Kisah Penguin yang comel

SETIANYA SI PENGUIN

Selamat bersua kembali...dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai keindahan, keistimewaan dan kebahagiaan hidup penguin. saya andaikan bahawa setiap orang di seantero dunia mampu mengenalpasti yang manakah makhluk ciptaan Yang Maha Esa merupakan seekor penguin. kalau tak kenal, inilah dia makhluk tersebut.


 Fakta mengenai penguin...

Penguin merupakan haiwan akuatik dan spesis burung yang mempunyai tahap komunikasi yang paling tinggi berbanding spesis yang lain. spesis penguin yang terbesar adalah Emperor dan The King. tinggi penguin adalah 4kaki (1,2m). penguin mampu hidup selama 15 - 20 tahun dan beratnya adalah 40kg. setiap ekor penguin akan mengeluarkan bunyinya yang tersendiri sebagai tanda pengenalan. penguin hanya akan bertelur sebanyak dua atau sebiji sahaja. pemangsa terbesar dan paling merbahaya bagi penguin adalah singa laut. penguin sangat popular di seluruh dunia sehinggakan banyak perusahaan menggunakan nama PENGUIN sebagai jenamanya. hmmmm....kenapa ya??? mungkin kerana penguin merupakan salah satu haiwan yang sangat istimewa jika dibandingkan dengan haiwan-haiwan yang lain.


Inilah keistimewaan penguin...

Seandainya manusia (makhluk spesis homo sapiens) melakukan sesuatu perkara di luar tabii, masyarakat pasti akan berkata, "perangai macam binatang!" sebab apa? sebab orang telah meletakkan persepsi bahawa binatang ini adalah sejenis spesis yang buas - iaitu tidak mempunyai akal fikiran. samalah dengan manusia seandainya tidak menggunakan akal untuk membuat pertimbangan, tahap sama dengan haiwan.
tapi, spesis penguin ini lain pula ceritanya. mereka setia dalam perhubungan. penguin tidak seperti haiwan lain - si jantan akan meninggalkan si betina setelah mengawan yang kemudiannya hanya si betina akan menjaga anaknya. penguin jantan sangat setia terhadap pasangannya. si jantan tidak akan mencari pasangan yang lain malahan akan setia kepada si betina untuk selamanya.

Apabila si betina bertelur, si jantan akan menjaga (mengeramkan) telur tersebut selama berbulan-bulan lamannya. manakala si betina akan menyelam ke dasar lautan untuk mencari makanan (ikan) yang juga berbulan lamanya. dalam tempoh itu, si jantan sangat bersabar kerana dia tidak akan bergerak bagi memastikan keselamatan telur tersebut sehinggalah menetas tanpa menjamah seekor ikan pun (macam berpuasa yang berbulan lamanya). kebiasaannya, si betina akan pulang membawa makanan setelah si anak menetas.

 Jika dilihat, bukankah penguin ini semuanya sama, sehinggakan kita tidak mampu mengecamnya. bagaimana si jantan dan si betina tahu itulah pasangannya??? sebenarnya, mereka mempunyai bunyi yang unik. apabila si betina mendarat, dia akan mengeluarkan bunyi untuk menjejaki si jantan. dan si jantan juga akan mengeluarkan bunyi bagi memaklumkan tempat dia berada. setelah itu, kebiasaannya penguin akan beralih ke tempat lain kerana pertukaran musim.

Bahagia kan mereka...sedangkan manusia pun tidak mampu melakukan kesetiaan sedemikian. lihat sahaja bagaimana si jantan mampu berkorban dan bersabar demi keluarganya. bukankah itu kualiti yang si dara tagihkan daripada si teruna? hmmm....


Kesedihan si penguin...

Bak kata pepatah melayu...'disangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari'. samalah dengan kisah si penguin ini. banyak juga penguin yang tidak berjaya menemukan pasangannya. kadangkala si jantan puas menanti, si betina tetap tidak kembali. apa yang terjadi??? pernah tak anda tengok bagaimana penguin mendarat? penguin akan memecut dari dasar laut dan terus melompat keluar di permukaan air terus mendarat dengan menggunakan perutnya (ala-ala macam meriam buluh la). dari dalam air, penguin tidak akan tahu apa ang ada di darat tersebut. jika nasib mereka baik, mereka akan mendarat dengan selamat. jika nasib mereka malang, mereka akan mendarat di dalam mulut singa laut yang menganga dengan luasnya menanti si mangsa.

 Saya pernah lihat di kaca tv bagaimana si betina berusaha melepaskan diri dari mulut si mangsa dan akhirnya dia berjaya. dengan badan yang berlumuran darah, si betina mencari pasangannya. namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila pasangan tersebut bertemu, si jantan menunjukkan anaknya yang keras seperti ais - telah mati kesejukan. kasihnya si jantan, dia tidak pernah meninggalkan anak tersebut walaupun dia tahu si anak telah mati. dia tetap meletakkan si anak di bawah perutnya dan mengesot untuk berjalan. kebiasaannya, apabila si betina mendarat, si anak akan dijaga oleh si betina manakala si jantan pula akan memburu di dasar lautan. namun, apa yang terjadi kepada pasangan ini, si jantan tidak mahu menyerahkan si anak yang telah tidak bernyawa itu tadi walaupun puas si betina memujuknya.

Sayu hati saya melihat betapa si jantan itu sayang kepada si anak. bagaimana pula jika si betina tersebut terus dibaham oleh singa laut tersebut? mengikut kajian, jika situasi ini berlaku, si jantan akan mati juga. kenapa??? kerana si jantan tidak dapat bekalan makanan disebabkan dia tidak akan meninggalkan si anak sendirian. anda lihatlah sendiri bagaimana kasihnya si penguin.





Utusan untuk sahabatku ^^


Bismillahirrahmanirrahim.. 

Ku dedikasikan risalah penuh makna ini kepada semua kawan-kawan yg telahku anggap menjadi kawanku,tidak kira rapat atau tidak,dari kecil hinggalah kini :)

Ke hadapan sahabatku yang kukasihi dan kusayangi kerana Allah,

Semoga dirimu sentiasa di bawah lindungan rahmatNya serta dikurniakan tubuh badan yang sihat bagi menunaikan tanggungjawabmu sebagai seorang Muslim. Ketika nukilan ini kutulis mungkin kau sedang ditemani oleh sahabatmu yang mampu menceriakan dirimu lebih dariku. Walau bersama siapapun dirimu ketika ini, walau siapa jua di sisimu, diriku tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan dirimu..

Sahabatku,
Sepanjang cuti yang lalu, banyak yang telah kufikirkan. Tentang kata-katamu mengenai diriku. Tentang teguran darimu yang membuat diriku tersedar dari lamunanku. Terima kasih wahai sahabatku. Dengan kata-kata dan teguran darimu, aku muhasabah kembali tentang apa yang telah aku lakukan sepanjang kita bersahabat. Adakalanya perlakuan dan tutur kataku melukai hatimu. Tapi kau masih tersenyum ketika berbicara denganku. Ku akui kelemahan diri yang sukar sekali mengawal bicaraku. Telah banyak kali kuingatkan diri ini agar mengawal setiap tutur bicaraku namun diriku kecundang jua.

Sahabatku,
Kadang-kadang banyak perkara yang ingin kukongsi bersama dirimu. Bila kusedar tentang siapa diriku pada pandangan matamu, cepat-cepat aku padamkan keinginan hatiku itu. Aku mengerti bahawa aku bukanlah sesiapa pada dirimu. Tapi bagiku dirimu amat bererti buat diriku. Sejak aku mengenali dirimu, banyak perkara yang tak pernah aku bayangkan menjadi sebahagian dari kisah hidupku telahpun kutempuhi. Ianya amat beerti bagi diriku yang masih mencari tentang erti kehidupan yang sebenar.

Sahabatku,
Aku tertanya ke mana hilangnya kemesraan hubungan kita. Kenapa kau mendiamkan diri dan tidak menjawab semua panggilanku? Jika benar diriku ada berbuat salah dan melukai hatimu, maafkanlah diri ini kerana aku jua manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Khabarkan pada diriku tentang apa yang telah aku lakukan yang membuatkan dirimu menjauhkan diri dariku. Jika dirimu enggan memaafkanku, apalah dayaku kerana hanya kau yang berhak untuk memberikan kemaafan padaku. Sahabatku yang lain pernah berkata 'Orang yang memaafkan kesalahan orang lain punyai jiwa yang besar'. Mahukah kau menjadi seperti mereka?

Sahabatku yang amat aku rindui,,,
Aku masih lagi teringat saat indah kita pada bulan ramadhan,tahun 2010..kita bersahur bersama,ke bazar bersama,berbuka puasa bersama,solat terawikh berjemah bersama-sama,,segalanya kita lakukan bersama-sama,,,
Ya Allah,indahnya saat itu sahabatku,,,
Jika dibenarkan,,aku ingin sekali mendakapmu duhai teman,,,
Sudah lama kita tidak berjumpa,,,,,,Rindu benar padamu namun,,,apakah ia akan terjadi…..

SAJAK INI AKU DEDIKASI KHAS BUATMU,SAHABATKU SEMOGA KAU MENGERTI OH TEMANKU,KETAHUILAH BAHAWA AKU AMAT MENGHARGAI DIRIMU SEBAGAI TEMANKU

Temanku sekelian,
Sekian lama telah ku nanti saat ini,
Sabar dan redha menjadi pendampingku setiap kali hadir emosi itu,

Teman,
ku berdoa agar kau fahami segala yang tersurat di hati ini,
Namun sering kali ku terbenam
dalam kekalutan dan keresahan
kerana sesungguhnya kau akan megerti nanti,

Teman,
Harapanku agar kau bahagia selalu,
doa dan tulus hati ini sentiasa menginginkan semangat jihadmu tetap abadi,

Temanku,
maafkan aku kerana tidak ada upaya untuk terus disisimu,
Dalam mencari bening-bening taQwa,
Aku sendiri terpenjara dalam dunia ciptaan sendiri,

Temanku,
Ketahuilah,aku masih setia disini,
Menanti ...
Dan menunggu saat dan waktu
untuk bersama kita tarbiyah dan fahami
erti sebuah perjuangan yang menuju cinta haQiQi dan Abadi,

Pintaku,
Teruskan perjuangan,
Jangan sesakali kau berhenti,
IstiQamahlah dan tegarlah
menghadapi segala cabaran dalam kehidupan ini.

Akhirnya,
Saat yang ku pasti nanti tiba jua,
Walaupun kini tak seindah dulu,
tapi ku bersyukur,
kerana penghujungnya,impian dan mimpiku
menjadi kenyataan dan ketahuilah,
keyakinanku tak pernah pudar..

Salam ukhwahfillah buatmu temanku,

Gerakkan langkahmu bersama,
 Doa dan harapan tinggi agar terus berada di atas arena  perjuangan suci ini.

"jadilah bunga yang terpelihara,kerana mahligai syurga itulah tempatnya..."

Sahabatku,seungguhnya aku amat bersyukur dikurniakan teman sepertimu.terima kasih ya allah kerana kau mengurniakan teman yang budiman untuk menjadi pendamping hidupku,pernah hadir sebagai teman meninggalkan jejak-jejak kasih dalam hatiku,walau ia seketika Cuma.ia menjadi kenangan terindah dalam hidupku..

Sahabatku,
Aku tidak mampu lagi untuk menyusun madah kerana setiap kali diriku mencoret nukilan buatmu aku dapat rasakan yang kau semakin jauh dariku. Ambillah sebanyak mana waktu yang kau mahukan. Akanku didik diri ini agar sabar dalam menanti sebuah kemaafan darimu. Jika itu harga sebuah kemaafan yang perlu kubayar akan kusabar dalam penantian ini.

Sekian dariku.

CREDIT TO fruitale:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...