Apabila kita berasa hidup kita susah dan lemah, sebenarnya ada ramai lagi orang yang jauh lebih perlukan bantuan. Hidup bekerja hari-hari di Baitumal menjadikan aku lebih peka dan sensitif dengan isu masalah kemasyarakatan.
Hidup susah dan melarat.
Hidup dengan sering tak cukup duit.
Hidup senang tapi tamak.
Hidup sederhana dan perlukan bantuan.
Macam-macam golongan lapisn masyarakat yang aku jumpa dan hadapi. Hal ini menjadikan aku insaf dan sentiasa ingin meningkatkan kualiti hidup dan ibadah. Bukan kerana mahu merendahkan orang tetapi lebih kepada aku mahu bersyukur atas segala nikmat yang Allah beri pada kami sekeluarga.
Iya, jujurnya aku juga sekeluarga sedang bergelut dengan kesusahan hidup. Mencari wang demi sesuap rezeki untuk anak-anak dan mengisi perut kami. Namun, aku punya mak dan ayah yang selalu membantu di saat kami kepayahan dan kelelahan.
Aku berazam semoga aku dapat menjalani kehidupan yang lebih baik. Aku akan buktikan bahawa melanjutkan pelajaran ke luar negeri pasti akan membuahkan hasil yang berharga suatu hari nanti. Masa senang akan tiba juga but kami, sang pengusaha. Semoga amal ibadah kami di terima Allah.
Let the journey begins and we will go through it.
No comments:
Post a Comment