Kembara ilmu di bumi Allah


Hari-hari yang aku lalui di sini seakan menjadi sedih, hatiku berasa bungkam..kecewa menjadi peneman diri.

Jika kerana harta boleh buat bahagia, apabila harta habis maka kita hati akan gelisah.

Jika kerana cantik menjadi hati bahagia, maka apabila hodoh hati akan membenci.

Jika kerana pangkat yang di cari buat hati bahagia, maka apabila di pecat pasti akan susah hati kembali.

Jika bertambah bilangan anak membuat hati bahagia, maka di saat hilangnya anak pasti kita bersedih hati.

Jika mendengar lagu membuat hati bahagia, maka apabila lagu tidak lagi di cipta maka hati akan gundah lagi.

Terlalu banyak nikmat Allah yang membahagiakan, maka mana satu nikmat yang perlu di dustakan?

Terlalu banyak hal yang menggembirakan maka kenapa harus bersedih hati?

Kutiplah semangat yang gugur,tanamlah pohon  yang baharu. Tatkala hati bersedih,ingatlah Allah itu sentiasa bersama susah dan senang.

Kita sahaja menjadi manusia yang ingat Allah tatkala susah, apabila senang lupa Allah,lupa segalanya. Allahu, ampunkan aku.

Apabila susah hati, ketahuilah Allah mahu kita kembali kepadaNya. Dia merindui rintihan kita, tangisan kita, jadi berserahlah padaNya. Pohonlah ampun. Rahmat Allah itu luas. Dia tidak pernah mensia siakan kita tapi kita sahaja yang selalu mensia siakan Allah..

Allahu, ingatkan aku selalu, semua nikmat yang aku peroleh adalah sementara,yang kekal adalah diriMu. Ingatkan lah aku tentang syurga yang hakiki manakala dunia hanyalah sementara.

Kuatkanlah imanku semoga hati ini tabah dan kuat selalu. Apabila saatku futur, jadikanlah rakan rakan sekelilingku sebagai penguat semangat. Sungguh kadang hati ini lemah,apabila di koreksi diri, terlalu banyak lompongnya diri..

Mari kita muhasabah. Check apa yang tidak cukup,tambah agar menjadi bekalan hidup di akhirat nanti. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...