Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku memohon perlindungan dariMu, Ya Allah daripada segala perbuatan jin dan syaitan yang terkutuk..daripada segala gangguan dan godaan hawa nafsu daripadanya , Ya Allah, aku mohon , Kau tetapkanlah jalan itu..moga, ia adalah jalan yang terbaik yang pernahku pilih agar hidupku sentiasa dirahmatiMu..amin.
Ya ALLAH, kali ini, perjalanan dakwahku rasakan makin mudah, pelbagai teknologi multimedia yang serba canggih memudahkan segala urusan gerakan kerja dakwah. aku juga tidak turut ketinggalan menggunakan laman sesawang untuk tujuan jihad fi sabillillah..Ya ALLAH, moga segala usahaku yang sangat kecil ini, dipandang olehMu, biar pun kadang-kadang usahaku ini, kadang-kadang dipandang sepi oleh segelintir masyarakat, namun aku cuba tepis, kuatkan hati, tabahkan jiwa, agar mampu jadi muslimah sejati. amin..
Ya Allah, tabahkan hatiku..kadang-kadang, ada saat,aku merasakan diriku sangat lemah, aku hampir sahaja tewas dengan cubaan dan godaan dunia yang mendatang..kerap kaliku rasakan, dunia seakan kelam dan tidak bermaya menyambutku..aku jadi kaku dan kaget..apakah, aku sudah jauh dari kasih sayangmu? Ya ALLAH, janganlah kau palingkan hatiku, setelah kau memberi hidayah kepada diriku..Ya Allah, jika aku hilang setitis cinta manusia, tidak mengapa YA ALLAH, namun, aku tak sanggup, jika cinta mu ku langsung tak peroleh..aku takut..ya ALLAH, pimpinlah diriku kepada kebenaran..jalan yang lurus, jalan yang kau redai..amin..
Ya ALLAH, saat ini, aku bertawakal kepadaMu, aku sudah memulakan langkah yang paling penting dalam hidupku..aku bertawakal kepadaMu..ku sangat mengetahui, langkah hidupku masih lagi panjang, semoga Kau memberikan petunjuk dan hidayah atas segala perjalanan hidupku..Ya ALLAH, tetapkan hatiku pada jalan ini, jalan dakwah, jalan liku kepahitan..namun ku yakin, perjuangan tak selamanya pahit, kerana syurga itu manis!
Ya ALLAH, semoga perjalanan dakwahku dibantu oleh insan yang benar-benar memahami liku dan seni dakwah..mampu memahami diriku yang serba lemhah..mampu menerima segala kekurangan dan kelemahan diri.. semoga bakal imamku,mampu memimpin diri ini ke jalan yang Kau Redai..jalan yang mengikut lunas-lunas islam..jalan yang berpandukan syariat al-quran dan as-suunah..amin..Ya allah, semoga bahtera yang belayar menjadi sebuah medium dakwah untuk aku meluaskan sayap perjuangan..ya ALLAH, semoga aku juga, mampu menjadi sayap kiri yang solehah buat bakal imamku.dan mampu melahirkan zuriat tentera islam yang soleh dan solehah..amin. Ya ALLAH, tetapkanlah hatiku, amin..moga yang terbaik dariMU untukku amin!
Jalan itu,
ada pelbagai cabang,
sangat berliku,
sangat sukar,
sangat pahit,
nampak indah pada zahirnya,
seakan fatamorgana,
tapi,
apabila menitinya penuh duri,
kaki perlu berhati-hati melangkah..
takut-takut,
kaki yang memijak titi terpijak duri,
atau titi itu yang terpatah sendiri,
walau apa pun,
di sepanjang jalan itu,
aku bertawakal dan berusaha berhati-hati,
pada ALLAH yang sangat mengerti diri,
kerna ku tahu,
pahit takkan selamanya,
kemanisan akan menanti juga di pintu syurga...
amin..
Melangkah itu mudah,
Namun mencari arah itu yang terkadang payah,\
Mencari jalan itu mudah,
Namun memahami destinasi itu yang susah,
Menyusuri susur itu mudah,
Namun, menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah.
Dalam semua ini, menjaga istiqamah itu paling susah, payah dan lelah,
Namun Dia amat faham, bagi hambaNYA, Dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik,
Hanya perlu melakukan yang terbaik,
Meletakkan sandaran dan keyakinan kepadaNya,
Lantas Dia akan mengurus yang selebihnya.
Agar yang terbaik menjadi milik kita.
Moga perjalanan kita sentiasa dalam lindunganNya..
AMIN.
Kem Generasi Ulul Quran2,
SALAM MAHABBAH, SALAM SUKSES, SALAM HEBAT!
Alhamdulilah, masih juga aku diberi kesempatan oleh ALLAH, untuk menulis lagi.kepada para pembaca, mohon maaf yea, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilunasi dan dipenuhi haknya, oleh itu, dikesempatan waktu yang sedikit ini, berikut adalah sedikit coretan ana dalam ranjau seni dakwah di tampin bersama rakan-rakةn perjuangan..:)
Tarikh 22 November menjadi kenangan manis buat diriku dan rakan-rakan fasilitator kerana tarikh keramat inilah kami akan memulakan langkah mencipta sejarah! Tidak pernah terlintas langsung dalam fikIran, angka peserta kem generasi ulul quran mencecah angka 150 orang, iaitu 3 kali ganda daripada bilangan peserta kem generasi ulul quran yang pertama..alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..malam tadi, semasa briefing, kami semua iaitu para fasilitator dimaklumkan bahawa jumlah peserta yang berdaftar hanyalah seramai 60 orang, namunpun begitu, dalam hati kami banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan..akhirnya, pagi ini, alhamdulilah, more u give, more u get! kami mendapat bilangan peserta yang sangat menggalakkkan. thank you ALLAH!
wajah serius pengarah program, sedang membri taklimat kepada kami sebelum program berlangsung esok.
Hari pertama jam 7:30 pagi, adalah dalam 4 orang yang baharu hadir alhamdulilah..huhuhu
Jam 8:30 pagi, masyaallah! banyaknya! khusyuknya...
Saudara moderator, En Zul Aimin telah memulakan bicara..
macam-macam ragam yang perlu dihadapi oleh barisan urusetia ketika hari pendaftaran..tapi, alhamdulilah kesemuanya berjalan dengan lancar dan teratur..huhu, cuba bayangkan, kami kami hanya menempah button hanya sebanyak 100 keping, begitu juga dengan fail dan segala peralatan..tapi, tak cukup, mujur, langkah bijak Syahir menyelesaikan masalah berjaya..jam sebelas pagi, kesemua peserta yang yang tak cukup haknya, telah dicukupkan keperluannya..ragam, adik-adik comel juga sangat mengujakan kami iaitu barisan fasilatator kerana keletah mereka yang pelbagai dan sangat mencuit hati..
ok, tak, ummi? hehe.
Bayangkan betapa sibuknya meja pendaftaran..
sesungguhnya, ALLAH telah mengatur sesuatu yang indah disebalik kejadianNya..di masjid Jamik Tampin ini, pelbagai kemahiran dan hikmah yangku temui..sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Cg Mohamad, Saudara Syahir, dan Saudara Zahid Ali kerana telah bersusah payah setiap pagi melakukan 2,3 kali pusingan hanya semata-mata untuk menjemput kami fasi muslimat di rumah PASTI.. syukran semua..buat Faiz Nur dan semua rakan muslimat yang lain, terima kasih atas masakan yang sangat menyelerakan buat kami..fAIZ, syukran ajar ana buat puding jagung yang sedap..lepas ni, ana akan buat sebaik mungkin dan manfaatkan semua ilmu masakan yang enti beri kat ana..syukran :)
ا
\
Alhamdulilah, masih juga aku diberi kesempatan oleh ALLAH, untuk menulis lagi.kepada para pembaca, mohon maaf yea, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dilunasi dan dipenuhi haknya, oleh itu, dikesempatan waktu yang sedikit ini, berikut adalah sedikit coretan ana dalam ranjau seni dakwah di tampin bersama rakan-rakةn perjuangan..:)
Tarikh 22 November menjadi kenangan manis buat diriku dan rakan-rakan fasilitator kerana tarikh keramat inilah kami akan memulakan langkah mencipta sejarah! Tidak pernah terlintas langsung dalam fikIran, angka peserta kem generasi ulul quran mencecah angka 150 orang, iaitu 3 kali ganda daripada bilangan peserta kem generasi ulul quran yang pertama..alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..malam tadi, semasa briefing, kami semua iaitu para fasilitator dimaklumkan bahawa jumlah peserta yang berdaftar hanyalah seramai 60 orang, namunpun begitu, dalam hati kami banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan..akhirnya, pagi ini, alhamdulilah, more u give, more u get! kami mendapat bilangan peserta yang sangat menggalakkkan. thank you ALLAH!
wajah serius pengarah program, sedang membri taklimat kepada kami sebelum program berlangsung esok.
Hari pertama jam 7:30 pagi, adalah dalam 4 orang yang baharu hadir alhamdulilah..huhuhu
Jam 8:30 pagi, masyaallah! banyaknya! khusyuknya...
Saudara moderator, En Zul Aimin telah memulakan bicara..
macam-macam ragam yang perlu dihadapi oleh barisan urusetia ketika hari pendaftaran..tapi, alhamdulilah kesemuanya berjalan dengan lancar dan teratur..huhu, cuba bayangkan, kami kami hanya menempah button hanya sebanyak 100 keping, begitu juga dengan fail dan segala peralatan..tapi, tak cukup, mujur, langkah bijak Syahir menyelesaikan masalah berjaya..jam sebelas pagi, kesemua peserta yang yang tak cukup haknya, telah dicukupkan keperluannya..ragam, adik-adik comel juga sangat mengujakan kami iaitu barisan fasilatator kerana keletah mereka yang pelbagai dan sangat mencuit hati..
ok, tak, ummi? hehe.
Bayangkan betapa sibuknya meja pendaftaran..
sesungguhnya, ALLAH telah mengatur sesuatu yang indah disebalik kejadianNya..di masjid Jamik Tampin ini, pelbagai kemahiran dan hikmah yangku temui..sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat Cg Mohamad, Saudara Syahir, dan Saudara Zahid Ali kerana telah bersusah payah setiap pagi melakukan 2,3 kali pusingan hanya semata-mata untuk menjemput kami fasi muslimat di rumah PASTI.. syukran semua..buat Faiz Nur dan semua rakan muslimat yang lain, terima kasih atas masakan yang sangat menyelerakan buat kami..fAIZ, syukran ajar ana buat puding jagung yang sedap..lepas ni, ana akan buat sebaik mungkin dan manfaatkan semua ilmu masakan yang enti beri kat ana..syukran :)
ا
\
Nadwah Duat 2010
Pengkabaran semua pelajar STAM wajib ikut program Nadwah Duat di Maahad Ahmadi, STAM, sudah dimulakan promosinya selama seminggu awal. Namun, mungkin kekangan waktu dan pelbagai program yang telah diatur oleh rakan-rakan STAM di tempat lain menjadikan hanya seramai 30 orang sahaja yang tinggal di maahad. Apakan daya itu sahaja , baki yang ada dari seramai 69 orang calon STAM. Nak buat macam mana, takkan mahu paksa panggil balik mahad..biarlah, masing-masingkan dah besar..dah boleh berfikir rasional..biarlah..lagipun, yang tinggal ni pun, masing-masing ada yang separuh hati, nak join atau tidak..atau lebih spesifik lagi bolehlah dikatakan rela dalam terpaksa mengikuti program Nadwah..huhu. namun, aku yakin, sebenarnya, inilah kelompok yang telah dipilih ALLAH untuk mendengar dan mengikuti Nadwah. amin. Moga-moga begitu, insyaallah.
Namun pun begitu, bilangan yang sedikit ini langsung tidak mematahkan semangat aku dan kawan-kawan lain untuk mengikuti Nadwah..biarlah badai bergelora datang melanda, biarlah angin taufan menggila, biarlah langit runtuh menghempap bumi, aku masih tekal dan tetap di sini mengikuti program yang dianjurkan tanpa perasaan warawiri.insyaallah. Cewah, ayat! hehe
Tidak mengapalah, semoga dengan usaha kami yang sedikit ini mampu menjadi anjakan paradigma untuk berubah ke arah yang lebih baik..amin..ahhh..teringat aku dengan kata-kata, Imam Hassan Al Banna, katanya " Tanggungjawab adalah melebihi daripada masa yang kita!" Memang benar, aku sangat menyetujuinya, namun adalah lebih bermakna, disetiap waktu bekerja demi tanggungjawab yang tergalas di bahu di buat semata-mata teras yang satu, iaitu ikhlas kerana ALLAH..
Yea, sikap ikhlas adalah penting! walau pergi kemana-mana, atau buat amal ibadah sebanyak mungkin pun namun, jika tak de rasa ikhlas, maka habislah amalan. Terhapus dan terpadam PAHALA serta- merta dan sia-sia..Nauzubillah. Hum, mengimbau jejak-jejak program Nadwah, yang telah pun selesai ke penghujungnya, menjadikan aku sangat bersyukur dipilih ALLAH kerana berpeluang mengikuti program sebegini yang bersifat tarbiyah dan membentuk jiwa, ALHAMDULILAH.
Sesuai dengan namanya, Nadwah Duat, mengikuti program ini membuatkan betapa dalam hatiku, aku merindui sangat suasana tarbiyah semasa aku di edadi, , betapa suasana itu aku ditarbiyah oleh para murabbi, iaitu para pendidik, kakak-kakak yang sepenuh hati mencurah ilmu, masa dan bakti kepada anak buah, sungguh betapa hatiku kepingin benar untuk mengikuti usrah dan membuat usrah seperti zaman itu..
Kini, kenangan hanya tinggal kenangan..detik waktu yang telah berlalu tidak mampu untuk diputar kembali. disebabkan hal itu,cepat-cepat aku menginsafi diri..walau betapa sibuknya kita dalam pelbagai kerja,,usrah mesti jadi keutamaa..mesti! wajib! wajib pada diri seorang insan yang nak jadi pendakwah atau daie..atau yang sedang membawa gerak kerja islam..
Wah, hebat bunyinya, macam poyo lagaknya, tapi itulah realitinya, untuk membawa dakwah sebagai sebaran kepada orang lain, kita wajib menyediakan diri kita kepada sesi ditarbiyah..perlu ada sikap sedia menerima dan memberi..barulah mantap! Usah sibuk untuk mentarbiyah kepada orang lain, tetapi bagi santapan rohani untuk diri langsung tiada. Oleh itu, di lembaran ini, aku ingin berkongsi dengan semua tentang ilmu yangku peroleh sepanjang mengikuti program..bak kata peribahasa arab, ilmu jika tidak diamalkan, samalah macam pokok yang tidak berbuah..
Pertamanya, usrah yang aku sebut dari tadi ialah ia adalah sebuah kumpulan yang bersifat ilmiah..ni ikut takrif sendiri la..ia juga bukannya bersikap statik..ia fleksibel, boleh bincang n wat pe je yang kita mahukan..macam berehlah, bersenam, berdiskusi n etc..dalam konsep usrah ini, secara tidak langsung kita akan lebih mengenali rakan atau ahli usrah dengan lebih mendalam lagi..sehinggakan, semua hal yang kecil dan remeh pun kita tahu tentang sahabat kita..Masyaallah,betapa kuatnya tautan mahabbah didalam usrah!
Sebagai bukti, yang paling, tidak boleh dilupakan, saat berkursus Bahasa Inggeris di tingkatan lima, ana menghadapi masalah kewangan yang cukup kritikal..lalu, tetiba, hadirlah seorang rakan usrahku, yangku kira sebenarnya dia juga sama sepertiku, tidak mempunyai kewangan yang kukuh, telah menghulurkan bantuan kewangan semata--mata untuk aku dapat menghadiri kursus itu..betapa, aku sangat mensyukuri nikmat buah ukhwah yang terbina di dalam usrah.
Jika mahu diperluaskan konsepnya, usrah adalah salah satu cabang pentarbiyahan. ia adalah proses untuk membentuk hati, fizikal dan mental menjadi kuat. Kebal daripada sebarang godaan yang sama ada berbentuk zahir, iaitu duniawi atau batin, hawa nafsu..oleh hal yang demikian, kata Kak Mahsan juga, sebagai seorang pelajar kita juga perlu melazimi diri kita dengan 3 perkara iaitu, qiamulail, ilmu, dan dakwah..hal ini sangat penting untuk memantapkan sentimen dalaman yang kuat..Lebih-lebih lagi, cabaran dunia yang semakin mencabar, menuntut lebih banyak kecekalan dalan kehidupan. Terutama diri ana yang semakin menginjak dewasa..terlalu banyak cabaran dan tribulasi mehnah yang harus ditempuhi!
Sahabta-sahabat, acap kali kita sering ditakutkan dalam berusrah. Ape dia? tiada waktu? Usah risau dengan waktu berusrah. Ia tidak semestinya padat, boleh jadi dalam 2 bulan sekali pun kita berusrah. Yang penting, mesti berusrah. Hal ini kerana, nabi juga sendiri berusrah. secara tak langsung, dengan berusrah, kita sebenarnya sedang mengikut sunah nabi..namun itulah, sering kali kita selalu memikirkan, kita langsung tidak punya waktu berusrah, sedangkan itulah proses yang paling penting untuk memantapkan fizikal dan rohani diri..So, fikir semula..berusrahla!
Didalam kepadatan minda aku dan kawan-kawan mencerna dan memadatkan dada dengan pelbagai bahan santapan rohani, malamnya, iaitu pada malam sabtu, kami disajikan dengan forum, yang membincangkan tajuk Tarbiah vs Motivasi..saat aku mendengar tajuknya, daripada saudari pengerusi majlis, terus tersentak hatiku..pe tidaknya, aku sendiri terlibat dalam motivasi, malah sangat aktif dalam memberi talks dan menganjurkan program. Namun, prinsip diri, jadilah gelas yang kosong membuatkan sikap inkuiri membuak-buak mahu mengetahui ilmu baharu..
Dengan penuh rasa rendah diri, aku mendengar dengan cermat isi perbincangan.Saat itu, ku rasakan bahawa seolah-olah, motivasi dideskriminasikan! Namun, aku bukanlah orang yang cepat melatah, aku tetap bersabar menanti butir bicara Ustaz Azman dan Ustaz Azlan. saat ada peluang untuk melontarkan pandangan, aku bertanya melepaskan rasa hati yang terpendam. Soalanku berbunyi, "ustaz, apakah motivasi ini tidak penting..habis, perlukah kita tinggalkan ia" nada suaraku berbaur sedih dan kecewa, namun aku tetap menggagahkan diri untuk mendengar jawapan mereka.
Jawapannya, " Saudari usah sedih dan kecewa, motivasi juga penting." Namun, dalam hal ini, tarbiyah lebih lagi aula..ia sangat penting kerana sebelum mentarbiyah orang lain, diri sendiri perlulah ditarbiyah dahulu..ialah, mana mungkin, nak membawa kesedaran pada diri orang lain untuk Success, tapi rupanya diri sendiri x Success..kan dah payah! Betul juga, hati nurani mengiakan..Seterusnya, motivasi adalah lebih banyak berbentuk kesedaran nilai diri dan ia bersifat jangka pendek..hal ini berbeza dengan tarbiyah, ia bersifat sampai mati! Pendekatannya juga adalah lebih menyeluruh dan lebih berkala..justeru,adalah lebih baik sebelum kita mahu memotivasikan orang lain atau mahu mengajak diri orang lain ke arah kebaikan adalah penting untuk kita mempersiapkan diri untuk ditarbiyah dahulu..
That's it! Itulah jawapannya, aku mendengarnya dengan tekun..aku tak mahu kekusutan yang melanda tambah merumitkan keaadaan. Betapa, sebenarnya, dalam diam aku menyetujui kebenaran kata-kata mereka..sebelum mentarbiyah orang, pastikan diri mendapat tarbiyah dahulu..bak kata Ustaz Azlan, jika kita mentarbiyah orang sekali, pastikan kita sudah ditarbiyah tiga kali..hal ini penting agar kita tidak akan mudah lupa diri selepas mentarbiyah orng lain..memang isunya, sangat menarik..tidak mampu ku jelaskan secara mendalam disini, kanku coretkan lagi di lembaran akan datang. namun ku mengharapkan, sentiasa berpositiflah dalam mendengar kalam bicaraku ini, walau ia mengguris hati, tersayat hati sebelah tepi, terluka di tengah-tengah..namun inilah kebenarannya..apa yang Ustaz Azman cakapkan ada benarnya..ada jujurnya..justeru, kita janganlah bersangka buruk dengan apa yang aku ceritakan sebentar tadi..Tidakku lupa, kepada semua ustaz dan ustazah lepasan Mesir, syukran kasira..jazakumullahu khairon kasiro..semoga Allah membalasnya!
Aku, hanya akan berpihak kepada kebenaran sahaja, yang buruk aku tinggalkan. kata-kata ustaz membuatkan aku sedikit makan dalam..huhu, kerana aku juga seorang yang bercita-cita menjadi seorang motivator, Sebenarnya yang penting, bila nak buat program motivasi pun ia sudah selangkah ke arah dakwah..namun, ia hanyalah kecil jika dibandingkan dengan peranan tarbiyah. Oleh itu, ingatlah, walau apa pun, kita harus bercakap benar, walaupun pahit buat orang yang mendengarnya..macam aku! Namun, bersikap lapang dadalah apabila mendengar kerana ingat, kita masih dalam proses tarbiyah..perlu sentiasa diingatkan dan mengingatkan..lagipun, berdirinya islam atas dasar saling nasihat-menasihati..wajarlah kita bersikap lapang dada dalam menerima sebarang teguran..kerana itu adalah teguran yang sangat membina jati diri..syukran ustaz, jasamu dalam memberi kesedaran ilmiah kepada kami akanku pahat dan semat jauh dalam ke dasar hati agar nanti menjadi bekalan taqwa untuk masa hadapan..amin..Pesan ustaz, ustaz bukan memboikot mana-mana program yang berbentuk motivasi cuma, ustaz mahu memperbetulkan penyataan insan tentang definisi motivasi dan tarbiyah..kerana ramai yang berpendapat motivasi juga adalah tarbiyah.Tidak, ia sebenarnya hanyalah cabang dakwah sahaja..itu sahaja..moga kalian juga membetulkan pemikiran kalian!
Akhir kalam, aku memohon maaf, andai bicara bisuku mengguris hati mana- mana pihak..langsung tidak aku terniat melukakan hati sesiapapun..cuma, aku hanya ingin berkongsi suatu ilmu baharu yang aku temui..kerana kelak aku tak mahu disoal di hari kiamat oleh Yang Maha Berkuasa, mengapa kau sorokkan kebenaran dari mereka? Aku tak mahu kalam bisu, manjadi jawapan..sebab itu, kebenaran harus dikatakan juga.. Sebagai renungan,
Firman ALLAH, dalam Kalamullahnya, "Dan berilah peringatan, sesungguhnya engkau wahai muhammad sebagai jurupemberi ingat..." Surah Al- Ghasiah ayat 21.
Sekian, terima kasih membaca entriku..
Kenangan TErINDAH Kem HErba, Hulu Langat
Tanggal 29-31 Oktober 2010, menjadi detik bermakna buat diriku dan rakan-rakan kerana telah berjaya menjayakan program Rakan Budaya Sukses bagi adik-adik darjah 5, Sek.Keb.Shah Alam, Seksyen 27,(2), Selangor, Darul Ehsan. ketika kali pertama kali menjejak kaki ke Sg. Congkak, perasaan penat, lelah, sengal badan kian hilang apabila melihat riak wajah para peserta yang tampak ceria menyambut kedatangan kami..apalagi, rasa pening-pening lalatku yang tadi dalam kereta, terhapus terus..huhuhu
Sesungguhnya, pertemuan yang telah diatur oleh ALLAH, sangatku syukuri..bertemu dengan adik Khalisa, Siti Mas, Khairunnisa', Alia, dan lain-lain menjadi akak rasa rindu sangat kalian apabila telah pulang kembali ke mahad..bersama ini, akak harapkan kalian akan terus mengingati saat manis kita bersama-sama, makan, minum, bermain, solat.. sesungguhnya, pernahku bertanya pada diri, mengapa harus wujud perpisahan disaat ukhwah telah bertaut, namun jawab seorang teman, kerana Allah mahu mengajar kita erti Tabah..Tabah? Ia, tabah menghadapi perpisahan..
Biarlah, kenangan tinggal kenangan, walaupun ia kenangan yang sudah berlalu, namun tautan ukhwah yang terpatri antara kami, moga tidak tersia-sia begitu sahaja. Ya Allah, kau rahmatilah pertemuan kami, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang2 yang bertemu dan berpisah kerana Mu.. Moga Kau tautkan hati kami semua dengan untaian buah iman dan taqwa..amin.tidak dapatku nafikan sebenarnya, mentarbiyah kanak2adalah merupakan cabaran paling mencabar! Namun, semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus mencurah ilmu dan bakti..insyaallah.
Adik2 yangku sayangi,
Kalian adalah permata yang sangat bernilai, umur hanyalah angka..walaupun kalian baharu berusia setahun jagung, namun kemodenan masa kini menjadikan kalian celik IT, dan dunia siber..ku harapkan, adik2 Shah Alam, Seksyen 27,(2) akan terus tekal dan tabah menghadapi ujian dan cabaran hidup..rentak dunia masa kini memerlukan adik2 perlu bermujahadah menghadapi hidup di masa akan datang..semoga kalian akan terus sukses mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR tahun hadapan.amin..
Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada para peserta kerana telah mengikuti program dengan baik dan cemerlang..walaupun, di hari kedua sedikit kontroversi telah berlaku diantara mereka dan gurunya, namun detik itu menjadi sangat beerti buat diriku dan kawan2..apa tidaknya, disebabkan mereka telah bermain di kolam ikan, mereka dimarahi guru di dalam dewan..seramai lima orang pelajar telah dijatuhkan hukuman iaitu dihantar pulang ke rumah..apalagi, air mata fasi dan adik2 yang kena hukum keluar tanpa henti..merembes air mata tak sudah2! huhuhu
Apalagi, rasa sebak dan sedih menyelubungi seluruh dewan..baik kawan2 mereka, abg2 fasi dan kakak fasi telah menitikkan air mata syahdu dek perbuatan guru mereka yang akan menghantar anak murid mereka pulang..hatiku pula sangat sebak sehingga aku tak mampu berada dalam dewan itu lagi..fikirku, betapa tekadnya guru mereka menghantar mereka pulang..namun pun begitu, tunggu punya tunggu, rupanya guru mereka sengaja berpura-pura..hehehe..kena tipu da!! sabar je la..
Lalu tunggu punya tunggu, adik2 masih tak dihantar pulang lagi..Apabila ditanya, bila cikgu nak hantar mereka pulang, guru itu menjawab dengan nada selamba.."bAIKLAH, KESEMUA PESERTA, HARI INI, TIADA PENYINGKIRAN!" huhuhu betapa gembira hati kami para fasilitator..mereka? apatah lagi, gembira sakan sampai pergi mandi Sg. Congkak..huhuhu..apabila aku teringat balik peristiwa ini, memanglah aku akan tersenyum sendiri..rupanya menjadi guru membuatkan mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai mehnah pelajar! kala itu, barulah ku faham mengapa Ustaz Idris selalu "temperature" dengan kami, mehnah palajar STAM..semoga Kau tabahkan hati guru2 kami agar dapat meladeni pelbagai mehnah dan ragam para pelajar maahad ahmadi..amin..
Semua pengalaman yangku peroleh dijalan ini membuatkanku tekad untuk melakukan kerja dan melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin..insyaallah, rentak perjalanan hidup yang masih panjang dan jauh lagi, menuntut aku untuk lebih berwaspada pada cabaran2 yang meningkah datang..namun, jauh diruang atmaku, ku berharap aku akan kekal istiqamah dalam jalan dakwah ini..amin..insyaallah..hum..cukuplah coretanku kali ini, semoga adik2 dan fasi terus sukses mengejar jejak2 mimpi anda! aMIN!
"Kejayaaan anda, matlamat kami."
Nikmat SYUkur!
Syukur
“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak di sangka-sangkanya. Dan barang siapabertawakal kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan- Nya. Sungguh ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
Surah At- Talak, ayat 3
Pagi ni, ana bangun dengan penuh rasa kerendahan diri.duduk, baca doa dan terus mandi. Ana fikir ana mahu menunaikan solat tahajud dahulu, tapi tidak mengapalah, ana hanya melazimkan bacaan ayatul kursi sahaja sebanyak tiga kali, hal ini kerana ana teringat pesan ustazah Khairah tentang kepentingan membaca ayatul kursi, terutama penting bagi pelajar, macam ana.
.
Selepas mandi, azan pun terus berkumandang, walaupun hari ni azannya tidak berlagu, ana redha melangkah kaki ke musolla. Ana teringat hadis Rasullullah, sesiapa yang berjalan kaki ke musolla, maka setiap langkah kakinya akan diampuni ALLAH. Ya ALLAH, besarnya rahmatMu kepada hambaMU. Alhamdulilah!
Ya ALLAH, terima kasih kerana sudi menggerakkan ana bangun setiap pagi. Bisa menghirup udara nyaman setiap pagi. Melazimkan diri menunaikan solat2 sunat. Alhamdulilah, thank u ALLAH! Seterusnya, kami semua menunaikan solat subuh berjemaah. Pagi ni terasa betul, bertautnya iman dan ukhuwah antara kami. Ya ALLAH, Moga kau kuatkan tautan mahabbah antara kami. Amin.
Kemudian, seperti biasa, selepas solat subuh, masing-masing akan mencapai Al –Mathurat untuk di baca beramai-ramai. Sebenarnya ramai manusia tidak mengetahui, didalam buku kecil itu terkandung pelbagai himpunan zikir yang di lazimi di baca oleh Rasullulah. Masyaallah, sangat beruntunglah kami kerana pengarang atau pengumpul tuan kitab ini, Hassan AL banna, sanggup mengumpulkan dan mengedarkan risalah kepada kami. Hanya semata- mata demi kemalahatan, umat nabi Muhammad!
Kembali kepada kisah ana pagi ni, ana pun rasa dah rindu sangat tak baca surah waqiah, lalu bacalah surah waqiah, rahman dan yasin.. ini memang surah kegemaran ana. Aku teringat balik, dulu jika ana masih di tingkatan menengah rendah, setiap pagi, ana mesti baca waqiah, ustaz, pernah kata bagus baca surah ni kerana surah rezeki. Lalu, lama-lama ana jadi minat dan tertarik kepada surah ni..
Tapi, ana memang tak dapat nafikan setiap kali, bila ana istiqamah baca dan hayati makna surah-surah ini, semakin banyak rezeki yang hadir. Alhamdulilah! Belajar pun semakin dipermudahkan ALLAH. Senang je nak faham. Dari segi kesempitan wang, hidup ana di maahad tak pernah lagi kehabisan wang. Hal ini kerana , akan ada sahaja huluran bantuan kepada ana, alhamdulilah.
Pagi ni, syue minta ana temankan dia naik jumpa ustazah. Dia nak buat cermin mata baharu krana cermin mata dia pecah. Lalu, ana memang suka berjalan, ana pun memang setuju nak naik atas. Lagipun, nanti boleh pulangkan pendrive cikgu dan hantar insyak ustazah Norlia….huhuhutapi, yang ana terkejut tu, dia sanggup berkongsi wang dengan Kak Mira untuk suruh ana buat cermin mata baharu.terharunya ana!
Ya ALLAH, alhamdulilah! Terima kasih kerana sudi mengurniakan sahabat yang baik hati! Semoga Syue dan Kak Mira dipermudahkan hidup mereka kerana sanggup berkorban untuk orang lain. Benarlah hadis nabi, tidak beriman seseorang itu sehingglah dia mencintai sahabatnya melebihi dirinya sendiri. Ana sangat bersyukur dan terharu. Thank Allah! Hal ini membuatkan ana jadi lagi bersemangat nak menghafaz dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Terima kasih sahabat! Semoga kita sama-sama mumtaz sufi. A min!
Subscribe to:
Posts (Atom)