Ehsan mak

Tidak terhitung banyaknya pengorbanan dan pertolongan emak kepada aku. Jika mampu di tulis pasti telah aku coretkan. Aku tahu dalam kalangan adik beradik, akulah yang terlalu banyak menggunakan duit emak. Iya, meski aku tak susahkan mak masa zaman aku belajar tapi bila aku susah sekarang maklah yang bagi banyak sokongan moral dan wang ringgit.

Aku, suami aku, anak-anak aku, semua terhutang budi kepada emak. Tiada orang lain yang dapat mengganti emak, hanya dia sahajalah emak yang pertama dan terakhir.  Aku bila duduk serumah dengan mak, mesti ada pergaduhan kecil. aku akan berkecil hati. Bawa diri dan merajuk. Tapi emak tetap menerimaku walau setelah aku mengecilkan hatinya.

Benar, mertua yang baik sukar di cari tetapi ada. Aku selalu berdoa semoga Allah menjaga tali silaturahim antara aku dan mertua supaya tidak berlaku perselisihan faham yang besar. Aku sedaya upaya menjadi menantu yang baik, walau kadang-kadang aku semua keinginan mereka telah aku penuhi.

Apa pun, berlapang dada adalah jalan yang terbaik dalam semua keadaan dan hal. Aku bersyukur, di kelilingi orang yag baik-baik. Sentiasa ada sedikit kegembiraan buat aku meski terlampau banyak pahit hidup ini yang aku telan.

Duit memang bukan segalanya, walau apa pun perkara duit adalah perkara yang penting dan mustahak. Tetapi, duit tidak dapat membeli bahagia dan kasih sayang. Duit juga tidak boleh membeli cinta meski duit ada nilai yang tinggi. Tapi lagi mahal nilai kasih sayang yang ikhlas kerana Allah.

Aku berdoa semoga dengan kehidupan yag baru, pekerjaan yang baharu, suasana kerja yang baharu akan ada sinar bahagia buat kami sekeluarga. Aku berdoa semoga suamiku di permudahkan urusan mencari rezeki yang halal buat kami mencicip sedikit rezekiMu Ya Allah.

Semoga aku tak susahkan mak dan ayah lagi tentang perihal kewangan, masalah lain yang mendatang. Aku berdoa semoga Allah memberi syurga tertinggi buat emak dan ayah. Tidak di lupa semoga arwah wan adan atok di lapangkan kuburnya diberi kemudahan oleh MU kerana telah menjaga kami adik beradik dengan baik sampai kami besar. Semoga Allah memberi kehidupan yang baik buat arwah atok kerana sanggup menjaga mak bersamanya serta membawa kami adik beradik tinggal bersama wan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..mudahkan lah segala urusan ku..segala urusan kedua ibubapaku. Semoga kami tergolong dalam kalangan orang yang sabar dan beruntung. amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...