Hepy Bufday Bonda:)



Sanah helwa ya ummi!

25 mei 2011!
Ini kek Tiramisu..Kek yangku belikan khas untuk mak sebagai tanda Cik Qalam menyayangi bondaku..:)

Kasih sayang boleh di aplikasikan dalam pelbagai cara.Oleh itu, salah satu yang bolehku aplikasikan ialah membahagiakan bonda dengan memngingati tarikh lahirnya serta membelikan beliau kek.
Inilah kali pertama, kami menyambut hari lahir mak.Biarlah, saat ini yang berbaki berapa bulan lagi dirumah, Cik Qalam ingin berbakti pada bonda. Kerjayaku sururimah jadi memaksaku untuk berjimat cermat..hehehe,


Mak, hanya ini yang mampu ku beri..lain akak tak mampu,hehehhe, muah:)
Sayang bonda sangat-sangat..Kata mak, ...'mak tak beli pun kek untuk anak-anak..jawabku,tak payah pun mak,NI kek ni khas untuk anaknya kepada maknya...:)

Selamat hari lahir mak..kek ni ala koko sikit la..ntah mak suke ke tak..but,its ok.Cubaanku yang pertama membelikan mak kek.
Semoga dirimu diberkati Allah:)

Doakan anakandamu ini berjaya di dunia dan di akhirat.
AMIN.

Berusaha untuk menjadi anak yang solehah,walaupun tak berapa nak solehah lagi :)

Bermotivasi, Bersemangat, dan Bersunggguh-sungguh.

Siapa sukses?

SAYA DAN ANDA,HEBAT! ALLAH AKBAR!
Acap kali apabila berprogram kalimah, SIAPA SUKSES akan bermain-main di bibir para motivator mahupun juga peserta.

Rindu nak ulang, rindu nak cakap, rindu berprogram, rindu peserta, rindu rakan fasilitator, rindu ukhuwah, rindunya!
Mengimbau kembali temuduga Cik Qalam di IPG Raja Melewar, apakah cita-cita anda?

Jawapanku mudah.
Saya ingin menjadi seorang AHLI PSIKOLOGI..Ala-ala kaunseling, tapi menjurus kepada motivator..wah..wah..wahh..

Para panel temuduga pun tersenyum simpul penuh makna.Cik Qalam pula dengan semangat yang bersinar-sinar, tersenyum penuh yakin.:)
Moga cita-cita anda terlaksana dan tercapai. Selang sebulan, Cik Qalam pun dapat tawaran ke IPG Bangi, untuk Ijazah Sarjana Muda pendidikan Bahasa Arab sekolah rendah.

Alhamdulilah, namun, tawaran itu datang sejurus Cik Qalam membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir.Nak kara terkilan, adalah jugak, tapi untuk menepis rasa itu, Cik Qalam terus merujuk pada bondaku.
Jawapan mak mudah.

Pergilah Mesir.
Alhamdulilah. Zuss..ilang terus rasa terkilan milan ni..hehehhee...

Tapi, tak semangat juga...Pergi Mesir kawan-kawan perjuangan tak de..:(
Farah Hana, ke IPG Maktab Bangi, menolak tawaran Mesir.
Siti Athirah tak dapat..Comel pun tak juga..aduhai..hiba pula rasanya..
Tapi, ingatlah..

..kadang-kadang perkara yang kita rasa baik sangat tapi bukan pun yang terbaik sebenarnya,Dia ada rencana yang lebih baik..pada kita kita rasa berat, Tapi Allah takkan bebankan sesuatu keberatan melainkan ALLAH tahu dan yakin hambaNya mampu!..
Jadi istilah berat, terbeban, tak semangat, tak bermotivasi ni tak patut wujud dalam diri...walaupun kadang-kadang Cik Qalam pun rasa macam tu, huhuhuhu

Tapi....!!!!
Yang patut ada ialah kita perlu bersemangat, bermotivasi selalu dengan ayat Quran, insan hebat, Rasullullah,para ulamak,serta insan-insan istimewa di sekeliling kita..

Saat melangkah, kita akan melangkah ke hadapan, no turning point.
Saat tersungkur, bangun dan bangkit.Nak menangis boleh, but, jangan biarkan kita dikuasai rasa nangis sahaja..rasa lemah hati dan tak cekal

JANGAN!!!!
Kerana, manusia memang diciptakan dengan emosi.Tapi kita sebagai pengguna emosi harus bijak menguasai diri agar emosi tak berlebihan menguasai kita!


Kata -kata papatah arab, Berusahalah dan jangan malas, Sesungguhnya penyesalan akan datang kepada orang yang sentiasa bermalas-malasan.
So, Saya Nurzaleha Binti Ab Talib Sukses, Kaya, Berjaya, dan bahagia! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...