Assalamualaikum,
Selamat pagi orang malaysia:')
Semoga baik-baik sahaja hendakNya,
Buat ibuku dan seluruh ahli keluargaku,
Moga kalian sihat semuanya,
Insyaallah,
Tak kan pernah sekalipun terlupa buat tunangku,
Zul Aimin B.Hj Zakaria,
Moga dirimu sentiasa tabah melayari pelbagai bentuk
dugaan dan cabaran,
Insyaallah.
Amin.
Entri kali ini ku tujukan khas buat arwah Ustazah Khairah Bte Hariz,
Yang merupakan antara guru-guru yang sangat aku rapat
di Maahad Ahmadi,Gemencheh.
Al-Fatihah.
Tanggal 1 November 2011,
seawal jam 8.00 pg,waktu Malaysia,
Seluruh jagat raya alam semesta,
terasa sebuah kehilangan,
Apatah lagi,
kehilangan itu turut dan pasti sangat dirasai,
oleh para pelajar atau bekas pelajar,
di Maahad Ahmadi,
Iaitu,
Pulangnya seorang insan yang sangat penting dan bermakna dalam hidup semua pelajar dan guru-guru di bumi tarbiyah,
seorang guru HEM,
Guru cemerlang Bahasa Arab PMR dan SPM,
Ustazah Khairah Binti Hariz!
Perginya beliau ke rahmatullah,
Baru sahaja aku ketahui,
Seawal jam 5.25 pagi di bumi anbiya' ini,
menerusi tunangku,
Sungguh,aku terpaku tak berdaya,
termenung di birai katil,
terpisat-pisat dengan kata-kata yangku baca di skrin handphone,
....ustzah khairah dah meninggal..
aku terus di selubungi rasa terkilan,
sedih,
terkilan,
kecewa,
sebak,
Kesemuanya bersatu!
Lantas mutiara suci turun membanjiri tubir mata,
Sebak hati Allah sahaja yang tahu.
Aku yakin,
Bukan aku sahaja yang rasa begitu,
Tapi seisi alam turut merasakan pemergian beliau yang sangat-sangat
cepat dan mengejutkan kami,
Aku selaku anak didiknya,
Ustazah tiada galang gantinya,
Dialah ustazah yang telah membukakan jalan kejayaan buatku,
Membantu saat aku menghadapi kesukaran dan kepayahan dalam melunaskan yuran sekolah,
Memberiku semangat dan nasihat sangat aku tertewas dan kecundang dalam pelajaran dan emosi,
Memberiku bantuan makanan dan kewangan,
Semenjak aku mula bertatih dibumi tarbiyah,
Sehingalah kini aku sudah berada di bumi anbiya',
Nasihatnya,bagaikan terngiang-ngiang di cuping telingaku,
Masih teringat lagi kata-kata ustazah,
..JANGAN BELAJAR SEKERAT JALAN!..
Kemudian,
Saat aku terkeliru memilih tawaran pelajaran,
Sama ada ingin berada di UIAM,atau Maktab, atau Mesir,
Lantas ustazah memberi jawapan,
Tutup mata sahaja pada surat tawaran maktab,begitu juga uiam,
Pergilah mesir,
Jadilah orang mesir!
Disana kamu akan menghadapi situasi hidup yang sebenar,
Lagipun kamu sudah bersusah payah sehingga STAM,
Mengapa mahu membazirkan peluang untuk terus melanjutkan pelajaran ke Mesir?
Ah..nampaknya aku makin tenggelam dengan emosi diri,
Semakin lama,semakin segar pula kenangan aku bersama ustazah,
Sungguh,segala kenangan aku bersamanya akan kekal dalam lubuk hatiku..
Saat aku cuti pengal juga dahulu,
Rumah ustazah menjadi destinasiku,
Walaupun aku tinggal di asrama,
Namun,saat cuti,aku sanggup balik ke rumah sekejap dan saki bakinya cuti,
Aku habiskan belajar dirumah ustazah,
Kerana aku tahu,
saat aku dirumah,aku lebih banyak tido dan membuang masa,
Jika dirumah,mak yang jaga makan pakaiku,
Tapi...dirumahnya..
Ustzahlah yang menjaga makan pakaiku,walaupun hakikatnya,
aku sudah pun di tingkatan lima ..
ustzahlah yang menjadi tempat aku mengadu,
saat aku mempunyai masalah,
saat aku cerewat dalam makan,
ustzah jugalah yang memasak untukku,
meski,ustzah makan roti,
aku pula mengada tak nak roti,
tetap nak nasi dan juga makanan berkuah,
Ustazah sanggup masakkan..
sampaikan ustazah pernah pesan,
..sok,bila berada di mesir,
kamu kena jadi orang mesir zaleha,
kat sanalah kamu kena belajar makan makanan arab,
makan buah yang Allah sebut dalam alquran,
jangan nak makan nasi je,
rugi kamu zaleha!
tak baik tak suka buah -buahan yang disebut dalm quran,
kurma,zaitun,delima,tin,
semuanya berkhasiat,sebab tulah disebut didalam kitab suci,
Alhamdulilah,
saat aku tiba disini,
perutku sudah sebati dengan buah zaitun,roti,
ustzah yang ajar makan buah zaitun,
ustzah yang ajar aku bagaimana mahu berkomunikasi,
ustzah yang menjadi punca aku suka belajar bahasa arab,
Ustzahlah ibu kedua selepas makku tersayang!
Aku terlamapu sayang ustazah,
aku yakin,
semua sangat menyayangi ustazah..
mesti aku sangat terkilan,
kerana aku tak dapat nak telefon ustazah lantaran nombor telefon ustazah yang sudah pun betukar,
aku redha,
untuk mengucapkan redha bukan hakikat yang mudah,
meski mulut senang menuturkan,
tapi hati?
payah sekali mahu memerima hakikat kehilangan ini.
aku sayang ustazah sangat!
Yang pergi tetap akan pergi,
perginya tak kembali,
kita yang masih hidup masih lagi perlu meneruskan perjuangan!
DaripadaNya kita datang dan kepadanya kita kembali.
Sudah sampai masanya,
Tuan punya barang mengambil barangnya kembali,
Siapalah kita untuk menghalangnya?
Kita adalah insan yang biasa dan penuh noda dosa,
Ya Allah kau tempatkanlah ustazah dan bonda tunangku,
Pn Maliah Binti Udin,
dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.
Alfatihah.
al-fatihah
ReplyDeleteAl fatihah..
Deletesedih..bergeng air mata baca entri ni shbt :'(
ReplyDeleteAna sudah pun bergenang-genang sewaktu menulis entri ini:(
Delete