Nadwah Duat 2010

Pengkabaran semua pelajar STAM wajib ikut program Nadwah Duat di Maahad Ahmadi, STAM, sudah dimulakan promosinya selama seminggu awal. Namun, mungkin kekangan waktu dan pelbagai program yang telah diatur oleh rakan-rakan STAM di tempat lain menjadikan hanya seramai 30 orang sahaja yang tinggal di maahad. Apakan daya itu sahaja , baki yang ada dari seramai 69 orang calon STAM. Nak buat macam mana, takkan mahu paksa panggil balik mahad..biarlah, masing-masingkan dah besar..dah boleh berfikir rasional..biarlah..lagipun, yang tinggal ni pun, masing-masing ada yang separuh hati, nak join atau tidak..atau lebih spesifik lagi bolehlah dikatakan rela dalam terpaksa mengikuti program Nadwah..huhu. namun, aku yakin, sebenarnya, inilah kelompok yang telah dipilih ALLAH untuk mendengar dan mengikuti Nadwah. amin. Moga-moga begitu, insyaallah.



Namun pun begitu, bilangan yang sedikit ini langsung tidak mematahkan semangat aku dan kawan-kawan lain untuk mengikuti Nadwah..biarlah badai bergelora datang melanda, biarlah angin taufan menggila, biarlah langit runtuh  menghempap bumi, aku masih tekal dan tetap di sini mengikuti program yang dianjurkan tanpa perasaan warawiri.insyaallah.  Cewah, ayat! hehe

Tidak mengapalah, semoga dengan usaha kami yang sedikit ini mampu menjadi anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik..amin..ahhh..teringat aku dengan kata-kata, Imam Hassan Al Banna, katanya " Tanggungjawab adalah  melebihi daripada masa yang kita!" Memang benar, aku sangat menyetujuinya, namun adalah lebih bermakna, disetiap waktu bekerja demi tanggungjawab yang tergalas di bahu di buat semata-mata teras yang satu, iaitu ikhlas kerana ALLAH..




Yea, sikap ikhlas adalah penting! walau pergi kemana-mana, atau buat amal ibadah sebanyak mungkin pun namun, jika tak de rasa ikhlas, maka habislah amalan. Terhapus dan terpadam PAHALA serta- merta dan sia-sia..Nauzubillah. Hum, mengimbau jejak-jejak program Nadwah, yang telah pun selesai ke penghujungnya, menjadikan aku sangat bersyukur dipilih ALLAH kerana berpeluang mengikuti program sebegini yang bersifat tarbiyah dan membentuk jiwa, ALHAMDULILAH.

Sesuai dengan namanya, Nadwah Duat, mengikuti program ini membuatkan betapa dalam hatiku, aku merindui sangat suasana tarbiyah semasa aku di edadi, , betapa suasana itu  aku ditarbiyah oleh para murabbi, iaitu para pendidik, kakak-kakak yang sepenuh hati mencurah ilmu, masa dan bakti kepada anak buah, sungguh betapa hatiku kepingin benar untuk mengikuti usrah dan membuat usrah seperti zaman itu..

Kini, kenangan hanya tinggal kenangan..detik waktu yang telah berlalu tidak mampu untuk diputar kembali. disebabkan hal itu,cepat-cepat aku menginsafi diri..walau betapa sibuknya kita dalam pelbagai kerja,,usrah mesti jadi keutamaa..mesti! wajib! wajib pada diri seorang insan yang nak jadi pendakwah atau daie..atau yang sedang membawa gerak kerja islam..

Wah, hebat bunyinya, macam poyo lagaknya, tapi itulah realitinya, untuk membawa dakwah sebagai sebaran kepada orang lain, kita wajib menyediakan diri kita kepada sesi ditarbiyah..perlu ada sikap sedia menerima dan memberi..barulah mantap! Usah sibuk untuk mentarbiyah kepada orang lain, tetapi bagi santapan rohani untuk diri langsung tiada. Oleh itu, di lembaran ini, aku ingin berkongsi dengan semua tentang ilmu yangku peroleh sepanjang mengikuti program..bak kata peribahasa arab, ilmu jika tidak diamalkan, samalah macam pokok yang tidak berbuah..

Pertamanya, usrah yang aku sebut dari tadi ialah ia adalah sebuah kumpulan yang bersifat ilmiah..ni ikut takrif sendiri la..ia juga bukannya bersikap statik..ia fleksibel, boleh bincang n wat pe je yang kita mahukan..macam berehlah, bersenam, berdiskusi n etc..dalam konsep usrah ini, secara tidak langsung kita akan lebih mengenali rakan atau ahli usrah dengan lebih mendalam lagi..sehinggakan, semua hal yang kecil dan remeh pun kita tahu tentang sahabat kita..Masyaallah,betapa kuatnya tautan mahabbah didalam usrah!

Sebagai bukti, yang paling, tidak boleh dilupakan, saat berkursus Bahasa Inggeris di tingkatan lima, ana menghadapi masalah kewangan yang cukup kritikal..lalu, tetiba, hadirlah seorang rakan usrahku, yangku kira sebenarnya dia juga sama sepertiku, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, telah menghulurkan bantuan kewangan semata--mata untuk aku dapat menghadiri kursus itu..betapa, aku sangat mensyukuri nikmat buah ukhwah yang terbina di dalam usrah.

Jika mahu diperluaskan konsepnya, usrah adalah salah satu cabang pentarbiyahan. ia adalah proses untuk membentuk hati, fizikal dan mental menjadi kuat. Kebal daripada sebarang godaan yang sama ada berbentuk zahir, iaitu duniawi atau batin, hawa nafsu..oleh hal yang demikian, kata Kak Mahsan juga, sebagai seorang pelajar kita juga perlu melazimi diri kita dengan 3 perkara iaitu, qiamulail, ilmu, dan dakwah..hal ini  sangat penting untuk memantapkan sentimen dalaman yang kuat..Lebih-lebih lagi, cabaran dunia yang semakin mencabar, menuntut lebih banyak kecekalan dalan kehidupan. Terutama diri ana yang semakin menginjak dewasa..terlalu banyak cabaran dan tribulasi mehnah yang harus ditempuhi!


Sahabta-sahabat, acap kali kita sering ditakutkan dalam berusrah. Ape dia? tiada waktu? Usah risau dengan waktu berusrah. Ia tidak semestinya padat, boleh jadi dalam 2 bulan sekali pun kita berusrah. Yang penting, mesti berusrah. Hal ini kerana, nabi juga sendiri berusrah. secara tak langsung, dengan berusrah, kita sebenarnya sedang mengikut sunah nabi..namun itulah, sering kali kita selalu memikirkan, kita langsung tidak punya waktu berusrah, sedangkan itulah proses yang paling penting untuk memantapkan fizikal dan rohani diri..So, fikir semula..berusrahla!

Didalam kepadatan minda  aku dan kawan-kawan mencerna dan memadatkan dada dengan  pelbagai bahan santapan rohani, malamnya, iaitu pada malam sabtu, kami disajikan dengan forum, yang membincangkan tajuk Tarbiah vs Motivasi..saat  aku mendengar tajuknya, daripada saudari pengerusi majlis, terus tersentak hatiku..pe tidaknya, aku sendiri terlibat dalam motivasi, malah sangat aktif dalam memberi talks dan menganjurkan program. Namun, prinsip diri, jadilah gelas yang kosong membuatkan sikap inkuiri membuak-buak mahu mengetahui ilmu baharu..

Dengan penuh rasa rendah diri, aku mendengar dengan cermat isi perbincangan.Saat itu, ku rasakan bahawa seolah-olah, motivasi dideskriminasikan! Namun, aku bukanlah orang yang cepat melatah, aku tetap bersabar menanti butir bicara Ustaz Azman dan Ustaz Azlan. saat ada peluang untuk melontarkan pandangan, aku bertanya melepaskan rasa hati yang terpendam. Soalanku berbunyi, "ustaz, apakah motivasi ini tidak penting..habis, perlukah kita tinggalkan ia" nada suaraku berbaur sedih dan kecewa, namun aku tetap menggagahkan diri untuk mendengar jawapan mereka.

Jawapannya, " Saudari usah sedih dan kecewa, motivasi juga penting."  Namun, dalam hal ini, tarbiyah lebih lagi aula..ia sangat penting kerana sebelum mentarbiyah orang lain, diri sendiri perlulah ditarbiyah dahulu..ialah, mana mungkin, nak membawa kesedaran pada diri orang lain untuk Success, tapi rupanya diri sendiri x Success..kan dah payah!  Betul juga, hati nurani mengiakan..Seterusnya, motivasi adalah lebih banyak berbentuk kesedaran nilai diri dan ia bersifat jangka pendek..hal ini berbeza dengan tarbiyah, ia bersifat sampai mati! Pendekatannya  juga adalah lebih menyeluruh dan lebih berkala..justeru,adalah lebih baik sebelum kita mahu memotivasikan orang lain atau mahu mengajak diri orang lain ke arah kebaikan adalah penting untuk kita mempersiapkan diri untuk ditarbiyah dahulu..



That's it! Itulah jawapannya, aku mendengarnya dengan tekun..aku tak mahu kekusutan yang melanda tambah merumitkan keaadaan. Betapa, sebenarnya, dalam diam aku menyetujui kebenaran kata-kata mereka..sebelum mentarbiyah orang, pastikan diri mendapat tarbiyah dahulu..bak kata Ustaz Azlan, jika kita mentarbiyah orang sekali, pastikan kita sudah ditarbiyah tiga kali..hal ini penting agar  kita tidak akan mudah lupa diri selepas mentarbiyah orng lain..memang isunya, sangat menarik..tidak mampu ku jelaskan secara mendalam disini, kanku coretkan lagi di lembaran akan datang. namun ku mengharapkan, sentiasa berpositiflah dalam mendengar kalam bicaraku ini, walau ia mengguris hati, tersayat hati sebelah tepi, terluka di tengah-tengah..namun inilah kebenarannya..apa yang Ustaz Azman cakapkan ada benarnya..ada jujurnya..justeru, kita janganlah bersangka buruk dengan apa yang aku ceritakan sebentar tadi..Tidakku lupa, kepada semua ustaz dan ustazah lepasan Mesir, syukran kasira..jazakumullahu khairon kasiro..semoga Allah membalasnya!

Aku, hanya akan berpihak kepada kebenaran sahaja, yang buruk aku tinggalkan. kata-kata ustaz membuatkan aku sedikit makan dalam..huhu, kerana aku juga seorang yang bercita-cita menjadi seorang motivator,  Sebenarnya yang penting, bila nak buat program motivasi pun ia sudah selangkah ke arah dakwah..namun, ia hanyalah kecil jika dibandingkan dengan peranan tarbiyah. Oleh itu, ingatlah, walau apa pun, kita harus bercakap benar, walaupun pahit buat orang yang mendengarnya..macam aku! Namun, bersikap lapang dadalah apabila mendengar kerana ingat, kita masih dalam proses tarbiyah..perlu sentiasa diingatkan dan mengingatkan..lagipun, berdirinya islam atas dasar saling nasihat-menasihati..wajarlah kita bersikap lapang dada dalam menerima sebarang teguran..kerana itu adalah teguran yang sangat membina jati diri..syukran ustaz, jasamu dalam memberi kesedaran ilmiah kepada kami akanku pahat dan semat jauh dalam ke dasar hati agar nanti menjadi bekalan taqwa untuk masa hadapan..amin..Pesan ustaz, ustaz bukan memboikot mana-mana program yang berbentuk motivasi cuma, ustaz mahu memperbetulkan penyataan insan tentang definisi motivasi dan tarbiyah..kerana ramai yang berpendapat motivasi juga adalah tarbiyah.Tidak, ia sebenarnya hanyalah cabang dakwah sahaja..itu sahaja..moga kalian juga membetulkan pemikiran kalian!

Akhir kalam, aku memohon maaf, andai bicara bisuku mengguris hati mana- mana pihak..langsung tidak aku terniat melukakan hati sesiapapun..cuma, aku hanya ingin berkongsi suatu ilmu baharu yang aku temui..kerana kelak aku tak mahu disoal di hari kiamat oleh Yang Maha Berkuasa, mengapa kau sorokkan kebenaran dari mereka? Aku tak mahu kalam bisu, manjadi jawapan..sebab itu, kebenaran harus dikatakan juga.. Sebagai renungan,
Firman ALLAH, dalam Kalamullahnya, "Dan berilah peringatan, sesungguhnya engkau wahai muhammad sebagai jurupemberi ingat..." Surah Al- Ghasiah ayat 21.

Sekian, terima kasih membaca entriku..

2 comments:

  1. Saya suka membaca entri anda pada kali ini,,tersangat tersentuh hati,tersangat memberikan peringatan,kerna aku jua sedang memikirkan hal itu..terima kasih sahabat.~sayang ukhti fillah~

    ReplyDelete
  2. elakkan entri yang terlalu panjang..apa pun satu post yg menarik..teruskan istiqamah..More you gift..more you get..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...