Perdana Menteri Turki mengecam keras tindakan polis Mesir


Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum, dan Salam bahagia,

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam keras serangan polis Mesir terhadap penyokong presiden Dr Muhammad Mursi yang dilakukan di tengah bulan suci Ramadhan. Perkara ini disampaikannya dalam majlis berbuka puasa bersama syarikat pengusaha Turki.

“Kita melihat bahawa hati mereka sedikitpun tidak menjadi lebih baik, walaupun berada dalam bulan Ramadhan. Ketika kaum Muslimin sedang bersiap untuk sahur, sekali lagi serangan berlaku di Mesir. 200 orang telah gugur syahid. Setelah melanggar kehendak rakyat, mereka yang menggulingkan pemerintah kini membantai rakyat.

Rakyat Mesir sedang menunjukkan kehormatan mereka di hadapan kudeta tentera selama berminggu-minggu. Mereka tidak memiliki sebarang bom molotov ataupun senjata, mereka hanya memiliki kesabaran. Mereka melarang vandalisma. Apa yang tidak berlaku di negara kita sedang terjadi di Kaherah dan Iskandariah?

Rakyat menyeru para penguasa untuk mengakhiri rampasan kuasa dan mengembalikan kekuasaan kepada presiden pilihan mereka. Bukannya mahu mendengar aspirasi rakyat, para pelaku kudeta Mesir bertindak balas dengan mengirim para penjahat dengan senjata dan peluru. Anda tahu apa yang membuatkan saya sedih? Ketika 200 saudara-saudara saya dibunuh dan 5000 ribu lainnya tercedera, ada orang-orang (bebal) yang bersuka ria dengan bunga api di Medan Tahrir. Siapa orang-orang ini? Kita harus berwaspada dengan kejahatan seperti ini.

Dimana Eropah? Dimana Amerika? Dimana nilai-nilai Eropah itu? Mereka yang mengajar (kami) erti demokrasi, dimana demokrasi itu? Dimana PBB? Mereka yang berteriak marah ketika polis Turki menyembur air dan gas pemedih mata dengan cara yang dibenarkan undang-undang, dimana mereka setelah rampasan kuasa dan pembantaian berlaku di Mesir? Mereka yang memasang iklan di akhbar-akhbar (tentang buruknya HAM di Turki), ratusan orang telah dibantai semalam, Mengapa engkau buta? BCC dan CNN yang melaporkan berjam-jam demonstrasi rusuh di Istanbul, mengapa engkau tidak membuat liputan mengenai tragedi ini?

Dunia Muslim, saudara-saudara anda dibantai. Bila anda peduli? Kami lebih dari tahu siapa yang berada di sebalik rampasan kuasa ini. Kami ingin mereka semua segera berundur. Salam dari kami buat saudara-saudara kami yang berdiri tegak melawan kudeta dari Istanbul. Semoga Allah bersama rakyat Mesir…”

Sumber : Islamedia, AlJazeera



  • DEMOKRASI MESIR, KEMENANGAN UNTUK SEGELINTIR PENIPU BESAR.

    Al Quran memaparkan bahawa di Mesir tercipta sejarah kemunculan Fir’aun, raja yang memerintah kerajaan paling zalim dan penipu dalam sejarah dunia. Al Quran adalah kitab suci petunjuk sepanjang zaman, bukan sahaja hukumnya, termasuk juga ceritanya. Peristiwa terkini menjadi kenyataan yang berulang bahawa Al Quran adalah kalam Allah yang membawa petunjuk sepanjang zaman bukannya buku cerita.

    Berlaku terkini selepas Arab Spring, satu pendedahan bahawa peristiwa pertengahan abad dua puluh yang baru berlalu oleh buku berjudul : Inside The Muslim Brotherhood, karya bersama Dr Yusuf Nada dan Douglas Thompson, memaparkan kisah benar berlaku di tahun lima puluhan (26 Okt. 1954), apabila regim tentera di bawah pimpinan Presiden Gamal Abdul Nasir ingin mengatasi pengaruh Gerakan Ikhwan Muslimin yang menguasai rakyat kerana dakwah, tarbiyah dan aktiviti politik dan kemasyarakatan dalam tajuk Islam yang sempurna yang sangat adil terhadap semua. Walaupun adanya kerjasama yang baik dan aman oleh pihak Ikhwan dalam kerajaan bagi membuat perubahan selepas tentera mengambil alih kerajaan Mesir dan sehingga Ikhwan Muslimin bersama membebaskan Mesir daripada tentera British dan pembebasan Terusan Suez. Maka kerana takut dan dengki terhadap pengaruh Ikhwan di kalangan terbesar rakyat, maka satu drama bohong dilakonkan bagi mencipta tuduhan dan fitnah menyingkir Kumpulan Islam ini daripada bersama memimpin rakyat. 

    Setelah pemimpin pengasasnya Hasan Al Banna syahid ditembak mati oleh polis kerana terlibat melemahkan tentera Israel dalam perang 1948, langkah yang paling tidak disenangi oleh kuasa Barat dan Timur. Satu langkah diambil bagi menyingkirkan Hasan Al Banna dengan pembunuhan yang kejam itu, kerana jasanya yang baik, bukannya kerana dosa dan kesalahannya.

    Drama penipuan dilakonkan pula selepasnya, apabila Presiden Gamal Abdul Nasir yang berucap dipentas sambutan ulang tahun pengunduran tentera British diadakan di Medan Mansyiah bandar Iskandariyyah. Presiden Nasir dipakaikan terlebih dahulu dengan baju kalis peluru. Ketika sedang berucap, seorang ditugaskan untuk menembak ke arah yang tidak mengenai apa-apa sasaran. Apabila beberapa tembakan dilakukan menyebabkan khalayak yang berhimpun dalam keadaan huru hara. Presiden yang ditabalkan menjadi hero tampil semula ke hadapan mikrofon sambil mengangkat tangan menegaskan : “Sekiranya Gamal Abdul Nasir mati ditembak, maka seluruh rakyat Mesir adalah Gamal Abdul Nasir”. Tukang-tukang sorak yang dipasang disetiap penjuru berjaya membakar emosi rakyat yang hadir dengan kenderaan percuma dan media upahan mendukungnya di seluruh negara. 
    Selepasnya Ikhwan Muslimin dituduh terlibat dengan usaha membunuh Presiden hero yang gagah berani. Akhirnya ramai pemimpin dan pengikut yang ditangkap, dibicarakan dimahkamah lakonan dan ramai tokoh yang dihukum mati atau lama dipenjara sehingga dimakan usia setelah dibebaskan, walau pun mereka adalah kawan bersama pada mulanya namun diperlakukan apa sahaja kerana gila kuasa. 

    Penipuan besar yang sangat zalim ini didedahkan kepada umum oleh beberapa tokoh kerajaan Mesir setelah tua dan insaf sebelum meninggal dunia, di antaranya ialah Hasan Al Tihami mantan Ketua Perisikan di masa pemerintahan Presiden Gamal Abdul Nasir, juga penghubung dengan CIA, merangkap mantan Timbalan Perdana Menteri di zaman Presiden Anwar Sadat dan mantan Setiausaha Agung OIC. 

    Setiap yang membaca sejarah Mesir moden menyaksikan Fir’aun yang dipilih melalui pilihanraya juga, tetapi mesti menang 99% pengundi. Sehinggalah lakonan menipu didedahkan dengan berlakunya Arab Spring, apabila ledakan kebangkitan rakyat yang tidak boleh disekat, memaksa mantan Presiden Husni Mubarak daripada kalangan tentera diundurkan oleh gelombang kebangkitan rakyat yang tidak mampu dihalang. 

    Akhirnya Mesir memilih Demokrasi hak rakyat menjadi hakim yang adil, secara piliharaya yang adil juga, bebas dan telus, diperhatikan oleh pemantau dalam negeri dan luar negeri. Apabila pilihan raya diadakan, tiba-tiba kumpulan-kumpulan Islam mencapai kemenangan, mendapat kerusi terbesar dalam Majlis Perwakilan Rakyat dan Majlis Syura. Selepasnya semua kumpulan Islam dan kumpulan sekular sederhana bersama NGO mendukung calun Muhammad Mursi daripada Ikhwan Muslimin, sehingga berjaya ditabalkan menjadi Presiden pertama yang dipilih rakyat secara pilihanraya yang dipantau sepenuhnya. 

    Presiden Muhammad Mursi menunjukkan sikap yang paling terbuka dan tidak menyalahgunakan kuasanya untuk membalas dendam dan jauh sekali salah laku, sehingga disaksikan oleh seluruh rakyat. Langkahnya menubuhkan kerarajaan campuran Teknokrat, melibatkan ahli politik, pentadbir dan akademik, dari kalangan mereka yang bersih daripada salah laku kerajaan dahulu dan terdahulu. Tindakan mengatasi masalah tidak mudah, kerana masih dibebani saki baki kerajaan dahulu dan pentadbirannya daripada atas sehingga ke akar umbi. Masalah yang mencengkam rakyat dan kehidupannya sejak beraja dan republik, beberapa dekad tidak mungkin diselesaikan oleh manusia paling bijak dalam masa sehari dua atau setahun. 

    Terkini berlakulah peristiwa yang menjadi perhatian seluruh dunia, drama Firaun moden menyihir rakyat yang bodoh diulang lakonan dengan pelakon dan skrip yang berubah mengikut kehendak zaman dan penipunya. Presiden Muhammad Mursi dipecat oleh tentera dan parti-parti politik yang kalah pilihanraya, diangkat memerintah negara dengan kekerasan tentera. Sebelumnya Mahkamah yang masih dianggotai oleh tangan-tangan regim dahulu, membatalkan keahlian Majlis perwakilan Rakyat (Parlimen) sehingga keahliannya tidak mencukupi. Ahli-ahli politik parti-parti yang kalah pilihanraya yang gagal menggunakan politik wang walau pun dengan bantuan jentera kerajaan yang disalahgunakan gagal mencapai kemenangan dengan segala tipu dayanya. 
    Terdedah kepada umum betapa para pemimpin yang kalah pilihanraya menggunakan duit dengan bantuan negara serantau, menjadi khadam kepada negara yang masih bermusuh terhadap Islam, dengan semangat Islamofobia yang masih menghantui mereka, mengharamkan kumpulan Islam memimpin kerajaan walau pun melalui proses Demokrasi. 

    Drama dilakonkan dengan mengumpan dan mengupah supaya dilakonkan demonstrasi yang diizinkan oleh kerajaan pimpinan Dr Muhammad Mursi, dengan alasan beberapa masalah yang tidak mungkin selesai dengan cepat. Rakyat miskin yang bodoh digunakan dengan wang, khususnya penghuni kawasan setinggan, perkuburan dan kaki lima sejak zaman dahulu kerana kerajaan dahulu sengaja tidak menyelesaikannya, supaya mudah dibeli undi dan menjadi pengundi hantu. Disertakan dengan protes tanda tangan berpuluh juta rakyat yang sangat diragukan kesahihannya kerana buta huruf dan buta akal.

    Seterusnya digunakan saki baki angkatan tentera yang berpangkat tinggi, melakukan rampasan kuasa bertopengkan Demokrasi haram bagi membunuh Demokrasi yang sah melalui pungutan suara yang adil, semata-mata bagi menyingkirkan kumpulan berkuasa, tanpa mengira bencana buruk mungkin berlaku selepasnya sehingga perang saudara yang berlarutan bagi peluang keemasan kepada peniaga-peniaga senjata mendapat duit Arab jahiliyyah bersama Firaun baru di Mesir. 

    Keadaan buruk yang tidak harus diundang boleh berlaku, apabila pada asalnya kumpulan Islam radikal yang tidak feqah politik telah berjaya dipujuk oleh para ulama yang bijaksana di Mesir ikut menyertai amalan Demokrasi akan berkata bahawa Demokrasi tidak berguna lagi. Rakyat yang cintakan keamanan dan hak yang adil juga merasakan pintunya ditutup, maka beranggapan hanya kekerasan sahaja yang boleh memecahkannya. Kesannya, keseluruhan rantau dan negara barat menyokong drama yang zalim itu. Kebimbangan ini teryata apabila banyak kalangan negara barat dan pertubuhan hak asasi manusia mengutuk perkara yang berlaku, serta mendesak supaya Presiden Muhammad Mursi dibebaskan dan pilihanraya yang adil boleh diadakan semula dalam masa yang terdekat sekiranya tidak berpuashati terhadapnya. 

    PAS bersama dengan parti – parti Islam dan NGO Islam yang lahir bersama gerakan Islah dan tajidid menyokong protes aman mengikut amalan Demokrasi yang adil dan diikuti dengan pilihanraya bebas adalah terbaik bagi umat Islam menyelsaikan masalah mereka, kerana cara yang lain hanya mengundang mudarat yang lebih besar dan kesempatan kepada musuh negara dan umat. 

    PRESIDEN PAS
    28 Julai 2013

Aura white


Assalamualaikum,

Saja nak buat iklan, ^________^

"Wahh Cantiknyer ko sekarang..Licin cerah je kulit..Ko makan ape?? " 
--------------------------------------------
-Nak sanak saudara yang dah lama x jumpa tegur anda macam tu di Hari Raya ni??
-Nak Suami anda kembang-kuncup sebab ramai orang puji isteri dia??
-Nak rasa diri anda masih cantik rupanya kalo dijaga rapi??

Anda perlu mulakan sekarang.Aura White boleh membantu anda...Kecerahan seawal 7hari..paling ketara 2minggu  

Aura White juga memberi banyak manfaat kepada kesihatan
----------------------------------------------
20 KEBAIKKAN AURA WHITE

1)Kulit lebih Cantik & Anjal
2)Mengatasi Kedutan & Garis Halus
3)MenCERAHkan Kulit 50%
4)Kuatkan KUKU & RAMBUT
5)Hilangkan PARUT & SELULIT

6)Mengatasi JERAWAT & JERAGAT
7)Memulihkan Rekahan di Tumit Kaki
8)Awet Muda dalaman & Luaran
9)Mengatasi Sakit Sendi
10)Mengandungi Prebiotik & 5x stem sel

11)Sesuai untuk IBU MENGANDUNG
12)Meningkatkan Pengeluaran SUSU IBU
13)Memberi Tenaga yang Optimum
14)Kurangkan Kolestrol
15)Kuatkan Sistem Imunisasi Badan

16)Membuang Toksik dalam badan
17)Antiokisidan yang tinggi
18)Tingkatkan KUALITI TIDUR
19)KURANGkan KOLESTROL
20)Sesuai untuk LELAKI & WANITA

Mengandungi Tilapia Collagen,L -Glutathione, Vitamin C, Hyaluronic Acid dan bahan semulajadi yang lain seperti Tomato Stem sell, Epal Stem sell, Rosella stem sell, Lemon, Turnip, Strawberi, Maquiberi, Papaya, Sarang Burung SESUAI UNTUK LELAKI DAN WANITA

KECANTIKKAN ANDA KEPUASAN KAMI

Bertindak SEKARANG sebelum terlambat.Untuk order PM kami di sini:
https://www.facebook.com/messages/AuraWhiteTulen

atau

Taip 'AWJ' dan SMS ke no 013-72451oo sekarang. Pelbagai FREE Gift menanti anda

p/s: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KESAN NEGATIF YANG ANDA HADAPI DENGAN MEMBELI AW TIRUAN


Note : Ni ayat copypaste ja, tak tahu nape nak promosi benda alah ini, tapi saya sedang berusaha untuk kalian mendapat yang terbaik..

Saya bukan dealer, saya just customer :) Salam ramadhan.

Moga Allah redha usaha kita semua. Amin. Insyaallah.

Ramadhan 17


Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum dan Selamat berbahagia semua,

Hari ini sudah 17 ramadhan, alhamdulilah, means ada 13 hari baki lagi nak Syawal. Means, ramadhan pun dah nak habis..Means, sedih..sebab ramadhan sudah hampir hilang...

Ramadhan kali ini, sangat berbeza dengan ramadhan sebelumnya kerana tahun ini, terlalu banyak peristiwa baharu yang membuka lembar baru menjadikan ramadhan kali ini terasa lebih semangat dan ceria.

Namun pun begitu, ramdhan kali ini tetap masih sama di Malaysia, bukan di Mesir..Ok, rugi +____+

Bila ingat balik, 17 ramadhan adalah tarikh nuzul quran. Semua orang tahu, sampaikan dapat cuti gitu. Tapi, bila tanya apa itu nuzul quran, semua nganga besar-besar melopong lopong, sedihhh +___+

Sedikit je nak tulis nuzul quran tu apa? Nuzul dari perkataan bahasa arab, na za la, yang bermaksud turun, dan nuzul itu adalah masdar bagi  na za la. Jadi, dalam bahasa melayu kita cakap penurunan. Al Quran ialah kitab suci Allah. So maknanya hari penurunan al quran.. Tapi tuan puan, cik puan dan cik-cik sekalian, perlulah di ingatkan, Al quran dahulu bukan turun sekali gus, debuk, ok, siap...

Tidak...tuan-tuan dan puan-puan, Al QURAN di turunkan secara berperingkat..Supaya memudahkan para sahabat memahami isi kandungan al quran dan senang untuk menghafaznya. Selain itu juga, untuk mengelakkan al quran bercampur dengan syair arab yang banyak..

Kerana kita tahu, semua nabi diturunkan kepada kaumnya sesuai dengan kehebatan zamannya, sebagai contoh,

Nabi Musa di utuskan kepada kaumnya yang mahir seni sihir daln ilmu-ilmu ajaib, oleh itu, Allah mengurniakan mukjizat tongkat nabi Musa yng boleh bertukar menjadi ular memakan semua tongkat-tongkat ahli sihir pada zaman firaun.

Manakala, Nabi Muhammad pula di utuskan kepada umat jahiliyah yang telah lupa Allah dan kebenaran, Lantas lidah-lidah mereka hebat dalam seni syair dan bidasan, lantas Allah turunkan Al quran, mengatasi kehebatan semua para pensyair pada zaman itu. Sebab itulah, kita mendapati Al Quran , di dalamnya kata-kata Allah yang sangat indah, iramanya yang sama, dan terasa khusyuk apabila mentadaburnya, sehinggakan kehebatan Al Quran itu tiada tandingan dengan yang lain.

Hebat kan Allah? Allah tidak pernah mencipta semua makhluknya secara sia-sia. Hatta nyamuk yang selalu menyedut darah kita secara curi-curi dan kita pun selalu mengamuk marah-marah pada ia. Sedangkan, Allah muliakan nyamuk dengan memasuki  telingan Raja Namrud dan mengakibatkan Raja Namrud mati. 

Lihat, bagaimana Allah mencipta nyamuk secara tidak sia-sia. Oleh itu, buka hatilah untuk menerima kebaikan dan memerhati keindahan dan ciptaan Allah. Dan...nyamuk itu tidak berdosa..sebab memang dah Allah perintahkan ia hisap darah kita, kita yang marah-marah, emo-emo nyamuk gigit tu, marah nyamuk ke? atau marah pada penciptanya? Ahhaha...jawab sendiri ya?

Hari ini, hari yang sangat penat juga, sebab mak terlampau eksited kemas rumah, cuci tingkap, lap meja, basuh langsir, basuh kipas, wah penat. Tapi setting balik, ini semua pahala..pahala...So, buatlah je, teringat pesan kawan-kawan dulu, antara sibuk-sibuk tadarus quran dengan bantu mak, aulakanlah bantu mak, sekurangnya mana tahu, pahala tolong mak itu lagi banyak dari baca quran? Allah knows better;) Berlapang dadalah..

Untuk habaib saya,  Nusaibah Ramli yang berada di Yaman, doakan ana ye dapat najah cemerlang sama-sama dapat naik tahun dan berstudy group sama-sama macam sem 1 dan sem 2. Rindu tunggu ukht.. Moga ukht selamat dan kongsi ilmu dengan ana nanti kat Mesir. Cemburu dengan Nusaibah sebab cuti musim panas ni, dia, abang, kakak dan adiknya pergi ke Yaman dan tak pulang ke Malaysia. Rindu +___+

Untuk Kak Wama, saya harap kakak baca post entri ini, sebab saya rindu dengan Kak Wama! Doakan saya tau. Kak Nawwar, jaga diri tau, doakan kita najah sama-sama. Allahuma aamin. Kak syeila dan Kak Masyi, moga anda tabah di sana, jaga diri baik-baik tau!

Atiqah yang di rindui, moga ukht baik2 juga. Jaga Ruwaidah elok-elok, sayang Atiqah. Dia sahabat yang sama-sama kongsi kertas soalan, call lama-lama semata-mata sebab xdapat datang studygrup. Orang hebatlah katakan, masanya terisi dengan kerja-kerja islam. Dan sayang Atiqah sangat, terlampau bnyak saya belajar dari kalian semua:")

Syueku sayang, saja sebut last, sebab anda lah habibati saya sampai bila-bila. walau jauh di mata tetap dekat di hati, tahun ni tak datang kot rumah Farah, sebab Syue takde..Seganlah nak turun Seremban..Syue, saya tahu awak najah. Mabruk!!! Begitu juga Athirah, tiba-tiba dapat mesej dari Tirah, terharu dengar dia cakap dia najah. Tahniah, kawan-kawan. Buat Ramizah juga, sayang kalian semua!!!!!

Sengaja menulis dalam blog, saya tahu kalian baca, saya tahu kalian rindu pada saya, tapi saya lagi rindu sanagt denga kalian. Tolong doakan hati ini tsabat di jalanNya. Doakan ukhwah kita terikat padu dan erat. Ku harapkan ukhwah kekal hingga ke syurgha. Dan, beginilah rasa rindu. Mencengkam hati, menusuk sukma. Sayang kalian sangat.

Sampai sini sahaja. Moga Allah redha usaha kita semua, Amin.

~ Peringatan ~

Bismillahirrahmanirrahim,



Dan apabila sedang sibuk-sibuk memasak untuk ramadhan yang bakal tiba, adik yang sedang guna laptop saya pun cakap,

Kak, laptop kau dah xleh bukak..and the rest is history! Aduhai, memang ujian di bulan puasa..

Buat laptop yang telah berdedikasi selama hampir lima tahun, terima kasih atas pengorbanan anda. Dan sekarang, saya terpaksa meminjam notebook bonda...Alahai,

Tunggu dapat rezeki, nanti saya repair anda ya? Anyone, kalu laptop tak boleh bukak nape ya?

Dan apabila anda di timpa musibah, ucaplah innalillahiiwainnailaihi rojiun. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali.

Hari ini first day terawih, aduhai, boleh pula terlewat datang surau, memang sahla kena nasihat baik punya dengan bonda~ Pilu tapi ada benar~ Aishy, sapelah suruh terhegeh-hegeh lambat datang surau, padan muka kena marah!

Ramdhan kareem, Allahu akram, Allah yubarik lakum. Kullu sanah wa antum bi khair ^^

Semoga berjaya dalam ramadhan kali ini.

 Berjaya dalam menahan puasa dari nafsu syahwat, lapar dan dahaga.

 Semoga khatam banyak-banyak kali dan berusaha mentadabbur maknanya. 

Banyakkan qiammulail sebelum bangun sahur.

 Lewatkan sahur dan segerakan berbuka. 

Banyakkan zikir dan kerjakanlah terawih penuh selagi mampu.

Ni kes ingatkan diri sendiri juga. Ok, rasanya sampai sini.

Moga Allah redha usaha kita semua.

Wallahualam.

Presiden Dr Mursi, kami bersamamu !

Bismillahhirahmannirahim.


Semalam, 4 Julai 2013. Kejatuhan Dr Mursi di tangan tentera. Dan tentera adalah pembelot negara! Diingatkan Dr Mursi bukan seorang diktator!

 Apabila hati menginginkan kemenangan islam tetapi Allah masih tidak memberinya. Dan sesungguhNya perancangan Allah itu adalah sebaik - baiknya.

Allahu!

Walaupun saya adalah warganegara Malaysia, tetapi Mesir sudah menjadi tanah tumpah yang kedua sejak mula menuntut di sana September 2010. Sudah pastilah, saat itu berlaku demonstrasi paling teruk dalam sejarah Mesir kerana kejatuhan Husni Mubarak. Dan saya bersama kawan-kawan datang ke Mesir dengan di buru rasa serba salah kepada ibubapa kerana ibubapa punyalah payah melepaskan kami belajar di sana ekoran keadaan yang tidak aman.

Namun, selepas setahun bergelojak negaranya, akhirnya 2011/2012, telah diadakan pilihanraya, dan Dr Mursi naik menjadi presiden islam yang hebat dan secara sah di Mesir. Mengapakah saya berkata begini?

Hal ini kerana, apabila beliau menyandang jawatan tersebut, pelbagai pembaharuan yang baik dan hebat telah di adakan, antaranya,

Beliau menaikkan masa bekerja dari 2 jam kepada enam jam agar produktiviti tenaga bertambah.

Beliau juga seorang penghafaz al quran, anak,dan juga isterinya juga penghafaz al quran.

Beliau membuka kilang eletronik agar rakyat Mesir dapat menikmati barangan yang murah dan canggih.

Beliau memartabatkan Ikhwan Muslimin, yang suatu ketika dahulu di pelopori oleh Imam Hasan Al Banna.

Apabila sahabat dari Malaysia tiba-tiba mesej dan bertanya, betulkah Dr Mursi itu baik?

Hati tiba-tiba di landa rasa sedih yang menggunung. Rasa seperti ditampar berkali-kali. Mengapakah Malaysia masih tidak lagi sedar?

Itulah, lihat lagi saluran TV .............. Eh? Ok, tiada unsur pilihan raya dalam blog ini. Sapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya,

Eh, cakap dengan Malaysia tiada guna, sebab Malaysia adalah nama negara.  Jadi, jika mahu bercakap, cakaplah dengan rakyatnya! Baru boleh jalan,

Jawapan saya, Presiden Dr Mursi adalah pemimpin yang sangat hebat sepanjang saya di Mesir! Tiba-tiba. Huhu.

Berikut adalah sedikit maklumat yang saya peroleh :

Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:
 
1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden, beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu, beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat dan rumah sewa di sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu upah gaji.

2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu adalah amanahnya. Aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokol ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.


Lihat, betapa baiknya beliau ! Semoga Allah meredhai usaha beliau ke atas negara Mesir. Allahuma amin.

Dan ini adalah rintihan Dr Mursi,

 Allahuakbar! Bergetar hati membacanya.



"RINTIHAN DR MORSI

Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negara,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,

Keberadaaanku adalah kerana ALLAH mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,

Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,

Kerana dalam setiap apa pun, Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan,
Itulah islam bagiku, Kaffah, menyeluruh, Kita bukan islam biasa-biasa.

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?

Orang-orang miskin di tepi jalan,
Semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?

Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada TUHAN yang akan menilai tingkah laku kita,

Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku, Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,

Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,

Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,

Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan ALLAH Yang Satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana DIA bersikap tidak pernah meninggalkan Hamba-NYA,
Maka aku hanya berpegang dengan Tali-NYA,

Allahumma, bantulah aku Ya ALLAH, kerana aku membawa Agama-MU,
Allahumma, sentiasalah bersama- samaku ALLAH, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup Kekuatan-MU Ya ALLAH,

Maka aku merasa KAU mencukupi untukku.

Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!"

Moga Allah redha dengan segala perjuangan yang telah dilakukan dan juga memberikan bantuan kasih sayangNya kpd mereka di sana. Kita ni penakut, pegang senjata pun tergetar-getar. Allahurabbi, jadi, sama-samalah kita menolong mereka dengan DOA sebagai senjata 


P/S : Semoga Dr Mursi tabah dan tsabat di jalanNya., Meski saya tak mengenali beliau dan beliau tak mengenali saya, tapi kita adalah sama-sama bersaudara. Dan orang yang bersaudara tidak akan membiarkan saudaranya sendirian!

Seperti biasa, sentiasa mendoakan kalian dari kejauhan, dan saya check inbox tiap2 hari dan  masa, tapi hampa. Adakah saya orang yang di lupakan? Huhu, dan sesungguhnya saya berharap doa menjadi ikatan hubungan ini. Sekiranya itu yang terbaik, biarlah saya menjadi pengundurnya, Salam rindu dari kejauhan sahabat..:') Hari ini saya melihat anda akan berada di atas pentas dan saya di kejauhan tanah air. Gud luck! Ok, kesat air mata, saya redha.

Semoga Allah meredhai semua usaha kita.

Wallahualam. 

Ramadhan kembali lagi !

Bismillahirahmaniirahim,

Assalamualaikum WBRK,


Apa khabar? Moga berbahagia dan ceria di samping keluarga dan insan tersayang. Moga diri kalian berada dalam lindungan dan kasih sayang rahmat Allah. Ameen.

Hari ini, saya mengikuti bonda pergi ceramah. Walaupun di khabarkan lewat, saya terus tergesa-gesa mencapai baju dan segera bersiap. Hati yang walang mesti mencari ubat agar terubat.

Setibanya saya di tempat ceramah, majlis di penuhi dengan kaum ibu dan warga emas, dan tidak di lupakan para belia yang di raikan. Ok, first time ever, tiba-tiba nampak adik- adik pakai tudung labuh dan songkok baju melayu ramai-ramai kat ceramah di Pasir Besar. Rasa sangat heaven. Serius. Sejuk mata memandang mereka. Dan, tak pasal pasal rasa rindu mula mengocak jiwa teringatkan suasana Maahad Ahmadi, dan saya sangat rindukan Maahad Ahmadi.

Bumi tarbiyah, Bumi Hadarah, dan Falah. Dan saya sangat terkesan dengan moto itu. 

Setelah mukadimah yang panjang lebar dari pihak penganjur, acara ceramah pun bermula jam sepuluh. Ceramah di sampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Yusof B. Tahir. Pegawai Agama Islam Rembau, Penyampaiannya bersahaja, mencuit hati dan menarik serta padat dengan info yang ilmiah.

Berikut adalah intipati yang saya peroleh,

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan adalah bulan bulan diturunkannya Al Qur’an. Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil)” (QS. Al Baqarah: 185)

Bulan ramadhan adalah bulan yang awalnya rahmah, tengahnya pengampunan dan akhirnya pelepasan dari api neraka.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS. Al Baqarah: 183)

Pada awalnya, ayat ini di mulakan dengan wahai orang- orang yang beriman, dan sesungguhnya, Allah tak bercakap wahai orang- orang islam, tetapi menggunakan orang beriman adalah untuk memberitahu bahawa hanya orang yang beriman, islam, dan mengamalkan amal soleh akan berpuasa. Jika sekadar islam dan tidak menghayati islam mereka tidak akan mengikut perintah Allah.

 Ayat ini juga berkaitan dengan hubungan keimanan seseorang. Kerana sesiapa yang berpuasa dalam bulan ramdhan, dia adalah hamba Allah yang mengikuti suruhan dan menjauhkan laranagan. Dan itulah makna dia seorang yang bertaqwa.

 إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kalian” (QS. Al Hujurat: 13)

Puasa itu adalah satu sebab yang besar menuju ketaqwaan. Justeru, berpuasalah pada bulan ramadhan untuk menbuktikan ketaqwaan anda kepada Allah.

العَمَلُ بِطَاعَةِ اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، رَجَاءَ ثَوَابِ اللهِ، وَتَرْكِ مَعَاصِي اللهِ، عَلَى نُوْرٍ مِنَ اللهِ، مَخَافَةَ عَذَابِ اللهِ

Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah (dalil), mengharap ampunan Allah, meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah (dalil), dan takut terhadap adzab Allah”[15].

Demikianlah sifat orang yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa beribadah, bermuamalah, bergaul, mengerjakan kebaikan karena ia teringat dalil yang menjanjikan ganjaran dari Allah Ta’ala, bukan atas dasar ikut-ikutan, tradisi, taklid buta, atau orientasi duniawi. Demikian juga orang bertaqwa senantiasa takut mengerjakan hal yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya, karena ia teringat dalil yang mengancam dengan adzab yang mengerikan. Dari sini kita tahu bahwa ketaqwaan tidak mungkin tercapai tanpa memiliki cahaya Allah, yaitu ilmu terhadap dalil Al Qur’an dan sunnah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam.

 Bulan ramadhan adalah bulan yang mendidik kita erti sabar, tabah, dan bulan mengumpul pahala dan ibadah yang di lakukannya adalah berlipat kali ganda dan pahalanya di nilai oleh Allah secara cash tanpa campur tangan dari Malaikat. Sesungguhnya bulan ramadhan adalah bulan madrasah jiwa.

Bulan ini juga sangat istimewa kerana di dalamnya terdapat satu hari yang sangat baik, lebih baik daripada seribu malam dan sesiapa yang menghidupkan malam itu, akan menjadi orang yang sangat beruntung dunia akhirat. Itulah malam lailatul qadar.

Bulan ramadhan juga di dalamnya terdapat sunat terawih pada waktu malam. Solat sunat yang jika di kerjakan dapat menambahkan pahala.

Di dalam bulan ramadhan juga, kita di galakkan untuk bersedekah, berqiammulail, bertadarus al quran dan mentadabur, menunaikan zakat, dan menjamu orang makan. Ketahuilah, apabila kita menjamu orang yang berpuasa, pahala orang yang berpuasa itu akan di peroleh oleh si penjamu. Alangkah banyaknya pahala si penjamu dapat sekiranya ramai orang yang di jamunya. Hanya walau sekadar sebiji kurma!

Semoga puasa kita dapat menjadi saksi dihadapan Allah tentang keimanan kita kepada-Nya. Dan semoga puasa kita mengantarkan kita menuju darjat taqwa, menjadi hamba yang mulia di sisi Allah Ta’ala.

Dan hatiku menjadi sarat dengan baja-baja iman yang mulai menaik macam mendapat dos tambahan terlebih. Rasa semangat yang melampau sehingga rasa mahu share dengan semua orang. Huhu,

Semoga ALLAH redha dengan usaha ini.

Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...