Salam Perantau


Assalamualaikum dan Salam ceria:)
Buat bondaku tercinta,
Pn Zaidah Bt Hj Udin,
Selamat Hari Raya Aidil Adha,
Maaf zahir dan batin.
Tahun ni,nampaknya tak beraya di Malaysia,maafkan akak mak,sebab tak dapat nak tolong buat rendang,tumbuk kerisik,goreng kacang,n tolong siapkan bahan2 memasak juadah hari raya:( Masak sedap2 tau,jangan marah2.huhhuuuh:)
Kepada Nabirah adikku,padan muka kena tolong buat kerje:P hehhehe.Maaf gurau je.jgn marah.nanti cepat tua:) Belajar rerajin,raya2 jugak,tapi studi jgn lupe,jgn bnyak stado tau.huhhuuhu. Nanti nak SPM DA,9A+ TAU:) AMIN.

Untuk Mohd Nazmi,jgn leka sgt dgn game,tahun depan  nak SPM,jgn gaduh2 ngan kak Birah tau.Sorilah atas segalanya.Gud Luck!:)
Untuk seluruh ahli keluargaku, Selamat Hari Raya:) Maaf zahir n batin!
Tak kan pernahku lupakan juga, buat tunangku,Zul Aimin,diri ini tahu,setiap apa yang ditulis di blog ini,akan dibaca olehmu.Maka,di kesempatan ini, Salam Hari Raya,maaf zahir n batin di ucapkan.Moga segala khilafku dimaafkan,maafkan saya jugaatas segala kontroversi yang timbul, dan juga pelbagai masalah yang tercetus disini angkara sikap degilku,maafkan saya atas segalanya:(

Walaupun semuanya jauh dimata,tapi Semuanya dekat di hati:)
Untuk kawan2 di Malaysia,Morocco,Jordan,Maahad,Fatin Syahira,Afiqah Nadzirah,Zafreena,Nabilah Syazana,Raihana,Rabiatul,Ain Najihah dan semuanya:) Selamat Hari raya,ingat daku dalam doamu:)

Hadoi.dah macam perutusan raya yang di pertuan agong pulak panjang2 macam ni.hehhehe.Tapi sebenarnya,ini kali pertama,raya di perantauan.Mana sama dengan raya di Malaysia.Tapi walau apa pun,hidup perlu diteruskan kan?Di mesir,tidak dapat ku nafikan,sambutan aidil adha sangtlah meriah.Sampaikan,kami pelajar Azhar diberi cuti seminggu:)Huhuhu.Tapi tetap tak sama suasana di Malysia.Yelah,walaupun hujan emas ditempat orang,tetap juga nak merasa hujan  batu kat tempat sendiri.Tu jugakla yang akan dikenang2:(
Jika nak di ceritakan, hidup kat sini memang tak samalah cam Malysia.Kedatangan bulan ini sangatlah meriah sambutannya.Cam raya aidil adha.Malam2 orang arab akan pasang bunga api yang macam kat KLCC.Canggih tau.Teringat kat rumah depan,asal raya je huiyo,banyak gile bunga api.Meriah sungguh:)Agak2nya ada tak lagi tahun ni?Emm,:(

Okla,keadaan kat sini pula,sepanjang awal bulan Zulhijjah ini,kebanyakkan arab mesir akan bermula puasa sejak dari awal zulhijjah hinggalah ke hari arafah.Kiranya,sepanjang sepuluh hari zulhijjah yang terawal ni memang sangat meriah dengan puasa.

Sampaikan,Cafe di Azhar menjadi lenggang dek kerana ramainya pelajar yang berpuasa.Kedengaran disana sini pertanyaan anti soimah? yang bermaksud kau pose tak? Nak koba kat sini,sangat2 lah meriah kedatangan bulan ini.Sampaikan jika tak puasa pada bulan ni cam aib kat orang arab.Bayangkan tu arab Mesir,kita?Em,muhasabah alik ye:( Bila raya bertandang,maka solat aidil adha akan bermula awal sangt,selepas subuh je dah solat.Then,taman2 bunga penuh dengan keluarga arab yang berkelah.Kiranya macam nak erat hubungan silaturahim la:) Macam kita Malaysia,bertandang kerumah masing2,tapi kat sini tak,orang arab akan berkumpul kat taman,sambil duduk bersantai dengan semua family besar:) best kot:p

Berbeza di Malaysia,tamat sahaja solat aidil adha,tak sempat khutbah,ramai dah cabut lari.Tak sempat2 nak makan rendang,lemang.Padahal,semua juadah tu tak lari pun.Huhuuhu.:) Tapi kat sini,semua masjid akan penuh dari awal sampai abiz.Kemudian,binatang korban akan disembelih dihadapan rumah masing2,maka banyaklah darah2 binatang mengalir.Bak kata pelajar Mesir yang dah lama.Mesir ni hujan nya dari bawah bukan dari atas.
Maksudnya,segala air yang mengalir di jalan2 akan bertakung dan banyak sangtlah ada kat jalan.Bila nak jalan pun,ia jadi lecak.Dek kerana banyaknya air n air tu pun tak tau nak pergi mana,coz kat sini tak de longkang.huhhuuh.Maka,tak lama kemudian,air2 tersebut akan tersejat dek hawa sini yang panas:)

Seterusnya,jika sambutan di rumah negeri pula,maka kami akan berpuasa sehari sebelum raya.Puasa arafah namanya,kemudian,semua ustazah diberikan kumpulan untuk membuat kuih muih buat juadah berbuka puasa dan juadah hari raya. Untuk saya,huhuuhu,inilah pengajaran. Agak2 jka sesapa datang nak belajar luar negara,maka pergilah berguru dengan bonda sekalian,terutama dalam buat kuih.untung tau coz nanti dapat makan n buat kuih yang kita suke!:)

Cik Leha,kena buat kuih karipap n kuih tiram.Mak,akak dah tau buat kuih lidah buaya!huhuhu.jangan jelez tau kak birah:P Tentang karipap ini, saya tau sangat ada orang yang suka sangt kuih ini:)

Walau apapun,nak rendang ke,kuah kacang ke lemang ke.Memang jangan mimpilah.Tapi boleh je buat juka ade bahan2 yang bersesuaian.Tapi memandangkan kat sini tak de buluh,santan,jadi lemang tak dapat nak buat n rendang pun same:( rindu sume makanan Malaysia:(  Then,lepas asar ada tadarus quran n khatam quran.Berbuka puasa bersama-sama dan bertakbir selepas solat.:)

Tak sangka,akhirnya,dah 19 tahun umurku,macam tak percaya,dah besar dan makin kena matang untuk hadapi pelbagai perkara. Tak tahu lagi,masih ada lagi ke tak kesempatan lagi untuk beraya pada tahun hadapan coz kita tak tahu kan masa yang berjalan sangatlahh pantas dan ajal pun bila2 sahaja bleh datang menjemput kita. Tahun ini,berbagai perkara yang terjadi merubah segala pendirianku,sikapku, agar jadi lebih matang dan terus maju!
Insyaallah.

Oh yea,dah lalut dah,huhuhu.Yang seronoknya,rumah negeri  korban 6 ekor kambing.Wah.wah,bagi yang ingin membersihkan harta,berkongsi rasa korban harta,jiwa yang sebenar,mari korban sama2 dalam bulan ini.eh salah,jomm korban pada hari raya ini dan hari tasyrik ini,Moga ibadah korban kita yang ikhlas akan diterima ALLAH.

Teringat kata kawanku dari rumah Wilayah Persekutuan. Tiba-tiba dia bertanya pendapatku bagaimana jika dia mahu berkorban.Jawapanku positif.Korbanlah sekiranya harta kau cukup coz kita sebenarnya dah cukup syarat pun nak berkorban.Lantas,aku jadi kagum dengan sikapnya,kenapa? coz datang sini bukan senang,dia datang dah la persendirian,tapi tetap juga mahu berkorban,aku yang pelajar tajaan ni pun napelah tak berfikir sampai cam tu sekali? rugi-rugi..Tahun pertama dah berkorban harta untuk memeriahkan lagi raya aidil adha ini.Moga ibadah yang kita lakukan seperti berkorban,berpuasa,berzikir etc di terima ALLAH. Sebagaimana ALLAH menerima pengorbanan Nabi Ibrahim yang hampir2 sahaja menyembelih Nabi Ismail kerana betul2 mempunyai nilai ketakwaan yang sangt tinggi padaNya.

Ya Allah masuklah,aku dan ahli keluargaku dalam kalangan orang-orang yang suka berkorban harta,masa,etc untuk menginfak di JalanMU
Amin.

Sekian,terima kasih kerana membaca:) Salam rindu buat mak,adik2,wan n atok,dan anda :)
Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...