Hadiah


Bismillahirahmanirahim,

Setinggi-tinggi ucapan syukur ku panjatkan kepada Allah SWT atas segala ujian yang memberi peluang buat kami sekeluarga. Alhamdulilah.

Jumaat,22 Dis, berakhirnya penantian suami yang kehilangan pekerjaan. Allah itu Maha mendengar DOA. Allah menjawab permintaan kami melalui jawapan SPA. Suami mendapat pekerjaan selepas hampir 2 bulan bercuti panjang. Iya, Allah tidak pernah menzalimi hamba, bahkan hambaNya selalu menzalimi diri sendiri.

Aku bersyukur atas segala limpah nikmat dan rahmat.Alhamdulilah. Kami bermula dari bawah sekali lagi akan tetapi orang islam tidak akan terjatuh pada lubang yang sama dua kali. Semoga pengalaman yang lepas mematangkan diri kami agar jangan mudah percaya pada kawan, dan lebih bersikap berhati-hati.

Namun, aku puji sikap suami yang selalu membantu orang lain walaupun dirinya selalu di ambil kesempatan oleh rakan sendiri. Allah tahu dan Maha Mengetahui. Biarlah Allah sahaja yang membalas pahala dan dosa. Kami redha, Ya Allah.

Sebenarnya, penguat yang terkuat adalah pasti emak. Jika emak tiada pasti kami akan lumpuh sehabis daya. Maklah yang memberi bantuan sokongan dan dorongan sabar dan tabah. Sokongan kewangan. Sokongan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Sokongan moral kerana tanpa semua sokongan ini pasti kami takkan bangkit dari kesusahan yang menyakitkan ini.

Semoga Allah memberi sebaik ganjaran pada emak dan ayah. Amin.

Aku sebagai isteri, sangatlah gembira dan bahagia. Aku lihat ada sinar bahagia pada wajah suamiku. Ada riang di hatinya meski selalunya wajah murung dan kusam sahaja. Menitis air mata ini apabila suami peroleh pekerjaan yang di hajati. Alhamdulilah

A little motivates to pounder

Hari Jumaat yang bahagia! Hari yang indah, hari yang di berkati Allah. Hari segala penghulu hari. Syukur alhamdulilah, Allah masih memberi nikmat hidup dan sihat.

Allah tak pernah menzalimi hambaNya, bahkan HambaNya lah yang selalu menzalimi dirinya sendiri. Subhanaka ini kuntu minazzholimin.

Aku mengawali pekerjaan hari ini dengan sedikit duka yang di panaskan syaitan, membuat aku kecewa duka sedikit, namun, aku bersikap positif dan tersenyum sahaja, Semoga hari yang baik-baik sahaja hari ini. InsyaALLAH aMIN.

Dah sebulan lebih aku bekerja, dan sebulan jugalah suami aku menghantar aku ke tempat kerja. Aku bersyukur, Allah memberi bantuan meski aku tak pandai bawa kereta. Mulai sekarang, aku harus belajar bawa kereta sendiri. Suapaya berdikari dan tidak menyusahkan orang lain. Suami memang boleh bawakan, tapi sampai bila aku harus bergantung? Allah mudahkanlah urusanku,amin

Syukur juga, bila dapat peluang berceramah balik dan berkursus sejak bekerja. Namun, desakan anak kecil yang menyusu badan, aku harus tinggalkan kursus, kerana tunggu  anak wean off dulu. Huhu. Inilah cabaran menyusukan anak dua tahun. Cayokkk, zaleha boleh!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...