K.E.B.A.H.A.G.I.A.A.N.1


KETIKA aku ingin hidup KAYA,
Aku lupa bahwa HIDUP adalah KEKAYAAN.

KETIKA aku takut MEMBERI,
Aku lupa bahwa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.

KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,
Aku lupa bahwa dalam KELEMAHAN, Allah memberi aku KEKUATAN.

KETIKA aku takut RUGI,
Aku lupa bahwa HIDUPKU adalah sebuah KEBERUNTUNGAN.

HIDUP ini sangatlah INDAH jika
MENSYUKURI apa yang sudah ada.

Adakalanya yang TERINDAH bukanlah yang TERBAIK,

Yang SEMPURNA tidak menjanjikan KEBAHAGIAAN.

Tetapi ketika kita mampu dan mau MENERIMA semua KEKURANGAN & KELEBIHAN...

Itulah KEBAHAGIAAN.



*Saya bahagia walaupun tak selalu saya bahagia,tapi saya yakin dengan berbuat bahagia,sedikit sebanyak saya turut bahagia.

* Jangan sedih hati,kena kuat ! Kuat,kuat,kuat!
 

Tolong,saya rinduuu!!!!

Bismillahhirahmannirahim,

Assalamualaikum.

Dari kejauhan,buatmu keluargaku yang tercinta,akak sangat rindu! Serius! Saat semua pelajar banat sedang Prep,akak pula sedang prep tengok gambar family.

Tadi Syue tanya,malam ni Leha belaja apa? Oh,tidak.Hatiku melayang-layang pada family yang nun jauh ditanah air, di sebuah tempat di dalam kawasan wilayah negeri sembilan,desa kecil tapi bahagia,Pasir Besar. Malam ini,nampaknya saya study pasal keluarga saya :(

Of Course,saya telepon bonda saya setiap minggu,skype berjam-jam lamanya atau video call selama-lamanya mula dari awal pagi sehinnga ke lewat zuhur.Sabtu memang waktu saya dengan family,jadi sebarang aktiviti pada hari itu saya akan tangguhkan sebab family saya yang pertama :)

Dapat cakap dengan mak,bergurau senda pasal nikah kawen,pelajaran,adik beradik,keluarga buat hati yang kadangkadang gelisah jadi bahagia dan ceria. Memandang wajah mak juga bisa melegakan perasaan rindu.Sudah terkenal di rumah,akulah yang paling sibuk.Keluar sana sini.Jarang-jarang berada di rumah.Itulah Leha.Tapi,walau bagaimanapun,saya tetap sayangkan famili saya! :)

Aku juga banyak kali di torture oleh adik-beradik coz buat mak rindu.Hehehehe,nak buat cam ne.Saya pun rindu juga tapi itulah kadang-kadang masa perlu di bahagi sama rata. Jangan isau,saya tak lawan balik bila kene torture dengan Nazmi :(

Oh,indahnya, bila tiba hari Sabtu aku dan Nazmi wajib pergi pasar malam naik motor.Dah macam pak we mak we da. Bila balik dari asrama atau program,dia jugak yang kene jemput aku nek moto.Aku mesti cakap cam ni.Jimi,kau bawa motor ni ikut jakan jauh tau,aku nak bersiar-siar.Hehehehe.Macam belangkas!

Eleh,peduli pe,yang penting kami adik beradik :) Tujuan utama pergi pasar malam,lain tak bukan  saya terlampau cinta dengan ..ayam goreng...:( Jika nak pergi KFC,mak tak bagi sangat coz macam2 kontroversi pasal ayam goreng,so cara terbaik beli je kat pasar malam dekat gerai yang saya memang pergi selalu sejak darjah satu.Alhmadulilah,pak cik itu memang kenal baik dengan aku.Kira kamcengla:) Tapi kat Mesir ni, ade je makan ayam goreng...

Hakikatnya,bila aku ada mase kat umah,macam-macam kerje yang sengal-sengal aku buat.Tapi,bila mak ada kat umah,kami mula buat kuih-muih.Itu hobi,aku ingat lagi,sampai tengah malam kot teman mak buat kuih bingka ubi.Wah seronok,pastu buat kuih apamla,semata nak bagi arwah Pn.Maliah rasa..Oh,kenangan! Tapi,itulah kerja kami berdua.Kadang mak teman aku buat puding jagung,ada sekali dek rasa macam da teror buat puding,sekali tak jadi.Of course,aku kene tegur ngan mak.Hehehhe,leha degil gile.Ikut pale sendiri,konon2 pro,sekali lembik! Mak pun perli kaw-kaw..hehheh:P Aku gelak je :D

Jika dengan Nabirah lak,biasalah kat umah selalu je share cerita2 cinta dan persahabatan.Tapi,bila dah lama-lama kat umah,adik beradikkan,ade je tak puas hati,mesti gaduh2.But,baik semulala :) Ok,fine,i'm really miss my family! Dengan Nazmi,dia sibuk men game.Aku rapat jugak coz kami tiga adik beradik je kan? So,bab keluar ni,nek motolah,ne2 g mesti dengan dia coz jadi drebar terbaik aku :) Aku tak reti pun bawa moto.Basikal taula.Tupun bila bab naik bukit,tolak basikal je. Apala..Leha..leha..

Jika kat umah juga,yang paling rajin layan atok,adalah aku :P Atok dan aku sangat rapat.Sampaikan aku datang sini pun coz atok yang buat keptusan.Atok lak ade penyakit kurang pendengaran.Jadi nak cakp dengan atok,kena cakap kuat2.Atok juga suka ulang2 cerita yang sama.Walaupun aku dah dengar cerita atok sebanyak dua puluh kali,aku tetap dengar dengan setia.Sampaila wan marah atok.Hehehe,sebb wan da bosan dengar cerita atok:P Hehehehe.

Aku ingat lagi bila dapat tawaran Maktab.Punyalah suke hatiku.Tapi bila cakap kat mak,mak kate,jika akak nak pergi Maktab cakap dengan atok.Aduhai,:( Confirmla,atok suh g Mesir,atok kate pergi Mesir leh jadi cikgu.Padahal,pergi maktab lagi boleh jadi cikgu terus.Hem,apakan daya,atok nak suh aku pergi Mesir coz dulu arwah Pak Ngah juga belajar agama. Tapi,dia tak dapat g belajar luar negra.Oleh itu, dia mahu aku jadi seperti arwah pak ngah.Jadi Ustaz.Tapi,aku tak mau:(

 Last-last,mak nasihat,pergi Azhar coz mak nak tengok aku g Mesir. Tak mahu kecewakan harapan mak dan atok,sampailah aku ke sini.Alhamdulilah:)

Wan pule selalu sakit sakit-sakit.Sama juga dengan atok.Jadi,selain mak dan Nazmi yang jage,aku juga tak terkecuali untuk menjaga wan dan atok bila mereka sakit.Saat wan dan atok masuk hospital,aku,mak,dan Nazmilah yang bergilir teman kat hospital.Tido atas lantaila,kat musolala,kat tepi katil atokla,kat katil kosongla.Ehhehe,main suke ati aku je:( 

Cume,atok mungkin sayang aku lebih sket.Hehehhe,bila atok kat hospital, 2 bulan kot.Aku jage sebulan lebih je,coz lepas tu aku kena datng sekolah:( Atok tak makan pun nasi hospital,atok suh aku yang makan sebab atok tengok aku tak makan.Yelah,duk hospital,sape pulak nak bagi kita makan.Dia bagi orang sakit je makanan. Atok jadi kurus kering.Atok just minum je.Ubat-ubatan lak,paling tak tahan,atok bukan makan,atok sorokkan ubat dalam laci.Sekali kantoi dengan aku,nak tak nak atok kena makan juga.Merah dan tajam pandangan atok pada aku bila aku suh dia makan ubat.Aku jadi kecut perut,tapi nak atok sihat,aku buat tak pedulik je bila aku suh atok makan ubat.Hehheehe,atok cerewet,macam aku juga:P   

Aku jugak manusia biasa,ade jugak aku buat hal.Haiya,jadi kecoh rumah.Tapi minta maaf balikla kat mak:(

Bila marah,aku diam seharian.

Bila merajuk,aku duk je dalam bilik.Time kene tolong mak masak,aku tak turun  pun dapur.

Bila letih sangat,aku tido banyak2 sampai kena marah dengan mak. Pastu,malam-malam jadi kelawar,coz x dapat tido.

Bila beli buku,mak kate amboi banyak duit.Buku berlambak ni sape nak bace.Hehhehe,mak jugak yang bace.Aku bace tapi ambil mase.Coz salu tak de kat umah.

Oh,rindu,rindu,rindu!

Mak,akak minta maf banyak2 coz salu degil.:( Rindu sangat ni:(
Doakan akak,tahun ni nak balik coz tak tahan rindu.Nak makan banyak2 :P Nak ayam goreng:(

Saya nak belajar sungguh2.Insyaallah.Moga dapat kejayaan dengan cemerlang.Amin!

Sebenarnya bila aku rindu,sama ada aku call mak,cakap dengan wan,atok dan semualah atau tak pun aku menulis..sedikit sebanyak,aku yakin mak dan famili membaca entri ini.Oh,akak rindu sangat ini :(

Ya Allah,tolong jaga keluargaku di Malaysia.Jauhkanlah mereka daripada segala bala bencana.Peliharalah keselamatan mereka kerana wan atok mak sahaja yang berada di rumah.Mereka lemah.Lindungilah mereka daripada segala kejahatan.Aku sungguh menyanyangi mereka.Jagalah mereka sebagaimana mereka semua menjaga aku dan adik beradik ketika kecil.
Amin!

Ok.Saya kena belajar.Wajib! Mood dah dapat,so continue study.

Sekian,terima kasih kerana membaca:)

Keinsafan Diri- Fursan



KEINSAFAN DIRI

DISAAT YANG SEPI INI
KU DUDUK SEORANG DIRI
MEMOHON KEAMPUNAN DARI ILAHI

BAK LAUTAN BERGELOMBANG
SIANG MALAM PAGI JUGA PETANG
MENGHARAPKAN KETENANGAN
DARI TUHAN YANG ESA

BETAPA RIMBUNNYA DOSAKU
SEMUA TERLAKAR DILEMBAH USIAKU
SALAH DAN SILAP DIMASA YANG LALU
KINI KU SESALI

KU TIDAK LAYAK KESYURGAMU
NAMUN TAK SANGGUP KE NERAKAMU
KUTUNDUK SUJUD MERENDAH DIRI
KEMBALI PADAMU

CHORUS….

KU TETAP SETIA
PADAMU OH TUHANKU
AKAN KU PATUHI SEGALA
SURUHANMU

AKAN KU JAUHI
SEGALA LARANGANMU
ITULAH TANDA CINTA
CINTA ILAHI

ULANG CHORUS....  & RANGKAP  1

* Saya suke lagu ini,sangat lembut.Terima kasih bagi saya dengar lagu ini :)
* No wonder suke lgu ini,coz menyentuh hati.
 

Pengantin Muda ^^


Bismillahirahhamnirrahim,

Saya sangat suke:) Semasa saya sedang menaip post ini,serius,muke saya berona ceria.Alhamdulilah.Ramainya kawan-kawan saya mahu berkahwin.Sungguh tidak percaya!:D

Kepada pasangan yang terawal sudah melangsungkan perkahwinan iaitu Nur Husna Binti Baharudin.Tahniah kepada anda dan suami.Semoga berkekalan ke anak cucu.

Kepada Maryam Kamaludin dan bakal suami.Semoga yang terbaik buat kalian!

Kepada Mursyidah yang bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Julai.Tahniah juga.

Buat Shaheera Amera dan Ezreena.Tahniah.Semoga kelima-lima pasangan ini dikurniakan anak cucu cicit yang ramai dan di berkati Allah.

Saya sungguh cemburu.Di usia 20 tahun ( sebaya ) sudah pun berkahwin.Wah,masing-masing diam-diam rupanya ubi berisi.Tak kira,saya sangat cemburu.Oh,maflah jika entri ini menyebabkan anda semua tak suka dengan perkataan cemburu saya yang terlampau banyak:)

Perkahwinan itu indah jika berlandaskan Syariaat.Sukenya hati ini,kawan-kawan satu batch berjuang periksa dari PMR,SPM,STAM ingin melangkah satu lagi alam,iaitu alam berumahtangga:)

Untunglah,bagi sesiapa yang sudah pun melengkapkan iman yang separuh.Iaitu berkahwin.Eh,bagaimana nak lengkapkan iman lagi sebelah?Maka,bertaqwalah:)

Sesungguhnya hadia nabi mafhumnya,antara perkara yang tidak elok di lengah-lengahkan ialah antaranya apabila sampai anak gadis sudah ada pasangannya,maka segeralah berkahwin.

Jangan isau ya.Saya pulang ke Malaysia tahun ini.Insyaallah.Ada beberapa urusan yang perlu di lengkapkan.Jadi,tak lupa juga saya akan datang menyinggah ke kenduri masing-masing:) Jumpa semua di sana! Hehehe.Terima kasih jemput. 

Buat Maryam...

Tarikh 7 April adalah merupakan hari bersejarah buat anda dan bakal suami.Tak dilupa juga itu tarikh sehari lagi hari lahir saya:P Hehehe,moga di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah dan anak ramai:) Seperti tidak percaya:) Mabruk alaikuma:) 

Dulu,masa zaman bujang bolehlah lepak dengan geng-geng lama:)Sekarang jika nak buat apa-apa kita kene minta izin coz kita dah jadi hak milik suami.

Jika dulu,adab diri,maruah dan akhlak keluarga menjadi jati diri.Sekarang,maruah cuami semuanya bergantung pada tindak-tanduk kita sebagai isteri.

Menjadi isteri bukan sekadar nama panggilan,ayang,anje,sayang,
tetapi menjadi isteri adalah melebihi segala kasih sayang yang ada.

Jika dahulu,kita menang atas segalanya,sekarang kita perlu mengalah dan patuh serta taat pada suami.Dia bukan boneka mainan tapi seorang suami yang akan sehidup semati bersama.

Hargai waktu bujang yang ada.Bukan menyalahkan takdir,Tapi,fakta.Sebb bila dah kawen,bukan main ikut kita nak pergi mana-mana.Perlu ada persefahaman dua belah pihak.Hidup kita adalah perkongsian.Baik suami,atau isteri akan menelan pahit manis orang berkahwin.

Cewah:P Macam dah kawen pula.Sekadar peringatan juga buat saya.Oh,saya sangat cemburu!:)

Tahun ini wedding of the year! Semoga perkahwinan berkekalan:) 
Ya Allah,Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kami,takdirkan yang terbaik untuk kami.Amin.

* Jangan risau ya,samapai seru saya insyallah saya pula jemput anda semua.Ecewah.
Mak:) Mak mesti bacakan apa yang akak tulis ni,hehehe:P Akak senyum nakal je :D No komen.Jangan marah:)

Oh tidak,sebelum datang GATAL,lebih baik saya undur diri.Sekali lagi saya nak cakap,saya sungguh cemburu!:)

Ok, da! :(

Tahniah! :) Sayang semua.Doakan saya! Oh,indahnya:P hehehhe
Salam bahagia! Spreads the love:)

Refresh Diri.


Bismillahirahmanirrahim,

Assalamualaikum,

Sudah bulan Mac.Kejap sahaja.Jumaat,Siti Athirah telah pun bertolak ke Tanah Suci Mekah.Sungguh cemburu antara kami berlima,dialah yang pertama menjejakkan kaki.Dialah tetamu Allah yang telah terpilih,semoga kau pulang dan pergi dengan selamat dan di Redhai Allah.Amin.

Musim sejuk juga semakin beransur pergi.Bunga-bunga mula berkembang cantik.Dedaunan mula berjatuhan.Indah! Hawa dingin juga telah beralih ke hawa panas.Perlahan-lahan sunnahtullah mengambil tempat mengganti alam supaya lebih berwarna- warni.

Sudah lama juga Facebook menjadi sesawang.Kasihan! Tapi apakan daya,aku dah malas mengulang sejarah dan jadi penat dengan suasana-suasana pening dan membosankan.Betul kata pena,untuk apa kita menulis status yang tak bermakna,di baca orang dan orang meluat kepada kita.Jika mahu tulis,tulis sesuatu yang bermanfaat.MOga semua mendapat rahmat.Aku tinggalkan dan aku selesa menikmatinya hidupku dengan cara aku sendiri. 

Demi waktu yang semakin pantas bergerak,aku mula merencana beberapa aktiviti.Nasihat dan pandangan insan berpengalamanku jadikan panduan.Sungguh,aku dah lemas dengan hidup di atur orang! Aku juga lebih terperosok dalam duniaku sendiri.Seolahnya aku mementingkan diri.Tapi,aku nasihatkan lebih baik,hindarkan orang yang suka mengarah.Kelak hidupmu akan hilang ghairah dan malah menjadi tension! Amat sangat mungkin!

Justeru,elakkan diri dengan hidup dengan orang yang suke mengarah.Kepada yang suka jadi 'mem' sedarlah semua orang jadi meluat dan benci kepadamu.Lebih baik berubah sikap dan berhenti mengarah.Persoalannya,bukan kita semua tak pernah mengarah tapi silapnya pada orang yang suka mengarah ini ialah mereka hanya tahu mengarah sampai nk cakp perkataan 'tolong' pun jadi ayat perintah.Contoh,buatkan air oren.

Bukankah sopan cakap,tolong buatkan saya air oren boleh?
Kan lagi sopan dan orang yang mendengar pun rasa tenang jiwa raga.

Bagi yang kena arah,anda jangan lupa.Anda berhak menolak segala permintaan.Keputusan di tangan anda.Jadi,buatlah pilihan yang baik! Sama ada jawapannya ya atau tidak itu terpulang kepada tahap sejauh mana keikhlasan anda dalam melakukannya kerana Allah!Bukan kerana dia yang mengarah!

Buat si pengarah.

Tahukah anda,bahawa tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima? Hal ini bermakna tangan yang mengambil sendiri sesuatu perkara yang di kehendaki lebih baik daripada tangan yang asyik-asyik menerima bantuan orang lain. Jika sekali sekala kita meminta bantuan kerana terdesak itu tidak mengapa,tapi jika tiap kali kita lalu asyik2 kita je yang kena minta bantuan.Bukankah kita sebenarnya menyusahkan orang lain?

Padahal,perkara itu bila kita yang di suruh buat sesuatu,kita tak nak pun buat.Tahu arah tapi bila di arah,engkar! Sangat kurang asam perbuatan sebegini.Sahabat-sahabat,jangan amal perbuatan sebegini.Mari belajar menghormati perasaan orang lain.

Buat si yang kena arah.Jangan jadi lemah hati dan mengikut sahaja arahan. Tegurlah sikap ini.Jika anda simpan dalam hati,ketahuilah anda kan sakit hati dan ia kan menyebabkan anda akan di hinggapi sakit jantung.

Ingatlah,sekarang,serangan sakit jantung adalah serangan paling berbahaya di dunia dan pembunuh nombor satu.

A..aa..tak tahu..Jangan pendam lama-lama,luahkan dan anda jadi puas hati.Jagalah jantung anda.Semoga sihat dan bermanfaat:)

Marah? Hehehe,maflah,saya tulis kerana saya tak tahan melihat semakin ramai yang jadi pengarah tak bergaji dan akhirnya saya juga melihat kesan orang yang di arah,wajahnya monyok dan kusam.Kasihan!

Apa pun kisahnya,saya mohon maf.
Sekali lagi,jom muhasabah diri.

Tepuk dada,tanya iman.
Tanya juga dalam diri,
Sejauhmana iman kita kepada Nya.
Sejauh mana tahap kesabaran kita kepada manusia?
Sejauhmana segalanya kita mampu berhadapan?

Ok.Stay cool!

Anda kelompok mana?

Pengarah atau di arah?

Jom muhasabah.
Ikhlaskan hati,banyakkan amal dan istighfar.
Sayang semua kerana Allah.

Bukankah tegur-teguran amalan agama islam?Sampai sekarang saya masih ingat lagi kata-kata pena sewaktu saya awal-awal datang Mesir.Terima kasih.

Senyum selalu.Wasalam.
 
 

Sepatah kata,mungkin?

 

Kalau suatu hari awak menangis, bagitahu saya.. Saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak :')
Kalau suatu hari awak ada masalah, awak bagitahu saya.. Saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya :)

Kalau suatu hari awak nak pergi berjalan, bagitahu saya.. Saya tak janji saya boleh selalu teman awak tapi saya akan cuba agar selalu boleh teman awak :')

Kalau suatu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji saya akan ada untuk awak :')

Tapi.. Kalau suatu hari awak perlukan saya dan saya tiada, itu kerana Allah lebih memerlukan saya :')
Credit to Farah Hana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...