Awak itu kejam

Benar kata pepatah, kerana mulut, badan binasa.

Kerana mulut, saudara menjadi musuh,
kawan menjadi lawan,
abang menjadi sawan, 
adik menjadi abang.

Sebab itu nabi pesan, jika tidak dapat bercakap yang baik, maka diamlah.

Hari ini, aku benar-benar menyaksikan sebuah keluarga yang harmoni dan aman, berakhir dengan kepincangan hanya kerana kata nista mulut.
Sudah tentu, aku rasa sangat sedih. Saudara yang aku sangat sanjung bertukar sikap dan arah kerana harta pusaka.

Tambah menyakitkan, apabila ibuku yang menjadi pentadbir, di tuduh pecah amanah dan makan harta arwah wan dan atok.

Aku berdoa semoga awak-awak yang baik sangat dalam menjaga harta tadbir itu di beri balasan yang setimpal oleh Allah kerana memfitnah ibuku.

Jika di ikutkan hati yang rajuk dan amarah yang membuak di hati, sudah lama aku menghembur dan menyakitkan hati mereka.

Cukuplah selama ini, sabar dan cekal aku terapkan dalam diri, kini semakin menjadi-jadi pula perangai saudara yang tidak sedar diri ini.. mahu saja aku pm sorang sorang, tapi mak melarang aku melakukan begitu.

Tak sangka apabila kita berdiam diri, kita di perkotak katikkan oleh orang yang jahat hati dan dengki diri. aku sendiri tak menyangka mereka biadap dengan kakak mereka yang telah selama ni menjalankan kewajiban mereka.

arwah wan dan atok, tengoklah bagaimana anak-anak atok dan wan buat dekat mak, sampai hati mereka tuduh mak macam-mcam..padahal, maklah dulu yang di balun oleh wan dan tok sebab  nak siapkan adik-adik. tapi bila adik-adik dah besar, semuanya membuat keji pada mak.


Aku berdoa semoga mak sentiasa tabah dan cekal hati dan aku berdoa semoga segala pelaku jahat ini di balas Allah secepat mungkin kerana memfitnah mak. kau sahaja sebaik baik penolong, semoga Allah membuka pintu hati mereka dan satukan lah hati mereka semua adik beradik.


dan , janganlah jadikan kami adik beradik ini bercerai berai dan bertelagah sesama sendiri. jadikanlah kami bersatu hati dan aman damai. dan janganlah kami mengulangi kesilapan orang-orang yang terdahulu. amin.




9 Ogos 2018

9 Ogos 2013, Sabtu, 5.27 petang, lahir seorang mujahid seberat 2.37kg dengan tiga kali teran di Hospital Kuala Pilah. Hujan yang turun renyai bertukar lebat seolah meraikan kedatangan ahli syurga kecil yang baharu lahir di dunia ini. Aku juga bertukar status dari seorang isteri kepada seorang ibu muda. 

Aku melahirkan anak di usia 23 tahun, suamiku pada waktu ialah seorang guru kafa dan aku adalah seorang pelajar yang masih melanjutkan pelajaran di Mesir. Tarikh ini juga bersamaan dengan 7 syawal bersamaan dengan hari raya aidilfitri yang pertama sekali aku sambut bersama suami.

Tengah malam 8 Ogos aku mulai sakit dengan perut yang sekejap-sekejap kejang hampir berulang sakitnya setiap satu jam sekali. aku mengadu pada mak, dan mak ajak aku terus ke hospital tetapi aku bagitahu mak, baru 36 minggu, xkan nak bersalin dah. haha! aku kemudiannya, baring di sisi suami dan bila sakit datang, aku ke tandas, mencangkung sebab aku fikir ini sakit perut. Bila dah rasa lega, aku akan baring dan bila sakit aku berulang kali ke tandas sehingga suami cakap, ayang nak bersalin ke?

Pagi itu aku masih solat subuh macam biasa, dan mak suruh aku mandi dan mak menyiapkan segala perkakas aku untuk di bawa ke hospital. mujurlah baju bayi, dan barang bayi dah memang ready dalam kereta so, pukul 8.15 pg, kami pun bergerak ke hospital pilah. anehnya, perut yang aku reasa sakit tu dah hilang...dan aku pun berjalan kaki tanpa wheelchair naik ke tempat dewan bersalin dan daftar diri sendiri.

di sebabkan aku muda dan juru rawat tgk aku macam xsakit, diorang pun rileks sahaja. lepas daftar, jururawat nak seluk bawah dan nak tengok bukaan.sebab aku pun rasa xsakit jadi, jururawat cakap baru 2 cm. tapi lepas kene seluk, peut jadi sakit ya amat dan bila jururawat check, yessza dah 5 cm....tiba-tiba mulai rasa takut nak bersalin.. jururawat suruh pi tukar baju dan bermaafan kat luar.

suami bagi minum susu, dan makan buah kurma tiga biji, minta maaf dengan mak dan suami dan aku pun masuk lr jam dua belas tengahhari. aku pikir proses bersalin ni kejap je, rupanya bila dah masuk tu, kena baring dan di pasangkan alat ctg dekat perut , sangat xselesa, di pecahkan air ketuban dan terbaring sambil ada nurse jaga kita perhati skala sakit nak teran.

walaupun, aku rasa sakit ya amat, tapi rupanya itu belom lagi rasa yang sebenar, kat pilah ni kita akan dengar ibu-ibu menjerit meneran, doktor berlari sana sini, jururawat yang tetiba garang xboleh nak bersabar,,dan macam mcam kerenah lagi.

perasaan takut, gementar,cemas semua ada, bila aku sakit aku tahan, aku xjerit sebb sebelum ni ada org kne jerit dengan nurse sebb menjerit-jerit. sampaikan ada doktor pikir aku bersalin, anak nombor tiga,hahahhahaa


selepas lama sangat menungggu, aku rasa ini adalah masanya, masa tu ada jururawat pelatih yang teman, aku ckap bayi mcam nak keluar ni, dia panggil sister, bila sister check xdelah dik. perasaan kamu je ni..tapi aku rasa sakit yang teramat sangat, macam nak teran, ada jururawat pelatih tgk mcam ada kepala, panggil sister lagi.. sister macam nak marah dengan jururawat pelatih ti, but since dia check, ohhh the hair, called the doctors!!!!

ntah mana mana doktor yang ceruk mana datang, nurse tetibe datang bagi pertolongan, dan aku sempat pesan suh panggi suami aku. dan aku pun teran kali pertama. masa nak teran kali kedua, aku masih tanya, mana suami saya , doktor...??

dan masa doktor nak jerit panggil nama suami aku, dia pun ada di tepi telinga aku, bisik apa kalimah Allah dan separuh bayi tgh otw..kali ketiga teran panjang dan memang sangatlah penat namun berbaloi, sudais pun lahir dan menangis..bila dia keluar, memang tangis gembira dan syukur mengiringi, alhmdulilah..suami aku pulak macam nak pengsan sebab tudung labuh berdarah penuh apapun smua selamat.alhmdulilh.

umi abi namakan kaamu, Muhammad Rizqin As Sudaisy Bin Zul Aimin, semoga kamu menjadi anak yang baik. nama sehebat syeikh sudaisy supaya esok kamu membesar jadi orang soleh yang beriman. aminn.

dan tak di nafikan juga sekarang pernagai dia, masyaAllah macam -macam sangat....hahahha, xperlah nak jadi cerdik, memang kena meneroka kan? huhu








Perasaan-

Lirik Perasaan - Sheryl Shazwanie

seringkali ku pandang tenang raut wajahmu
terasa seluruh raga larut dalam getar
nyatanya hatiku musnah menahan perasaan

entah berapa lama harus memendam rasa
bimbang keinginan hati hanya sisa mimpi
mampukah yang kuinginkan jadi kenyataan

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas di dalam hatiku sendiri

takdir cinta hadir tanpa diduga
akan ku arungi kesedihan ini

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri

ku insan tak sempurna yang inginkan kasihmu
tapi dapatkah kau terima aku berbanding dia
andai kau menolak cintaku biarlah aku simpan
perasaan ini darimu kemas didalam hatiku sendiri


*****************************************************************************

lirik lagu ini pernah ada kaitan dengan hidup aku satu ketika dahulu, aku pernah jadi macam watak ini, menunggu sesuatu yang tidak pasti akhirnya bukan milik aku.
Cuma, dalam kisah ini, apa yang di idami tercapai hasratnya...hasratku mati di tepi jalan...

Bukan semua yang kita mahu, kita akan dapat. Allah memberi apa yang kita perlukan di saat waktu yang sesuai dengan kita.

for u to know

Apabila kita berbicara tentang keturunan, berhati-hati. Apakah keturunan kita yang paling suci dan baik? Tidak.  Percakapan kita yang busuk dan menyakitkan hati itulah yang perlu di jaga dan di baiki.

Aku suka muhasabah diri sendiri, suka mengoreksi percakapan. Bertuturlah dengan berhati-hati. Kenanglah setiap butir bicara dengan teliti. Kerana mulut itu, badan binasa.

Aku juga pendosa. Aku juga tidak sempurna, segala kekurangan boleh ku terima jadi kenapa persoalkan kekurangan diriku yang serba kurang ini?

deep sighhhhhhhh......

Sakit itu kafarah dosa

Alhamdulilah, baru sehat daripada demam yang panjang. Demam yang sepanjang hampir seminggu aku hadapi, yang menyebabkan aku tak dapat bangun bekerja, menunaikan tanggunjawab aku sebagai ibu dan anak.

Sudah lama tidak demam, akhir sekali demam ialah pada hujung bulan 2017, semasa aku mahu menduduki peperiksaan PMR. Aku apabila demam, sangat lama dan mengambil masa untuk pulih. Mungkin sebab jarang sakit, jadi kalau sekali sakit tu, rehat time lama sangat.. memakan masa seminggu lamanya untuk sembuh. cuma, mujur kalini aku tidak di masukkan wad, walaupun di beri amaran beberapa kali oleh suami. haha

Apa-apun , menjadi ibu dan anda demam, itu rasanya macam perkara yang xbetul. sebab kita ada anak kecil yang masih menyusu badan, jadilah demam bertambah panjang. anak mahu mengempeng sahaja dan dengan dia-dia sekali jatuh demam. tapi, apabila dia dah sehat, aku hantar furqan ke rumah pengasuh.

Jadi, kat sini, tips aku nak bagi kepada ibu muda supaya, apabila anda demam tapi anda tetap dapat berehat.


  1. Hantar anak kepada orang yang kita percaya, supaya kita sendiri ada masa untuk berehat dari demam. Kalau perlu upah, bayar mereka.
  2. Mohon suami masakkan bubur untuk kita supaya kita ada benda nak makan bila kita seorang. macam aku yang pjj ni, aku minta tolong jasa baik mak, masakkan nasi untuk aku supaya adalah sedikit kekuatan nak meneruskan kehidupan.
  3. Positif dan banyakkan berehat. tido jelah tapi jangan lupa solat
  4. makan ubat dan mengikut saranan doktor. bantu diri sendiri sehat, sebelum bantu orng lain. kalau nak jaga anak, pastikan diri tu sehat dulu. kang xpasal-pasal stress
  5. waktu anak tidur, kita pun kena tidur, pedulikanlah segala mak nenek yang bersepah dan berterabur. esok dah sehat,kemaslah cantik bagai.

Sedikit motivasi dan pesanan :

Sakit itu penting supaya badan mampu memberi antibodi kepada badan dan menyihatkan kita. Sakit itu tandanya badan kita perlu rehat dan berehatlah secukupnya.

Benar, mungkin sebelum ni ada perkara yang kita buat, Allah suruh kita muhasabah supaya apabila kita dah sihat, kita tak mengulanginya lagi. contoh, tidur lewat malam, sambil main games? Eh, ahaha. Sila sedar diri sendiri, Allah bagi kita badan , tangan, kaki gunakanlah dengan baik. Gunakan secara maksima untuk kebaikan dan islam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...