Sebab musababku di Jalan Ini..


Assalamualaikum, Salam Ceria kepada semua pembaca entriku :)

Bulan Mac buat Cik Qalam adalah bulan dan saat waktu yang sangat penting dan sibuk buat Cik Qalam dan Akademi Sukses.Alhamdulilah, bagi Cik Qalam, mujur ALLAH sibukkan diri ini dan rakan-rakan seperjuangan dengan pelbagai program dan aktiviti yang berfaedah buat kami.Alhamdulilah.


Sibuk..sibuk..sibuk..sibuk..itulah yang perkataan yang Cik Qalam selalu sebutkan dalam blog.Maafkan Cik Qalam sekiranya perkataan itu bisa mengguris hati dan perasaan pembaca sekelian. Bukan tujuan diri ini untuk menunjuk bagus, apatah lagi berbangga, TIDAKK!! Jangan salah faham yea. Cik Qalam suke berkongsi dengan sesape yang sudi mendengar pengalaman dan mutiara ilmu yang Cik Qalam peroleh di sepanjang tempat atau program yang Cik Qalam dan kawan2 kunjungi. :) Mohon jangan disalah erti yea :)

Ingat lagi, Cik Qalam pernah cerita tentang pengalaman baharu di P.D.I. bersama saudara baru? Usai sahaja majlis penutup berakhir, Cik Qalam terus packing barang secepat mungkin.Kenape? Coz, Cik Qalam akan dijemput oleh Cg. Mohamad untuk menjadi fasilitator di SMADKLANA, untuk program RBB.

Sekali lagi, Cik Qalam nak bercerita, jika difikir soal diri yang penat.Sudah tentu, akal akan cepat2 memberi respon, YE! Tapi, Cik Qalam masih lagi berfikiran waras, Cik Qalam bertekad untuk pergi juga menyumbang bakti dan berkongsi ilmu dan kejayaan yang Cik Qalam peroleh agar adik2 memperoleh manfaat.Jangan lupa, setiap kepenatan Cik Qalam akan dibayar pahala seandainya Cik Qalam IKHLAS, dalam melalukan kerjaNya. Insyaallah.:)


Ramai orang bertanya kepada Cik Qalam..kenape bersusah payah pergi kesana kemari berprogram..kamu perempuan..duduklah rumah..bantu keluarga.. Ade juga yang cakap, Kau buat ni sume sebab duit ke? adus...pedih sungguh kata2 itu..Tak kurang juga, Leha, cukup2 lah tu, kau kan dah famous,dah la...AstargfirullahalAZIM...Kata2 sebegini jika tidak dijaga, habizla...wat racun dalam diri Cik Qalam. Paling best, Ala.....Nak terkenal kan..tu yang wat keje2 cam ni..Hadoi ai...LOTIHNYE!! Dah la...sebelum macam2 soalan dan pertanyaan..Meh la, ni JAWAPANNYA..Nak dengar tak?..:)

Sebelum itu, Cik Qalam nak buatt satu permintaan..boleh? Senang je, OK, PLEASE OPEN YOUR EYE, OPEN YOUR HEART, N OPEN YOUR MIND, Cik Qalam nak koba ni..Listen carefully k..:)

Pertamanya, Cik Qalam suke wat program dan suke berprogram coz ini adalah KESUKAAN Cik Qalam sendiri. Dah minat mane boleh paksa2 untuk x minat kan?

Keduanya, Cik Qalam banyak memperoleh manfaat dan kemahiran. Sebagai contoh, Cik Qalam banyak mempelajari Skil untuk bertutur di khalayak ramai. Selain itu, Cik Qalam belajar bagaimana nak menjadi seorang Trainer atau Moderator yang berjaya dan terkenal. cOZ itu cita2 Cik Qalam.:) Nak tahu? X nak tahu? X pe, Cik Qalam cite juge..Saat Cik Qalam jadi M.C, Mak cik2 Saudara Baru, sibuk bertanya cita2 Cik Qalam..tau tak mereka kata, Cik Qalam sesuai jadi juru hebah atau D.J radio..hehehehe..Sebab itulah, kelebihan diri kita selalunya orang lain yang nampak, jadi kita kena asah sahaja..:)


Ketiga, Cik Qalam dapat menjadikan jadual berprogram sebagai satu dakwah dan tarbiyah dalam diri Cik Qalam. Walaupun, Cik Qalam tahu, bidang motivasi adalah berlainan dalam dakwah..Tpi, Dakwah punye konsepkan luas?

Keempat, Cik Qalam percaya, KONSEP More u give, more u get. Untuk makluman semua, ini konsep yang Cik Qalam cakap ni, konsep ni, Cik Qalam memang pegang lama..Sape yang bantu agama ALLAH, Dia akan bantu hambanya kembali kan? Sebagai contoh, walaupun Cik Qalam tahu Cik Qalam sangat sibuk, terfikir juga, siapa yang akan bantu adik2 Cik Qalam belajar? Cik Qalam yakin, bila Cik Qalam membantu adik2 di sekolah lain, pasti akan ade juga guru2 yang akan all out bantu, adik2 Cik Qalam belajar..Insyaallah.


Kelima, Cik Qalam tak buat kerja sebab duit tau! Jika Cik Qalam wat keje sebab duit, buat pe Cik Qalam nak wat keje ni..Byangkan yea, jika Cik Qqalam mata duitan, pasti tambang Cik Qalam pergi balik ke Seremban, dah lama Cik Qalam tuntut dengan pihak penganjur..tambahan lagi, untuk pengetahuan semua, bayaran yang kami peroleh taklah sama macam usaha yang kami curahkan..Faham tak? huhuhu..Penat kan? Wat keje macam nak gile, tpi upahnye...Hum, sebab u Cik Qalam nak kata, bukan senang tau nak berkorban. Paling Cik Qalam  suke nak kongsi, ade satu program tu, kami dijemput untuk menjayakan program selama satu hari suntuk.Sudahlah, duit alat cetak, buku catatan, pamplet, sume gune diut kami,..suda2 , abiz je, kami dapat RM10. huhu, ALHAMDULILAH. lihat, disitu, ALLAH menguji hambanya, Jadi, bile Cik Qalam wat keje, Cik Qalam tak kisah, ade ke tak de ke, Cik Qalam tak peduli,,yang penting, ALLAH akan bayar semuanya nanti..betul tak? :)


Keenam, Cik Qalam nak belajar psikologi manusia. Sebenarnya, Cik Qalam ni memang minat skit kaji perihal manusa yang pelbagai ni..jadi, x salah kan? huhuhu..


Ketujuh, Cik Qalam nak bantu orang islam berjaya. Cik Qalam nak lihat islam maju di tempat sendiri.paling koman di Negeri Sembilan. alamk. besar sangat ke? huhuhu..Tapi x mustahil!

Kelapan, Cik Qalam dapat pergi jalan2 kat tempat orang..Sebagai Contoh, bulan April ni,akhirnya, Cik Qalam akan menaiki kapal terbang ke Kunak, Sabah.alhamdulilah, Sambil berdakwah kepada adik2 tentang Bahasa Arab..Cik Qalam boleh melihat keindahan alam..sejajar dengan saranan ayat Al quran..bermusafirlah..Insyaallah.

Kesembilan, Cik Qalam nak jadi macam orang yang disebutkan dalam hadis nabi, Iaitu, Sebaik-baik manusia, ialah yang memanfaatkan dirinya kepada orang lain:)

Kesepuluh, Cik Qalam nak cakap lagi..tpi, kalian macam tak sanggup nak dengar je...nenantilah..huhuhu3


Wasalam.:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...