Assalamualaikum, kepada pembaca setia entriku..
Pagi ini, Cik Qalam nak berkongsi dengan pengunjung blog tentang pe yang Cik Qalam buat sepanjang seminngu Cik Qalam..he, he..
Pertamanya, bermula sahaja, 1 Mac sehinnga 3 Mac, Cik Qalam ke P.D.I. atau nama penuhnya, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi. Seawal jam 7.15 pagi, Cik Qalam telah bertolak dari Pasir Besar.untuk pengetahuan semua, rumah Cik Qalam agak jauh daripada jalan raya, ditambah dengan Cik Qalam yang tak reti bawa motor atau pe pun kenderaan melainkan BASIKAL dan KERETA MAINAN...hehehe, jadi, Cik Qalam kenalah menapak untuk jalan kaki ke jalan besar..
Nak jadi cerita, Cik Qalam pun menapak jalan kaki sengsorang..penat? letih? x payah cakap la..tapi, saat itu, Cik Qalam rasa ALLAH sedang menguji sejauh mana keihklasan diri untuk pergi berkhidmat untuk masyarakat. tengah on the waya\ jalan kaki dan sambil melayan perasaan, beserta kayuhan kaki yang yang laju, tetibe, bantuan diperjalanan sampai..ALHAMDULILAH..seorang mak cik menawarkan khidmat menghantarku ke jalan besar..:) lihat, ALLAH memermudahkan urusan hambaNya..
Setibenya Cik Qalam ke P.D.I..
"Assalamualaikum, dimana saya boleh tahu tempat untuk mendaftar sebagai fasi untuk program Saudara Baru?".lalu, dengan segera Cik Qalam di suruh berehat sebentar menunggu Ustaz Nirwan..yelah, dahlah begku, berisi 4Kilo...hu3pe tidaknya, dia suruh berehat..hehehhe ..sewaktu menunggu, Cik Qalam melihat ramai peserta terdiri dalam kalangan India, Cina, Iban, Kadazan, Filipina, Thailand, Myannmar.MasyaALLAH! Subhanllah!Tau nape Cik Qalam cakap begitu? Inilah kali pertama,Cik Qalam diberi kepercayaan oleh Unit Ukhuwah P.D.I untuk mengendalikan program SaudarA Baru..
Pada anggaran Cik Qalam, Saudara Baru yang hadir adalah seramai 53 orang..menurut pihak urusetia, jarang-jarang angka peserta baharu yang hadir menjangkau seramai ini..sesungguhnya, ramai ke sedikit ke bilangannya, kami perlu juga meneruskan tugas sebagai FASILITATOR..atau sebagai PEMBIMBING...:)
Sebagai perkongsian, bukan mudah untuk membimbing mereka..sementelahan lagi, mereka tidak mahir atau tak reti langsung dalan menulis jawi atau bertutur dalam bahasa arab..oleh itu, kami sebagai fasi haruslah bijak mengawal emosi dalam membimbing mereka..Selain itu, kami juga perlu menterjemahkan semua bacaan yang niat agar mudah difahami..
Tugas kami sepanjang 3 hari 2 malam bukanlah mudah..berhadapan dengan Saudara Baru menuntut kekuatan spiritual yang sangat tinggi..hal ini kerana, mereka seperti bayi yang baharu lahir...ibarat kain putih.kitalah yang harus mencorakkannya..sama ada menjadi warna kuning, biru atau hitam..cantik cantingnya, jadilah batik yang indah..bahkan bermanfaat kepada orang lain..tpi!!! jika salah corak jadilah ia seperti baju tak siap corak..
Oleh hal yang demikian, apabila Cik Qalam diberi amanah untuk menjadi fasi bagi Saudara Baru, Cik Qalam rasa sangat bersyukur dan bertuah..selain tambah pengalaman, Cik Qalam juga dapat mempelajari pelbagai perkara.sangat indah..:) Di P.D.I, barulah Cik Qalam tahu, untuk menjadi pendakwah, kita mesti belajar menguasai pelbagai bahasa. Iyelah, cube fikirkan bagaimana kita, seorang daie nak sebarkan islam tapi dia hanya tahu satu bahasa..sangat rugi.Teruja Cik Qalam nak cerita satu kisah, kisah seorang mufti dan seorang paderi
Ketika itu, seorang mufti sedang duduk dalam sebuah majlis keramaian..duduk di sebelahnya, adalah seorang paderi kristian..bayangkan, yang si mufti hanya mampu tersenyum, begitu juga si paderi.namun dalam fikiran masing-masing, si paderi cube untuk mengkristiankan islam, dan si mufti cube mengislamkan paderi..namin, tiada langkah yang mampu diambil..kedua-duanya hanya tahu satu bahasa,.cube bayangkan seandainya, seorang mufti itu mampu berhujah dan bertutur dalam bahasa inggeris, tentu sahaja, beliau dapat mengislamkan sang paderi tersebut. huhu...sayang + rugi +sedih!
Untuk pengetahuan kalian, ahli kumpulanku terdiri dalam lingkungan umur 23 tahun sehinnga 27 tahun, kebanyakkan daripada mereka adalah orang Iban, Kadazan, Indonesia, Cina,Myanmar dan India. Sukenya Cik Qalam nak kongsi, tentang saudara baru dari Myanmar..memang mencabar..tau mencabar nape? coz Cik Qalam kena speaking dengan dia..aduhai..memang insaf betul rasanya! huhuh. Cik Qalam dah la Band 2 je MUET, jadi agak-agaknya kalian boleh bayangkan tak cam ne Cik Qalam cakap..huhu..tapi, jangan salah faham tau...Cik Qalam selalu je tanya dia, " ....Ayu Raudhah, could u understand what i'm talked to u? " n she alwaz say, "Yes, Ustazah"..power tak? huhuu:)
Selain itu, setiap fasi juga perlu menjadi M.C untuk setiap kali majlis ceramah..disebabkan Cik Qalam paling muda n paling comel..hehehehe..Cik Qalam kenala jadi M.C..so, pelajaran kedua, Cik Qalam kena mempersiapkan diri untuk bertutur di khalayak ramai..kali pertama Cik Qalam perkenalkan diri, Cik Qalam terus ajar mereka senyum satu, dua, tiga..hehehe...paling best, usai je Cik Qalam wat macam tu semua, Cik Qalam dapat penghargaan terima kasih, daripada seorang saudara baru..pak cik india yang sudah berusia..tapi, sangat peramah..:) disebabkan Cik Qalam yang perkenalkan senyum 1, 2, 3.. Cik Qalam pergi ne2...sume peserta yang hadir, sume suke senyum kat Cik Qalam..bahagianya...:) tgk, THE POWER OF SMILE... bayangkan, sampai bile muke Cik Qalam monyok, mereka pula yang ajar Cik Qalam..aiwahh..ni sape guru ni? hehehhhe..terus ilang muke monyok kedut tahap lapan belas..huhuhu..
Sebenarnya, terlalu banyak untuk dikongsi, tapi nanti dulu lah, ada free...Cik Qalam tulis lagi..huhuh
uJIAN itu
Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. DIA mahu menguji hambaNYA supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya..
Dan aku tertanya.
Kenapa aku tidak pernah diuji dengan segala cabaran yang aku lihat terpaksa dipikul oleh orang lain? Lupakah Allah kepada aku?
Atau Allah sudah tidak sayang kepada aku?
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah 'minta' dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini? Setiap perkara yang berlaku, baik mahupun buruk, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini,
mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya..
~Tips panjang UMur~
Ini adalah salah satu tips panjang umur bagi umat islam. Ia adalah tips yang melibatkan konsep 'give and take' dimana anda perlu memberi atau membayar dahulu dan akan memperoleh keuntungannya kemudian.
Ia bukan skim cepat kaya atau ajaran sesat. Ia adalah aturan Allah untuk amalan mulia hambanya.
Setiap hari selepas solat, kita biasanya akan berdoa. Selalunya kita akan berdoa untuk diri dan keluarga. Antara doa yang popular ialah doa kesejahteraan dunia akhirat dan dijauhkan sanak-saudara dari azab kubur
.
Ada doa yang mendoakan muslimin dan muslimat dijauhkan dari azab kubur. Sebenarnya inilah doa yang perlu anda laburkan untuk mendapat kembali pulangan pelaburan daripada ahli kubur selepas tempoh tertentu.
Kita tahu bahawa doa yang cepat sampai ialah doa dari anak kepada orang tua dan doa daripada darah daging sendiri.
Doa daripada orang luar kepada kita agak lambat sampai ke dalam 'registry'. Ini bukannya masalah 'software' atau 'server' di langit yang lembab, tetapi ini adalah 'system' yang telah ditetapkan oleh Allah.
Pertalian darah itu memberikan kelebihan kepada ketangkasan proses doa untuk sampai ke langit.
Demikianlah 'system' Allah supaya kita mendidik anak-anak dan ahli keluarga menjadi orang yang beriman kerana apabila mereka memahami agama, dan sentiasa mendoakan kita, maka itulah ubat kepada kita di alam barzakh nanti
.
Maka amat rugi bagi mereka yang lalai mendekatkan keluarga dengan agama.
Ketika manusia disiksa di alam kubur, maka malaikat tiba-tiba berhenti daripada menjalankan tugasnya.
Maka terpinga-pinga dan terkulat-kulat muslimin dan muslimat yang sedang menjalani siksa kubur dan tertanya-tanya, "Wahai Malaikat, mengapa terberhenti siksaan tersebut?"
Lalu malaikat menjawab, "satu mesej baru sahaja tiba, bulan lepas si Abu ada mendoakan supaya siksaan kubur orang kampungnya dikurangkan. Jadi, tuhan sudah 'approve' dan kami beri kamu rehat 3 hari dari siksaan kubur. Selamat berehat".
Demikianlah ilustrasi yang agaknya berlaku di alam kubur tetapi konsepnya adalah sebegitu.
Maka disini, muslimin dan muslimat yang disiksa itu terus memanjatkan doa supaya si Abu tadi dipanjangkan umur kalau boleh sehingga hari kiamat kerana doa-doanya akan meringankan siksa kubur muslimin dan muslimat yang beruntung memperoleh dari kerajinan ibadat dan doanya.
Demikianlah kita kalau rajin mendoakan ayah ibu dan sanak saudara yang telah pergi agar dijauhkan dari siksa kubur.
Ketahuilah mereka akan sentiasa mendoakan, semoga kita dipanjangkan umur agar kita terus menyumbang doa lagi kepada mereka dimasa mendatang.
Kemudian didoakan semoga murah rezeki supaya kita ada lebih masa untuk beribadat dan berdoa untuk mereka. Ketahuilah azab kubur itu amat berat.
Mereka akan sentiasa mahukan tiket pelepasan dari azab ini. Beruntung ibu dan ayah kepada anak yang soleh dan solehah. Beruntunglah mereka yang mendidik kelaurga dan keturunan ke jalan Allah.
Inilah tips bagaimana kita inginkan orang mendoakan kita supaya panjang umur dan murah rezeki.
Bayangkan kalau setiap hari kita mendoakan seluruh muslimin dan muslimat semoga diringankan azab kubur. Sekiranya doa kita sampai, berjuta dan berbilion daripada mereka mendoakan kita.
Ini bukanlah kisah atau cereka. Ia juga bukan cerita atau jenaka. Ia adalah perkara di dalam kitab yang mana dihuraikan untuk kefahaman yang mudah.
Maka janganlah membuang masa dan jadikanlah ia amalan. Insyallah mendapat berkat dengan meyakini agama yang satu ini. Wallahua'lam.
Biasa Yang Berbisa
Kelihatan seekor kala jengking berdiri di tebing sungai. Ingin menyeberang ke tebing sebelah sana. Lalu, ia meminta katak membawanya ke tebing seberang sana.
"Bagaimana aku yakin kau tidak akan menyengat aku?" Tanya katak.
"Kerana aku akan lemas kalau aku menyengat engkau," jawab kala jengking.
Ada benarnya kata-kata kala jengking itu, lalu katak membenarkan kala jengking memanjat ke belakangnya. Dan katak pun berenang.
Sampai di pertengahan sungai, kala jengking menyengat belakang si katak. Sebelum kedua-duanya lemas, sempat katak bertanya, "tapi kenapa?"
"Biasa lah," jawab kala jengking. Dan kedua-duanya mati lemas, di tengah sungai.
Biasa buat? Bisa buat?
Banyak benda biasa, yang mana bila kita biasakan, boleh menjadi bisa yang akhirnya membunuh diri kita. Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Ibnu Rajab al-Hanbali dan Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab mereka Tazkiyatun Nufuz wa Tarbiyatuha kama yuqarrirruhu Ulama As Salaf menuliskan terdapat empat racun hati yang paling biasa dilakukan, tetapi mempunyai kesan besar kepada hati, iaitu banyak berbicara, pemandangan yang tidak dijaga, terlalu banyak makan dan banyak bergaul dengan sembarangan orang.
Abu Hurairah berkata, hati adalah raja anggota tubuh. Dan anggota tubuh adalah para perajuritnya. Apabila raja baik, maka baik lah para perajuritnya. Dan apabila raja busuk, maka busuk lah para perajuritnya.
"Biasalah!"
Selalu kita dengar orang beralasan dengan alasan 'biasa' bila ditegur tentang sesuatu. "Biasalah. Doktor hisap rokok, ustaz-ustaz pun hisap rokok," itulah jawapan bila ditanya kenapa merokok.
"Alah, lewat sikit saja, bukan tak datang langsung pun. Biasalah, kita kan orang Melayu," respon bila digesa untuk tidak datang lewat.
Apa masalah sebenar?
Masalah doktor atau ustaz juga hisap rokok, atau masalah dilahirkan sebagai orang Melayu (baca: salah ibu mengandung)?
Atau ini sebenarnya masalah sikap?
Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad, ayat 11 yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".
Ayat ini benar. Bila kita mengubah sikap kita terhadap masa, kerja, orang sekeliling, wang, ilmu dan sebagainya, kita sebenarnya sedang memperbaik kejayaan kita.
Tetapi, bolehkah kita mengubah sikap, tanpa terlebih dahulu menjaga hati kita?
Fikir dengan akal, tilik pakai hati.
- Artikel iluvislam.com
~mAHAR cINTA~
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu...
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji...
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap...
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu...
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji...
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap...
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya...
Secuit rasa, sejuta makna:)
Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum W.B.R.
Salam penuh kasih sayang pada semua yang mengunjungi tinta kalam bisu saya. Salam cebisan Qatrunnada juga buat semua yang mengenali diri Cik Qalam.
Alhamdulilah, dengan segala puji-pujian, ku tujukan khas buat penciptaku, alam semesta, makhluk, tumbuh-tumbuhan, dan alam sejagat..Ya ALLAH, Alhamdulilah segala puji-pujian buatMu. Sungguh aku jadi rindu pada untaian madah ayat-ayat cinta dariMu..Ya ALLAH, saatku membelek Gunung Emasku, manik-manik halus mula membasahi pipiku..aduhai, mata..mengapa ini? aduhai air mata, mengapa kau tiba-tiba mengalir?
Ya ALLAH, hatiku meronta-ronta mahu mentadabbur Ayat-ayat CintaMu..hatiku berselawat, moga2 hatiku yang berkocak ini, bisa ditenangkan dangan untaian madah PuisiMU..Lantas, surah Al Insyirah menjadi sasaranku..Ya Allah, tenangkan hatiku..Ya ALLAH, janganlah Kau palingkan hatiku daripada berpaling darimu sesudah Kau campakkan hidayah..Ya ALLAH,ampunkan dosa-dosaku, banyaknya dosaku sampaikan ku rasakan x terkira dan x tercukup tanganku menadah ampun dariMu..
Ya ALLAH, ampunkan dosaku..Sesungguhnya dengan mengingati ayat2 nYA, hati akan menjadi tenang..Ya ALLAH, ampunkn dosaku..amin..jujurnya, aku tidak mahu dan x mampu nak menulis banyak, cukuplah, puisiku ini menceritakan segalanya..:) Ya ALLAH, TERIMALAH..
Hati..
sangat payah untuk mentafsir
dan ditafsir..
hati..
ada banyak rungkainya,
ada banyak cabangnya,
hakikatnya,
dari hati,
kesemua amalan akan dihitung,
hati juga,
seketul darah,
wajib dijaga sebaiknya,
jika elok hatinya...
sempurnalah semua anggotanya,
tapi!!!
jika hati tak elok..
kesemuanya busuk,
sebusuk hatinya,
sehitam hatinya..
seteruk-teruknya..
astargfirullah..
masyaallah,
subhannallah..
masih adakah ruang untuk hati berubah?
ada!
bertaubatlah..
sesudah menyesali ,
mohonlah ampun,
bertekadlah untuk tidak mengulanginya..
Ya ALLAH..
Janganlah kau palingkan hati kami ke arah keburukan...
setelah kau campakkan hidayah dan iman dalam hati kami...
sesungguhnya,
kami selalu meninnggalkanmu,
tpi Mu Ya ALLAH..
Selalu ada saat kami ,
susah, senang, sedih, bahagia..
tapi kami?
ALLAH..
Ampuni dosa2 kami..
tidak pernahku rasa terhimpit begini..
selalu melebihkan manusia, harta benda, hawa nafsu..etc..
DariMu!!
betapa diri ini alpa padaMu..
betapa diri ini perlukan Mu untuk terus bernafas,
perlukan diriMu untuk terus menggagahkan diri bernyawa di dunia..
betapa aku membuntukan hatiku bersalut keimanan dan ketaqwaan...
Semata untuk terus menghambakan diri pada penciptaku..
Khusus untuk Mu, Ya RABBI..
hatiku menangis..
wasalam..
Aku ingin Mencintai Mu, Tuhan..
Aku Ingin Mencintai-Mu
Album : Muhasabah cinta
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com
Munsyid : Edcouctic
http://liriknasyid.com
Tuhan betapa aku malu atas semua yang Kau beri padahal diriku terlalu sering membuatMU
kecewa
entah mungkin karna ku terlena sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku
kembali
dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU
reff:aku ingin mencintaiMU
setulusnya,sebenar-benar aku cinta
dalam do'a dalam ucapan dalam setiap langkahku
aku ingin mendekatiMU selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi
Subscribe to:
Posts (Atom)
