranya, saya mencadangkan untuk sementara waktu ini AKSES membina laman blog sementara menunggu laman web dibina. Laman blog ini dijaga dan sentiasa dikemaskini oleh jawatankuasa kerja khusus untuknya. Saya lihat melalui kaedah ini hubungan Alumni AKSES bersama AKSES akan lebih terjaga. Tambahan jika dilaman blog tersebut menyediakan ruangan khas untuk forum.
Privasi> Semua perkara yang tertakluk dengan AKSES mestilah mendapatkan kebenaran pihak yang berkenaan sebelum mengedar, mengiklan,dan seumpama dengannya. Hal ini kerana, privasi mahupun hakcipta AKSES perlu dijaga supaya kualiti perkhidmatan terjaga. Pastikan privasi AKSES dijaga rapi.
8. Dimana Bumi Dipijak Disitu Langit Dijunjung> Kesempatan ini juga, suka saya memperingatkan untuk diri saya yang tidak kurang juga kelemahan dan untuk semua kakitangan AKSES, sejauh manapun anda akan menyambungkan pelajaran pastikan anda juga tidak lupa untuk memberikan yang terbaik untuk mereka yang memerlukan. Sejauh mana anda pergi ingatlah bahawa AKSES merupakan platform untuk anda memberi. Jangan sesekali anda menjadi arnab yang selalu bongkak dek lajunya dari kura-kura. Tindakan yang bijak dan baik akan menjadikan anda seorang insan yang bernama Mukmin Profesional. Keduanya, banyakkanlah membaca, kerana dengan membaca anda mampu meminpin dunia. Tidak dinafikan, sesiapa yang banyak membaca beliau mampu menulis dan bercakap sambil memukau pendengar. Sejarah membuktikan orang yang membaca menjadi insan yang sukses dan profesional. Once You Stop Reading Forever You Stop Leading. When You Reading You Are Leading. Petikan dari majalah Think Big.
9. Penutup> Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika memberi. No man becomes rich unless he enriches others.( Mukmin Profesional.
Wallahu’alam,
Mohd Asri Zainal alHaj
Teen Trainer Akademi Sukses Consultancy & Training,
Teratak Nasyatilla, Fez, Morocco.
12 Pagi 25 Dis 2010.
Subscribe to:
Posts (Atom)