Nabi dan Sarang semut.


Dirimayatkan daripada Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa seekor semut telah menggigit seorang nabi. Kemudian nabi tersebut telah memerintahkan supaya dibakar sarang semut itu.


Lalu,terbakarlah sarang semut bersama sekalian semut di dalamnya. Maka Allah mewahyukan kepadanya, "Adakah hanya kerana seekor semut yang menggigitmu lalu engkau musnahkan suatu ummat yang sentiasa bertasbih kepada tuhannya?"
Pengajaran :

  1. Membunuh semut adalah dilarang. Sebagaimana dilarang membunuh haiwan lain melainkan jika binatang itu membahayakan.
  2. Seluruh haiwan sebenarnya bertasbih kepada Allah.
  3. Hukum membakar binatang (sarang binatang) dalam syariat sebelum Nabi Muhammad s.a.w, diperbolehkan,sedangkan pada syariat Nabi Muhammad s.a.w. adalah di larang.
  4. Dosa kejahatan seseorang tidak akn dibebankan kepada orang lain.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...