Untuk A.N.D.A.1


 Katamu kepadaku,
Aku,
Senyap,sepi menghilang?
Tapi,
Diamku kerana satu kebenaran,
Bukan kerana sengaja,
Tapi,
Nape ye jd macam ni?
Setiap perancangan yang kita rancang,
Perancangan kita tak sebaik perancanganNya,
Saat aku kesukaran disini,
Dia sudi menghulurkan telinga,
Sudi mendengar rintihan hatiku,
Yang sunyi sepi,
Hatiku yang sejuk dan kaku,
Keras seperti air batu,
Terus cair dek sinaran cahaya mentari yang dibawanya,
 simpulan angin sepoi yang nyaman,
terus sahaja girang menyapaku,
Tapi ia juga boleh,
Bertukar menjadi angin kencang secara tiba-tiba,
Dulu lagi sudahku katakan,
Jika dia panas seperti api,
Aku ingin menyejukkan seperti salji,
Jika angin kencangnya bertiup rebut,
Aku mahu jadi awan yang sentiasa redup,
Cuma,sekarang aku rasa tak mampu bertahan,
Tapi aku akan kekal bertahan,
Awan yang selalu redup,
Telah bertukar jadi awan komulunimbus,
Bisa sahaja bertukar gelap dan berat,
Akhirnya bila-bila masa sahaja akan gugur ke bumi,

Jika dulu,
Aku salah,
Senang sahaja maaf di terima,
Tapi...

Ternyata kali ini,
Kemarahannya sudah memuncak,
Sampai ke tahap tertinggi,
Sehingakan aku yang selalu mendekatinya pun,
Jadi takut untuk menghampiri..
Terlampau takut,
Terlampau risau,
Adakah ini pengakhirannya?
Nauzubillahi min zalik.
Ya Allah dengarlah rintihanku,
Sejauh manapun ujianmu,
Ku tahu,
Kau sedang mengujiku,
Kurniakanlah ketabahan agar aku terus berpijak di bumi nyata,
PadaMu,
Ku meminta..

Saya yakin anda membaca,Maafkan saya atas segalanya.Saya terima dengan hati yang terbuka.Walau seberapa lamapun saya harus tunggu untuk secebis MAAF,saya akan tunggu,Saya jauh dan tidak dapat seperti dulu.Walau jauh tapi tetap dihati.Hukumlah saya selamanamapun.Selagi mampu,saya akan bertahan.Insyaallah.
Salam Cairo.
Pagi Raya Aidil Adha.
Selepas menelefon.
Dalam bilik,
Ata katil,
S.e.p.i.
Terima kasih

Selamat Hari Raya Aidiladha,
Maaf zahir dan batin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...